Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Thursday, August 30, 2012

postgrad: belajar oversea vs. belajar local

postgrad maknanye belajar di peringkat ijazah sarjana (master) dan ijazah kedoktoran (phd).  kadang2 ada juga universiti menawarkan pengajian peringkat post doctorate (khas bagi mereka yang sudah ada phd, biasanya penyelidik (pelajar itu) diberi jawatan felo dan dibayar gaji oleh universiti itu). tak banyak universiti ada menawarkan program post doctorate (post phd) ini.  di malaysia langsung tiada.

jadi yang mana? oversea vs. local.  mana2 pun bagus.

tapi, kebiasaanya belajar oversea lebih bagus. apa yang bagus? iaitu database nya yang cukup lengkap. kadang2 universiti di malaysia kekurangan database. nak buat inter library loan pun prosesnya mengambil masa yang lama sedangkan di universiti luar negara, kalaupun mereka tiada subscribe sesebuah jurnal, hanya request online dan dalam beberapa hari kemudian, mereka emel semula kepada pelajar akan artikel yang dipohon. senang kan? kemudahan perpustakaan universiti luar negara sangat hebat dan kakitangannya cukup cekap dan responsif pada permohonan pelajar.

jadi kepada pelajar malaysia yang buntu dan mengalami kemurungan mendapat artikel yang tiada wujud di database di semua perpustakaan di malaysia, hubungilah kawan2 yang belajar di luar negara. dalam beberapa saat saja, mereka akan emel semula dengan artikel yang diingini!! hebat sungguh.

ramai juga pelajar asing..bukan ramai, tapi terlampau ramai pelajar luar negara datang ke malaysia untuk belajar. pelajar di universiti tempatan boleh rasa bangga. tapi, bagi rakyat asing ini, malaysia adalah oversea. sudah tentu mereka gembira.

suasana belajar di luar negara juga suatu pengalaman hidup yang unik terutama di negara empat musim. jadi, kalau ada kesempatan dan peluang ke sana, pergi lah belajar di sana.

walaupun begitu, belajar di malaysia juga tidak kurang hebatnye. ramai pakar perubatan di merata hospital samada kerajaan dan swasta kebanyakannya mendapat tauliah pakar di universiti tempatan. pakar2 akademik sekarang juga ramai yang mempunyai tauliah dari universiti tempatan. hasil kerja penyelidikan mereka bertaraf antarabangsa. malah, melebihi pula ilmunya daripada mereka yang belajar di oversea. tapi, bab penguasaan ilmu ini subjektif. terpulang kepada iltizam individu itu.

belajar di oversea penuh dengan kegembiraan walaupun pada mula bertapak menempuh kesukaran. walaupun di sudut hati berkobar ingin balik ke malaysia tetapi dalam masa yang sama terasa berat hati ingin meninggalkan bumi asing kerana terlampau banyak kenangan manis.

ramai juga yang bertemu jodoh semasa belajar baik di oversea ataupun di malaysia. tapi dalam masa yang sama ramai juga yang kematian sahabat handai, sanak saudara semasa belajar. ada juga bila seminggu menjejak kaki di luar negara, bapanya meninggal dunia. hendak balik segera, terbelenggu dengan faktor kewangan. tapi, kalau di malaysia anytime boleh balik.  ada juga pasangan suami isteri yang turut sama2 belajar meleraikan ikatan perkahwinan dengan rela kerana bertemu pula kekasih hati idaman masing2 semasa belajar.  sungguh pengalaman semasa belajar ini sangat unik!

orang kata belajar di malaysia banyak gangguan terutamanya majlis kenduri kawin, kenduri doa selamat, majlis berkhatan, potong jambul, aqiqah, kematian, kenduri doa selamat, kenduri arwah, birthday party, hari raya, mega sale, hantar/amik anak sekolah dan segala macam gangguan.

namun, realitinya belajar di oversea juga mengalami gangguan yang sama tetapi tidaklah sebanyak di malaysia.

soal gangguan itu juga subjektif, terpulang kepada cara bagaimana pelajar itu mengurus dengan cara yang berdisiplin. ada majlis yang perlu pergi tetapi banyak yang tidak perlu.

dikatakan di oversea ramai pakar tersohor. pada masa sekarang pakar2 akademik di malaysia juga sudah bertambah ramai. tapi, berapa ramai pelajar di oversea belajar dengan the so-called pakar2 legend ini? di malaysia juga ramai pakar akademik bertaraf sifu, tapi berapa ramai saja sifu2 ini mengambil pelajar.. hanya seorang dua saja.  makna kata bukan mudah ingin mendapat green lite untuk menuntut ilmu dengan mahaguru tersohor.

pengiktirafan sama saja. cuma di business card atau resume anda tertulis nama universiti luar negara. imej nya sungguh ummpphhh.. tak gitu?

