Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Tuesday, February 7, 2017

Berhati2 dengan scammers

Saya mengucapkan tahniah kepada beberapa pertubuhan ataupun media sosial yang bermanfaat di bawah label medical mythbuster, pseudoscience watch, root of science, antara beberapa nama dari banyak lagi sukarelawan yang bertindak memberi pendidikan dan membongkar mitos, syak wasangka, prasangka, kecelaruan, merungkai kekeliruan serta penipuan yang sudah banyak terjadi di dalam masyarakat.  Bukan setakat satu atau dua kes, malah pembohongan yang dilakukan oleh pihak berkepentingan adalah tidak putus-putus.  Kumpulan ini licik dengan hujah berpaksikan sains dan penemuan data empirikal dari jurnal.  Kepada golongan yang terpengaruh dek kerana kedangkalan ilmu atau juga sangat mudah terkesima akan terus terpedaya.

Mujurlah ada page di facebook seperti Medical Mythbuster yang dianggotai oleh kebanyakan pengamal perubatan bertauliah, Root of Science dan Pseudoscience Watch yang sentiasa memerhati gerak geri 'scammers' ataupun penipu-penipu ini.  Jika anda ikuti page2 mereka tersebut, sudah banyak pembongkaran yang telah dilakukan mereka.  Syabas saya ucapkan.

Sebagai seorang ahli akademik saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berhempas pulas mencari bukti sahih bagi mematahkan hujah2 penipu-penipu ni.  Sesetengah golongan kaki auta ini meyakinkan orang ramai dengan dapatan2 kajian yang sangat2 menyeleweng.  Malah, dapatan kajian itu tidak wujud, sangat lemah, terbit di jurnal yang disenarai hitam dan sampel yang sangat kecil dan tidak signifikan.  Kesemua ini digarap dengan sempurna, dipakej dan dijual bagi meyakinkan orang ramai.

Saya bersimpati kepada nasib yang menimpa Pseudoscience Watch (PW) tempohari yang disekat page mereka oleh Facebook gara-gara bersatunya hati golongan scammers yang menjatuhkan PW. Namun, sekarang PW sudah bangkit semula, ditunjangi oleh ramai pertubuhan terutamanya Medical Mythbuster.  Di belakang mereka, ada penasihat undang-undang.  Jadi, mereka tidak takut dengan suara yang sungguh menggegarkan.  Berani kerana benar.  Sangat mudah mematahkan hujah mereka iaitu dengan mencari dan menyelongkar kebenaran.

Saya masih lagi teringat seketika dahulu pada 2013, saya pernah menyelongkar pembohongan artikel yang tidak masuk akal iaitu merenung payudara boleh memanjangkan usia lelaki. Anda boleh baca tulisan saya itu di sini.  Tetapi selepas itu, saya mendapati hampir setiap hari ramai orang yang suka menipu. Tambah kasihan adalah saya dapati yang menipu itu juga orang Melayu.  Melayu tipu Melayu.  Mengapa? kerana duit. Ianya tidak berkesudahan sehingga saya tidak larat hendak menulis bagi pembongkaran penipuan.  

Setidak2nya page seperti yang saya sebutkan di atas telah secara automatik menyedarkan ribuan ramai rakyat Malaysia. Tahniah dari saya.  Teruskan perjuangan kalian.

Saya menyeru kepada penduduk Malaysia supaya janganlah anda sangat mudah terpedaya dengan apa sahaja gerak gempur yang dibuat oleh 'scammers'.  Siasat dengan sedalam2nya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.  Jadilah warga yang bijak!


Thursday, January 5, 2017

Penilai Dalaman

Saya telah dijemput oleh pihak jaringan industri untuk menjadi panel penilai dalaman bagi geran berimpak tinggi FRGS pada esok 6 Januari 2017.  Jadualnya dari pagi sampai ke petang.  Tentu saja banyak permohonan untuk dinilai.  Esok juga ada meeting fakulti yang tidak dapat saya hadir.

Pada hari ini saya sedang sibuk menanda kertas ujian tourism philosophy dan heritage tourism. Dalam masa yang sama, optimis menunggu maklum balas dari rakan di USM, Jabatan Pengajian Cina, Dr. Goh Sang Seong yang berminat menterjemah bahasa kuno cina di paparan terjemahan di Tokong Cheng Hoon Teng yang usianya lebih 300 tahun.  Gambar2 tulisan tersebut bersaiz 140mb sudah diemel.  Sudah sekian lama saya mencari pakar yang berminat di dalam projek ini.  Semoga projek ini menjadi kenyataan bagi membolehkan pelawat kaum lain mengenali budaya Cina sewaktu lawatan ke tokong.

