Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Monday, April 30, 2012

Perjuangan belum selesai

selama kita hidup ni memang perjuangan tetap tidak akan selesai.  macam2 jenis urusan perjuangan. ada yang baik, ada yang memanfaatkan ramai orang, ada juga yang menyusahkan orang lain.  para pemimpin yang berjiwa rakyat setiap harinya menyelesaikan masalah rakyat, membangunkan ekonomi rakyat di wilayahnya, mesyuarat sana sini demi kesejahteraan rakyat.  para guru dan pensyarah yang ikhlas menyampaikan ilmu bermanfaat. para saintis sosial dan perubatan yang meneroka ruang lingkup penemuan baru untuk kesejahteraan orang ramai. askar laut/udara/darat dan polis/polis marin/polis hutan yang menjaga perbatasan dan keamanan negara. mereka itu ibarat nukleus.  di dalamnya pula ada nuklei iaitu kehidupan rakyat yang mewarnai sesuatu wilayah dengan pelbagai aktiviti.

jika boleh mahu saja saya melukiskan satu model peaceful sustainability di sini. tapi tidak pandai macam mana nak mencoretkan model itu di sini.

saya suka melihat pada masa sekarang ramai orang suka pergi melawat pameran buku dan membeli buku2.  biasalah perkara ni.  tapi yang saya suka adalah sekarang ini telah ramai lahir penulis2 dari kalangan melayu.  tapi penulis2 ini hadir di kalangan penulis2 buku2 bacaan ringan seperti komik, novel dan buku2 motivasi.  sangat kurang penulis melayu yang menulis buku2 ilmiah.

saya adalah salah seorang yang bertanggungjawab memenuhkan buku2 ilmiah di perpustakaan dengan membuat pemilihan dan memberi syor buku2 yang patut ada di rak buku.  berjalan dan berpusing2 di pesta buku boleh menjadi pitam kerana kurangnya penulis melayu yang menulis buku ilmiah.  ini satu cabaran besar kepada semua warga pensyarah universiti di malaysia.  penulis cina dan india juga masih lagi kurang jumlah penghasilan buku2 ilmiah.  kenapa perlu? sebab kita di malaysia.

sebelum mengorak langkah jauh, hanya buku2 tulisan mat salleh sahaja kita sandarkan.  tapi bagi pensyarah yang sudah 5-10 tahun mengajar kursus yang sama, saya kira beliau amat pakar dalam situasi malaysia dan berupaya menulis buku.  tidak usah lagi fokus kepada modul. terus saja menulis buku! kena pergi bengkel menulis buku.  tapi tiada makna sekadar pergi tapi selepas itu tidak menulis. tiada masa? carilah sikit mana2 masa yang ada. jangan fikir royalti dan naik pangkat kalau tulis buku. tulis lah dengan penuh minat dan keazaman tinggi kerana anda ada perjuangan yang belum selesai.

Thursday, April 19, 2012

DOA UNTUK ANAK2 DAN KELUARGA

Hmm, kat sini aku ada doa yang aku dapat daripada forwarded emel kawan ustazah kat uitm melaka.  Kepada bro2 semua kat luar sana, pasni bule praktik kat anak masing2.  Marilah kita pakat buat sama2.  Kita ramai2 jadi papa comel yang baik hati. okeh?
---------------------

Subject:  Fwd: Doa untuk anak-anak

Assalamualaikum kawan-kawann..

