Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Monday, October 13, 2014

baby ada hingus lah bang!!

tambahan.

mencegah lebih baik daripada merawat.

1.  elakkan baby makan aiskrim dan minuman sejuk terutamanya minuman sejuk yang dijual di tepi jalan. jika anda perhatikan tong minuman itu tidak ditutup. kadang2 cara penyediaan minuman itu tidak begitu bersih, misalnya tangan orang  yang mencedok air minuman ke dalam cawan plastik itu tidak bersih kerana tidak memakai sarung tangan plastik. bila tangannya basah dilap saja di apronnya. entah bersih entah tidak. sudahlah tangan diragui kebersihannya, pegang pula straw dan beri pada anak2.  bayangkan berapa banyak bakteria jahat di situ.  jika kanak2 berumur 5 tahun ke atas dan orang dewasa minum memang tidak sakit perut dan tidak batuk sebab antibodi mereka sudah cukup kuat menangkis segala bakteria hasil daripada penyediaan air tersebut (tertakluk kepada sejauh mana bersihnya air itu).  tetapi, baby tidak mempunyai antibodi yang cukup kuat.

begitu juga dengan aiskrim yang dijual mempunyai bahan pewarna. itu pun tidak elok untuk baby. kalau aiskrim malaysia yang buat sendiri kat rumah tu boleh tapi sikit saja beri jangan banyak. maklumlah kesian pula tengok baby yang setahun lebih yang baru mula belajar cakap "nak.." tapi kita tak bagi. boleh beri tapi sikit je.

2.  semua buah-buahan berunsur sejuk mesti dikurangkan. terutamanya tembikai. baby memang suka makan tembikai sebab ianya berair dan manis. kalau sejuk lagi sedap, lagi baby suka. ELAKKAN... buah epal saja ok.

3.  karpet. gulung dan bungkus. masukkan dalam setor. walaupun karpet itu selalu divakum (berapa kerap? ada hari2? tidak kan?) ianya tetap juga mengandungi habuk melainkan jikalau anda selalu basuh, berus dan jemur karpet secara kerap (berapa kerap? ada tiap2 minggu? tak kan?).  selain itu, karpet ini adalah rumah mewah untuk segala jenis hama dan debu halus yang tak nampak dengan mata kasar. baby sangat alah dengan keadaan ini sementelah pula antibodi badannya belum begitu kuat. 

4.  bulu2 binatang. jauhkan baby daripada haiwan peliharaan. atau jangan bela langsung. baby alah dengan bulu2 binatang.

5.  lantai rumah mesti selalu bersih. mop dengan kerap.

jika anda mengamalkan kelima2 perkara ini dengan disiplin, sekurang2nya risiko baby kerap berhingus yang membawa kepada kahak dan batuk dapat dikurangkan.

walaupun begitu faktor cuaca juga boleh menyebabkan baby mengalami alahan.

rawatan

sentiasa perhatikan hidung baby. jika ianya berhingus sedikit, harus dengan segera merawatnya.

kaedah 1:  menggunakan ubat titis hidung menghentikan hingus yang mula nampak. boleh dibeli diklinik atau difarmasi. macam2 jenis ada. boleh tanya pada farmasi. pakai bila perlu

kaedah 2:  minum ubat selsema+batuk (biasa berwarna putih). ini untuk merawat hidung berhingus. 3 kali sehari, sukatan 2 ml.

kadang-kadang kaedah 1 dan 2 digabungkan sekali.

sentiasa keluarkan hingus bayi. anda boleh guna kaedah sedut hingus baby di rumah dengan tiub seperti dalam post saya yang lepas.  jangan dibiarkan hingus bertakung kerana lama kelamaan hingus ini akan berkumpul di tekak dan menyebabkan kahak.  selanjutnya jangkita bakteria akan terjadi menghasilkan lendir hingus yang kuning pekat dan pastinya ketika ini baby akan selalu batuk dan kedengaran bunyi kahak yang sangat ketara.

seandainya hingus ini tidak dirawat baby akan mengalami batuk yang berpanjangan sehingga lama kelamaan akan menyebabkan telinga baby dijangkiti kuman. ada sesetengah kes, kuman ini akan turun ke paru2. jika di peringkat ini baby akan dimasukkan ke wad dan diberi ubat antibiotik yang kuat. 

baby sukar bernafas jika ada banyak hingus dalam hidung. kahak pula banyak ditekak. kalau kita orang dewasa semestinya menjadi resah, bukan?

bagi baby yang punya sejarah lelah (asthma) nescaya keadaan ini akan menyebabkan semput, iaitu sesak nafas. bagaimana boleh bernafas jika kahak banyak di tekak dan hingus banyak di dalam hidung. 

