Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

di sebalik penggunaan kalimah Allah pada bible

9/1/2013; 5:53pm.

perkara ini semakin hangat dibincangkan semenjak 25 disember 2012 lagi. sehingga sekarang masih lagi tiada penyelesaian. mesyuarat sana mesyuarat sini. sehingga artikel ini ditulis, masih lagi terdapat di dada akhbar ada melayu menyokong, ada yang tidak. pemimpin melayu sendiri ada yang berbeza pendapat.  apa la nak jadi.

tidak seperti orang cina yang punya elemen sino centric, filial piety yang sanggup mempertahankan apa sahaja agama dan budaya kecinaan.  pada mereka, over my dead my body. mereka secara bersama utuh dengan pendirian daripada rakyat jelata sehingga kepada ratusan pemimpin persatuan dan para pemimpin politik. semuanya satu hati.

tapi orang melayu tidak. uniknya orang melayu itu. ini sentuh bab agama islam. tidak satu pandangan. masing-masing berbeza. apa nak jadi?

ok, flashback. laporan roket mengatakan guan eng hanya minta kabinet mempertimbangkan ejaan nama Allah digunapakai dalam bible versi bahasa melayu khas untuk penduduk sabah dan sarawak yang beragama kristian sahaja. guan eng mengatakan bukan guna kalimah Allah itu (alif lam lam ha).  beliau hanya beri syor supaya ejaan 'allah' itu dipakai dalam kitab injil kristian itu.  laporan rasmi media perdana mengatakan sebaliknya iaitu guan eng menggesa kerajaan pusat guna pakai kalimah Allah itu.

mana satu betul, saya tak tau.

ok. dalam hal ini, ada orang melayu yang menyelar syor itu dengan pelbagai bentuk bantahan. ada yang benarkan kerana faham hanya guna ejaan rumi itu.

pandangan saya:  harus kerajaan pusat beri kata putus. sama ada benarkan atau tidak.

secara peribadi, saya cuma khuatir jikalau dibenar agama lain guna pakai kalimah allah dalam ejaan jawi/arab itu, takut nanti mereka tidak memberi kedudukan secara terpelihara kerana tiada didikan islam iaitu menulis kalimah Allah di tempat-tempat tidak sepatutnya seperti di tandas, kelab-kelab malam, rumah-rumah urut, pusat pelacuran dan apa sahaja. juga dikhuatiri masyarakat islam menjadi keliru kalimah allah terpampang besar-besaran di rumah, pejabat, kedai makan bukan islam dan sebagainya. kita anggap rumah itu rumah islam, tetapi rumah orang penganut kristian. kita anggap kedai makan itu halal kerana ada kalimah Allah tetapi ianya tidak halal.

jika sekali sudah dibenarkan maka susah hendak ditarik balik.

pada masa ini tuntutan kalimah Allah. kebiasaannya di sebelah kalimah itu ialah kalimah Muhammad saw. adakah tuntutan kalimah junjungan besar nabi pula selepas ini?

majlis fatwa sudah membuat keputusan lama dahulu pada 2008 secara panjang lebar.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

dengan tegas majlis fatwa kebangsaan tidak membenarkan sama sekali.

oleh kerana saya bukan aliran agama, maka saya tidak pasti bagaimanakah pula keputusan mana2 majlis fatwa negeri.

saya juga tidak pasti adakah keputusan fatwa boleh ditarik balik.

kepada pihak kerajaan yang diterajui oleh pemimpin islam, harap dapat memberi perhatian serius.  pandangan saya kerajaan sudahpun buat keputusan.

saya berkata tidak patut diberi kebenaran memandangkan nanti takut kalimah tersebut tidak mendapat tempat yang wajar di kalangan orang bukan islam. tiada jaminan bahawa kalimah tersebut dijaga dan dianggap suci oleh mereka.

sekali lagi saya lihat orang-orang melayu islam sudah goyah bergoyang-goyang. come on la. secara tegas, just say no.

