Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Wednesday, June 26, 2013

duit itu segalanya

sebenarnya sudah lama saya ingin bercerita tentang perihal duit itu adalah segalanya tapi tiada kesempatan. dengan adanya duit ontological security itu lebih terjamin.  nanti saya akan cerita lebih terperinci tentang terma omputeh tersebut.

saya sungguh tertarik dengan nota yang ditulis oleh datuk dr. maznah hamid di dalam facebook beliau tentang  

ADAKAH DUIT BERKUASA UNTUK MENGUBAH SESEORANG?  

Saya sangat setuju dengan pandangan beliau tentang perkara tersebut, kerana ramai orang bersangka duit itu bukan segalanya, duit itu tidak boleh membeli kebahagiaan.  Kenyataan itu sudah agak ketinggalan zaman.

Mari kita baca pandangan maznah hamid.

Apabila kita dengar orang kata, ‘duit itu adalah segala-galanya bagi saya, ia amat penting sekali’, kita akan segera anggap yang orang itu mata duitan, terlalu mementingkan duit dan materialistik. 

CUBA BEZAKAN DUA SITUASI INI: 

1. Mempunyai banyak duit atau harta adalah punca kepada segala masalah. Apakah benar dengan mempunyai duit atau harta yang banyak kita akan menjadi jahat? Rasanya apabila punya banyak duit atau harta, kita punya banyak kesempatan untuk berbuat kebaikan seperti menderma atau bersedekah, hidup lebih tenang bersama keluarga, tidak terkejar-kejar dengan masa, boleh bercuti bersama keluarga, boleh membayar atau selesaikan hutang, beli benda yang selama ini kita mahukan, dan sebagainya.

Kita perlu tukar pepatah ini - duit atau harta ialah kunci kebahagiaan. Nabi Muhammad sendiri ada berkata bahawa kefakiran membawa kekufuran. Ia bermakna, ketiadaan harta itu sebenarnya mengundang kesusahan dan masalah yang banyak. Keluarga bahagia tanpa perpecahan, dan hidup dalam keadaan rukun dan damai.

2. Ketiadaan duit atau harta adalah punca kepada segala masalah. Apabila kita ketiadaan duit, ia sebenarnya mengundang lebih banyak kejahatan. Peningkatan jenayah yang berlaku sejak akhir-akhir ini adalah kerana mereka ingin mendapatkan duit dengan cara mudah dan cepat. Mereka merompak bank, melakukan kecurian di kedai emas, memeras ugut, pecah amanah, meragut dijalanan, memecah masuk rumah atau menculik bagi mendapatkan wang tebusan.

Tujuan mereka ialah mahukan duit. Memang mereka melakukannnya kerana duit, tetapi puncanya ialah kerana mereka tiada sumber kewangan untuk membeli apa-apa yang mereka hajatkan. Mereka tidak dapat membeli bagi memenuhi kepuasan sendiri dan memenuhi kehendak hati. Oleh itu, melakukan jenayah adalah satu kerja yang mudah dan senang.

Bila seseorang berkata duit tidak penting, ia seolah-olah meletakkan satu kenyataan bahawa duit itu adalah punca kejahatan. Tetapi tidak sedar bahawa duit sebenarnya kunci kebahagiaan. Duit memang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit.

Apa yang perlu adalah kita tukar kenyataan itu. Kalau kita kata ‘duit amat penting bagi saya’ memberi makna yang lain kepada sesetengah orang, tukarkan ia kepada ‘duit bukanlah segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan duit.’ Ayat ini lebih menjelaskan tentang kepentingan duit, bukannya diri kita yang mementingkan duit.