Tuesday, August 7, 2012

sayang pada melayu

alam melayu penuh dengan protokol, itulah uniknya adat melayu yang agung itu.

begitulah juga dengan halnya abdullah munsyi itu yang pernah dicap sebagai abdullah paderi kerana bergiat cergas di anglo chinese school bekerja dengan paderi sebagai pencetak, penterjemah dan dalam masa sama menyalin kitab2 kristian. dimarahi bapanya kerana termakan hasutan masyarakat nanti kelak abdullah menjadi sesat. abdullah di kala itu cuma berkata, orang2 melayu pada masa itu bodoh kerana takut membuta tuli anak2 belajar bahasa inggeris, dikhuatiri dimasukkan ke agama kristian. orang berkata iman abdullah telah luntur. abdullah cuma berkata apakah iman aku akan tercalar sekiranya aku langsung tidak mempercayai akan ajaran kristian itu?

pada masa zaman abdullah lagi beliau melihat kepada kepercayaan karut orang melayu tentang pelbagai jenis hantu itu lalu menyifatkan mereka itu bodoh. lebih2 lagi mereka mempercayai kuasa2 hikmat dan tangkal, maka tiada lain difikirkan mereka itu melainkan semuanya dalam keadaan terikut2 tanpa memahami akan erti sebenarnya.

itulah dia antara beberapa baris karangan karya datuk zahari di dalam kenang-kenangan abdullah munsyi itu.

sama juga dengan pengamatan saya pada masa sekarang, agama islam itu ibarat ikut-ikutan yang diturunkan dari generasi ke generasi. apakah itu yang dialami? tiada penghayatan.  maka sebab itulah ramai orang melayu yang tersasar yang terikut2 ajaran sesat.  apa dicakap hanya petikan dari mana2 tanpa dia sendiri sedar akan maksudnya, malah paling dangkal ilmunya jika dia sendiri tidak mengerti bagaimana memberi tafsir dan definisi dengan mendalam, bernas dan logik. lagaknya umpama wali tapi di dadanya kosong.  kadang2 diam itu lebih baik daripada berdebat yang tiada kesudahan dengan orang yang bebal ilmu agama yang menyangka dirinya hebat.  di sini kita dapat lihat betapa golongan ini suka mendabik dada dan menunjuk kepandaian masing2 walhal natijahnya tiada apa2. kosong belaka.

namun, orang melayu itu juga ada yang punya ilmu yang tinggi tapi tetap juga merendah diri kerana tawaduknya mereka kepada allah swt.

segelintir golongan itu masih lagi di tahap awang-awangan pemikirannya, memberi fatwa bahawa pahala itu langsung tidak penting tetapi dalam masa yang sama mengetahui dengan jelas dan mengharap akan ibadahnya diterima secara langsung oleh ke hadrat allah swt? mereka juga tahu ibadah mereka 100% diterima dengan petunjuk2 tertentu sejurus selepas melaksanakannya! apakah ini fantasi, realiti atau mat jenin? di manakah yang dinamakan gerenti itu?

masih juga masyarakat melayu sekarang suka kepada kepada cerita hantu. tidak keterlaluan dicoretkan disini seperti yang dikatakan abdullah munysi itu semuanya bodoh belaka. juga takut anak2 masuk kristian jika dihantar ke sekolah aliran inggeris. tengok salib saja boleh buat hati dan fikiran tumpul. mengapakah begitu pemikiran orang melayu?  bertambah lagi lah tumpulnya fikiran orang2 melayu bila disogok sepanjang masa terdedah kepada cerita hantu yang langsung tiada membawa sebarang manfaat, sehingga terdidik jiwa anak2 yang melihat menjadi penakut, malah paling lucu orang dewasa juga takut2 bila bangun tengah2 malam? kenapa ditakut kepada benda yang tidak pernah langsung jumpa dan seumur hidup tidak pernah melihatnya? tuhan pencipta semesta alam tidak pula ditakuti.

orang melayu juga cenderung menuduh orang lain tersasar dari landasan agama hanya dengan memakai pakaian cara hidup bangsa lain. mereka langsung tiada mahu mengenal budaya bangsa orang lain (the Other). melayu tidak kenal cina, cina tidak kenal melayu, melayu tidak kenal india, cina tidak kenal india. satu kepelikan yang tak patut wujud sekalipun di kalangan elemen multi-ethnic society kerana pertautan talian ini sudah terjalin lebih ratusan tahun tapi, ironinya ia masih wujud sehingga sekarang.

lebih unik, di sebalik ketandusan kefahaman akan budaya bangsa yang lain, mereka hidup bertoleransi walaupun kadang kala ada juga yang tergelincir daripada landasan harmoni itu.
orang melayu juga selalu menganggap bahawa pemakaian jubah dan serban mencerminkan orang itu seorang yang alim ulama'? adakah benar? bagaimana pula dengan orang arab (kristian?) yang memakai jubah itu masuk ke dalam gereja, membaptiskan anak mereka ke dalam kristian? adakah pakaian itu mencerminkan tahap tawaduknya kepada islam atau ianya lebih kepada budaya orang luar?