Sunday, December 23, 2012

keadaan bagaimana anak tak sah taraf boleh dinasab kepada bapanya

barangkali anda di luar sana mahu mengambil tahu akan status anak tidak sah taraf.

di bawah ini adalah jawapan kepada persoalan tersebut daripada portal laman rasmi fatwa malaysia.(http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/anak-tak-sah-taraf-1)

Anak Tak Sah Taraf

Tarikh Keputusan: 
14 Oct, 2005
Keputusan: 
Anak Tak Sah Taraf ialah:-

(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;

(ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan Syubhah; dan

(iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
Keterangan/Hujah: 
• Pensabitan nasab kanak-kanak hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syara` sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam: اَلْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ .
Maksudnya:
“Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).”
(Riwayat Jama`ah melainkan Tirmizi)

• Menurut Imam Nawawi, maksud hadith di atas ialah jika seseorang lelaki itu mempunyai isteri atau hamba, maka dia seolah-olah menjadi hamparan tempat tidurnya ( فراش ). Apabila perempuan tersebut melahirkan anak bagi suatu tempoh yang memungkinkan anak itu wujud, maka anak itu disabitkan menjadi anaknya dan hak bagi lelaki berkenaan. Dengan itu, berjalanlah antara mereka hukum pewarisan dan hukum-hakam yang lain.

• Terdapat tiga syarat penting yang perlu dipenuhi dalam menasabkan anak yang lahir hasil daripada pernikahan yang sah iaitu:

1. Ada kemungkinan anak tersebut adalah daripada suami berkenaan, maknanya suami adalah orang yang mempunyai faktor-faktor yang boleh menyebabkan kehamilan isterinya seperti tidak lemah syahwat yang menyebabkan dia tidak mampu menyetubuhi isteri atau dia mandul atau sebab-sebab lain yang boleh menafikan anak itu daripada suami berkenaan.

2. Suami tidak menafikan nasab anak itu daripadanya melalui proses li`an.

3. Isteri melahirkan anak berkenaan dalam tempoh mengandung yang minimum.

• Para ulama’ telah bersepakat menetapkan bahawa tempoh minimum seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak ialah enam bulan. Penentuan tempoh enam bulan tersebut adalah berdasarkan maksud dua ayat Al-Qur'an yang menerangkan tentang masa hamil (tempoh mengandung) dan penyusuan.

1. Firman Allah subhanahu wata`ala:
{ وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَـثُونَ شَهْرًا }
Maksudnya:
“Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Surah Al-Ahqaf 46:15)

2. Firman Allah subhanahu wata`ala yang lain:
{ وَفِصَلُهُ فِى عَامَيْنِ }
Maksudnya:
“Dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.”
(Surah Luqman 31:14)

Daripada maksud kedua-dua ayat di atas, jika ditolak tempoh masa penyusuan anak iaitu 2 tahun atau 24 bulan daripada tempoh 30 bulan (masa keseluruhan hamil dan menyusukan anak), bererti masa yang bakinya, iaitu tempoh hamil ialah 6 bulan.

• Ash-Shaykh Muhammad `Ali As-Sabuni dalam kitabnya “Rawa’i` Al-Bayan” menyebutkan bahawa telah diriwayatkan, bahawa seorang perempuan berkahwin, kemudian melahirkan anak setelah enam bulan daripada perkahwinannya. Dia dihadapkan kepada khalifah `Uthman radhiyallahu `anh. Beliau mahu merejam perempuan berkenaan, tetapi Ibnu `Abbas berkata kepada `Uthman: “Perempuan ini, jika dia menentang kamu dengan kitab Allah, kamu akan kalah.”

Allah berfirman:
{ وَحَمْلُهُ وَفِصَلُهُ ثَلَـثُونَ شَهْرًا }
Maksudnya:
“Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”
(Surah Al-Ahqaf 46:15)

Firman Allah selanjutnya:
{ وَالْوَلِدَتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ }
Maksudnya:
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”
(Surah Al-Baqarah 2: 233)

Maka, tempoh hamil ialah 6 bulan dan penyusuan pula 24 bulan. Berdasarkan dalil itu, Sayyidina `Uthman radhiyallahu `anh pun membebaskan wanita berkenaan daripada hukuman.

• Ahmad Mustafa Al-Maraghiy di dalam kitab “Tafsir Al-Maraghiy” turut menyebutkan bahawa tempoh kehamilan dan menghentikan anak daripada menyusu memakan masa selama 30 bulan. Ayat 233 Surah Al-Baqarah itu menunjukkan bahawa tempoh hamil yang paling singkat ialah selama 6 bulan dan tempoh menyusu yang paling lama ialah genap 2 tahun. Masa yang tinggal untuk mengandung hanya 6 bulan. Dengan demikian dapat diketahui masa mengandung yang paling pendek dan masa menyusu yang paling lama.