Monday, December 19, 2016

Ceramah geran FRGS

Saya diberi peluang untuk memberi ceramah kepada warga Fakulti Tourism, Uitm Melaka seramai 20 orang berkenaan permohonan geran FRGS.  Ada dua sesi.  Saya diberi slot pagi selama 2 jam.  Ceramah tersebut akan diadakan esok 20 Disember 2016.  Kemudian, peserta akan berbengkel sehingga ke petang menyelesaikan proposal projek masing-masing.

Pada 25 November 2016 yang lepas, saya telah menerima anugerah sebagai Ketua bagi penyelidikan berimpak tinggi FRGS daripada pengurusan UiTM Melaka.  Terima kasih kepada KPT kerana beri peluang pada saya untuk menjalankan kajian dalam bidang yang saya minat.  Geran yang diterima tidaklah begitu banyak namun saya tetap gembira.  Alhamdulillah.

Sekian, buat masa ini.  Nak sambung kerja2 yang lain.

Wednesday, September 28, 2016

Ceramah Islamic Tourism & Entrepreneurship Program

28 September 2016.

Sekian lama tak menulis dalam blog ini kerana tidak berkesempatan.  

Pada 17 Oktober 2016 nanti saya dijemput untuk memberi ceramah pembukaan selama 2 jam tentang Islamic Tourism & Entrepreneurship Program kepada delegasi dari Institut Agama Islam Mataram, Indonesia di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

ok.. lari topik..

Sekarang ni, agak sibuk sedikit dengan beberapa penyelidikan berkaitan topik ethnic & heritage, tourism & technology dan visitor typology at nature park.  Penyelidikan dengan geran FRGS juga berjalan serentak bagi topik multiethnic & unity. Dalam masa yang sama juga menjalankan kerja2 hakiki mengajar termasuk bukan hakiki seperti memegang jawatan dalam beberapa jawatankuasa.  

Bagi kursus Philosophy of Tourism yang pada semester lepas peratusan gagal pelajar adalah 67% maka rentetan daripada itu ada pertambahan kelas bagi repeaters. Menjadikan 4 kelas dari asalnya 2 kelas.  Kebanyakan pelajar masih kurang mengerti konsep asas ontologi dan epistemologi. Tapi alhamdulillah sekarang mereka sudah faham.  Cuma konsep post disciplinary saja yang mereka belum faham. 

Bagi kursus Heritage Tourism juga, peratusan gagal semester lepas menjangkau 33%.  Analisis saya adalah pelajar kurang belajar dengan tekun.  Tapi saya percaya pada semester ini bagi yang mengulang kursus, mereka akan mendapat keputusan yang baik.

Dalam masa yang sama masih lagi berbaki 1 artikel yang dijemput oleh Journal of Islamic Marketing untuk saya ulas (review).


InsyaAllah ada kesempatan saya menulis lagi dengan entri yang best2.  

Thank you for visiting and reading my blog!! Harap pembaca semua di dalam keadaan sihat walafiat dan gembira selalu. hy

Wednesday, June 15, 2016

KEBULURAN DI ETHIOPIA

15 Jun 2016

Sejak bulan Ramadhan ini, saya melihat ada beberapa foto di facebook tentang kebuluran warga Ethiopia yang menyayat hati, terutamanya di kalangan kanak-kanak.  Ianya memang menyedihkan. Lantas saya terfikir kenapa Ethiopia jadi begitu.

Sejak krisis kebuluran di serata Ethiopia 1983-1985, seluruh dunia mengenali Ethiopia dan ramai negara yang membantu. (sebenarnya apabila saya klik google, kisah masalah Ethiopia sudah sedia wujud semenjak kurun ke 9 lagi yang mana ketika itu kawasan tersebut dilanda wabak.  Wabak apa tak tahu la pula saya, mungkin kena buat kajian sedikit).

Saya terus mencari punca kebuluran di Ethiopia.  Akhirnya saya terjumpa satu laman web yang menerangkan perihal masalah di Ethiopia di pautan http://www.africaw.com/major-problems-facing-ethiopia-today

Saya telah terjemahkan teks asal kepada Bahasa Melayu agar kita sama-sama dapat manfaat.  Walaupun begitu, ada beberapa isi kandungan teks tersebut tidak dapat saya memberi kesahihan berkenaan dengan beberapa fakta yang dinyatakan.  Kena buat sedikit usaha mencari sumber bagi menyokong beberapa perkara yang dinyatakan di dalam teks.

