Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Tuesday, March 2, 2021

SALAM, APA KHABAR?

2 Mac 2021


Ada dalam lebih kurang 2 tahun tak menjenguk blog ni.  Dalam 2 tahun macam2 dah berlaku. Tahun lepas bermula norma baru iaitu pengajaran dan pembelajaran dalam talian atau lebih popular dipanggil online distance learning (ODL), PKP, PKPB, PKPP kemudian PKP 2.0, PKPB, vaksin Covid19, SOP bermacam2.

Tahun lepas Ramadhan di musim PKP, tiada kunjungan hari raya Aidilfitri. Tahun lepas juga saya berkesempatan terawih full 30 malam di rumah dengan anak2.  Tahun lepas juga ada kehadiran ahli keluarga baru lahir di awal musim PKP, anak yang bongsu, perempuan, now sudah 10 bulan. Raya ni setahun lah umurnya nanti.  Yang bagusnya kali ini saya sudah mahir bahasa baby.  Intonasi baby berbeza jika dia lapar, bosan, haus, tak suka, rimas, ngantuk dsb.  Tahun ni anak saya yang sulung Aliyah akan menduduki SPM, manakala Lisa akan mengambil UPSR.  Sudah setahun lebih diorang tiada latihan taekwondo kerana Covid19. Aliya sudah black belt, kadang2 mengajar juga pelajar lain yang junior. Lisa kaler hijau 2, manakala Yana tali pinggang merah hitam, Afi pula warna putih. Adri pula tahun depan baru join.  Tahun lepas dan juga saat ini, masih lagi bekerja dari rumah. Cabaran juga cukup banyak.

Tahun 2021 adalah tahun di mana semua pensyarah UiTM telah diwajibkan penerbitan dalam jurnal berindeks untuk prestasi sasaran kerja tahunan mereka (SKT). Jika tidak capai, maka akan affect markah prestasi.  Bilangan penerbitan pula berbeza untuk setiap gred dan mengikut trek sama ada yang memilih trek penyelidikan atau pengajaran. Jadi, tahun 2021 adalah tahun yang mana saya rasa ramai kawan UiTM akan sibuk menulis.  

KPI saya sendiri telah ditetapkan oleh fakulti untuk secure research grant dan publication scopus/wos.  Justeru, tempohari saya telah submit permohonan FRGS buat kesekian kalinya.  Last saya mohon adalah 2016-2018.  Setelah geran tersebut tamat, saya cuba lagi mohon tapi tidak berjaya. Moga tahun 2021 ada rezeki saya untuk secure geran FRGS tersebut as ketua.  Saya ada juga geran lain, i.e. xpdc taman negara menyelidiki personaliti orang Bateq terhadap sokongan kepada pembangunan pelancongan sebagai ketua penyelidik dan geran ucs tentang penyelidikan pusat tahfiz di dalam meneroka keupayaan menjana pendapatan melalui pembangunan pakej pelancongan didik (edu tourism) as member.

2 bulan pertama 2021, Jan-Feb saya telah menilai hampir 12 manuskrip (5 scopus, 4 international conference, 3 penilai dalaman FRGS).  Bulan Mac ini pula saya ada 2 manuskrip untuk review, kedua2nya jurnal scopus.  Esok saya hadir webinar online hosted by Web of Science (WoS) Editorial Team.  Webinar 2 jam ini berkenaan journal selection criteria and evaluation process for WoS.  Jemputan khusus kepada Journal Editors, Editors in Chief, Editorial Office Managers.

Tahun 2021 juga saya sebagai Editor-in-Chief projek Chap-in-Book fakulti untuk diterbitkan UiTM Press perlu memastikan agar kesemua manuskrip yang dihantar menepati kualiti.  Kesemua manuskrip telah melalui proses penelitian oleh reviewer yang telah dilantik.  Moga projek ini berhasil.

Paper saya yang dihantar ke 2 jurnal scopus, Q1 dan Q2 telah direject. Maka saya hantar ke Q4 with improved version.  Notification of acceptance sudah terima. Moga ada rejeki untuk publish.

Tahun 2021 juga ada beberapa paper yang saya akan olah untuk submit ke Q1.  Moga beroleh kesempatan.  

Dalam 2 bulan ni saya beberapa kali diserang gout tapi mujur minor attack. Saya baru tau bahawa saya x boleh minum air oren sunquick.  Ubatnya adalah jus 2 betik saiz sederhana yang dibantu juga dengan ubat. Jus 2 jambu batu saiz besar juga sangat elok bagi mengurangkan gout saya. Begitu juga dengan rutin jus celery+epal hijau.  Jus nenas juga saya minum. Semua jus ini adalah petua boleh kurangkan sakit gout. 

Sesekali di waktu hujung minggu saya akan berbasikal.  Sangat jarang saya berbasikal sebab kadang2 lutut kiri terasa sakit. Lepas rehat seminggu saya mula sambung semula berbasikal.

Penulisan kali ini bunyinya tidak meriah. Bunyinya mendatar. Lain kali kita sambung lagi dengan bahasa yang lebih meriah.




Wednesday, April 24, 2019

HELLO? HAI....

Assalamualaikum..


Sudah genap setahun rupanya saya tidak kemas kini blog ni. Malam ni tak boleh tidur pula. Daripada melangok dalam gelap fikir tah apa-apa, saya pun on komputer dan update blog ni. Siang tadi teringat sorang student tanya kenapa dah lama x update blog.