orang melayu selalu menganggap jika seorang ulama' memakai baju melayu, bersamping, bersongkok vs. orang kebanyakan yang cetek ilmu agama memakai jubah, serban, celak. nahhh, mereka begitu menghormati yang memakai jubah itu! itulah lumrah pandangan am masyarakat melayu sekarang.

dalam sektor ekonomi pula, orang2 melayu itu banyak menjalankan perniagaan tidak secara jujur walaupun mengaku islam. mereka juga sanggup buat apa saja untuk kaya. mereka tidak sabar berusaha. mereka ingin kaya cepat.  banyak skim yang dibuat melayu menipu bangsa sendiri. yang lucu, melayu yang ditipu sangat mudah percaya lantaran ingin cepat kaya? tanpa selidik, terus percaya, lantas kena tipu? orang melayu sendiri ketawa terbahak2 kepada melayu yang ditipu. melayu tipu melayu. ohh beginikah selanjutnya? sampai bila?

di dalam hal2 budaya melayu, adat merupakan satu kemestian sehingga wujud pepatah melayu 'biar mati anak, jangan mati adat'.  begitulah kuatnya ikatan melayu dan adat itu bak air yang dicincang tidak akan putus. apa sahaja majlis wajiblah adat melayu itu diikuti kerana disitulah terpancarnya keindahan budaya melayu itu.  adat2 melayu itu juga mengajar erti sopan santun, menghormati orang lain dan keseluruhannya menjaga tatasusila.

tetapi pelik.. dalam masa yang sama, ramai juga anak2 melayu yang merempit sana sini tak tentu hala, malah mencederakan orang lain sehingga semuanya sia-sia, tidak membawa manfaat. lagi tambah menyedihkan bila orang melayu menerbitkan filem melayu mempamerkan kehidupan golongan rempit ini seolah2 ianya mempromosi golongan ini dengan setiap tutur kata dialog yang menggunakan kata2 tidak bermanfaat. jauh dari realiti kehidupan perbualan harian masyarakat melayu itu. tambah mengecewakan anak2 kecil di sekolah rendah seakan terikut2 dengan gaya percakapan karut ini.

anak2 melayu itu ratanya sudah luntur jati dirinya kepada pengertian survival melayu itu. melayu itu juga pelayar dan peneroka yang hebat, tiada tolok bandingnya.  tapi, kenapa melayu itu ramai yang merempit, tidak puasa, mabuk, main judi, penagih dadah, penjenayah, samseng, peminta sedekah malah pemalas? orang melayu itu juga suka bercakaran sesama sendiri. suka bercerita semua perkara kehidupan mewah yang ideal walhal tiada apa2?  mereka memandang kepada kemewahan.

itulah dia serba sedikit pasal melayu itu. sejak diceritakan oleh abdullah munsyi itu akan perihal orang melayu itu sehinggalah kepada zaman mahathir dengan taglinenya melayu mudah lupa, maka nyata saya lihat masih sama sahaja keadaannya tidak berubah.

orang melayu itu jiwanya sensitif. sifat perwira mereka memang tidak boleh disangkal. seandainya mereka bersatu padu, ibarat struktur batuan a famosa yang tidak mudah dirobohkan.  walaupun demikian, semangat sebegitu hanya boleh disaksikan pada zaman sebelum merdeka, malayan union dan 13 mei. setelah itu, tiada apa2, masing2 membawa haluan masing2.  malah melayu itu sendiri baru-baru ini mempamerkan aksi2 yang sungguh mengecewakan di dalam mempermainkan bendera malaysia dan pemimpin negara.

tidaklah diketahui sejauh mana dek kerana tiada kajian empirikal dibuat iaitu melayu itu tidaklah boleh melihat rakan2 dari bangsa sendiri merasa senang, maka selalulah mereka itu tidak puas hati, berasa cemburu, iri hati dan tuduh menuduh. sudah pula nampak lompong2 yang wujud di antara ikatan sesama bangsa itu.

adakah semua ini boleh berubah dalam sekelip mata sedangkan ianya sudah berakar umbi?

inilah cabaran yang amat hebat dalam memperkasakan kembali orang melayu. kelangsungan bangsa ini di tahap kecemerlangan antarabangsa amat penting. kita mahu bangsa melayu ini dihormati dan tidak mudah diperkudakan.  termaktub di dalam perlembagaan, tanah melayu ini adalah bumi melayu, maka seeloknya demikian saja keadaannya sampai bila-bila pun. dalam masa yang sama melayu harus berubah.

salam merdeka 2012.