Walaupun demikian, sekurang-kurangnya penulisan ini memberi gambaran awal dan kefahaman yang jelas berkenaan apa yang sebenarnya yang terjadi di Ethiopia sehingga ramai rakyatnya kebuluran.

Semoga bermanfaat. hy

Terjemahan:

Ethiopia adalah negara kedua paling ramai penduduk di seluruh benua Afrika dengan jumlah penduduk kira-kira 92 juta orang dengan kadar pertumbuhan sekitar 3.6%.  Ethiopia berkongsi sempadan dengan negara Kenya di selatan, Eritrea di utara, Sudan di Barat dan Djibouti dan Somalia di Timur.  Corak sempadan sebegini menjadikan Ethiopia seolah-oleh terkepung dengan negara-negara tersebut.  Ethiopia mempunyai jumlah keluasan tanah kira-kira 1,100,000 kilometer persegi.

Ethiopia mempunyai sumber kekayaan semula jadi seperti emas, potash (bahan mineral yang mengandungi potassium – saya sebenarnya tidak faham apa fungsinya, kemudian saya akan kaji), gas semula jadi seperti metana, tembaga, platinum dan lain-lain.

Pada masa ini, beberapa sektor ekonomi di Ethiopia semakin rancak membangun terutamanya dalam bidang infrastruktur hasil daripada pelaburan China yang besar di bahagian Afrika dan juga berkait rapat dengan projek-projek kerajaan yang bertujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Millenium bagi mencapai status negara berpendapatan sederhana pada tahun 2025.  Antara 2013 dan 2014, pertumbuhan KDNK Ethiopia adalah sekitar 10.6%.  Jika dibandingkan dengan negara jiran, Kenya meningkat hanya 4.8% dalam tempoh yang sama manakala Rwanda hanya 7.9%. Ini adalah berita baik kepada pelabur dan menunjukkan Ethiopia mempunyai potensi untuk pelaburan. Menurut penilaian terkini berkenaan tahap kemiskinan oleh Kumpulan Bank Dunia, kemiskinan di Ethiopia jatuh dari 44% pada tahun 2000 kepada 30% pada tahun 2011.

Walaupun kadar itu jatuh, masih lagi terdapat 37 juta penduduk di Ethiopia bergelumang dalam kemiskinan dan mengikut statistik Bank Dunia, yang paling miskin di Ethiopia telah menjadi lebih miskin dalam erti kata bahawa, harga makanan yang tinggi yang meningkatkan pendapatan bagi ramai petani, memberi cabaran bagi golongan miskin di luar bandar untuk membeli makanan.

Ekonomi Ethiopia banyak bergantung kepada pertanian (kira-kira 45% hingga 50% daripada KDNK).  Oleh kerana itu, sektor tersebut terdedah kepada masalah kemarau berpanjangan dan bencana banjir.  Kedua-dua keadan ini merupakan fenomena alam yang sering berlaku di Ethiopia lantas melumpuhkan keseluruhan ekonomi dan kesannya menyebabkan kebuluran.

Buta huruf adalah satu lagi sebab utama mengapa Ethiopia dihimpit kemiskinan.  Pemimpin Ethiopia pada hari ini tidak banyak memberikan perhatian kepada pendidikan.  Ethiopia mempunyai kadar buta huruf setinggi 49% dengan kadar celik huruf wanita berlegar sekitar 41%.  Ini menunjukkan hanya kira-kira 41% daripada penduduk wanita berusia lebih 15 tahun boleh membaca dan menulis.

Disebabkan oleh kemiskinan dan kelaparan, kebanyakan kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah.  Ada juga kanak-kanak dipaksa kahwin, terlibat sebagai buruh kanak-kanak, penyeludupan kanak-kanak dan terkini, pelacuran di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak di Ethiopia juga terlibat di dalam perniagaan kecil-kecilan terutamanya di sepanjang jalan-jalan utama bandar-bandar besar seperti Addis Ababa (ibu negara Ethiopia yang mempunyai penduduk kira-kira 5 juta orang), Dire Dawa, Adama atau Nazret, Gondar, Dese atau Dessie, Mek 'ele, Jimma dan Bahir Dar.

