Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Wednesday, June 13, 2012

anak memberontak, nak buat macam mana?

kalau zaman2 mak ayah kita dulu, kalau kita ni memberontak dan mengamuk, hasilnya dapat hadiah batang penyapu, rotan ataupun penampar. paling minimum pun kena cubit, pial telinga. ayah dan mak kita masing2 garang. saya penah menyaksi sendiri tahun 1983 seorang ayah kejar anak dia kat jalanraya dengan tali pinggang.
zaman sekarang dah berubah. ibu bapa sekarang lebih bersikap mesra anak2. namun begitu, melihat kepada fenomena mesra ini, anak2 zaman sekarang pula sudah pandai demand itu ini dan macam2 kerana dia tahu ibu bapanya akan menunaikan permintaan dia.

barangkali kerana anak2 kita majoritinya yang tidak memahami akan erti kesusahan membuat jangkaan yang tinggi terhadap semua permintaannya. lumrahnya, permintaan mereka pasti kita sebagai ibu bapa lunaskan kerana seronok melihat anak2 kita gembira.

tapi, seandainya apa2 permintaan tidak dipenuhi, anak2 akan memberontak, mengamuk, menangis. kadang2 bingit telinga kita mendengar mereka menangis dan menjerit2. tak kurang pula ada yang menolak2 kerusi, pelbagai peralatan perabot dan mengejek2 pula kita ini.

justeru anak tidak takut, langsung terus tiada disiplin. terus-terusan kalau sikap begini, mereka harus diajar!!

tapi bagaimana ya caranya? saya suka melihat kepada satu cerita di tv dahulu, sekarang tidak lagi disiarkan. cerita berkenaan dengan sorang nanny yang diupah oleh satu keluarga untuk mendisiplinkan anak2. nanny adalah seorang yang sangat bersikap tegas dan tidak mudah tunduk pada rayuan dan tangisan anak2. kita juga boleh jadi seperti nanny itu.

dalam satu episod, anak2 tidak langsung mahu berenggang tido malam ngan mak ayah.  mereka takut tido keseorangan sendiri dalam bilik. malam pertama diasingkan, huru hara suasana sebab anak2 asyik menangis, tak mau tido bersendirian kerana takut.  nanny hanya membiarkan. selepas 4 malam, baru anak2 tak takut dan boleh tido dalam bilik masing2.

bagi episod anak2 yang tiada disiplin suka membuat selerak dan tak mau dengar cakap ibu bapa, nannya memberi hukuman, jika tidak membuat apa yang ibu bapa suruh, maka nanny akan memberitahu akan membuang mainan kesayangan mereka dalam kiraan sepuluh. kali pertama, anak2 akan menyangka kita main2 sahaja, namun bila kita membuatnya betul2 iaitu menghumban mainan itu, anak2 akan terperanjat dan terkesima, lalu dia akan terus saja membuat apa yang ibu suruh contoh seperti mengemas bilik mainan mereka atau membuat apa yang papa mama suruh. lama kelamaan anak2 akan ikut cakap kita dan lebih berdisiplin kerana dia tahu kalau tidak buat maka menerima hukuman hilang barang2 kesayangan.

anak2 kita sangat sayang dan sangat rapat dengan barang2 kesayangan mereka. mereka akan berbuat apa sahaja mempertahankan barang milik mereka. satu perkara lumrah dalam dunia ni. kita ibu bapa pun sayang barang2 kita kan?

ada juga ibu bapa yang membawa watak berbeza iaitu menjadi askar - untuk memberi ketegasan dan meningkat tahap disiplin anak2 yang tinggi, watak tok janggut yang alim dan tegas - untuk mendisiplin anak2 sembahyang dan mengaji, watak kak ayu yang penyayang dan suka memujuk - untuk mententeramkan jiwa anak2, watak kak nora, tukang masak yang garang - untuk mendisiplin anak2 supaya makan makanan berzat, watak kak leha yang mengambil alih menjaga anak2 dan macam2 lagi.

kelakuan anak2 menjadi lain kalau ada watak2 ini, seolah2 mereka bercakap dengan orang lain (walaupun hakikatnya itu adalah anda sendiri!!). ianya seperti lakonan. anda akan lihat anak2 berbicara dengan lebih lancar dan santai seperti senang berbual2 dengan kawan2 mereka sendiri.  lantas, akhirnya anda pasti dapat mencungkil apakah sebenarnya isi hati mereka, perasaan dan jiwa mereka yang menyebabkan mereka memberontak.

anak2 takut dengan ibu bapa yang garang dan suka memukul. anak2 menjadi takut. tetapi, dalam hal ini ibu bapa boleh juga memberi provokasi memukul anak2 tapi jangan sampai berlebihan. ibarat pukul di hujung kaki dengan dua jari. jangan sampai memberi kesakitan pada anak2. ingatlah bahawa badan anak2 kita masih lembut. tidak enak diperlakukan secara keras. memukul anak2 dengan kuat sehingga membuatkan mereka terasa sakit tidak langsung memberi kesan dalam mendisiplinkan anak-anak.