Dalam setahun ni terlampau banyak perkara yang berlaku. Macam-macam. Tahun lepas saya berkesempatan ke Perth untuk bentang kertas kerja dan tak sangka dapat best paper award.  Tahun ni nampak macam tak dapat nak bentang kertas kerja luar negara sebab geran penyelidikan sudah pun tamat, maknanya takde la duit. Mungkin bulan Oktober ni saya akan present paper di UIA Pagoh anjuran Kuliyyah Languages & Management, by their tourism department. Awal tahun ni, i.e. January 2019 paper saya sudah pun publish. Ada lebih kurang 6 paper so far yang in progress, i.e. tengah tulis yang mana semuanya saya jadi main author. Tahun 2018 tak banyak sangat work saya publish, cuma takat dalam 5 paper saja. Tapi, tahun 2019 saya target untuk publish 12 paper. Tak kisahlah whether it is scopus index, wos atau mycite journals. janji ada 12. Ambitious sangat kan.. So far geran penyelidikan yang telah saya minta ada 2, i.e. FRGS dan Geran REI (Research Entity Initiative)


Ada lagi satu geran British Academy yang saya nak minta tapi ketuanya mesti UK based. Tapi orangnya saya dah identify. Projek research ni saya gabung dengan selected researchers from USM, Edith Cowan Uni, Perth, Faculty Tourism, UiTM Kampus Bandaraya Melaka & Faculty Business, UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Oleh kerana saya adalah Ketua Entiti Kecemerlangan (EK), Tourism Research on Conservation & Heritage (TORCH), jadi semua keputusan nampaknya saya yang putuskan siapakah yang ingin saya ambil jadi ahli. Apa2 pun application pun memang saya yang sain. EK ini sebenarnya adalah satu group yang terdiri daripada penyelidik yang serius dalam penyelidikan. Nak tubuhkan EK ni juga bukan mudah. Ahli2nya mesti pernah jadi Ketua geran penyelidikan dan Ketua EK itu juga mesti seorang ketua bagi geran penyelidikan yang dia jalankan. Dah mohon, pastu kena bentang pula di hadapan panel. Pastu kena tunggu pula keputusan senat universiti pastu baru lah lulus. hehe.. tedious kan? Sebab tu lah saya kena pastikan EK saya ni sentiasa kekal relevan. Lau x perform alamat bungkus la EK ni. Saya ada cita-cita besar iaitu dalam masa 2 tahun, i.e. 2020, EK ni akan naik ke Tier 4 menjadi Centre. Best kan?


Semester ini saya menyelia 4 projek FYP research. One on Bateq community, the other on street art and the last about mainland Chinese visitors. Only one project on innovation.


Dalam empat bulan pertama ni, saya sudah review 6 paper from Journal of Tourism & Leisure Studies, Interdisciplinary Social Sciences & Advances in Business Research International Journal. Juga sudah banyak sangat surat penghargaan from Illinois University yang saya dapat from reviewing the first two journals. Dalam bulan lepas, saya juga dilantik menjadi Technical Reviewer untuk International conference kat Melaka Oktober nanti.


Saya ada kecenderungan yang baru sekarang iaitu saya sekarang suka dengar ceramah agama dan baca buku feveret 'Talian Hayat di Barzakh'. Saya syor kan agar semua yang follow tulisan saya ni pegi cari buku ni dan baca.


Ketahui lah akan perkara yang sebenar2nya bahawa kehidupan kita di dunia ini cuma lah sementara, akhirat jua lah tempat kita yang kekal abadi. Saya kalau dah start ceramah, mau makan 2 jam tau tak abis2 bercakap. Saya suka bercerita, dia jadi entah.. macam automatik jer.


Minggu ni adalah minggu Week Without Wall yang mana tiada kelas langsung. So, dalam 2 hari ni saya dah organize Heritage Seminar dan siang tadi ada event heritage treasure hunt kat Kampung Jawa yang student saya organize. Semangat betul sume participant. Sume dapat hadiah. Esok saya hadir seminar lagi di PERZIM, lusa juga saya attend seminar. Perhh loaded dengan talk minggu ni.


Hurmm pagi tadi ada senam robik warisan sebelum treasure hunt tu. Ada jurulatih from Institut Seni Warisan (INSWA) Melaka datang dengan team dia. Namanya Puan Noriah, umur 68 tahun tapi masyaAllah fit dan kurus. Ada tenaga. Dia memang Jurulatih Tari professional. Saya tanya dia bule ke lau saya nak belajar tarian zapin, dia kata datang sajala ke INSWA join kelas. Penari2 diorang bule ajarkan yang basic. Perh, menarik tu.


Saya dengan sorang member ni from the same faculty ada cadang nak ekspedisi ke Pulau Pandan dan Gunung Daik yg dalam pantun tu. Lokasi sudah pun saya kenal pasti cuma nak kena cari masa je nak pegi..


Hmm amboih, malam2 buta ni selera besar kemain lagi.. terasa pula nak makan kari kambing... fuhh.. sedap tu.. dah la berat saya naik 2kg ni, BMI da overweight da ni.


Mata rasanya da nak layu ni. Nite2, moga terhibur baca nukilan saya malam2 ni. Moga ketemu di lain kali. Bilanya tu entah lah. Anything about me, follow me at my insta and twitter. Tapi saya bukan insta femes.. ramai yang request friend tapi saya cuma approve orang yang saya kenal saja.


Ok lah, kita jumpe sini di lain masa.


Hasrul, 24/4/19. 1.45am

Monday, April 23, 2018

FIELD VISIT KOTA BURUK

23 April 2018.

Assaalam,

Di bawah ini dilampirkan video lawatan tapak saya ke Kota Buruk.  Moga bermanfaat.  Kajian masih lagi dijalankan.

