Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Thursday, March 28, 2013

lantikan panel advisory board

baru sejam yang lepas saya dihubungi untuk menjadi panel advisory board di kolej negeri, seremban 2 bagi program pengajian pelancongan.  walau bagaimanapun, saya terpaksa menolak kerana rasanya tidak boleh beri komitmen yang bagus kerana masih lagi sibuk belajar phd.

insyaallah, nanti bila sudah tamat belajar, saya berjanji tidak akan mengecewakan mana2 jemputan, tawaran ataupun lantikan kepakaran.  sebenarnya, sudah terlampau banyak sangat tawaran kepakaran yang saya tolak. namun, ianya cuma sementara.

Tuesday, March 26, 2013

elaun sara hidup (cost of living allowance- cola)


bulan ini cola saya telah dipotong daripada 250 menjadi 150 sahaja. ianya mengejutkan, memeranjatkan dan buat saya menjadi bingung.  bukan itu saja, gaji saya ditolak setiap bulan bermula bulan ini  sehingga februari 2014.  kesemuanya sebanyak 12 kali kerana dikatakan terlebih bayar sebanyak rm2600.

kenapalah saya tidak diberitahu awal sejak mula belajar. apa boleh buat. nasib badan.

syor saya jika tidak mahu cola ditolak, silalah belajar di universiti yang punya lokasi sama seperti cola anda.

berdasarkan pekeliling perkhidmatan jpa bilangan 3 tahun 2012, 


Pegawai yang layak Bantuan Sara Hidup adalah seperti berikut: 

a. Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana; 
b. lantikan tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) dan guru sandaran; 
c. diluluskan sebarang jenis cuti bergaji penuh; 
d. diluluskan sebarang jenis cuti separuh gaji dibayar atas kadar separuh; 
e. diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh di dalam negara dibayar mengikut lokasi institusi pengajian; atau
f. diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji di dalam negara dibayar atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajian.


Kelayakan seperti berikut:

Jadual: Kadar Baru Bantuan Sara Hidup 
Kawasan                 Kadar Baru Sebulan (RM)
Kawasan A                          300 
Kawasan B                          250 
Kawasan Lain                     150 


Pihak Berkuasa Tempatan - Kawasan A 
                      
Wilayah Persekutuan  
Kuala Lumpur dan Putrajaya 
Pulau Pinang
Pulau Pinang dan Seberang Perai 
Selangor                    
Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam, Subang Jaya 
Johor 
Johor Bahru


Pihak Berkuasa Tempatan - Kawasan B

Johor 
Batu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai dan Muar 
Kedah 
Alor Star, Kulim, Langkawi dan Sungai Petani 
Kelantan 
Kota Bharu 
Melaka 
Alor Gajah, Bandar Melaka dan Jasin 
Negeri Sembilan 
Nilai, Port Dickson dan Seremban 
Perak 
Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan 
Pahang 
Bentong, Kuantan dan Temerloh 
Perlis 
Kangar 
Terengganu 
Kemaman dan Kuala Terengganu


Pegawai yang tidak layak Bantuan Sara Hidup adalah seperti berikut

a. Kumpulan Pengurusan Tertinggi; 
b. memangku atau dipinjamkan untuk menyandang jawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi; 
c. pegawai Contract for Service; 
d. dibayar Bayaran Insentif Wilayah; 
e. berada dalam skim saraan agensi yang diasingkan pengurusan saraannya; 
f. dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta; 
g. dibayar Elaun Perbezaan Sara Hidup; 
h. diluluskan cuti belajar di luar negara melebihi satu (1) tahun; atau
i. bercuti tanpa gaji. 



