Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Monday, May 14, 2012

berilah anak2 kita masa

semasa di sekolah rendah, ramai cikgu yang mengutamakan kecemerlangan murid dari darjah 1-6. statistik pencapaian cemerlang upsr adalah pengukur. begitu juga pmr, spm. begitu juga catatan cemerlang bilangan pelajar yang bergraduat di universiti.

semua orang ingin cemerlang dalam akademik. kerana secara am, ianya tiket kepada pekerjaan yang baik.  ada pekerjaaan yang bagus bererti kehidupan yang selesa. tapi, ada ramai juga yang tidak cemerlang akademik tapi sangat selesa dan berjaya dalam hidup. anda pasti mendengar mereka yang biasa2 sahaja taraf kelayakan akademik namun hebat dalam pelbagai bidang.  apa rahsia? iaitu prinsip hidup dan nasihat yang tersemat di ingatan dan hati. siapa yang beri? di mana mereka dapat?

setiap manusia ini ada kehebatannya masing2.  anak2 kita semuanya hebat. kalau ada di antara mereka yang lemah akademik, tapi nescaya, mereka punya bakat dalam bidang yang lain.  bila kita tau apakah kecenderungan mereka itu, maka bantulah dan semaikanlah minat mereka itu.  sambil itu, perlahan2 kita sematkan di dalam hati mereka bahawa pelajaran itu penting dalam hidup.

sebagai guru, kita pasti berhadapan dengan masalah pelajar yang lemah.  inilah perjuangan kita. jangan dibiarkan mereka.  bimbing dan bentuklah mereka.  berdepan dengan mereka memang menuntut kesabaran yang tinggi. ajarlah dan bimbinglah sampai mereka faham.

di universiti, ada juga pelajar yang rajin ke kelas tapi dia lemah. bantulah mereka. bagi mereka yang rajin ponteng, selidiklah dan usahakan agar diorang rajin ke kelas supaya tak tinggal pelajaran. biarlah anda berleter dan berbuih2 nasihat. kena ingat seorang pensyarah bukat setakat kerjanya memberi syarahan sampai habis silibus. dia juga harus memberi bimbingan dan nasihat.  ini juga perjuangan.

sebagai ibu bapa, luangkan sedikit masa untuk mengetahui prestasi akademik anak2.  semua anak2 adalah cerdik akalnya.  tiada istilah lemah pelajaran sekiranya kita selalu memberi latihan pada anak2.  ibu bapa juga perlu banyak2 bawa bersabar dengan anak2.

berbeza dengan anak2 yang cerdik dan cemerlang akademik, anak2 kita yang lemah perlu diberi masa untuk mereka menganalisa dan berfikir.  sabarlah dengan karenah mereka. ajarlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. anak2 kita adalah permata negara.  guru dan pensyarah punya ramai anak iaitu pelajar2nya. kejayaan mereka adalah objektif utama. itulah dia keseronokan dan kemanisan dalam hidup kita sebenarnya.

Monday, April 30, 2012

Perjuangan belum selesai

selama kita hidup ni memang perjuangan tetap tidak akan selesai.  macam2 jenis urusan perjuangan. ada yang baik, ada yang memanfaatkan ramai orang, ada juga yang menyusahkan orang lain.  para pemimpin yang berjiwa rakyat setiap harinya menyelesaikan masalah rakyat, membangunkan ekonomi rakyat di wilayahnya, mesyuarat sana sini demi kesejahteraan rakyat.  para guru dan pensyarah yang ikhlas menyampaikan ilmu bermanfaat. para saintis sosial dan perubatan yang meneroka ruang lingkup penemuan baru untuk kesejahteraan orang ramai. askar laut/udara/darat dan polis/polis marin/polis hutan yang menjaga perbatasan dan keamanan negara. mereka itu ibarat nukleus.  di dalamnya pula ada nuklei iaitu kehidupan rakyat yang mewarnai sesuatu wilayah dengan pelbagai aktiviti.

jika boleh mahu saja saya melukiskan satu model peaceful sustainability di sini. tapi tidak pandai macam mana nak mencoretkan model itu di sini.