Saya juga telah berjaya mendapatkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara, bahagian arkeologi dan konservasi berkenaan tapak ini.  Tidak banyak maklumat yang boleh didapati daripada pihak muzium.  Menurut mereka, kajian terperinci tidak dijalankan.  Walaupun tapak tersebut memang berada dalam inventori mereka, tetapi masalah timbul apabila tapak tersebut milik persendirian, jadi tidak boleh sewenangnya pihak muzium melakukan kerja-kerja pembersihan.  Walaupun begitu, saya akan memeriksa pemilikan tanah tersebut dengan jabatan tanah di Muar.

Kaedah metodologi kajian ini adalah focus group memandangkan tempat ini berada terlampau jauh di dalam hutan dan untuk memasukinya juga boleh dikatakan mencabar.  Selain peserta yang membuat lawatan ke situ, saya juga akan membuat pendekatan purposive sampling dengan menemuramah tuan DO, YB kawasan, Ketua Kampung dll.

Saya minta maaf tidak dapat melayan mesej di FB kepada yang bertanya saya tentang kajian kerana ianya masih lagi dalam peringkat kajian.  By Jun 2018 insyaallah penyelidikan ini akan habis.  Seterusnya hasilnya akan saya sumbang kepada ketua kampung, tuan do, yb kawasan, tourism johor, jabatan warisan negara, muzium kuala lumpur.  Terima kasih kepada kenalan saya dr ruby, pengarah bahagian konservasi, muzium kl kerana menerowongkan saya kepada pegawai berkenaan yang telah memberi saya gambaran awal yg cukup jelas terhadap tapak ini.

Berikut adalah keratan video lawatan tapak saya yang memakan masa 41 minit.  Mungkin agak boring menontonnya.  hahaha..  Moga bermanfaat.  hy




Wednesday, March 21, 2018

APA-APA JER

21 Mac 2018

Lama betul tak singgah ke blog.  Terima kasih pada pembaca yang sudi jengah dan baca walaupun cerita dalam ni tak berapa menarik berbanding tulisan2 blog yang lain.  Memang selalu tidak berkesempatan untuk menulis di sini.

Selain banyak masa diisi dengan mengajar.... oh by the way, semester ni saya masih lagi mengajar Tourism Philosophy dan Research Methodology.  Seronok betul saya ajar kedua2 kursus ini.  So, kelas degree untuk philo ada 3 kelas. Manakala yang satu lagi cuma 2 kelas sahaja.  Selepas kelas, biasanya saya akan saja didatangi students untuk consultation. 

Dua minggu lepas saya dijemput untuk menilai 4 proposal penyelidikan FRGS (Fundamental Research Grant Scheme) berkenaan tourism.  Setelah menilai, saya membuat ulasan 3 proposal ditambah baik iaitu 2 major revision, 1 minor revision.  Manakala 1 lagi saya tidak recommend, aka rejected.  Kalau cerita di sini sebab2 nya memang panjang lah sangat.  Pendekkan cerita saja.  Walau bagaimanapun saya ucapkan tahniah kepada ketua penyelidik kerana berminat menjalan kajian dalam bidang pelancongan.  Moga mereka dapat tambah baik isi kandungan mengikut saranan yang telah saya berikan.  Saya rasa pasti kali ini ramai yang dapat geran memandangkan dalam bajet yang lepas jumlah peruntukan daripada kerajaan untuk penyelidikan telah dinaikkan.  Saya tidak berkesempatan memohon geran FRGS yang diiklankan pada tempoh hari.  Geran yang sedia ada pun tidak terlayan hahaha...

Minggu lepas saya telah dijemput rakan dari Edith Cowan University bagi menjalankan kajian untuk geran Australia-ASEAN untuk tajuk financial literacy among small business operators in tourism.  Tajuk ini sangat relevan dan mempunyai masalah ketara yang perlu diselesaikan.  Saya bersetuju menjadi ahli di dalam geran penyelidikan tersebut.

Baru sekejap tadi saya membalas mesej koordinator Journal Hospitality & Tourism Research (ianya scopus index di bawah emerald) menerangkan keadaan saya yang agak sibuk di ofis.  Itu hari saya telah berjanji untuk menghantar 2 empirikal artikel ke situ, jadi saya memberitahu dia.. saya akan kotakan janji itu. hehehe... alamat balik lambat la nampaknya.

Oleh kerana saya telah dilantik sebagai ketua self review report fakulti, maka saya harus membaca kesemua laporan setebal 300ms dan harus memurnikan isi kandungan laporan yang disediakan oleh 14 pensyarah fakulti sebelum diserahkan kepada unit kualiti.  ooohhh my goodness.. sebenarnya.. ooohhh my back!! 

Keadaan kesihatan saya juga tidak lah sebaik setahun yang lepas sebab baru2 ini saya telah disahkan mempunyai sakit slipped disk. Ianya bukan setakat slipped (tergelincir) malah disk saya di lumbar 4 & 5 telah pecah.. huhu.. jadi sekarang ini saya cuma kerap membuat senaman fisioterapi.  Oleh kerana itu, saya tidak boleh lagi membuat kerja berat.  Duduk terlampau lama tidak boleh.  Diri terlampau lama juga tidak boleh.

But overall saya nampak sihat.  Nampak saja sihat.  Saya kena kawal pergerakan dan pemakanan.  Tapi buat masa sekarang saya sihat Alhamdulillah.