Monday, March 25, 2013

anak-anak bosan?

checklist:

kemungkinan di rumah anda mempunyai perkara berikut:

1.  ipad seorang satu - ada
2.  papan gelongsor - ada
3.  buaian - ada
4.  swimming pool - ada
5.  notebook seorang satu - ada
6.  bilik mainan {ada mcm2 mainan} - ada
7.  skateboard - ada
8.  roller blade - ada
9.  basikal - ada
10.  bola - ada
11.  buku-buku cerita untuk bacaan anak2 - ada.

tapi masih lagi anak-anak bosan.  penyudahnya, mereka akan ke tv juga.

sewaktu petang, kita akan lihat permainan tradisional sudah tidak lagi mendapat tempat di kalangan kanak-kanak.  mengapa? sebab tiada orang dewasa yang menurunkan ilmu permainan tradisi tersebut.

trend begitu terjadi apabila kepesatan teknologi seperti playstation dan permainan video sedikit2 mencuri masa lapang kanak2.  ianya adalah benda baru, lantas menarik perhatian ramai kanak-kanak.  dahulunya alat2 permainan video tersebut begitu mahal. sekarang ianya semakin mampu dimiliki.  anak-anak sekarang biasanya arif dengan gajet2 terkini dalam pasaran.  bagi ibu bapa yang mampu, alatan tersebut mudah saja diberi.  paling tidak pun, kebanyakan perpustakaan desa sekarang sudah dilengkapi wifi.  tablet murah buatan china juga melambak di pasaran yang mampu dibeli.

tak kisah lah apa yang ibu bapa buat untuk anak2 mereka supaya tidak rasa bosan, buat lah apa pun termasuk memiliki kesemua item 1-11 itu kerana akhirnya pasti anak-anak itu bosan juga.

kanak-kanak itu memang cepat bosan.  rutin kanak2, pegi sekolah, balik, main. even di sekolah pun memang bermain. lepas makan kat kantin -- main. balik sekolah, masa nak tunggu bas atau ibu bapa ambil -- main lagi. kat sekolah agama pun -- main. balik sekolah agama, tukar baju, main lagi. malam dah penat -- tidur. esok start sekolah main lagi.

bermain itu sukar dipisahkan daripada kanak2.  bermain itu merangsang minda dan menguatkan fizikal anak2.

jadi, biarlah anak2 bermain. kalau mereka bosan, suruh saja bermain ting-ting ataupun sepit udang. kita yang dewasa ni boleh saja ajarkan. tak gitu?

Thursday, March 21, 2013

personal collection

i guess everybody has their own personal collection. since the last 15 years up until today, i still save coins in empty powder containers.  when the containers are too heavy, i would change the coins into notes at the bank.  my own personal record was i managed to change the coins into rm500 notes last year.

suddenly today, i realize that i have another personal collection...i.e. books.. some of the books were bought during my life as a diploma student 20 years ago. until last week, i still bought several books.  let's have a tour at my book cabinets.  i have 3 book cabinets but only two cabinets are loaded with books, magazines and some files.  but they are not properly arranged, quite messy i think.  while the other one is left empty.. not in the picture.  it needs more books, i think so.




these are collection of tourism books


books again.. [of course, actually i don't know 
what caption to write here]





some of these photocopied books and manuals solely for my own. 
there are now out of print. no longer sold in the market.



the messy book cabinet.  i think it needs more books.  
lots of empty space

DIY tools

i've bought all these stuff long time ago.  check it out...

girls usually hunt handbags, shoes, shawls in the supermarket, but boys like me would spend a lot of time at the hardware department.














Wednesday, March 20, 2013

I was a baby, now a full grown man

picture tells everything. photos of me:


when i was 5 months, october 1975



i was 6 during my convocation day 
[i forgot the name of this english kindergarten] 


i have too many photos during childhood time. skip all those. this was when i just turned 18. 


when i was 19. guess what site is this? 



again when i was 19. 


at 20 years old.  with my long lost friend, don't know where they are now except the extreme right, now hj. shamsul feekar, working at tabung haji kangar.

again at 20 with my long lost friend.  at the back, second from right is yahya, now chief steward malaysia airlines.  
the rest? only god knows.


looked innocent at 24 


when i was 25


again, 25 at reservation counter, pelangi airways (now no more). i didn't know why i looked so furious..and skinny?