Ethiopia juga mengeluarkan hasil kopi dengan nilai eksport sekitar 400 juta dollar setahun.  Namun, nilai tersebut adalah sangat rendah berikutan harga pasaran antarabangsa yang merudum (saya mencelah:  di sini saya tidak pasti adakah kerana kopi dijual dengan harga yang murah di peringkat antarabangsa ataupun ada pihak yang mengambil kesempatan membeli kopi dari Ethiopia dengan harga yang murah).  Justeru, keadaan ini juga menyumbang kepada kegoyahan ekonomi Ethiopia.

Isu alam sekitar seperti pencemaran air (akibat daripada sektor pertanian dan perindustrian), kemusnahan tanah yang sering membawa kepada desertifikasi (proses merosotkan alam sekitar, iaitu tanah subur menjadi tidak produktif seperti gurun) dan kemarau teruk semakin mengancam banyak nyawa di Ethiopia hari ini.


Tadbir urus yang kurang cekap dan rasuah adalah masalah utama di kebanyakan negara di Afrika. Kebanyakan ahli politik di Ethiopia pada hari ini terlibat dengan rasuah.  Antara mereka juga ada yang tiada pengalaman mentadbir negara.  Tadbir urus yang lemah, rasuah dan ketidakstabilan politik menyebabkan ramai pelabur lari meninggalkan Ethiopia. 

Tamat.

Wednesday, January 28, 2015

Suku pertama 2015

Sudah lama saya tak kemaskini blog.  

Antara projek menulis untuk disiapkan sekitar 1, 2 bulan ni (menulis seorang): 1.  Destination image Cherana Puteh site; 2. Exploring nature of tourism and QoL perception among Portuguese community, 3. Ethnic unity and satisfaction at multicultural sites; 4. Hidden attractions in Melaka; 5.  Perancangan pelancongan Alor Gajah bersama DUN Taboh Naning; 6. Emerging market of thanatourism 

Antara projek menulis bersama:  1. Projek buletin ACCESS:  Voice of Tourism Education, ISSN 2180-3560, iaitu saya sebagai Chief Editor perlu menyelaras keseluruhan projek berkenaan; 2.  Buku panduan pertuturan harian pelancong, BM-Jawa (bersama pensyarah perniagaan, UKM); 3. Glosari pelancongan English-Arab; 4.  Buku panduan pertuturan harian pelancong BM-Arab (item 2 & 3 bersama pensyarah bahasa Arab, UiTM)

Antara cadangan permohonan geran:  1.  Aerial photography & tourism imaging; 2. New design of interpretation at heritage sites.

Khidmat komuniti:  Beri ceramah 'Asas Research Methodology' di Jabatan Pelancongan, Politeknik.

Beberapa siri bengkel terdekat:  February:  1.  Bengkel Self Review Report; 2. Supervision of thesis using secondary data; 3. Adobe Flash

Kemudian, coming this March 2015, bila semester bermula saya akan mengajar Tourism Philosophy. Buku Philosophical issues in Tourism telah berjaya saya perolehi melalui inter library loan.  Siap dapat e-book lagi gitu. Seronoknya.  Di samping itu, saya masih lagi kekal mengajar kursus Heritage Tourism dan Research Methodology

Pendek kata permulaan suku pertama tahun 2015 sibuk sedikit.

Monday, October 13, 2014

baby ada hingus lah bang!!

tambahan.

mencegah lebih baik daripada merawat.

1.  elakkan baby makan aiskrim dan minuman sejuk terutamanya minuman sejuk yang dijual di tepi jalan. jika anda perhatikan tong minuman itu tidak ditutup. kadang2 cara penyediaan minuman itu tidak begitu bersih, misalnya tangan orang  yang mencedok air minuman ke dalam cawan plastik itu tidak bersih kerana tidak memakai sarung tangan plastik. bila tangannya basah dilap saja di apronnya. entah bersih entah tidak. sudahlah tangan diragui kebersihannya, pegang pula straw dan beri pada anak2.  bayangkan berapa banyak bakteria jahat di situ.  jika kanak2 berumur 5 tahun ke atas dan orang dewasa minum memang tidak sakit perut dan tidak batuk sebab antibodi mereka sudah cukup kuat menangkis segala bakteria hasil daripada penyediaan air tersebut (tertakluk kepada sejauh mana bersihnya air itu).  tetapi, baby tidak mempunyai antibodi yang cukup kuat.

begitu juga dengan aiskrim yang dijual mempunyai bahan pewarna. itu pun tidak elok untuk baby. kalau aiskrim malaysia yang buat sendiri kat rumah tu boleh tapi sikit saja beri jangan banyak. maklumlah kesian pula tengok baby yang setahun lebih yang baru mula belajar cakap "nak.." tapi kita tak bagi. boleh beri tapi sikit je.