Sesiapa yang nak jemput saya ceramah tentang philosophy, boleh lah emel saya.  Dalam minggu ini saya menerangkan asas falsafah serta merungkai segala maksud tentang idealism, realism, progressivism, liberalism, radicalism.  Selain itu, saya juga mengupas positivism, constructionism, critical realism dan juga pragmatism.  Di penghujungnya saya memperkenalkan falsafah terbaru iaitu backward progressivism ciptaan saya sendiri yang maksudnya tiada menuju objectivity.  Hujah saya adalah kemajuan itu sepatutnya menunjukkan kemajuan bukannya kemunduran.  Contoh minggu ini kita menghantar laporan kemajuan.  Kemudian dinilai.  Minggu depan kita hantar lagi kemajuan tetapi ianya tidak mengalami perubahan dari segi tambah baik malah statik, maka itu tidak dinamakan kemajuan.  Ia adalah kemajuan yang menunjukkan kemunduran atau saya bagi nama backward progressivism.  Bestkan boleh buat falsafah sendiri? hahaha... Kesemua itu adalah terkandung di dalam ontological interrogation.  Korang faham ke apa yang aku cakap ni?  ermm lau x faham, takpelah.. lain kali kita citer.

Bulan April ni saya akan masuk pertandingan international innovation untuk 2 produk.  Satu produk namanya QuranGet dan satu lagi Bagmock. Mungkin juga saya menjadi juri di pertandingan itu.  Kalau jadi juri, maka saya tidak boleh menjuri di booth sendiri.

Oh ya, bulan lepas, Februari saya dijemput jadi juri di pertandingan international innovation juga tapi di UiTM Rembau.  Banyak juga produk.. beratus... Yang buat saya impress adalah saya juri kepada produk2 S&T kategori junior innovators, i.e. sekolah menengah.  Ada 3 produk sekolah yang mmg sangat awesome malah pencapaiannya melebihi dari peringkat professional dan pelajar IPT yang mana produk mereka telah mendapat pengiktitarafan dari kerajaan Saudi.  Hebatlah. Namun, saya juga melihat apakah pembaharuan atau peningkatan yang mereka telah lakukan.  Nak ceritakan produk apa, alamat panjang lah lagi entri ni nanti.  

Itulah, ada je banyak citer2 menarik tapi tak sempat nak update sini.

Nanti sebelum puasa, saya akan melawat ke tapak sejarah kota buruk di muar bagi menjalankan kajian fieldwork untuk artikel saya yang seterusnya.  Lau korang nak tau selepas Paramewara bunuh Temagi, wakil Siam kat Temasek, Siam pun ngamuk la.  Pasal tu la Parameswara lari ke Johor.  Pendekkan citer dia jumpa satu tempat ni yang sekarang Kota Buruk ni dan sempat wat kerajaan kat sana 6 tahun.  Tapi Siam akhirnya tau dia kat mana.  Parameswara bila tau je Siam tengah get ready nak serang Kota Buruk cepat2 dia pindah ke Melaka.  Masa yang kat tepi sungai tu lah masa tengah rehat menyandar kat pokok yang korang dengar citer pasal pelanduk ngan anjing tu. Tapi kan, kalau lah Siam x tau Parameswara kat Kota Buruk, confirm lah area situ jadi pelabuhan bukan lah kt tepi sungai melaka tapi kat sungai muar sebab kota buruk tu kat tepi sungai muar. kihkih.. cuma tempat ni orang tak tau, malah tidak dipulihara dengan baik oleh tourism johor.  ada papan tafsiran situ dibina oleh jabatan muzium tapi skg dah tengah2 lalang dah.. kahkah... jadi tempat ni boleh dibuat kajian sebab dia ada potensi.  hasil penyelidikan tu nanti selain aku publish akan jugak aku serah kat tourism johor, jabatan muzium negara dgn kementerian. kihkih. dalam masa yang sama saya juga mengumpul maklumat tentang religious facilities di tapak tarikan untuk muslim travellers yang mana saya nampak ada permasalahan ketara di sana.  Issyy sebenarnya, banyak sangat topik penulisan dan dalam masa yang sama diekori oleh pihak jurnal untuk jemputan menulis. mereka sendiri emel saya. saya tak tertanggung menulis banyak2 ni. helppp... 

Ada satu artikel yang pending dari tahun lepas yang belum saya repair lagi, co author dengan pensyarah lain tajuk tentang eloquency of java languang among young adults. artikel berbentuk empirical evidence. data baikk punya dah analyse dan interpret. tapi yang masalahnya ialah di manakah saya letak artikel itu.  saya dah review content esp bab critical writing.  aduss.. di manakah telah ku letak. hukhuk.

Pagi tadi semasa on the way to office saya terbayang2 untuk meluaskan lagi kolam renang yang sedia ada.  Saya bercita2 untuk membuka swimming academy bila dah pencen.  Congak2 lebih kurang 17 tahun lagi untuk pencen.  Itupun lau pencen genap.

Macam biasa setiap Ahad saya ke UIA Muar di Pagoh atau omputih kata International Islamic University Malaysia (IIUM) untuk mengajar di sana.  Suasana UIA ni mmg lain dari UiTM.  Kadang tu terdetik juga hati nak berpindah perkhidmatan di sana.  Tukar suasana. Tapi fikir punya fikir punya fikir.... saya kata pada diri.. takpelah biarlah aku setia di uitm... cewahhhh....

Fuiyoo panjangnya menulis... ehhh takpe.. orang yang datang ke blog ialah orang yang suka sangat membaca.

Btw, ada ke semalam students nak viral kan saya macam ustazah viral yang keluar kat facebook baru2 ni.  Saya siap kata jangan nak mengada2... hahaha.