during my brother's convo. he got 2nd class upper for bsc (hons) international business.  again, at 25 years. notice that necklace, i wore that too with alphabet 'hy'. 


when i was 26 with my friend tuty and fahmi


so bald and furious? taken at 27 years old


when i was 28 years with one of my students (i forgot his name)


when i was 29


i was 30 at this time



flanked by pretty ladies..hehe. when i was 33


again, at the age of 33
|
|
|
skip for 34 and 35



when i was 36


at 37 years old

  

38 years old.

yesterday, my friend, dr. zana gave me an injection to alleviate my back pain.  she said those towards 40s were vulnerable to aging symptoms.  i may need to strictly observe my diet now 
and exercise regularly

i am looking forward to reaching age 40.  
|
|
|

skip 39 years

now after two years.. revisit this page 2016


This was when I turned 40.  The year I actively swim.  3 times a week until now.

At the age of 40 last year, I had acute gout at my right toe nail. The gout lasted for several months, it attacked me on and off.  Now, the gout no longer invades my life since I consume chlorophyll water almost everyday.



This is me at 41 years old. Alhamdulillah.  I am looking forward to reaching the age of 50.  May Allah grant me a healthy and happy life. 

When I reached 40, for me, life is always the same.  The difference is that I gain more wisdom and skill.  

Thursday, March 14, 2013

hari ini tak sama dengan semalam

semalam saya kata hari esok belum pasti bagi mengakhiri ayat.

so, inilah dia apakah yang terjadi pada saya hari ini [yang semalam saya pun tak tau apa akan jadi esoknya]

tanpa ada apa-apa langsung perancangan, maka beberapa perkara biasa dalam hidup pun terjadi seperti yang telah ditentukan illahi.

1) saya sarapan pada 7.30am, selepas itu di radio pula terdengar cerita tentang perihal mata di radio sinar fm, tetamu undangan ialah prof. dr. muhaya. saya seronok dengar prof. muhaya berbual.
2) selepas itu, saya tergerak hati untuk ke kedai buku popular dan mph membeli buku2 berkaitan bangsa dan etnik. kesemuanya 5 buah.
3) niat nak minum bersama kawan tidak dapat ditunaikan sebab kawan saya, zul ada kelas
4) saya berdebat dan menasihati kontraktor supaya memohon bekalan air sendiri dan guna generator untuk buat rumah, jangan guna air dan elektrik rumah orang.
5) saya kecewa dengan perkhidmatan di kedai aksesori kereta.
6) bila bergerak kedai yang lain, saya baru tahu kedai aksesori kereta yang saya kunjungi 10 tahun lepas sudahpun tiada.
7) saya membaca hampir 10 artikel berkaitan heritage dan ethnicity daripada 25 artikel yang dikirim emel oleh setiausaha sanisah.
8) saya baru sedar yang saya sudahpun disahkan mendapat sakit gout kerana bacaan yang diambil bulan lepas di pusat kesihatan uum adalah melebihi paras 5!! saya sangka ianya cuma olok-olok. maka, bulatlah mata saya bila doktor di klinik yang saya biasa pergi sejak 11 tahun lepas mengesahkan perkara itu. now, ianya bukan lagi olok-olok.  doktor kata saya kena minum air masak banyak-banyak dan elakkan makan daging binatang berkaki empat. ayam boleh makan sikit.

kesemua item 1-8 yang terjadi itu, sesungguhnya saya tak tau bahawa ianya akan terjadi.

maka, esok pula saya tak kan tau apa yang terjadi pula.