saya suka melihat pada masa sekarang ramai orang suka pergi melawat pameran buku dan membeli buku2.  biasalah perkara ni.  tapi yang saya suka adalah sekarang ini telah ramai lahir penulis2 dari kalangan melayu.  tapi penulis2 ini hadir di kalangan penulis2 buku2 bacaan ringan seperti komik, novel dan buku2 motivasi.  sangat kurang penulis melayu yang menulis buku2 ilmiah.

saya adalah salah seorang yang bertanggungjawab memenuhkan buku2 ilmiah di perpustakaan dengan membuat pemilihan dan memberi syor buku2 yang patut ada di rak buku.  berjalan dan berpusing2 di pesta buku boleh menjadi pitam kerana kurangnya penulis melayu yang menulis buku ilmiah.  ini satu cabaran besar kepada semua warga pensyarah universiti di malaysia.  penulis cina dan india juga masih lagi kurang jumlah penghasilan buku2 ilmiah.  kenapa perlu? sebab kita di malaysia.

sebelum mengorak langkah jauh, hanya buku2 tulisan mat salleh sahaja kita sandarkan.  tapi bagi pensyarah yang sudah 5-10 tahun mengajar kursus yang sama, saya kira beliau amat pakar dalam situasi malaysia dan berupaya menulis buku.  tidak usah lagi fokus kepada modul. terus saja menulis buku! kena pergi bengkel menulis buku.  tapi tiada makna sekadar pergi tapi selepas itu tidak menulis. tiada masa? carilah sikit mana2 masa yang ada. jangan fikir royalti dan naik pangkat kalau tulis buku. tulis lah dengan penuh minat dan keazaman tinggi kerana anda ada perjuangan yang belum selesai.

Thursday, April 19, 2012

DOA UNTUK ANAK2 DAN KELUARGA

Hmm, kat sini aku ada doa yang aku dapat daripada forwarded emel kawan ustazah kat uitm melaka.  Kepada bro2 semua kat luar sana, pasni bule praktik kat anak masing2.  Marilah kita pakat buat sama2.  Kita ramai2 jadi papa comel yang baik hati. okeh?
---------------------

Subject:  Fwd: Doa untuk anak-anak

Assalamualaikum kawan-kawann..

Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.
Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.
Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan . Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):
1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan  buat dirinya pada waktu itu.
2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak  kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?
3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya , dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun  dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa  sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.
Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah =)
Dan saya teringat pula petikan hadis yang saya baru baca pagi tadi di blog ustazah Siti Khadijah yang berbunyi:
“Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “ Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh .” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 30 pahala .”  – Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi. Kredit blog Tim Hadith Psikologi Nabi

Saturday, July 16, 2011

Beyond house and heaven

Today a bit exhausted with writing and need to touch up everything for tomorrow's morning discussion with my thesis supervisor.  I managed to read at least 9 journal articles last nite until 1:30am...all nite long without any disturbance, but pause for 1 hour to watch predator vs. alien at tv3. 

Writing day and nite definitely makes me worn-out.  While taking a quick glance at a high stack of article journal on my bed, I come across an article which has been long ago downloaded from online database.  Among other technical concepts discussed by the author such as place attachment, place dependence and place identity which all connect to people-place relationship that provide significant meaning to people's emotion on place, there are sentences that caught my attention.  The author delineates that:
"If home is used to signify feelings of security and comfort, what of those who do not find this in their residence?  In cases where one's residence 'does not feel like, or even mean, 'home', the analysis becomes decidedly more complex" (Manzo, 2003:  49)
The author further encapsulates as we continue examine relationships to places in totality, we are able to see the full range of places, feelings and experiences that characterize the nature of people's affective relationships to place.

Insofar as this explanation address the affective relationships to place, I might want to extend that the core value of a 'home' is when one can find tranquility, composure and calmness that trigger the emotion:  peace of mind.  These attributes depends on those people at their home to consider appropriate strategies to ensure that they will achieve the Islamic tagline "Rumahku Syurgaku" or "My home is heaven".