ada satu lagi kaedah iaitu dengan menyedut nebulizer. sedut gas ini bukan hanya tertakluk kepada baby yang ada masalah semput tapi ianya boleh mengurangkan kahak. baby akan rasa lega sedikit.

jika tuan2 mempunyai anak yang kronik lelah, maka boleh minta doktor tulis surat rekemen kepada farmasi untuk beli alat nebulizer ini. ubatnya boleh dibeli di klinik.  harganya mesin ini agak mahal iaitu bermula dari rm400 dan ke atas, tengok kepada brand. boleh tanya doktor.  bila sudah ada alat ini, boleh guna pakai di rumah. doktor akan menerangkan dengan jelas waktu dan ketika bagaimana harus digunakan kerana ianya tidak digalakkan guna secara kerap. bila teruk saja baru pakai.

untuk yang kerap, beli saja aerochamber di farmasi dan minta inhaler daripada doktor. banyak jenis inhaler ini. macam2 jenis dan macam2 warna. tapi semuanya boleh legakan pernafasan bayi.

tanyalah doktor anda atau farmasi. yang penting jagalah kesihatan baby dan jangan abaikan kebersihan di dalam rumah.


Tuesday, August 26, 2014

rokok oh rokok

status rokok...

sejauh manakah yang dikatakan rokok itu diwartakan sebagai haram oleh majlis fatwa kebangsaan difahami masyarakat. malah banyak negara yang sudah mengharamkan hisap rokok kerana merosakkan badan.

1.  jual arak kena ada lesen. pusat judi pun kena dapat lesen. kedua2 pusat ini tidak dibenarkan orang islam memasukinya. kerana:  status diharamkan. sudah dikuatkuasa. kedua2 pusat ini dikenakan cukai.  

PERBANDINGAN 

2.  rokok. kecuali pelajar2 sekolah beruniform, sesiapa sahaja boleh membelinya. harga sentiasa dinaikkan kerajaan. cukai rokok juga ada. status: sudah lama majlis fatwa mengharamkan sejak 1985.

situasi sekarang:

di mana2 sahaja boleh lihat orang islam membeli rokok. menghisap rokok. ada juga anak2 muda yang mula belajar hisap rokok. yang tak perihatin hisap rokok, menghembus asap sesuka hati, hatta sambil mendokong bayi pun hisap rokok. bayi pun hidu asap rokok. anak2 kecil hidu asap rokok. pendek kata yang tak hisap rokok turut hidu asap rokok. semua sudah tahu apa kandungan dalam asap rokok.

kerajaan tahu. cuma kuat kempen. selepas itu senyap. diam. tiada kuatkuasa.

penyudahnya: rokok akan tetap dihisap sampai generasi akan datang. 

yang kaya:  syarikat rokok dan orang tanam tembakau (itupun kalau dia kaya). adakah kerajaan malaysia juga mendapat hasil dari cukai rokok ini. harga rokok sentiasa naik.

jadi kalau sudah rokok itu diharamkan.. bagaimana pula dengan status:

1.  orang islam yang menjual rokok itu. adakah dia dikira bersubahat?
2.  bagaimana pula halnya dengan kerajaan melalui agensi majlis agama yang mengeluarkan fatwa pengharaman rokok tapi mengambil hasil cukai penjualan rokok? (sekiranya ada).  malah, dengan hasil itu berkemungkinan membuat pembangunan di dalam negara?
3.  sejauh mana kerajaan menguatkuasa untuk mencegah? ia sudah diharamkan. adakah kerajaan juga boleh dikategori subahat kerana tidak endah terhadap warta fatwa tersebut?
4.  ahli kabinet sendiri hisap rokok. jadi, tiada seorang pun membawa usul bagaimana atasi perkara ini. perkara diharamkan tapi tidak dilaksanakan?

melihat kepada keadaan ini, adakah rakyat ambil peduli tentang pengharaman rokok. jawapan: tidak peduli.
sebab mereka kata kerajaan pun tidak membuat apa2 sekatan.

jabatan agama memutuskan atas individu itu untuk sedar sendiri. tapi, sampai bila? sejak 1985 sampai sekarang tiada apa2? jabatan agama hanya boleh melihat sahaja?

dikatakan rokok itu tabiat. minum arak juga adalah tabiat sesetengah orang. rokok itu haram. hisap di kawasan awam. boleh. selamba tiada tindakan. minum arak di tempat awam kena tangkap polis. yang muslim pasti kena bicara di mahkamah syariah. mak aiii...

jadi, sekarang ni macam mana ya? pegawai agama pun hisap rokok juga. ustaz2 pun ada yang hisap rokok. malah pak imam pun ada yang hisap. pendek kata ramai di sekeliling kita yang hisap rokok. 

akhir sekali dinyatakan hisap rokok itu adalah sebagai hak individu. TAMAT.







