Tuesday, April 16, 2013

cara atasi masalah kelemumur

saya selalu mendengar rungutan ramai orang baik lelaki mahupun wanita berkenaan masalah kelemumur yang serius dan teruk.

apabila ada kelemumur, kepala rasa gatal kerana banyaknya serpihan kulit mati yang tebal-tebal tumbuh di kepala, tidak kurang juga kelemumur yang halus bertaburan bak salji.


sudah bertahun-tahun merawat masalah kelemumur tapi tidak berjaya. sudah dicuba bermacam-macam syampu di pasaran, baik yang murah ataupun yang mahal tapi satu syampu pun tidak berupaya menghilangkan kelemumur.  


sebenarnya gatal-gatal di kepala akibat kelemumur itu dan serpihan kelemumur yang ribuan itu boleh dihilangkan dalam masa yang singkat.


saya dahulu pernah secara tiba-tiba diserang kelemumur, berkuping-kuping. saya menjadi rimas kerana kepala rasa gatal, asyik menggaru. apabila rambut kering, bila diselak-selak rambut laju-laju, maka bertaburanlah kelemumur yang turun bak salji.  kadang-kadang saya menggaru kulit kepala sampai berdarah kerana gatalnya sungguh merenyam sekali.


apabila tidak tahan lagi, maka saya terus saja ke klinik pakar kulit, berjumpa dermatologist.


syor saya kalau ada kelemumur pergi jumpa terus pakar kulit.


setelah doktor diagnos kulit kepala dan bertanya berkenaan diet pemakanan saya, maka dia pun beri ubat:


ubat

1.  syampu khas kelemumur - guna 3 kali seminggu.
2.  cecair sapu untuk gatal - cloderm. ubat ni terbaik sebab bila disapu pada kawasn kulit yang gatal dek angkara kelemumur itu, kulit kepala terus rasa sejuk.

[saya malas nak upload gambar ubat]


nasihat doktor

1.  sebenarnya syampu yang anti kelemumur yang dijual di pasaran itu bukannya boleh merawat kelemumur ataupun mencegah kelemumur.  syarikat syampu guna taktik pemasaran merabunkan ramai orang supaya percaya.  sebab itu, pakai berbotol-botol syampu, kelemumur masih tidak hilang.
2.  sebenarnya syampu untuk orang dewasa itu adalah berasid.
3.  orang yang punya kelemumur disarankan guna syampu bayi kerana nilai ph nya yang kurang asid atau hampir beralkali. lagipun syampu bayi lebih lembut.
4.  syampu rambut hanya sekali seminggu.  kalau kerap syampu rambut, menyebabkan rambut dan kulit kepala hilang imbangan kelembapan.  kelemumur terbit apabila rambut dan kulit kepala menjadi kering.
5.  jangan makan makanan fast food, junk food, processed food, makanan dalam tin, air berkarbonat dan yang sewaktu dengannya. dont ever-ever [ada ke perkataan ni? kik..oh my english!!]
6.  baik lelaki dan wanita, jangan guna krim rambut yang berminyak.

punca kelemumur:  tuan/puan baca lah sendiri kat google. banyak. saya malas nak tulis sini.


berapa cepat kelelumur saya hilang? 

[of course bila ikut panduan doktor dan guna ubat yang disyorkan]


jawapan:  hanya dalam masa 2 minggu. 


dua, tiga hari yang pertama, kepala tak lagi rasa gatal. genap seminggu kelemumur yang berkuping-kuping sudah hilang. genap dua minggu tiada lagi kelemumur yang bak salji turun!! yeayyy....


doktor kata teruskan guna syampu yang diberi sampai habis, so  adalah dalam dua bulan saya habiskan syampu doktor tu supaya saki baki pengganas (kik) kelemumur itu hilang sehingga ke akar umbi. cewahh.


now rambut saya sudah kembali normal dan tiada lagi kelemumur.


bila rambut dah sihat, anda akan rasa bebas sekali. sangat-sangat!!


apa lagi? pergi jumpa dermatologist sekarang!!


[anda mungkin juga ingin membaca:  cara atasi masalah kelemumur part 2 - sila klik]

1 comments:

  1. Memang jadi rimas pun bila rambut sampai jadi berminyak dan berkelemumur pun.
    Kalau rajin boleh buat petua serai dan aloe vera.

    ReplyDelete