Again, we might want to design our life based on Quran and Sunnah, but irrespective of any kinds of religions in the world, there would be only one catchphrase:  mutual discussion.  When things go wrong with spouse, children or relative who are under the same roof, always provide rooms for discussion.. as the old folks always say in Malay 'pakat elok2, membawa berkat' (mutual exclusive discusson leads to bestowal of blessing).

When you feel you are safe, secured and at peace while at home, now you are rest assured that there are no other places better in the world other than our home.

Hopes that we all are blessed with Our Home is a Heaven...

Monday, July 4, 2011

Teori falsafah: Ontology, Epistemology & Axiology

Menulis bab ini sebenarnya memerlukan pemahaman yang jitu.  Lantas saya menulis ini untuk peringatan kepada diri sendiri dan juga berkongsi dengan rakan2 PhD lain yang selalu bertanya kepada saya tentang teori falsafah. 

Pada hari pertama saya mendaftar sebagai pelajar PhD, sejurus selepas sahaja saya selesai mendaftar, supervisor tesis saya sudahpun menelefon supaya saya cepat hadir ke graduate seminar.  Maka, pada hari pertama itulah, dengan belum adanya tempat tinggal (x tahu nak tinggal mana di Kedah pada masa tu) saya dikejutkan dengan teori falsafah sehingga seharian saya menjadi pening kepala, macam disuruh berenang dengan terjun ke laut.  Masakan tidak, pada hari pertama lagi, supervisor tesis saya berkata jangan datang jumpa dia jikalau saya tidak memahami erti teori falsafah itu. 

Walaupun demikian, saya gagahi juga dengan berbekalkan semangat daripada ex-boss saya Prof Madya Sabariah Mahat dan rakan karib, En. Ahmad Khairuman, pensyarah satu fakulti dengan saya semasa di UiTM Melaka.  Mereka ini banyak membantu menaikkan semangat saya masa mula2 saya menjadi pelajar PhD yang rasa saya begitu berat untuk ditanggung.  Bayangkan, pada hari pertama mendaftar saya sudah ingin balik kampung.   Namun, setelah mendapat tempat tinggal di Changlun, barulah fikiran saya tenteram.  Rasanya, itulah kenangan kelakar saya.  Kadang2 ketawa sorang2 bila diingat balik.

Ok, berbalik kepada tajuk asal, sebenarnya banyak kali juga saya membaca berkenaan tajuk ini dan juga telah beberapa kali duduk di dalam seminar dan ada disentuh juga semasa di kelas Research Methodology namun sehingga sekarang saya masih lagi membacanya supaya lebih faham dan disemat di hati.  Sama2 lah kita untuk cuba memahamkannya.  Biasanya ketiga2 pendekatan am ini digunakan bagi merangka persoalan kajian (research question) yang berdasarkan kepada objektif kajian. 

Berikut dihuraikan serba sedikit penerangan berkenaan 1) Ontology; 2) Epistemology dan 3) Axiology.  Penerangan saya ini diselang seli dengan bahasa inggeris kerana sukar bagi saya menterjemah ke dalam bahasa melayu, takut salah erti pula, kerana saya memahami konsepnya di dalam bahasa inggeris (sehingga kini, saya masih belum menjumpai buku tulisan bahasa melayu tentang penerangan ini, melainkan bahasa indonesia yang lagi lah tidak boleh faham).

1.  Ontology

Secara amnya ontologi adalah kajian berkenaan "being, existence atau reality".  Selalunya persoalan ontologi ini berkisar kepada "what is the form and nature of reality" dan "what can be known about reality?".  Antara anggapan ontologi ini mengutaran persoalan "when is something real?"  Biasanya bagi pendekatan kualitatif,  realiti yang sebenar adalah tercipta daripada responden/individu yang terlibat dengan kajian.  Ini sememangnya benar kerana responden bebas memberi jawapan tanpa dihadkan kepada structured interview dalam kuantitatif.  Selanjutnya, Hollinshead (2004) advises researchers to be "careful about the ways they go about investigating existential, aspirational and experiential issues, i.e. the very ontological matters of being, becoming and meaning.  Given this, the concern is with how participants experience the situations, thus subscribing to relativist ontology.