Orang pertama yang membuat kesimpulan ini berdasarkan ayat tersebut ialah `Ali karamallahu wajhah yang kemudiannya dipersetujui oleh `Uthman radhiyallahu `anh bersama para sahabat Nabi sallallahu `alayhi wasallam. Muhammad Ishaq iaitu pengarang kitab “As-Sirah” meriwayatkan daripada Ma`mar ibn `Abdullah Al-Juhaniy yang berkata:

“Ada seorang lelaki dari kalangan kami yang mengahwini seorang wanita daripada Bani Juhaynah. Wanita itu melahirkan anak setelah perkahwinannya genap selama enam bulan. Maka suaminya menemui `Uthman radhiyallahu `anh untuk menceritakan perkara tersebut. Selepas itu, `Uthman pun menyuruh wanita itu menemuinya, dan ketika wanita itu mahu memakai pakaiannya, saudara perempuannya pun menangis. Lalu wanita itu berkata kepadanya, “Mengapa kamu menangis? Demi Allah, tidak ada seorang pun antara makhluk Allah subhanahu wata`ala yang telah mencampuri aku sama sekali selain dia.

Kemudian Allah subhanahu wata`ala pun memberi keputusan kepadaku menurut kehendakNya.” Ketika wanita itu ditempatkan di hadapan `Uthman, maka `Uthman pun menyuruh wanita itu direjam. Apabila perkara itu didengar oleh `Ali, beliau pun menemui `Uthman lalu berkata: “Apakah yang kamu lakukan?” `Uthman pun menjawab: “Wanita itu bersalin setelah usia perkahwinannya genap enam bulan dan mustahil perkara ini berlaku.” `Ali pun berkata kepadanya: “Tidakkah engkau membaca Al-Qur’an?” “Tentu”, jawab `Uthman. `Ali pun berkata lagi: “Tidakkah engkau mendengar Allah subhanahu wata`ala berfirman: “Mengandungnya sehingga memutuskan susu itu selama 30 bulan.” FirmanNya pula: “... selama enam bulan penuh.” Kamu dapati bakinya hanya enam bulan.

Kemudian `Uthman pun berkata: “Demi Allah, aku tidak berfikiran sejauh itu. Bawalah ke mari wanita itu.” Ternyata wanita itu benar-benar telah dipersiapkan untuk menerima hukuman.” Ma`mar pun berkata: “Demi Allah, tidak ada gagak yang serupa gagak, dan tidak ada telur yang serupa telur sehingga melebihi persamaan anak itu dengan bapanya.” Ketika ayahnya tahu, beliau pun berkata: “Anakku, demi Allah, aku tidak ragu mengenainya.”

Diriwayatkan juga bahawa Ibn `Abbas berpendapat apabila ada wanita yang bersalin setelah mengandung sembilan bulan, maka cukuplah baginya untuk menyusui anaknya selama 21 bulan. Seterusnya apabila wanita itu bersalin setelah mengandungkan anaknya selama tujuh bulan, hendaklah dia cukupkan baginya untuk menyusui anaknya selama 23 bulan. Begitu juga apabila dia bersalin setelah mengandung selama enam bulan, hendaklah dia menyusui anaknya selama dua tahun secara genap.


Oleh yang demikian, para ulama’ telah menetapkan hukum bahawa mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan atau lebih yang dikira daripada masa suami isteri boleh bersatu melalui nikah yang sah, maka nasab anak tersebut disabitkan kepada suami wanita berkenaan pada zahir sahaja dan berjalanlah segala hukum-hakam nasab ke atasnya. Sebaliknya, jika anak tersebut lahir kurang daripada enam bulan, maka nasabnya tidak bersambung dengan suami kepada ibu atau wanita yang melahirkan anak berkenaan. Anak tersebut hendaklah dinasabkan kepada ibu yang melahirkannya sahaja dan jika hendak dibin atau dibintikan, boleh dinasabkan kepada ibunya atau kepada nama `Abdullah atau salah satu daripada Asma’ullah Al-Husna.

• Tersebut di dalam kitab “Hasyiyah Al-Bayjuri `Ala Fath Al-Qarib” dan kitab “At-Tuhfah” karangan Al-Imam Ibn Hajr bahawa enam bulan itu dikira tiap-tiap bulan daripadanya 30 hari. Ini bererti enam bulan itu ialah 180 hari dan dua lahzah pula ialah tempoh persetubuhan (lahzah ad-dukhul) dan tempoh mengeluarkan anak (lahzah al-wiladah). Pendapat ulama’ Syafi`i bahawa tempoh hamil yang paling minimum adalah dalam tempoh 180 hari itulah juga yang menjadi pendapat jumhur ulama’, melainkan Imam Malik yang menyatakannya 175 hari. Bahkan terdapat sebahagian negara seperti Syria telah menetapkan dalam undang-undangnya bahawa tempoh minimum hamil atau mengandung itu ialah 180 hari. Pengiraan 180 hari itu bermula dari waktu suami isteri itu boleh bersatu yang memungkinkan anak itu lahir daripada benih suami berkenaan setelah `aqad nikah yang sah.