2.  semua buah-buahan berunsur sejuk mesti dikurangkan. terutamanya tembikai. baby memang suka makan tembikai sebab ianya berair dan manis. kalau sejuk lagi sedap, lagi baby suka. ELAKKAN... buah epal saja ok.

3.  karpet. gulung dan bungkus. masukkan dalam setor. walaupun karpet itu selalu divakum (berapa kerap? ada hari2? tidak kan?) ianya tetap juga mengandungi habuk melainkan jikalau anda selalu basuh, berus dan jemur karpet secara kerap (berapa kerap? ada tiap2 minggu? tak kan?).  selain itu, karpet ini adalah rumah mewah untuk segala jenis hama dan debu halus yang tak nampak dengan mata kasar. baby sangat alah dengan keadaan ini sementelah pula antibodi badannya belum begitu kuat. 

4.  bulu2 binatang. jauhkan baby daripada haiwan peliharaan. atau jangan bela langsung. baby alah dengan bulu2 binatang.

5.  lantai rumah mesti selalu bersih. mop dengan kerap.

jika anda mengamalkan kelima2 perkara ini dengan disiplin, sekurang2nya risiko baby kerap berhingus yang membawa kepada kahak dan batuk dapat dikurangkan.

walaupun begitu faktor cuaca juga boleh menyebabkan baby mengalami alahan.

rawatan

sentiasa perhatikan hidung baby. jika ianya berhingus sedikit, harus dengan segera merawatnya.

kaedah 1:  menggunakan ubat titis hidung menghentikan hingus yang mula nampak. boleh dibeli diklinik atau difarmasi. macam2 jenis ada. boleh tanya pada farmasi. pakai bila perlu

kaedah 2:  minum ubat selsema+batuk (biasa berwarna putih). ini untuk merawat hidung berhingus. 3 kali sehari, sukatan 2 ml.

kadang-kadang kaedah 1 dan 2 digabungkan sekali.

sentiasa keluarkan hingus bayi. anda boleh guna kaedah sedut hingus baby di rumah dengan tiub seperti dalam post saya yang lepas.  jangan dibiarkan hingus bertakung kerana lama kelamaan hingus ini akan berkumpul di tekak dan menyebabkan kahak.  selanjutnya jangkita bakteria akan terjadi menghasilkan lendir hingus yang kuning pekat dan pastinya ketika ini baby akan selalu batuk dan kedengaran bunyi kahak yang sangat ketara.

seandainya hingus ini tidak dirawat baby akan mengalami batuk yang berpanjangan sehingga lama kelamaan akan menyebabkan telinga baby dijangkiti kuman. ada sesetengah kes, kuman ini akan turun ke paru2. jika di peringkat ini baby akan dimasukkan ke wad dan diberi ubat antibiotik yang kuat. 

baby sukar bernafas jika ada banyak hingus dalam hidung. kahak pula banyak ditekak. kalau kita orang dewasa semestinya menjadi resah, bukan?

bagi baby yang punya sejarah lelah (asthma) nescaya keadaan ini akan menyebabkan semput, iaitu sesak nafas. bagaimana boleh bernafas jika kahak banyak di tekak dan hingus banyak di dalam hidung. 

ada satu lagi kaedah iaitu dengan menyedut nebulizer. sedut gas ini bukan hanya tertakluk kepada baby yang ada masalah semput tapi ianya boleh mengurangkan kahak. baby akan rasa lega sedikit.

jika tuan2 mempunyai anak yang kronik lelah, maka boleh minta doktor tulis surat rekemen kepada farmasi untuk beli alat nebulizer ini. ubatnya boleh dibeli di klinik.  harganya mesin ini agak mahal iaitu bermula dari rm400 dan ke atas, tengok kepada brand. boleh tanya doktor.  bila sudah ada alat ini, boleh guna pakai di rumah. doktor akan menerangkan dengan jelas waktu dan ketika bagaimana harus digunakan kerana ianya tidak digalakkan guna secara kerap. bila teruk saja baru pakai.

untuk yang kerap, beli saja aerochamber di farmasi dan minta inhaler daripada doktor. banyak jenis inhaler ini. macam2 jenis dan macam2 warna. tapi semuanya boleh legakan pernafasan bayi.

tanyalah doktor anda atau farmasi. yang penting jagalah kesihatan baby dan jangan abaikan kebersihan di dalam rumah.