Ada beberapa senarai persoalan ontologi yang boleh difahami yang saya ambil di internet.  Bila membacanya, mudahlah kita faham.  Antaranya adalah:

1.  What is existence, i.e. what does it mean for a being to be?
2.  Is existence a property?
3.  Is existence a genus or general class that is simply divided up by specific differences?
4.  Which entities, if any, are fundamental?  Are all entities objects?
5.  How do the properties of an object relate to the object itself?
6.  What features are the essential, as opposed to merely accidental, attributes of a given object?
7.  How many levels of existence or ontological levels are there?  and what constitutes a "level"?
8.  What is a physical object?
9.  Can one give an account of what it means to say that a physical object exists?
10.  Can one give an account of what it means to say that a non-physical entity exists?
11.  What constitutes the identity of an object?
12.  When does an object go out of existence, as opposed to merely changing?
13.  Do beings exist other than in the modes of objectivity and subjectivity, i.e. is the subject/object split of modern philosophy inevitable?

2.  Epistemology

Semasa di kelas PhD, perkataan inilah yang selalu keluar daripada mulut pensyarah dan ianya sangat popular.  Pada mulanya agak lama juga saya nak menangkap maksudnya tetapi sekarang ia sudah berada di dalam hati dan fikiran saya ni.  Supervisor tesis, Dato' Prof Dr. Kadir Din selalu juga mengungkap perkataan ni.  Namun, tiada masalah untuk saya memahamkannya.

Epistemology ini adalah "theory of knowledge" yang selalunya akan mempersoalkan "what is knowledge" and "how do we produce it" atau "how do we know the world".  Juga ianya berkait rapat dengan "what is the relationship between the researcher and that being researched".  Selalunya persoalan epistemologi ini berkisar kepada "what is the relationship between the inquirer and the known".

Meminjam daripada tulisan Balvinder Kaur Kler (2010), epistemology extends to the validity and reliability of claims of knowledge, for example the standards of quality and verification or trustworthiness.  In sum, a researcher's epistemology depends on what they want knowledge about, while the kind of knowledge that they seek determines their methodology.

3.  Axiology

Ini adalah term kepada the "theory/study of value".  Penyelidik seperti Creswell (1998) dan Denzin & Lincoln ( 1998) memberi pandangan bahawa "there is the need to address the concept of axiology:  a researcher's values and biases".  Lebih senang difahami bahawa ianya aspek memastikan trustworthiness dalam sesuatu kajian.  Concept of value (material vs. spiritual) contoh adakah ianya worthwhile or worthless knowledge ataupun value-free knowledge (ilmu yang tidak bernilai?).  Dalam hal ini kita perlu memahami responsibility of scholar (tanggungjawab seorang ilmuwan sarjana) iaitu worthwhile scholar? worthless scholar?

Akhir sekali bagi rakan2 PhD yang lain, saya ingin berkongsi etimology (study the history of words) - asal usul perkataan bagi perkataan philosophy.  Philosophy ini asalnya dari perkataan Greek, philos - love dan sophia - wisdom. 

Maka sentiasalah mencintai kebijaksanaan.  Ada orang yang belajar tinggi2 tetapi tingkah laku/pendirian/pendapat/keputusan masih tidak bijaksana.  Sekadar renungan.

Saturday, July 2, 2011

Lokasi Pulau Pandan dan Gunung Daik

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Rangkap pantun di atas sememangnya amat popular di kalangan pantun2 Melayu dan sejak kecil lagi kita sudah biasa mendengarnya bila menyanyikan lagu Rasa Sayang.  Semasa di sekolah rendah, bila cikgu suruh mengarang  pantun, maka pantun inilah yang biasanya saya karang selain pantun pisang emas tu.

Kebetulan tahun 2002 dahulu saya menghadiri satu pameran pelancongan di MITC Ayer Keroh tentang Pelancongan di Kepulauan Riau, maka secara tak langsung saya telah menemui maklumat berkenaan dengan lokasi Gunung Daik ini.  Namun tidak banyak maklumat saya perolehi daripada pegawai pelancongan Indonesia itu kerana mereka juga masih samar2 pengetahuannya tentang pulau ini kerana tidak pernah sampai ke sana, maklumlah Indonesia itu tersangatlah besarnya sih...