Oleh yang demikian, mana-mana anak yang dilahirkan kurang daripada enam bulan dan dua lahzah atau kurang 180 hari daripada tarikh mereka boleh bersatu setelah `aqad nikah yang sah, maka anak itu tidak boleh dibin atau dibintikan kepada suami perempuan yang melahirkannya. Dalam erti kata yang lain, anak tersebut tidak bersambung nasabnya dengan lelaki yang menjadi suami kepada perempuan yang melahirkannya.


 
Status Penwartaan: Diwartakan
Tarikh Diwartakan:  27 Oct, 2005
Nombor Rujukan: PMM/0020 Jld.6
Akta/Enakmen: M.P.U. 42
Negeri/Group:

mati di sana sini

setiap hari saya akan membaca sekurang2nya berita2 di lima akhbar iaitu kosmo, metro, utusan, mstar, the star dan satu lagi laporan2 berita yang dikumpul oleh bernama. kalau tidak baca, saya rasa seperti tidak selesa dengan hidup ini.

selaras dengan pandangan saya sebelum ini berkenaan kita tidak tahu bila kita mati (sebagai menyangkal pandangan sesetengah pihak yang tahu akan tanda-tanda kematian itu), saya berpendapat bahawa kesemua tragedi kemalangan jalanraya yang hampir setiap hari keluar di akhbar merupakan satu perkara mustahak yang perlu difahami oleh semua orang.  pada saat ini kita bahagia, ketawa dan gembira, sesaat kemudian kita sudah tiada di dunia ini. sudah tiada nyawa. tambah menyedihkan, kita masih sedar ketika berasa sakit kerana terlibat dalam kemalangan dan pada masa itulah segala ribuan kenangan pada orang2 yang kita sayang akan menjelma, kita sedih meninggalkan mereka dan akhirnya kita mati. orang yang mati itu sedih. waris juga sedih.

kematiannya mungkin disebabkan kelalaian pemandu lain atau dia sendiri yang lalai memandu atau kenderaannya tidak berada di dalam selenggaraan yang baik. kun fa ya kun, begitulah ketetapan allah swt. tidak boleh kita elakkan. sebagai umat islam, orang mengatakan ianya adalah suratan illahi. walaupun demikian, adakah benar? bersetuju atau tidak jika saya katakan kadar kematian disebabkan kemalangan itu boleh dikurangkan seandainya semua orang menjaga tatasusila dan berhemah semasa memandu. dalam masa yang sama, kenderaan diselenggara dengan baik.

ingatlah, kebanyakan kenderaan pengguna rakyat malaysia tidak berada di dalam spesifikasi keselamatan yang mencukupi untuk melindungi pemandu dan penumpang dari bencana kemalangan.  tidak seperti kereta2 berjenama mewah yang mencecah suku juta hingga hampir sejuta yang mana ciri2 keselamatan pada kereta itu sangat canggih.

maka, dengan itu, beringatlah semasa memandu. ingatlah orang tersayang. jangan diturutkan hati membawa laju sehingga terbabas dan menyebabkan kecelakaan pada orang lain. pastikan kereta diselenggara mengikut jadual.

anda harus ingat, bahawa anda sebenarnya bukan seorang jaguh jika membawa laju. setakat hanya tekan pedal minyak, maka laju lah kereta itu, ianya tidak memadai.  anda sebenarnya tiada kemahiran membawa laju kerana tidak pandai mengawal kenderaan yang terhoyong-hayang apabila kereta berpusing. anda juga panik dalam keadaan demikian.  kereta anda tidak ditala khas untuk pemanduan laju. anda mengambil risiko ke atas diri sendiri se akan2 ingin mencabut nyawa sendiri. anda seharusnya belajar teknik2 memandu laju dengan kenderaan yang ditala khas.

bagi semua pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori. jangan suka hati membawa laju di lorong kanan. sudah banyak kali saya mengekori kenderaan berat seperti ini yang suka berada di lorong kanan dengan kelajuan 140kmj di lebuhraya. ianya sangat bahaya!! mereka juga besar kepala. hanya apabila mendaki bukit barulah perlahan. inilah kenyataan pemandu kenderaan berat yang tidak mengendahkan keselamatan orang lain.

