Monday, September 9, 2013

cara atasi masalah kelemumur pt. 2

hai

nampaknya carta cara atasi masalah kelemumur (klik untuk ke link) di blog ni mendapat rating tertinggi dan berada di senarai teratas topik paling popular dibaca.

aku memang mengerti masalah yang dialami oleh ramai orang sekarang iaitu yang pertamanya adalah menangani kegatalan kulit kepala tu.

hari ini aku telah berkesempatan upload ubat cloderm yang telah aku cakap pada entri yang lepas.



ubat ini macam cecair jernih yang sejuk bila disapu kat kepala. memang mujarab sangat.  sapu dan tenyeh sikit kat tempat yang gatal. ianya ubat antiinflammatory (antiradang) antipruritic (agen yang mencegah atau melegakan gatal).  bergantung kepada tahap keterukan kelemumur, tapi kebiasaannya tenyeh sekali dua je confirm hilang gatal. cara guna ialah, sapu bila gatal.  tak gatal tak payah la pakai lagi iyer.  sebotol dalam rm22-25 camtu. boleh beli kat farmasi.  kat klinik pakar kulit pun ada jual.

oh iyer, dulu2 masa aku kena kelemumur yang teruk berkuping2 tu (apalah nasib), aku terus pegi jumpa doktor pakar kulit atau dermatologist. kos tak mahal pun. hanya rm80 termasuk konsultansi, ubat cloderm tu dan syampu kelemumur.

now, aku dah setahun tak kena kelemumur. alhamdulillah. even sekarang ni dah dekat sebulan rambut aku tak bersyampu, tapi langsung tak gatal. 

dulu2, lau sehari aku tak syampu, dia punya gatal, merenyam sekali

bila gatal, tu maknanya ada aktiviti bakteria/kulat kat kulit kepala. so, bila tak gatal, maknanya sume kulat tu dah mati lah. seiring dengan itu, kuping2 di kepala tu akan tanggal dengan sendiri. tapi dalam masa sama, teruskan penggunaan syampu khas kelemumur tu sampai 2 bulan. kemudian lepas tu, gerenti tiada lagi kelemumur bak salji tu.

nasihat aku ialah, jaga pemakanan dan diet seharian. silalah baca lagi saranan aku kat entri yang lepas tu.

seperkara lagi, di farmasi pun ada jual syampu khas kelemumur. tapi yang terbaik ialah pergi lah jumpa doktor pakar kulit. biar dia tengok dan analisa kulit kepala tuan/puan terlebih dahulu.

9 comments:

  1. Boleh tanya nama syampu khas yg kmu pkai tu ka?

    ReplyDelete
  2. bole tau g klinik mane rm80 2?..murah la nk g..rtu tnye...consult je rm100..lum tmsuk ubat..harap dpt share..thanks

    ReplyDelete
  3. hai esther geneeve and kunovac's boy. saya tak pasti apa nama syampu khas itu sebab syampu itu hanya diletak di dalam botol berwarna putih (macam botol2 ubat di kebanyakan klinik). nama klinik ini adalah klinik dr. subra. klinik ini adalah hakmilik menteri kesihatan kita sekarang, datuk dr. subramaniam. terletak di jalan ong kim wee, melaka. doktor yang melakukan rawatan adalah dr. muniandi, pakar kulit. hope this helps.

    ReplyDelete
  4. semua farmasi ke ada jual shampo tu

    ReplyDelete
  5. hai gee, di farmasi macam2 jenis shampu kelemumur ada dijual. biasa aturan guna cuma 3 kali seminggu. bila shampu rambut biarkan selama 15-20 minit kemudian baru bilas. selepas rambut kering, sapukan ubat cloderm yang hilangkan gatal kulit kepala tu. cloderm ada juga dijual kat farmasi.

    ReplyDelete
  6. Haii... dh tlalu truk laa klumumr smpai mnimbul kn kuping d kpla... xsgup rse nye ari2 klu kluar msti bju sya pnuh putih2...mlu nye ble ada yg mnegur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ShaLee boleh beli ubat cloderm dan shampu khas kelemumur di farmasi. jaga makan. dlm tempoh rawatan elakkan makanan proses dan dlm tin. hy

      Delete
  7. haii.. saya dari indonesia..
    obat Cloderm Scalp Application itu tidak ada di indonesia ..
    apakah ada apotik di malaysia yang menjual online?
    yang bisa dikirimkan ke indonesia?
    mohon dijawab ya mas hasrul yushairi.. terima kasih

    ReplyDelete
  8. Hai Barcha Handal Sakti, tuan boleh hubungi syarikat tersebut. Sila ke pautan ini http://www.hoepharma.com.my/contact.asp

    Adakah tuan sudah mencari di farmasi? Atau kemungkinan besar tuan boleh berjumpa doktor pakar sakit kulit. Mungkin ada ubat yang seumpama seperti Cloderm itu sebagai alternatif.

    ReplyDelete