Wednesday, March 13, 2013

rilek bro, bukan mati pun

saya sedang membaca buku berkenaan dengan pembentukan bangsa. dalam masa yang sama, saya juga membaca beberapa artikel berkenaan etnik yang diemel oleh setiausaha saya, sanisah. 

sekonyong-konyong itulah, saya teringat kepada mesej kawan saya pagi tadi, zul atau nama panjangnya zulhilmi mengatakan kawan saya zurina, 51 dari fakulti teknologi maklumat dan sains komputer meninggal dunia. semoga rohnya dicucuri rahmat. tapi bukan ini yang ingin saya cerita.

ceritanya adalah saya teringat akan kata-kata salah seorang kawan rapat, zul.  serba ringkas tentang zul. beliau adalah pensyarah public policy. gemar berbicara tentang governance dan politik asia tenggara kerana itulah kepakaran beliau. ayahnya seorang polis yang sekarang sudah bersara.  walaupun bidang kami berbeza tapi minat kami sama iaitu kereta.

salah satu pepatah yang amat saya ingat sampai sekarang yang disampaikan zul ialah: rilek bro, bukan mati pun.  asal ceritanya adalah berkenaan dengan kepayahan dan kesusahan yang dihadapi oleh kebanyakan manusia sehingga mereka menjadi putus asa dan lemah tulang belulang tiada daya untuk meneruskan kelangsungan hidup.  beliau berkongsi cerita tentang satu ungkapan yang diucap ayahnya apabila mereka sekeluarga membincangkan masalah hal ehwal keluarga yang menemui jalan buntu sedangkan penyelesaiannya cukup mudah. kadang-kadang manusia itu selalu merumitkan perkara yang mudah. maka, terungkaplah kata-kata dari ayah beliau, 'alah, bukannya mati pun'.

jadi, tambahannya diucapkan zul iaitu, 'rilekla bro, bukannya mati pun'.

makna kata di sini ialah, kita terus saja hadapi dengan tabah segala apa juga yang terjadi, pandang ke hadapan tidak toleh lagi, bangkit dengan penuh iltizam dan sedaya upaya mungkin menggunakan kudrat yang ada untuk menggapai kecemerlangan. kuatkan semangat kerana menghadapi saat-saat kesulitan itu bukannya buat kita mati pun.

maka, selagi kita tau bahawa tiada risiko yang membuatkan kita mati, maka berusahalah.

selanjutnya, bagi adiwira ataupun perwira aka perajurit yang terkorban di lahad datu, kita semua amat menghargai pengorbanan mereka menyabung nyawa. mereka tahu perginya mereka kemungkinan besar tak mungkin akan kembali. syahid akhirat menunggu mereka. moga mereka mendapat limpahan rahmat dari Allah swt.  

berbeza dengan konotasi 'rilek la bro, bukan mati pun', perajurit kita sebaliknya begini 'rilek la bro, mati memang akan datang'.  bagi para perajurit, mati di medan pertempuran adalah satu impian. mereka bangga kerana gugur mempertahankan kedaulatan tanah air. kita anggap mereka sebagai pahlawan negara.

saya ada berkata lemah tulang belulang untuk meneruskan kelangsungan hidup. hanya itulah yang dirasai oleh waris bagi setiap perajurit yang gugur. ataupun waris bagi kawan saya yang baru meninggal pagi tadi.  hanya orang yang menanggungya terasa begitu berat beban emosi yang dihadapi. saya amat memahaminya.  saya berharap agar waris sentiasa kuatkan semangat. saya bersimpati.

kita juga sentiasa terngiang-ngiang frasa 'buatlah yang terbaik hari ini seolah-olah esok kita akan mati'. hari ini dan hari esok adalah berbeza. ada orang kata hari esok belum pasti.

Thursday, March 7, 2013

Pencerobohan pengganas di Lahad Datu

Rentetan Tanah Melayu ini mendapat ancaman semenjak zaman Portugis, Belanda, Jepun, British dan Komunis.  Malah sehingga sekarang juga Malaysia tidak pernah sunyi daripada beberapa anasir luaran yang menyampaikan dakyah dan hasutan kepada rakyat.  Anasir-anasir ini juga menyusup dan menyelinap ke dalam beberapa badan-badan bukan kerajaan dan juga parti politik agar objektif mereka tercapai di dalam menghuru-harakan negara.  Bila kehidupan rakyat sudah menjadi kacau bilau, barulah mereka keluar secara terang-terangan.  Ramai juga golongan barua atau tali barut ataupun juga dikenali sebagai pengintip yang dilantik sebagai mata dan telinga mereka.  Keadaan ini sungguh bahaya. 