Wednesday, May 21, 2014

rundingan

pada hari ini saya berkesempatan berjumpa dengan yb datuk latipah omar, dun taboh naning, alor gajah di pejabat beliau di seri negeri, ayer keroh bagi membincangkan perancangan pembangunan pelancongan alor gajah.





Friday, March 14, 2014

panel expert forum

saya menghadiri panel expert forum for tourism educators di politeknik merlimau pada 14/3/2014.



baby berhingus dan batuk kahak

saya lihat dalam carta top 5 ramai yang ingin mengetahui bagaimana mengurangkan hingus baby. kahak yang berkumpul di rongga kerongkong baby adalah disebabkan hingus.

oleh kerana baby tidak pandai menghembuskan hingus, maka banyak alatan bagi menyedut hingus baby yang dijual di pasaran.

namun tidak semua yang berkesan. saya mengesyorkan bagi ibu bapa untuk membeli 'nasal aspirator' yang dijual di farmasi. harga lebih kurang dalam rm15-17.



jika tuan2 ingin menyedut hingus baby pastikan beli alat seperti yang di atas sebab ianya sangat berkesan dan langsung tidak menyakitkan baby.

cara guna amat senang.

1. baringkan baby dan minta orang lain pegang kepala baby. mungkin kedua2 tangan baby juga perlu dipegang sebab baby akan berasa takut dan ingin meronta. jangan dipegang terlalu kuat.

2. hujung berbentuk tirus dimasukkan ke dalam hidung baby yang berhingus.

3.  setelah itu tuan2 sedut hingus baby menggunakan hujung yang satu lagi berbentuk leper itu.

4.  hasil daripada sedutan akan mengeluarkan hingus dengan AMAT MUDAH dan hingus akan berkumpul di dalam kantung.

5.  selesai. tuan2 boleh keluarkan hingus daripada kantung dan boleh dicuci alat ini dengan air bersih.

setelah hingus baby dikeluarkan nescaya si kecil comel akan boleh bernafas dengan lancar.

tiada hingus, tiada kahak. 

Wednesday, February 12, 2014

Cerita Gout lagi

Ini adalah sambungan dari cerita gout, klik di sini Paras Asid Urik

Kita bertemu kembali,

Sememangnya saya amat berhati-hati di dalam pengambilan makanan.  Orang yang telah terkena sakit gout sememangnya boleh sembuh balik. Biasa 2 minggu, paling lama sebulan, dua bulan jalan seret. 


Tapi kesian juga pada rakan2 kita yang sakit gout kronik macam dalam group FB Gout Malaysia.  Mereka tahap otai, maulana level gout diorang.  So, boleh belek2, scroll info dalam tu lau tengah sakit, menyeret.  Kita akan rasa lega. Believe me, U are not alone.

Setelah kali pertama kita disahkan oleh doktor mendapat gout berdasarkan keputusan asid urik yang tinggi. Maka sejurus selepas itu kalau kita berpantang dengan disiplin yang ketat selama 6 bulan, maka kita buat sekali ujian asid urik. Gerenti akan kembali ke paras normal. Maknanya? kita sudah sihat lah. Tapi bebas dari gout tu belum tentu.


Pantang gout ni sebenarnya ikut jenis darah. Lain orang, lain pantangnya.  Macam saya pantang udang kering, kopi starbuck dan cuka.  Lau elemen tu ada dalam makanan kompom cepat saja kena. 

Saya ada juga test makan seafood, daging lembu, kambing, hati, hempedal dan segala waktu dengannya yang memang pantang untuk gout tapi so far, tak langsung kena attack gout. Alhamdulillah.  Namun begitu, makanan tersebut saya kurangkan pengambilannya.  Makan tu biar berpada brader...


***Walaupun ada di antara pantang yang dinyatakan di bawah ini tidak dibuktikan melalui kajian santifik dengan hasil keputusan empirikal, namun panduan sebegini elok juga diikuti kerana kemungkinan besar ianya adalah hasil penemuan berdasarkan pengumpulan pengalaman dari ramai orang.  Kalau hanya nak bersandarkan kepada kajian saintifik memang tidak terbuat oleh para penyelidik kerana penyelidikan tersebut juga mempunyai pelbagai batasan****


Penulis blog berasal dari Indonesia tersebut menyenaraikan 50 makanan untuk dielakkan.  


50 pantang makan untuk gout --- UNTUK PANDUAN & MAKLUMAN SAJER

1.Jangan minum jus buah dan vitaminC dalam jumlah yang besar karena kombinasi alopurinol dan vitamin c dosis besar dapat membuat urin lebih asam dan menyebabkan batu gnjal
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb-
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning.. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga,
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. elakkan pulut, keledek, kentang dan ubi.
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto
45. Wajib dihindari:Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
46. Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) -- (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
47. Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL),hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasikonsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
48. Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
49. Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
50. elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing

Saturday, October 26, 2013

Pengurusan Pelancongan Gua Kelam

Hari ini aku telah berkesempatan melawat Gua Kelam. Sebagai orang bidang pengurusan pelancongan, aku berpuas hati dengan ciri-ciri di tapak tarikan tersebut. Cerita banyak tak payah. Jom layan gambar.