Psstt.. tahun lepas TV Al Hijrah ada call saya nak jemput wawancara tentang sejarah sosial di Melaka. saya cuma ketawa besar saja.  Saya syor beberapa nama lain untuk mereka wawancara di tv.  Bidang aku memang lah heritage & ethnic studies.  social history hanya field of interest aku.  Memanglah aku tau pasal sejarah sosial di melaka sebab minat.  Dah nak masuk 17 tahun sejak 2001 so far saya baca mcm2 jenis buku dan laporan sejarah tentang Melaka.  Tapi, eloklah mereka tanya yang betul2 pakar yang dalam bidang.  Melainkan lau dah takde orang lain nak entertain barulah aku bersedia. kihkih.  Then lepas tu diorang dah tak contact2 lagi dah kahkah...

Ok lah, panjang lak tulis kali ni.  Sekian, till kita jumpa lagi in the next post. hy

Monday, October 30, 2017

Hyee apa khabar?

Sudah lama tidak menjejaki blog ini.  Maklumlah sekarang ni ada twitter, instagram, facebook.  Trend penulisan blog pula menjadi semakin lama semakin jauh.  Tambahan pula lagi kesibukan yang melanda.  Walau bagaimanapun, sibuk itu memang sentiasa saja ada.  Tiada satu hari pun yang tidak sibuk.  Semua orang sibuk.  Yang sebenarnya ialah sekarang banyak saluran sosial media yang lebih cepat untuk perkongsian maklumat terutamanya twitter.  Sebenarnya blog ini bagi mereka yang suka membaca.  Orang yang tidak minat membaca panjang2 confirm lah mereka tak berapa nak baca.  Tapikan, kalau saya yang suka membaca ni bila dengar orang kata dia tak suka membaca, saya akan rasa macam meluat pulak.  Bukan lah semua benda saya baca tapi saya baca banyak benda hari-hari.  Itupun masih lagi banyak yang saya tak tau.  

Sekarang saya baru sedar banyak jurnal antarabangsa arus perdana (scopus listed) yang mengemaskini maklumat mereka di twitter.  Minggu lepas editor-in-chief Journal of Tourism Research & Hospitality sendiri ada emel saya berkenaan kesediaan saya menyumbang artikel di jurnal tersebut.  Terperanjat juga sebab big boss journal sendiri yang emel.  Malam tu pula koordinator jurnal tersebut mesej saya di twitter tentang perkara yang sama.  So, saya tanyalah mana mereka dapat tau pasal saya.  Mereka kata melalui twitter serta profile ORCID ID.  Tengok tak betapa cepatnya kaedah sosial media. Saya rasa mungkin juga recommendation dari editor-in-chief Journal of Islamic Marketing.  Sebab melalui dia juga saya jadi reviewer untuk Journal of Islamic and Middle Eastern Finance & Management.  


Tahun 2017 ini saya ada menghasilkan 14 paper yang telah dan akan dihantar ke beberapa jurnal.  Ada jurnal yang memproses selama 2 tahun untuk publication. Maka kenalah tunggu.  Saya rasa saya lebih banyak review artikel orang dari menulis paper sendiri.. haha.  Tahun ini juga ada beberapa artikel dari emerald journal yang telah saya reviu.  Ada yang saya reject, ada yang saya terima dengan pembetulan minor dan major.  Memang sesiapa yang dapat anugerah 'Outstanding Reviewer Award' from a Scopus journal memang akan rasa happy.  Entah bila lah saya nak merasa.


Bulan lepas saya telah masuk pertandingan inovasi menghasilkan komik digital untuk paparan maklumat di tapak warisan.  Tapi cuma dapat bronze award saja sebab ianya cuma konsep saja belum dipatenkan.  Sebelum ini saya telah menjalankan kajian berkenaan interpretation board di tapak warisan Melaka dari aspek engagement power, attraction power dan holding time.  Kajian tersebut telah diterbitkan di dalam chapter in book. Publishernya ialah Taylor & Francis, London.  Dalam kajian tersebut 56.7% pelawat mengatakan mereka tidak membaca papan maklumat berkemungkinan kerana 60.7% menyatakan interpetation board itu langsung tidak menarik.  43.2% mengatakan maklumat penuh serabut dengan penggunaan huruf yang terlalu kecil.  Mereka berasa tidak seronok semasa membaca kerana papan maklumat yang terlampau padat dengan saiz tulisan yang kecil.  Lantas papan tafsiran tersebut nampak tidak bermaya.  Justeru, timbul idea untuk saya dan pasukan penyelidik menterjemah maklumat tersebut dalam bentuk komik digital yang boleh diakses melalui scan kod QR di papan tafsiran tersebut.  Jadi, pelawat boleh membaca komik di smartphone masing2.  Menarik kan?  Nanti saya akan berbincang dengan Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas bagi mendapatkan pandangan beliau dan merealisasikan usaha ini.  Mana lah tahu kot2 kerajaan negeri bersedia beri sikit dana. Hehe.  Dalam masa yang sama saya dan beberapa orang rakan akan merangka kursus perkhidmatan pelanggan kepada polis pelancong.  Idea ini saya dapat semasa temubual polis pelancong beberapa tahun lepas.


Esok pula saya akan hadiri Anugerah Bestari 2017.  Nama saya tersenarai sebagai penerima Anugerah Penilai Dalaman geran FRGS.  Tapi esok pagi saya ada kelas dari 8am-12pm.  Mungkin jenguk sekejap kot event tu nanti.