saya juga ingin menyorot kesemua kisah penderaan bayi dan kanak2 sehingga mereka mati dalam keadaan yang sangat menyayat hati dan meruntun jiwa seperti dibakar, dibuang, didera teruk.  apa kejadahnya yang terjadi dalam masyarakat pada zaman sekarang ini?

bagi mereka yang mendera, tidakkah ada secebis perasaan sayang pada kanak2 itu? kanak2 wajib disayangi. jiwa mereka suci bersih. jangan memberi kekerasan melampau pada mereka.

bagi mereka yang membuang dan membakar bayi, mengapakah bertindak melakukan seks tanpa nikah? kemudian membuat perkara terkutuk dengan membunuh kejam?  kalau tidak mahu menanggung beban mengandung dan bertanggungjawab, kenapa perlu pancut di dalam? ianya boleh dielakkan dengan cara hubungan seks yang selamat.  kenapa perlu rasa malu? sebenarnya anda malu dengan keluarga dan kawan2.  sedangkan masyarakat tidak rasa anda selamanya bersalah. ianya hanya tanggapan sementara. anda hanya perlu lahirkan anak itu dan membesarkannya dengan kasih sayang. anda juga boleh berkahwin dan anak itu dinasabkan dengan nama bapa sekiranya kelahiran anak adalah dalam tempoh minimum 6 bulan {sila baca entry yang seterusnya bagi hal ini:  anak tah sah taraf}

menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut (mStar Online 22/9/2012).  Ada antara anak2 itu diberi oleh ibunya kepada pusat jagaan tertentu dan jabatan kebajikan.

kepada remaja dan mana2 pasangan yang sudah terlanjur sehingga hamil dan melahirkan anak, maka saya tegaskan supaya jagalah anak itu. biarlah keluarga anda memulau anda asal saja anda menjaga anak tersebut. saya percaya suatu hari nanti, keluarga anda akan menerima anda juga kerana ikatan pertalian darah antara anda dengan ibu bapa tidak akan putus. 

adalah bagus, mana2 lelaki yang sudah merasakan kepuasan dan kenikmatan itu perlulah bertanggungjawab menikahi pasangannya yang sudah hamil.  tebuslah kesalahan itu. jangan biarkan ianya bersarang di fikiran anda sehingga anda menjadi resah. cuma akad nikah dan membayar mas kahwin rm80. maka selesai lah sudah. mulakan hidup baru. sekarang anda hanya berdua. nanti tidak lama lagi bertiga. ianya sesuatu anugerah yang indah daripada allah swt. jangan fikir secara singkat dengan mengambil jalan pintas yang dicemari pemikiran syaitan.

andai lelaki itu tidak mahu menikah dengan anda, maka anda teruskan kehamilan itu dan lahirkan anak itu. anak itu suci tidak bersalah. nasabkan anak itu dengan nama abdullah.  itu adalah anak anda. sekarang ada beberapa institusi yang boleh menjaga anda dan anak itu. bela lah anak itu dengan kasih sayang dan beri pendidikan agama secukupnya kerana suatu hari nanti anak itu akan menjaga dan melindungi anda pula.

Sekian.

Friday, October 12, 2012

just after we die

yesterday, while i was on a bed for a quick rest, just after the maghrib prayer, suddenly the idea to write about the situation just after we die came to my mind.  having read books, magazines and wathced religious programme in tv, i might say that i could feel the real situation which was described in those writings and speech.

everyday we could hear in the news that there are accidents happen. sometimes we ourselves witness the accidents that occured right before our eyes.  many of us also watch accident videos in youtube.  accident happened because either we ourselves are careless while driving or there are other vehicles that face mechanical failure, crush to our lane, the result is pile together inextricably.  we also react to graphic images of the accident victims. we had goosebumps upon seeing. some may vomit, others could shed tears.

we always remember the phrase that speed does kill.  we actually don't know the meaning until we ourselves involve in an accident. if it is not our fault to speed while driving that cause the accident, it might probably there are others who speed, then drag us together in such a mourning incident that we could never imagine.

everyday we always pray for our safety - ourselves and family.  very seldom we pray for our safety while we are in the car. we just press the engine button, hit the gas and go.