Semua gambar dan video diambil menggunakan telefon sahaja.

Sebelum masuk gua






Dewasa masuk RM1. Kanak2 50 sen.







Dalam gua










Video dalam gua









apa jumpa kat penghujung gua

yang bagus kat kawasan ekopelancongan sebegini ialah tempat ni diselenggara dengan cukup baik. tahniah kepada kerajaan negeri perlis. dah banyak tempat tempat berasaskan ekopelancongan aku pergi. pusat perkelahan gua kelam adalah yang terbaik di malaysia. 

tempatnya bersih. mana-mana pelosok kawasan tiada langsung nampak sampah kerana banyak tong sampah disediakan. daun2 gugur juga sentiasa disapu. jalan pejalan kaki khas juga disediakan.  

banyak tempat perkelahan air terjun/sungai di negeri lain mengabaikan kebersihan.  tempat juga tidak diselenggara dengan baik.

dalam aspek pengurusan pelancongan, infrastruktur yang lengkap harus diberi keutamaan di tapak pelancongan.  maka kawasan ini mendapat 4 daripada 5 bintang daripada aku.. *****


air sungai bersih


ada penunjuk arah, so pelawat tahu ke mana hendak pergi


tempat berehat yang cantik dan selesa


siap ada pantun lagi gitu. menambah seri



aku terpaku.. aku tak sangka bersih dan cantik tempat ni. tak macam tempat lain



kawasan pejalan kaki yang dibina khas dan cantik.  begitu juga ada banyak pondok untuk berehat. pondok2 juga besar.



salah satu landskap menarik di situ. 



pondok yang dibina cukup cantik dan luas



bersihkan?


ramai orang berehat sini. udara sangat segar




nampak tak tangga melingkar tu?  itu adalah untuk ke menara tinjau. ianya sangat tinggi. tiada seorang pun yang aku tengok naik ke atas. ada rajin tak nak naik tangga tinggi2?



program teambuilding pelajar sekolah.  diorang merentas sungai. nampak tak ada tali tu. 


tempat berehat. pentas juga dibina khas. diperbuat daripada konkrit gitu. so tahan lama. kawasan ini juga sangat luas








tong sampah banyak disediakan di kawasan ini. so, pelawat tiada alasan untuk buang sampah merata-rata.  sebab itu lah, aku langsung tak jumpa satu sampah sekalipun.











di tempat2 tertentu ada papan penerangan yang memberi maklumat berguna kepada pelawat



aku suka daun2 yang berjuntaian yang turun dari atas gua seolah2 macam langsir yang besar. perghhh asyikkk







kat mana-mana kawasan sini, amaran dilarang membuang sampah ni boleh dijumpai. papan peringatan ni banyak dipasang dekat sini. pasal tu la orang datang sini segan nak buang sampah. lagipun banyak tong sampah disediakan.



motif aku amik gambar ni ialah...nampak tak tiang api tu? menandakan sini dibekalkan letrik. siap ada lampu lagi kalau keadaan kawasan gelap. terbaik.. takla pelawat rasa takut lau keadaan hutan menjadi gelap.



keperluan penting nih




ini ialah kawasan pejalan kaki lama. walaupun tidak digunakan lagi. yang buat aku kagum ialah binaan pejalan kaki ni masih utuh. makna kata sudah lama kerajaan negeri memberi perhatian serius kepada keselesaan pengunjung.

yang aku kesal sangat ialah kenapa negeri lain tak boleh nak mencontohi infrastruktur terbaik seperti yang ditawarkan di kawasan ni.  

setengah2 tempat tarikan ekopelancongan tiada langsung binaan pejalan kaki, hanya laluan tanah saja. ianya sempit, licin dan bahaya. banyak pula sampah, kotor. makna kata tidak diselenggara.

patut bajet 2014 ada peruntukan beberapa juta untuk menaiktaraf kawasan2 ekopelancongan.  barulah bagus.  aku rasa ramai yang akan sokong.











inilah aku amik gambar kenang-kenangan




gambar-gambar habis lawatan








kawasan parking kete yang luas. kawasan parking untuk bas juga disediakan. kalau datang 10 biji bas pun tiada masalah untuk parking.










tapi pintu bilik air ni tiada selak kunci


tandas lelaki.  aku ingat salah masuk bilik air. sebab kaler pink!!!


tandas bersih. bayaran masuk 30 sen



on the way balik (takde kena mengena dengan gua kelam)

PERLIS NEGERI YANG INDAH DAN PERMAI