Sebab tidak puas hati, balik saja ke ofis, saya membuat sedikit carian maklumat tentang Gunung Daik ini.  Gunung Daik yang sememangnya bercabang tiga ini letaknya di Pulau Lingga di dalam rumpun Kepulauan Riau.  Jika kita lukis satu bulatan untuk Pulau Lingga, maka lokasi gunung ini berada di sebelah kiri bulatan tersebut.  Pulau Singkep berada di sebelah Pulau Lingga.  Kadang2 amat sukar untuk melihat adanya tiga cabang, bergantung kepada keadaan cuaca.  Kadang2 hanya dua cabang sahaja kelihatan.  Cabang2nya tidak sama tinggi.  Yang paling rendah dinamakan Cindai Menangis (inilah yang selalu tidak nampak, kerana diselubungi awan dan kabus), cabang tengah dinamakan Pejantan atau Pinjam Pinjaman dan yang paling tinggi adalah Daik.  Namun, sukar sampai ke puncak kerana struktur batuannya adalah rapuh dan cabangnya juga curam.  Kebanyakan pencinta alam hanya sampai di kaki gunung sahaja dan mendaki separuh perjalanan.. itupun sudah memadai.  

Manakala, Pulau Pandan pula teramat kecil sekali kita melihatnya di dalam peta dan sememangya ia jauh ke tengah laut.  Jika di peta, ada 4 kemungkinan Pulau Pandan yang orang2 dahulu kala maksudkan..

Pertama, versi Pulau Pandan yang  berada di kepulauan Batam.  Cuba teliti peta, di bawah sebelah kiri Pulau Batam, kita akan dapat melihat Pulau Tjombol.  Betul2 di bawah Pulau Tjombol itu, kita akan nampak Pulau Citlim.  Di sekitar Pulau Citlim itu, terdapat beberapa pulau kecil, seperti Pulau Seminjau, Pulau Resam dan Pulau Sabai (yang dilabel sebagai 3 star island).  Atas sedikit dari Pulau Seminjau itu kita akan nampak satu pulau yang sangat kecil yang dinamakan Pulau Pandan.  

Kedua, amat jelas kelihatan satu lagi Pulau Pandan yang berada di kiri Kalimantan Barat.  Jelas sekali kita dapat melihatnya kerana landmark yang jelas adalah Pulau Karimata.  Pulau Pandan berada di sebelah kanannya dan kelihatan teramat kecil dan memang jauh ke tengah.

Ketiga, Pulau Pandan yang terletak di sebelah Pulau Mindoro, Filipina.  Tetapi ini adalah tidak logik kerana lokasi Gunung Daik itu terlalu jauh.

Keempat, lokasi Pulau Pandan yang berada berdekatan dengan Pulau Lingga. Kecil saiznya, pantai berbatu, tidak berpenghuni. Biasa nelayan bot2 kecil berehat sebentar di sini.  Juga dijadikan tempat berlindung dari ribut.  Latar belakangnya boleh nampak Gunung Daik tapi dari jauh.

Jadi, saya membuat kesimpulan seandainya orang dahulu berperahu kemungkinan laluan sekitar kepulauan Lingga itu lebih logik.

Sesungguhnya saya tidak dapat pastikan yang mana satu orang2 tua zaman dahulu maksudkan sama ada Pulau Pandan di Kalimantan Barat ataupun di Kepulauan Riau ataupun yang di lokasi Filipina itu. Namun, saya mengandaikan ianya mungkin di Pulau Lingga.

Hurm saya perlu lagi mengkaji penentuan sah status lokasi pulau tersebut dengan rujukan jurnal dan catatan sejarah yang lebih mantap. 

Tetapi bagi yang sudah ekspedisi ke Daik, pasti mereka mengaitkan versi yang ke-4 yang sudah saya ceritakan.