it is our unlucky day should we find ourselves exist in another dimension in just a few seconds, i.e. we die. we feel very unlucky because we have not prepared at all to leave our family and friends. we never expect that this could happen. at that time we ourselves feel pity for our family on how could they live without us. we also concern on how can they make a living. now, we cannot help. we are helpless.

i heard that the process of natural dying on a comfortable bed is full of pain.. beginning with the malaikat izrail pull our soul from the feet up till the eyes where the soul is set free. that is why when every human dies, their eyes are left open wide because the eyes can feel that there are moving soul who wants to get out of our body.  upon seeing this, those who sit beside us may quickly shut the eyes. the pain has been described as if someone skins ourselves alive! it is a very excruciating pain. in the same line, how is it exactly the pain that needs to be borne for those who die instantly in accident? or how one could ever feel when he/she knows that he/she will be killed? it is very shocking to find any victims in brutal murder cases. to what extent that these individuals endure the pain during the dying process. to us, it is very horrible.

now that we are already dead. we now live and wander in different dimension. in islam, the world is known as 'alam barzakh'. our soul is capable to see our dead body, who manage the body, where the body is sent.  at that time, we also could see how a great sadness enshroud our home that our family and close friends cry and mourn.  words cannot express how saddened our family are to hear of our loss.  the death leaves a heartache that no one can heal.  we also feel sad. we are not ready for that. we shout and call for their names, but nobody heard. we sit beside them, but they could not feel our presence. neither they can see nor hear us. we also cry.

then, after we've dealt with the necessary process with our god and his messenger on where we should go next, deciding where exactly our home is, whether it is a paradise or the hell.  always we pray we belong to the heaven. afterthat, we might always yearn to visit our family.  sometimes, we go to our home and see our parents, wife and children. once in a while, we meet our family in their dreams.

the first year after we left the world is full of sorrow and gloomy days. subsequent years might tell that our loved ones already accept the fact that we are no longer in this world. soon, they lead a happy life with their mind thinking of us in eternal memories.

at that time, we also feel relieved and accept the fact that we are destined to leave our loved ones in such an unexpected condition. but, during this stage, we yearn for the pray from our family. a pray that we always be in a good state of affair in this afterlife world.

Tuesday, July 3, 2012

Artikel di M Star online: hikmah di sebalik doa tidak makbul

Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan?
"PENAT dah usaha, doa lagi, usaha lagi, doa lagi, usaha lagi. Dah usaha, doa, tawakkal dah. Tapi kenapa tak makbul-makbul lagi apa yang aku nak dapat dalam hidup ni? Orang lain tu macam mudah sahaja dapat apa yang mereka ingini. Aduhai memang tak bertuah kot aku ni?"

Pernah merungut sebegitu? Seakan apa sahaja yang kita nak capai macam susah laluannya, kan? Kadang-kadang sampai putus asa. Pernah rasa begitu?

Saya nak kongsi sedikit pengalaman saya. Pengalaman sangat manis bagi saya apabila Allah SWT tunaikan impian zaman kanak-kanak saya. Allah SWT limpahkan nikmat dua kali ganda pada hajat saya dan wasiat arwah ayah saya.

Impian ini baru sekarang Allah SWT tunaikan. Impian semasa usia saya 12 tahun (sehingga sekarang saya masih simpan impian ini). Selepas 27 tahun baru Allah SWT tunaikan dengan kurniaan berganda.

Dua puluh tujuh tahun dahulu arwah ayah pernah membawa saya ke muzium negara. Kami menaiki bas dari Ulu Yam ke Kuala Lumpur kerana ayah memang tidak mepunyai kereta. Memandangkan arwah seorang konstabel polis, ke mana sahaja laluan bas yang kami naiki adalah percuma dengan sekadar ayah pamerkan badgenya bernombor 26200 pada pemandu mahupun kondukter bas.

"Onn (ini panggilan manja saya) nak pergi muzium kat KL tak?"
"Muzium? KL? Best ke yah?"

"Jomlah ayah bawak. Boleh tengok kapal terbang kat luar muzium tu. Dah tu kita jalan kat lake garden, nak?"

"Bila?" tanya saya teruja.

"Sabtu!" balas ayah saya.

Pada hari Sabtu itu, awal pagi lagi arwah ayah dah bangun. Ditanaknya nasi seusai solat subuh. Kemudian, dia menggoreng ikan kembung rebus cili padi dan belacan dengan kacang panjang. Menu istimewa ikan masak lompok-lompok ini memang terkenal dalam kalangan adik-beradik kami.