Hari Jumaat lepas saya mendengar radio IKIM dalam slot usrati membincangkan tentang kepentingan ibadah dalam keluarga.Terlalu banyak ilmu yang saya dapat walaupun tak sempat saya nak catit satu persatu. Tetapi ada satu perkara yang dibangkitkan oleh Ustazah jemputan betul-betul telah menarik perhatian saya.
Sebenarnya, waktu itu juga kalau boleh saya ingin berkongsi tentang menariknya perkongsian dari ustazah itu, tetapi kerana kerja yang banyak, lalu saya tangguhkan sahaja. Tetapi bila fikir tentang kerja yang memang tak akan pernah sudah, sampai bila mahu menangguh kan? Jadi hari ni sebelum saya terlupa, baik saya kongsikan dengan ibu bapa kat sini.
Ada satu DOA yang mudah dan cepat dan pendek, yang paling senang untuk diamalkan oleh kedua ibu bapa untuk anak-anak mereka, tetapi sering sahaja terlepas pandang.
Doa itu adalah :
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH YA .... (sebutkan nama penuh anak)
Ya. Itu sahaja baris doanya. Mudah bukan? Tetapi termasuklah saya, sangatlah selalu terlepas pandang akan keistimewaan doa ini. Ok, mari di sini kita catatkan mengapa doa ini terlalu istimewa untuk anak-anak kita :
Pertama sekali, ibu bapa hendaklah menjiwai doa itu sedalam dalamnya semasa ia diucapkan buat si anak. Mengapa? Kerana maksud yang terkandung di dalamnya sangatlah membantu dalam kehidupan seharian anak. Selalu kita hanya sebut Assalamualaikum sahaja kan.. (ini saya). Selepas mendengar penjelasan ustazah itu, saya cuba kalau boleh ingin mengucapkan nya penuh kepada anak saya. 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH dengan cuba menjiwai setiap ungkapan yang diucapkan . Kenapa istimewa? Mari kita tengok maknanya (ini yang saya sempat salin. Kalau ada yang saya tertinggal, minta kawan-kawan tambah ya):
1- ASSALAM : SEJAHTERA.
Awal-awal lagi kita sudah mengucapkan segala kebaikan untuk anak kita pada hari itu. Kita mendoakan segala kesejahteraan  buat dirinya pada waktu itu.
2- WARAHMATULLAH : RAHMAT ALLAH.
Kita mengharapkan rahmat Allah menjadi bekalan untuk anak-anak  kita dalam kehidupan seharian mereka. Bukankan rahmat Allah itu yang sangat-sangat kita harapkan?
3- WABARAKATUH : BERIKAN BERKAT KEPADANYA WAHAI ALLAH
Kita mendoakan anak-anak kita diberi berkat oleh Allah, dalam setiap amalannya, perbuatannya , dan apa sahaja yang berkaitan dengan dirinya, kita mahukan keberkatan untuknya.
Lalu, memang 'terbuka' lah mata saya pada hari itu, betapa bermaknanya ungkapan doa yang cukup ringkas ini untuk anak-anak.
Kata ustazah itu, waktu paling bagus untuk mengucapkannya buat si anak adalah ketika mengejutkan dia bangun  dari tidur. Bayangkan sahaja lah, celik-celik matanya sahaja sudah memperoleh doa dari ibu atau ayah yang cukup bermakna lagi indah untuknya. Selain itu, boleh juga diamalkan mungkin waktu menghantar atau menjemput dia dari sekolah, atau bila-bila masa  sahaja ibu dan ayah ingin mengucapkannya untuk anak.
Jiwailah salam dan doa itu. Hayati setiap rangkai maksudnya. Tujukan dengan penuh kasih dan cinta buat si anak. Senyum penuh sayang kepada mereka, ketika kita mengucapkan.
Semoga anak-anak kita sentiasa sejahtera, dalam rahmat Allah dan sentiasa diberi keberkatan dalam hidup mereka oleh Allah.
Doa yang sama kita ucapkan kepada kawan-kawan kita apabila memberi salam juga insyaallah =)
Dan saya teringat pula petikan hadis yang saya baru baca pagi tadi di blog ustazah Siti Khadijah yang berbunyi:
“Imran bin Husain melaporkan pada suatu masa ada seorang lelaki datang mendekati Nabi Muhammad saw. Lelaki itu berkata, “Assalamualaikum.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 10 pahala.” Kemudian datang pula seorang lain yang berkata. “Assalamualaikum wa rahmatullah.” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 20 pahala.” Kemudian datang lagi seorang yang lain berkata; “ Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh .” Nabi Muhammad saw berkata, “Dia mendapat 30 pahala .”  – Hadith No. 2689 dalam kitab Shahih Sunan Tarmizi. Kredit blog Tim Hadith Psikologi Nabi