Di sebalik rakyat Malaysia yang sedang leka di dalam soal-soal dunia, dalam masa yang sama pakar-pakar risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sentiasa menghantar laporan rasmi kepada pihak kerajaan berkenaan dengan ancaman-ancaman yang berkemungkinan besar membawa bencana kepada negara.  Namun, hal sebegini adalah sulit dan tidak perlu diberitahu kepada rakyat.  Bagi mereka, rakyat itu berhak mengecapi hidup yang penuh kebahagiaan dan aman damai.

Bagi anggota keselamatan, benteng pertahananan negara adalah tertakluk kepada ATM manakala keselamatan di dalam negeri dipantau oleh PDRM.  Kedua-duanya adalah saling melengkapi.  Walaupun orang awam sebagai rakyat biasa itu hanya mengetahui bahawa Malaysia itu adalah aman damai, ianya adalah hasil usaha dan penat lelah pasukan keselamatan yang mengawal pertahanan negara siang dan malam sepanjang masa.  Itulah tugas murni mereka.  Ianya adalah tanggungjawab utama.

Apabila kedaulatan negara dicemari insiden berdarah di Lahad Datu, maka kita tiada jalan lain melainkan terpaksa mempertahankannya dengan apa cara sekalipun kerana pencerobohan pengganas ini adalah seumpama tindakan kurang ajar yang tidak boleh diterima akal sama sekali.  Adalah pantang bagi pasukan keselamatan apabila mendengar keamanan negara telah tergugat.  Berpantang maut sebelum ajal dan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir sentiasa tersemat di fikiran.  Tiada langsung wujud di kalangan anggota keselamatan itu untuk berfikir bahawa mereka dipaksa rela oleh pegawai atasan untuk berjuang.  Berjuang untuk negara dan terkorban di medan peperangan adalah merupakan resam utama malah ianya diimpikan oleh setiap individu pasukan keselamatan negara kerana matinya mereka adalah untuk negara, satu pengorbanan yang tidak sia-sia.  Mereka tidak mengharapkan sebarang jolokan perwira negara kerana itulah tugas mereka mempertahankan tanah air yang tercinta.

Namun, di sebalik peristiwa kesedihan yang menyelubungi rakyat Malaysia tentang pasukan keselamatan yang terbunuh di Lahad Datu dan Semporna, masih ada lagi beberapa individu yang sentiasa berprasangka buruk dan mengutuk kerajaan dengan pelbagai tohmahan.  Ianya perkara yang sepatutnya langsung tidak boleh berlaku.  Seharusnya kita patut berterima kasih kepada pihak kerajaan yang sentiasa mengambil serius tentang isu keselamatan negara.  Kita juga bersyukur kepada tuhan kerana sekarang sudah mula nampak sinar keamanan yang akan terbit di Sabah.  Sebolehnya kita sentiasa berdoa agar mana-mana pelusuk negeri di Malaysia ini sentiasa berada di dalam aman damai.

Dalam pada itu, kita juga dapat menyaksikan betapa selain daripada pasukan keselamatan, pihak media juga bertarung nyawa di dalam melaporkan berita-berita rasmi kepada rakyat.  Mereka juga berperanan sebagai lidah rasmi kerajaan dan sentiasa mengingatkan rakyat supaya tidak percaya kepada segala jenis dakyah dan cerita palsu.  Pasukan perubatan juga sentiasa di dalam keadaan siap siaga.  Pendek kata, dalam peristiwa Lahad Datu ini, betapa ramai pihak yang kita dapat lihat bergabung tenaga demi memastikan tanah air tercinta ini sentiasa terpelihara kedaulatannya.

Ingatan kepada pengadu domba yang selalu menebar fitnah dengan kata-kata yang tidak sepatutnya, maka mereka perlulah muhasabah diri terlebih dahulu.  Jika dianggap sudah berani mengeluarkan kata-kata, silalah berani tampil di bahagian pertahanan negara dengan sama-sama terlibat di dalam operasi memburu pengganas.  Setelah itu, barulah nilai semula antara realiti ataupun fantasi sandiwara kata-kata itu. 