Tuesday, August 26, 2014

rokok oh rokok

status rokok...

sejauh manakah yang dikatakan rokok itu diwartakan sebagai haram oleh majlis fatwa kebangsaan difahami masyarakat. malah banyak negara yang sudah mengharamkan hisap rokok kerana merosakkan badan.

1.  jual arak kena ada lesen. pusat judi pun kena dapat lesen. kedua2 pusat ini tidak dibenarkan orang islam memasukinya. kerana:  status diharamkan. sudah dikuatkuasa. kedua2 pusat ini dikenakan cukai.  

PERBANDINGAN 

2.  rokok. kecuali pelajar2 sekolah beruniform, sesiapa sahaja boleh membelinya. harga sentiasa dinaikkan kerajaan. cukai rokok juga ada. status: sudah lama majlis fatwa mengharamkan sejak 1985.

situasi sekarang:

di mana2 sahaja boleh lihat orang islam membeli rokok. menghisap rokok. ada juga anak2 muda yang mula belajar hisap rokok. yang tak perihatin hisap rokok, menghembus asap sesuka hati, hatta sambil mendokong bayi pun hisap rokok. bayi pun hidu asap rokok. anak2 kecil hidu asap rokok. pendek kata yang tak hisap rokok turut hidu asap rokok. semua sudah tahu apa kandungan dalam asap rokok.

kerajaan tahu. cuma kuat kempen. selepas itu senyap. diam. tiada kuatkuasa.

penyudahnya: rokok akan tetap dihisap sampai generasi akan datang. 

yang kaya:  syarikat rokok dan orang tanam tembakau (itupun kalau dia kaya). adakah kerajaan malaysia juga mendapat hasil dari cukai rokok ini. harga rokok sentiasa naik.

jadi kalau sudah rokok itu diharamkan.. bagaimana pula dengan status:

1.  orang islam yang menjual rokok itu. adakah dia dikira bersubahat?
2.  bagaimana pula halnya dengan kerajaan melalui agensi majlis agama yang mengeluarkan fatwa pengharaman rokok tapi mengambil hasil cukai penjualan rokok? (sekiranya ada).  malah, dengan hasil itu berkemungkinan membuat pembangunan di dalam negara?
3.  sejauh mana kerajaan menguatkuasa untuk mencegah? ia sudah diharamkan. adakah kerajaan juga boleh dikategori subahat kerana tidak endah terhadap warta fatwa tersebut?
4.  ahli kabinet sendiri hisap rokok. jadi, tiada seorang pun membawa usul bagaimana atasi perkara ini. perkara diharamkan tapi tidak dilaksanakan?

melihat kepada keadaan ini, adakah rakyat ambil peduli tentang pengharaman rokok. jawapan: tidak peduli.
sebab mereka kata kerajaan pun tidak membuat apa2 sekatan.

jabatan agama memutuskan atas individu itu untuk sedar sendiri. tapi, sampai bila? sejak 1985 sampai sekarang tiada apa2? jabatan agama hanya boleh melihat sahaja?

dikatakan rokok itu tabiat. minum arak juga adalah tabiat sesetengah orang. rokok itu haram. hisap di kawasan awam. boleh. selamba tiada tindakan. minum arak di tempat awam kena tangkap polis. yang muslim pasti kena bicara di mahkamah syariah. mak aiii...

jadi, sekarang ni macam mana ya? pegawai agama pun hisap rokok juga. ustaz2 pun ada yang hisap rokok. malah pak imam pun ada yang hisap. pendek kata ramai di sekeliling kita yang hisap rokok. 

akhir sekali dinyatakan hisap rokok itu adalah sebagai hak individu. TAMAT.







Wednesday, May 21, 2014

rundingan

pada hari ini saya berkesempatan berjumpa dengan yb datuk latipah omar, dun taboh naning, alor gajah di pejabat beliau di seri negeri, ayer keroh bagi membincangkan perancangan pembangunan pelancongan alor gajah.





Friday, March 14, 2014

panel expert forum

saya menghadiri panel expert forum for tourism educators di politeknik merlimau pada 14/3/2014.