Nasi putih yang masih panas ayah letakkan di atas alas daun pisang dan lauk sambal ikan tersebut diletak di atas bucu nasi. Kemudian, ayah balut ia umpama nasi lemak yang besarnya seperti induk ayam.

Ayah bancuh air sirap panas yang kemudiannya dimasukkan ke dalam termos. Inilah bekalan kami nanti kerana kami tidak punya banyak wang untuk makan di restoran. Ayah bungkus teliti dalam beg plastik yang dirapikan dengan balutan getah bulat.

"Siap dah bekalan kita, Onn. Ni nanti bila dah mesra sambal ikan lompok-lompok ni dengan nasi dan harum daun pisang, sedap ni nanti," ucap ayah selesai membungkus bekalan kami kelak.

Kami tiba di muzium. Sambil berjalan-jalan, ayah ceritakan sejarah hampir setiap ruang dan galeri yang kami lewati. Sebagaimana dijanjikan, kami menyusur jalan di belakang muzium negara ke lake garden dan sama-sama kami jamah bekalan nasi bungkus tadi.

"Onn kat sekolah pandai, kan? Nak tak masuk universiti tak nanti bila dah besar nanti?"
"Eh, mestilah," pendek sahaja jawapan saya.

"Kalau ayah bawak ke satu universiti paling best kat Malaysia ni nak tak? Ayah nak bagi semangat kat Onn. Universiti ni orang pandai-pandai aja yang dapat masuk. Macam Onnlah orang pandai." Bersemangat betul ayah mempelawa saya.

Saya mengangguk tanda setuju.

Kami menaiki bas mini di hadapan muzium. Setelah sekitar 15 minit berlalu, ayah menekan loceng dan kami turun dan terus menyeberang jalan. Ayah pimpin tangan saya melewati pintu utama yang dijaga oleh dua orang 'Pakcik Jaga' (ini panggilan kami untuk kakitangan sekuriti).

Saya baca tulisan yang terpapar di pintu gerbang masuk; "Selamat datang ke UNIVERSITI MALAYA," bisik saya dalam hati.

Saya lihat ayah tersenyum.

"Inilah universiti tempat budak-budak pandai tu. Nanti bila dah besar Onn belajar kat sini tau. Tak ramai orang dapat masuk sini. Orang yang hebat-hebat sahaja yang boleh belajar kat sini," ulas ayah pada saya.
Ayah pimpin tangan saya berjalan sekitar kampus. Kami lewati Dewan Tunku Canselor dan tasik kecil di sekitar kampus.

"Onn sukalah universiti ni. Onn mesti belajar kat sini nanti. Ayah suka kan Onn belajar kat sini?"

Ayah saya tersenyum bangga!

Semenjak dari itu hati saya sudah tetap untuk ke Universiti Malaya. Saya tidak tahu kursus apa yang akan saya ambil tapi itulah dia universiti pujaan hati saya. Apatah lagi, semasa saya bersekolah di sekolah asrama Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, kawan-kawan semua menggelarkan universiti ini sebagai "Harvard University of Malaysia".

Namun, tak semua yang kita impikan jadi kenyataan, bukan? Kecewanya jiwa saya apabila mengetahui keputusan peperiksaan SPM saya tidak begitu baik, sekaligus tidak melayakkan saya menyambung pelajaran di matrikulasi Universiti Malaya. Walaupun saya mendapat pangkat satu, tapi keputusan untuk subjek matematik dan sains saya sangat teruk.

Saya tahu ayah kecewa. Tapi ayah simpan perasaan itu dengan memujuk saya. Kata ayah, belajar di mana-mana universiti pun sama sahaja. Tak apa, bukan rezeki saya untuk ke Universiti Malaya.

Ramai juga kawan-kawan saya ke Universiti Malaya, terutamanya yang mengambil jurusan perdagangan. Itu tambah mengecewakan saya. Dengan keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, saya hanya diterima melanjutkan pelajaran di peringkat diploma di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Masa ayah, mak dan angah hantar saya mendaftar kursus di UTM Skudai, saya hampiri ayah.

"Ayah, Onn mintak maaf ya, yah. Patutnya kita ke Universiti Malaya, kan? Ayah harap sangat Onn ke sana dulu. Onn ingat lagi, yah. Maaf ya, yah. Onn tak pandai macam Achik. (Achik saya belajar hingga ke UK dan dia sentiasa menjadi inspirasi saya semasa saya kecil.)"

Ayah pandang wajah saya. Tak ada apa yang keluar daripada bibirnya. Dia hanya pandang tepat ke mata saya dan mengusap kepala saya.