Hentikanlah menaruh kepercayaan kepada segala berita palsu dan fitnah yang dilayang di media sosial dan khidmat pesanan ringkas kerana ianya bertujuan menghuru-harakan lagi keadaan dan percayalah ianya dibuat oleh tali barut pengganas yang punya agenda tertentu ke atas negara ini. Sedar dan bangkitlah.  Jangan percaya sebulat suara.  Berilah sokongan kepada kerajaan dan kita teruskan berdoa agar pasukan keselamatan kita sentiasa dilindungi tuhan di dalam menjalankan operasi.

Friday, March 1, 2013

Paras Asid Urik tinggi

hari senin lepas, selepas bangun tidur, tiba2 je jari kaki sebelah ibu jari kaki kiri sakit. ianya sakit di bahagian sambungan tulang.

terlampau sakit, berdenyut-denyut sampai jalan pun terdengkot2.

mulanya pagi tu malas nak pergi pusat kesihatan sebab sangka ianya mungkin salah urat ke apa ke, nanti urut boleh baik. tapi bila terfikir nanti malam lagi tambah sakit, takut melarat, maka saya pun terus saja ke pusat kesihatan.

bila jumpa dokter, dia kata pi amik darah dulu. alamak... tapi apa ada hal, saya pun dicucuk jarum oleh nurse kat dressing room dan sampel darah dibawa ke makmal untuk ujian asid urik.

adala dalam setengah jam tunggu..sambil2 tu main game snooker. 

nama pun dipanggil untuk jumpe dokter balik. confirm paras asid urik melepasi tanda bacaan normal... terlampau tinggi 530. kemungkinan boleh dapat penyakit gout. aduhai... apa bule buat. 

aku rasa aku mungkin banyak sangat minum air manis dan kurang minum air masak. selalu makan daging dan kadang2 tu makanan laut. itu pasal ler kena attack.

sekarang ni makan pun dah pantang. tak boleh amik makanan proses, daging, ayam, telur, makanan laut, kurangkan atau elakkan minuman manis dan banyakkan minum air masak 8 gelas sehari.

di saat menulis ni, sakit kaki dah kurang [tapi still rasa sakit tapi, tak la berdenyut2 lagi]. rasanya lagi 3, 4 hari da boleh baik ni.

ha, ni lah dia ubat-ubatannyer.


ni, ubat tahan sakit, bentuk dia mcm kapsul, dia bagi 5 biji jer


ni ubat nak turunkan paras uric asid, ada 30 bijik semuanyer 
kena dihabiskan


ni, ubat tahan sakit (dos rendah) sampingan aku amik, ada 16 bijik.


aku baru amik ubat ni semalam.  nak tido malam, aku sapu krim panas ni kat kaki.  sebelum tu, asal time tengah malam je kaki aku sejuk. bila sejuk je, mula la kaki aku denyut2. tak bule tido bro... asyik2 terjaga.

moral:
1.  aku rasa aku ni makan takde diet langsung. makan apa saja.
2.  kurang minum air masak.
3.  bersenam pun kurang.. [ke langsung takde? ekeke]

langkah pencegahan:
1.  elakkan makanan proses. makanan & minuman dalam tin dan segala jenis makanan proses kena tolak tepi
2.  kurangkan makan daging, hati, paru, hempedu, ayam, ikan2 bersengat dan bisa, semua makanan laut kena jauhi.
3.  kurangkan minuman manis.
4.  minum 8 gelas air masak sehari.
5.  banyakkan makan sayur [aku memang suka sangat2 makan sayur tapi ulam-ulaman tak berapa gemar]

i think that this high level of uric acid is an early gout indication. believe me, gout is very painful. at best possible effort, avoid it. try to monitor your diet. live healthy!

lepas ni boleh baca klik sini.. Makanan pantang untuk gout