Setiap Ahad saya akan ke UIA, Pagoh, Muar untuk part time lecturing di Kuliyyah Languages & Management.  Kelas saya ada 40 orang semuanya termasuk beberapa pelajar antarabangsa.  Seronok mengajar di UIA kerana persekitaran yang berbeza dengan tempat kerja saya di UiTM.  Saya mengajar mereka Tourism Planning.  3 jam straight waktunya.  Pelajar2 UIA pula sangat participative di dalam kelas.  Enjoy teaching them.


Satu lagi, saya baru saja menubuhkan pasukan RIG bagi tourism program yang dianggotai 6 orang.  Saya sebagai ketua.  Syaratnya agak ketat iaitu ahli2 yang menjadi anggota mesti juga menjadi ketua mana2 geran KPT dan bagi gugusan sosial sains melepasi had RM50,000 kot alaa.. tak ingat la.  Tak kisah la janji saya dan ahli kumpulan saya dah melepasi syarat2 yang mereka nyatakan.  Selepas penubuhan team RIG ini diluluskan senat universiti, automatik team TOURAG (Tourim Research Advancement Group) ini akan berada di tier 5.  Kemudian akan diberi suntikan geran REITS sebanyak RM30 ribu sebagai modal menjalankan beberapa siri penyelidikan.  Dari 30 ribu mesti menghasilkan penjanaan pendapatan dari projek2 yang dihasilkan.  Saya sasarkan dalam masa 2 tahun setelah penubuhan team RIG ini, TOURAG berupaya mencapai tier 4 supaya dapat dia bertukar status kepada Centre of Tourism.  Wow, besarnya cita-cita.  Dalam masa yang sama progres geran FRGS saya sudah cecah kepada 85%.  Bulan Julai 2018 baru habis.  Akan datang ni nanti kalau geran FRGS keluar iklan lagi, saya akan minta lagi.  


Baru sebentar tadi selesai fire drill di UiTM Kampus Bandaraya.  Lenguh juga kaki turun tangga dari level 14 ke bawah dan lintas jalan berkumpul di Apartmen Yayasan Melaka.


Panjang pula entri kali ni.  Sekian, terima kasih sebab sudi membaca.


Tuesday, February 7, 2017

Berhati2 dengan scammers

Saya mengucapkan tahniah kepada beberapa pertubuhan ataupun media sosial yang bermanfaat di bawah label medical mythbuster, pseudoscience watch, root of science, antara beberapa nama dari banyak lagi sukarelawan yang bertindak memberi pendidikan dan membongkar mitos, syak wasangka, prasangka, kecelaruan, merungkai kekeliruan serta penipuan yang sudah banyak terjadi di dalam masyarakat.  Bukan setakat satu atau dua kes, malah pembohongan yang dilakukan oleh pihak berkepentingan adalah tidak putus-putus.  Kumpulan ini licik dengan hujah berpaksikan sains dan penemuan data empirikal dari jurnal.  Kepada golongan yang terpengaruh dek kerana kedangkalan ilmu atau juga sangat mudah terkesima akan terus terpedaya.

Mujurlah ada page di facebook seperti Medical Mythbuster yang dianggotai oleh kebanyakan pengamal perubatan bertauliah, Root of Science dan Pseudoscience Watch yang sentiasa memerhati gerak geri 'scammers' ataupun penipu-penipu ini.  Jika anda ikuti page2 mereka tersebut, sudah banyak pembongkaran yang telah dilakukan mereka.  Syabas saya ucapkan.

Sebagai seorang ahli akademik saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berhempas pulas mencari bukti sahih bagi mematahkan hujah2 penipu-penipu ni.  Sesetengah golongan kaki auta ini meyakinkan orang ramai dengan dapatan2 kajian yang sangat2 menyeleweng.  Malah, dapatan kajian itu tidak wujud, sangat lemah, terbit di jurnal yang disenarai hitam dan sampel yang sangat kecil dan tidak signifikan.  Kesemua ini digarap dengan sempurna, dipakej dan dijual bagi meyakinkan orang ramai.

Saya bersimpati kepada nasib yang menimpa Pseudoscience Watch (PW) tempohari yang disekat page mereka oleh Facebook gara-gara bersatunya hati golongan scammers yang menjatuhkan PW. Namun, sekarang PW sudah bangkit semula, ditunjangi oleh ramai pertubuhan terutamanya Medical Mythbuster.  Di belakang mereka, ada penasihat undang-undang.  Jadi, mereka tidak takut dengan suara yang sungguh menggegarkan.  Berani kerana benar.  Sangat mudah mematahkan hujah mereka iaitu dengan mencari dan menyelongkar kebenaran.

Saya masih lagi teringat seketika dahulu pada 2013, saya pernah menyelongkar pembohongan artikel yang tidak masuk akal iaitu merenung payudara boleh memanjangkan usia lelaki. Anda boleh baca tulisan saya itu di sini.  Tetapi selepas itu, saya mendapati hampir setiap hari ramai orang yang suka menipu. Tambah kasihan adalah saya dapati yang menipu itu juga orang Melayu.  Melayu tipu Melayu.  Mengapa? kerana duit. Ianya tidak berkesudahan sehingga saya tidak larat hendak menulis bagi pembongkaran penipuan.  

Setidak2nya page seperti yang saya sebutkan di atas telah secara automatik menyedarkan ribuan ramai rakyat Malaysia. Tahniah dari saya.  Teruskan perjuangan kalian.

Saya menyeru kepada penduduk Malaysia supaya janganlah anda sangat mudah terpedaya dengan apa sahaja gerak gempur yang dibuat oleh 'scammers'.  Siasat dengan sedalam2nya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.  Jadilah warga yang bijak!