Setelah tamat pengajian peringkat diploma, saya meneruskan pengajian peringkat ijazah di UTM. Namun, harapan saya untuk belajar di UM tak pernah padam walau saya tak tahu bila ia akan tercapai. Sehingga ayah meninggal dunia, saya gagal memenuhi impian arwah ayah untuk menuntut di "Harvard University Malaysia".

Tapi Allah SWT maha adil. DIA temukan saya dengan Ain. Ain lulusan sarjana muda jurusan matematik daripada Universiti Malaya. Bukan setakat itu, Ain juga merupakan salah seorang pelajar pintar yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Malaya satu tahun awal daripada tempoh pengajian yang ditetapkan.
Allah SWT tidak tunaikan impian saya dan arwah ayah melalui saya. Tetapi Allah SWT penuhi hajat kami melalui Ain. Masya-Allah, hebatnya perancangan Allah SWT, kan? Saya kira tertunai sudah hajat kami. Saya fikir perkara saya dan Universiti Malaya sudah tamat setakat itu.

Akan tetapi, rupa-rupanya Allah SWT tunaikan juga hajat arwah ayah dan impian saya dengan 'double promotion'. Kurniaan limpahan dua kali ganda ini bukan melalui peluang untuk saya menimba ilmu di Harvard Malaysia. Allah SWT beri peluang untuk saya memberi ilmu kepada 29 orang mahasiswa daripada Universiti Malaya untuk menuntut ilmu daripada saya.

Lebih manis apabila Allah SWT terbangkan mereka dari kampus Universiti Malaya (UM) di Kuala Lumpur ke Liverpool John Moores University (LJMU) untuk saya ajari mereka tentang bidang kepakaran saya; pengurusan fasiliti.

Hari ini sesi pertama saya sebagai 'program leader' menerajui 'outbound reach out program' antara UM dan LJMU.

Mereka akan bersama saya selama hampir sebulan dan saya diberikan kuasa penuh untuk merangka program bagi kesemua 29 orang mahasiswa tahun kedua Sarjana Muda Ukur Bangunan daripada Universiti Malaya itu.

Semasa mereka diserahkan kepada saya tadi, hati dan perasaan saya bercampur baur; gembira, terharu, sedih dan sebak. Penuh emosi dalam jiwa ini. Sambil saya tatap 29 wajah anak Malaysia yang merupakan antara pelajar terbaik tanah air itu, saya hela nafas panjang sebelum saya mulakan kuliah pertama saya.

"First and foremost, I wish to welcome you to LJMU. Secondly, I wish to extend my gratitude to all of you for making my late father and my childhood dream a reality today. I have been holding on to this dream for 27 years. I am sure if my late dad was here with us today, he will be smiling at me with a huge sense of pride and happiness."

Kemudian saya ceritakan kepada mereka kisah impian arwah ayah dan saya. Saya tegaskan yang mereka ini antara yang bertuah kerana mereka adalah antara mahasiswa terbaik di Malaysia dan betapa bangganya saya kerana berpeluang berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman kepada mereka.

Perkongsian ini khas buat arwah ayah saya, Hj Mohd Noor Bin Habib. Saya mohon maaf kerana agak lambat menunaikan impian ayah. Tapi Allah SWT lipat gandakan kejayaan ini pada impian kita yang tak pernah padam. Saya doakan ayah damai di sana di samping mak dan insan-insan yang beriman. Terima kasih atas segala pengorbanan dan jerih perih ayah membesarkan kami. Walau kadangkala hati ini buta menghargai kasih sayang ayah.

Kepada semua, kadangkala perjalanan kita mencapai impian tidak seperti denai yang kita harapkan. Tapi bersangka baiklah dengan Allah SWT. Ada ketikanya Allah SWT lewatkan sedikit kurniaanNYA kerana DIA mahu memberikan kita suatu yang berlipat kali ganda kejayaannya.

Bersabarlah ya, teman. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah dan Mengasihani.
Saya akhiri perkongsian dari hati kali ini dengan sedikit nukilan yang saya temui di sebuah blog yang coretannya benar-benar menyentuh hati saya:

"Bila Allah SWT cepat makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu,
Bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH SWT,
dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNya."

Sumber: iluvislam

(Penulis, Mohd Nazali Mohd Noor merupakan pensyarah di School of the Built Environment, Liverpool John Moores University (LJMU), United Kingdom. Beliau berkongsi karya di http://www.facebook.com/mohdnazali.)