Thursday, January 5, 2017

Penilai Dalaman

Saya telah dijemput oleh pihak jaringan industri untuk menjadi panel penilai dalaman bagi geran berimpak tinggi FRGS pada esok 6 Januari 2017.  Jadualnya dari pagi sampai ke petang.  Tentu saja banyak permohonan untuk dinilai.  Esok juga ada meeting fakulti yang tidak dapat saya hadir.

Pada hari ini saya sedang sibuk menanda kertas ujian tourism philosophy dan heritage tourism. Dalam masa yang sama, optimis menunggu maklum balas dari rakan di USM, Jabatan Pengajian Cina, Dr. Goh Sang Seong yang berminat menterjemah bahasa kuno cina di paparan terjemahan di Tokong Cheng Hoon Teng yang usianya lebih 300 tahun.  Gambar2 tulisan tersebut bersaiz 140mb sudah diemel.  Sudah sekian lama saya mencari pakar yang berminat di dalam projek ini.  Semoga projek ini menjadi kenyataan bagi membolehkan pelawat kaum lain mengenali budaya Cina sewaktu lawatan ke tokong.

Monday, December 19, 2016

Ceramah geran FRGS

Saya diberi peluang untuk memberi ceramah kepada warga Fakulti Tourism, Uitm Melaka seramai 20 orang berkenaan permohonan geran FRGS.  Ada dua sesi.  Saya diberi slot pagi selama 2 jam.  Ceramah tersebut akan diadakan esok 20 Disember 2016.  Kemudian, peserta akan berbengkel sehingga ke petang menyelesaikan proposal projek masing-masing.

Pada 25 November 2016 yang lepas, saya telah menerima anugerah sebagai Ketua bagi penyelidikan berimpak tinggi FRGS daripada pengurusan UiTM Melaka.  Terima kasih kepada KPT kerana beri peluang pada saya untuk menjalankan kajian dalam bidang yang saya minat.  Geran yang diterima tidaklah begitu banyak namun saya tetap gembira.  Alhamdulillah.

Sekian, buat masa ini.  Nak sambung kerja2 yang lain.

Wednesday, September 28, 2016

Ceramah Islamic Tourism & Entrepreneurship Program

28 September 2016.

Sekian lama tak menulis dalam blog ini kerana tidak berkesempatan.  

Pada 17 Oktober 2016 nanti saya dijemput untuk memberi ceramah pembukaan selama 2 jam tentang Islamic Tourism & Entrepreneurship Program kepada delegasi dari Institut Agama Islam Mataram, Indonesia di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

ok.. lari topik..

Sekarang ni, agak sibuk sedikit dengan beberapa penyelidikan berkaitan topik ethnic & heritage, tourism & technology dan visitor typology at nature park.  Penyelidikan dengan geran FRGS juga berjalan serentak bagi topik multiethnic & unity. Dalam masa yang sama juga menjalankan kerja2 hakiki mengajar termasuk bukan hakiki seperti memegang jawatan dalam beberapa jawatankuasa.  

Bagi kursus Philosophy of Tourism yang pada semester lepas peratusan gagal pelajar adalah 67% maka rentetan daripada itu ada pertambahan kelas bagi repeaters. Menjadikan 4 kelas dari asalnya 2 kelas.  Kebanyakan pelajar masih kurang mengerti konsep asas ontologi dan epistemologi. Tapi alhamdulillah sekarang mereka sudah faham.  Cuma konsep post disciplinary saja yang mereka belum faham. 

Bagi kursus Heritage Tourism juga, peratusan gagal semester lepas menjangkau 33%.  Analisis saya adalah pelajar kurang belajar dengan tekun.  Tapi saya percaya pada semester ini bagi yang mengulang kursus, mereka akan mendapat keputusan yang baik.

Dalam masa yang sama masih lagi berbaki 1 artikel yang dijemput oleh Journal of Islamic Marketing untuk saya ulas (review).


InsyaAllah ada kesempatan saya menulis lagi dengan entri yang best2.  

Thank you for visiting and reading my blog!! Harap pembaca semua di dalam keadaan sihat walafiat dan gembira selalu. hy

Wednesday, June 15, 2016

KEBULURAN DI ETHIOPIA

15 Jun 2016

Sejak bulan Ramadhan ini, saya melihat ada beberapa foto di facebook tentang kebuluran warga Ethiopia yang menyayat hati, terutamanya di kalangan kanak-kanak.  Ianya memang menyedihkan. Lantas saya terfikir kenapa Ethiopia jadi begitu.

Sejak krisis kebuluran di serata Ethiopia 1983-1985, seluruh dunia mengenali Ethiopia dan ramai negara yang membantu. (sebenarnya apabila saya klik google, kisah masalah Ethiopia sudah sedia wujud semenjak kurun ke 9 lagi yang mana ketika itu kawasan tersebut dilanda wabak.  Wabak apa tak tahu la pula saya, mungkin kena buat kajian sedikit).

Saya terus mencari punca kebuluran di Ethiopia.  Akhirnya saya terjumpa satu laman web yang menerangkan perihal masalah di Ethiopia di pautan http://www.africaw.com/major-problems-facing-ethiopia-today

Saya telah terjemahkan teks asal kepada Bahasa Melayu agar kita sama-sama dapat manfaat.  Walaupun begitu, ada beberapa isi kandungan teks tersebut tidak dapat saya memberi kesahihan berkenaan dengan beberapa fakta yang dinyatakan.  Kena buat sedikit usaha mencari sumber bagi menyokong beberapa perkara yang dinyatakan di dalam teks.

Walaupun demikian, sekurang-kurangnya penulisan ini memberi gambaran awal dan kefahaman yang jelas berkenaan apa yang sebenarnya yang terjadi di Ethiopia sehingga ramai rakyatnya kebuluran.

Semoga bermanfaat. hy

Terjemahan:

Ethiopia adalah negara kedua paling ramai penduduk di seluruh benua Afrika dengan jumlah penduduk kira-kira 92 juta orang dengan kadar pertumbuhan sekitar 3.6%.  Ethiopia berkongsi sempadan dengan negara Kenya di selatan, Eritrea di utara, Sudan di Barat dan Djibouti dan Somalia di Timur.  Corak sempadan sebegini menjadikan Ethiopia seolah-oleh terkepung dengan negara-negara tersebut.  Ethiopia mempunyai jumlah keluasan tanah kira-kira 1,100,000 kilometer persegi.

Ethiopia mempunyai sumber kekayaan semula jadi seperti emas, potash (bahan mineral yang mengandungi potassium – saya sebenarnya tidak faham apa fungsinya, kemudian saya akan kaji), gas semula jadi seperti metana, tembaga, platinum dan lain-lain.

Pada masa ini, beberapa sektor ekonomi di Ethiopia semakin rancak membangun terutamanya dalam bidang infrastruktur hasil daripada pelaburan China yang besar di bahagian Afrika dan juga berkait rapat dengan projek-projek kerajaan yang bertujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Millenium bagi mencapai status negara berpendapatan sederhana pada tahun 2025.  Antara 2013 dan 2014, pertumbuhan KDNK Ethiopia adalah sekitar 10.6%.  Jika dibandingkan dengan negara jiran, Kenya meningkat hanya 4.8% dalam tempoh yang sama manakala Rwanda hanya 7.9%. Ini adalah berita baik kepada pelabur dan menunjukkan Ethiopia mempunyai potensi untuk pelaburan. Menurut penilaian terkini berkenaan tahap kemiskinan oleh Kumpulan Bank Dunia, kemiskinan di Ethiopia jatuh dari 44% pada tahun 2000 kepada 30% pada tahun 2011.

Walaupun kadar itu jatuh, masih lagi terdapat 37 juta penduduk di Ethiopia bergelumang dalam kemiskinan dan mengikut statistik Bank Dunia, yang paling miskin di Ethiopia telah menjadi lebih miskin dalam erti kata bahawa, harga makanan yang tinggi yang meningkatkan pendapatan bagi ramai petani, memberi cabaran bagi golongan miskin di luar bandar untuk membeli makanan.

Ekonomi Ethiopia banyak bergantung kepada pertanian (kira-kira 45% hingga 50% daripada KDNK).  Oleh kerana itu, sektor tersebut terdedah kepada masalah kemarau berpanjangan dan bencana banjir.  Kedua-dua keadan ini merupakan fenomena alam yang sering berlaku di Ethiopia lantas melumpuhkan keseluruhan ekonomi dan kesannya menyebabkan kebuluran.

Buta huruf adalah satu lagi sebab utama mengapa Ethiopia dihimpit kemiskinan.  Pemimpin Ethiopia pada hari ini tidak banyak memberikan perhatian kepada pendidikan.  Ethiopia mempunyai kadar buta huruf setinggi 49% dengan kadar celik huruf wanita berlegar sekitar 41%.  Ini menunjukkan hanya kira-kira 41% daripada penduduk wanita berusia lebih 15 tahun boleh membaca dan menulis.

Disebabkan oleh kemiskinan dan kelaparan, kebanyakan kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah.  Ada juga kanak-kanak dipaksa kahwin, terlibat sebagai buruh kanak-kanak, penyeludupan kanak-kanak dan terkini, pelacuran di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak di Ethiopia juga terlibat di dalam perniagaan kecil-kecilan terutamanya di sepanjang jalan-jalan utama bandar-bandar besar seperti Addis Ababa (ibu negara Ethiopia yang mempunyai penduduk kira-kira 5 juta orang), Dire Dawa, Adama atau Nazret, Gondar, Dese atau Dessie, Mek 'ele, Jimma dan Bahir Dar.

Ethiopia juga mengeluarkan hasil kopi dengan nilai eksport sekitar 400 juta dollar setahun.  Namun, nilai tersebut adalah sangat rendah berikutan harga pasaran antarabangsa yang merudum (saya mencelah:  di sini saya tidak pasti adakah kerana kopi dijual dengan harga yang murah di peringkat antarabangsa ataupun ada pihak yang mengambil kesempatan membeli kopi dari Ethiopia dengan harga yang murah).  Justeru, keadaan ini juga menyumbang kepada kegoyahan ekonomi Ethiopia.

Isu alam sekitar seperti pencemaran air (akibat daripada sektor pertanian dan perindustrian), kemusnahan tanah yang sering membawa kepada desertifikasi (proses merosotkan alam sekitar, iaitu tanah subur menjadi tidak produktif seperti gurun) dan kemarau teruk semakin mengancam banyak nyawa di Ethiopia hari ini.


Tadbir urus yang kurang cekap dan rasuah adalah masalah utama di kebanyakan negara di Afrika. Kebanyakan ahli politik di Ethiopia pada hari ini terlibat dengan rasuah.  Antara mereka juga ada yang tiada pengalaman mentadbir negara.  Tadbir urus yang lemah, rasuah dan ketidakstabilan politik menyebabkan ramai pelabur lari meninggalkan Ethiopia. 

Tamat.