kalau anda ibu bapa melibas dan memukul anak2 dengan sekuat hati sampai berbirat2 kemerahan ataupun sehingga lebam, ianya tidak langsung mengajar anak, jauh sekali dapat mendisiplinkan mereka. cuma dalam hati mereka rasa bertambah dendam dan benci.

berlemah lembut lah dengan anak2 kita. namun, anda juga perlu bersikap tegas dan tidak memberi muka melayan sebarang karenah basi anak2. kita tidak mahu anak2 kita menjadi terlampau manja. asuhan dan didikan yang sewajarnya juga patut disemai dalam jiwa anak2 supaya mereka menjadi orang yang berdisiplin, menghormati orang2 lain terutama yang lebih tua, menjaga tutur kata dan berdikari.

kita sebagai ibu bapa harus ingat yang sebenarnya anak2 kecil kita selagi mereka masih belum baligh, maka mereka belum matang. malah mereka sendiri tidak memahami dan mengerti mengapa mereka layak dipukul. mereka berkelakuan memberontak, merengek, menangis dan menjerit-jerit adalah lumrah yang tuhan telah wujudkan pada semua kanak-kanak. inilah cabaran kita sebagai ibu bapa dalam membesarkan anak2.

anak2 kita adalah permata kita. mereka juga permata negara. sayangilah mereka dan berilah didikan sewajarnya.  doa anak2 kita ini pasti mengiringi kita setelah kita menutup mata suatu hari nanti.

Thursday, June 7, 2012

mari kita semak perkembangan anak2

ada anak yang dilahirkan cukup genius. ada yang sederhana. ada yang lemah.
ada budak 3 tahun da bule ngaji. wahh gifted. ada budak 5 tahun dah bule lancar surah al-buruj. hebat tu bagi aku. ada gak budak dah lancar hafal yassin, bila baca menusuk kalbu tu. terer.

paling basic ada juga pada umur 8 tahun dah lancar hafal semua sifir. tapi ada yang 5 tahun pun dah lancar juga semua sifir. ada yang pandai membaca, tak kurang yang hebat mengira, fasih mengaji dan hafalan pun ramai juga. pandai anak2 kita.

tapi... tu semua akademik. kalau kita ibu bapa dok terarah ke situ, boleh stress anak2 kita. tapi perasan kah  yang anak2 kita di sebalik tu semua mempunyai bakat semulajadi? contoh, dia pandai melukis, menyanyi, menari, bercerita, memperagakan pakaian, membuat kraftangan, hebat bersukan, pandai berdikari, berani, berdisiplin, bertanggungjawab, hormat orang tua, perangai yang berbudi pekerti, bercakap lemah lembut dan segala macam benda lagi?

anak2 sekarang sangat cepat belajar hasil daripada kepesatan teknologi, mcam telefon, komputer, permainan video dan even tv skrg pun dah terlampau canggih.  anak2 kita yang seawal 3 tahun pun dah pandai menyebut facebook, internet, hard disk, usb, bluetooth, memory card..

paling basic perkembangan yang bagus untuk anak2 kita adalah kita check adakah diorang dah boleh sembahyang. tahu tentang rukun dan segala bacaan dalam solat. mari kita mulakan sejak awal 3 tahun lagi. apakah doa2 harian yang diorang dah hafal?

ibu bapa sekarang ramai yang dah hantar anak2 ke tadika islam. kat situ semua benda belajar, baik dari sains, inggeris, matematik dan paling ditekankan ialah agama.

tapi, tidak kurang juga yang hantar ke tadika2 yang menitikberatkan bahasa inggeris. ibu bapa sangat2 bangga kalau anak2 kecil diorang fasih berbahasa inggeris. tak kurang juga ada anak2 kita yang pandai bahasa mandarin.  tapi saya juga bangga anak2 saya memahami bahasa arab dan juga bahasa inggeris.

biarlah anak2 kita membesar dengan cara semula jadi tanpa sebarang stress. kalau mereka lemah dalam peperiksaan penggal, janganlah dimarahi. sebaliknya, berilah motivasi. biarlah saja mereka melayari, menelusuri kehidupan mereka dengan fasa2 kehidupan yang ceria, yang kita ibu bapa mengawasinya sehinggalah diorang berjaya mendapat segulung ijazah sarjana muda.  hanya bila sudah sampai di peringkat universiti sahaja kita akan mengakui betapa genius nya anak2 kita kerana anak2 kita semuanya hebat!!  bila anak2 kita sudah berjaya memegang kelulusan itu, kita pasti akan terkenang kembali akan kisah anak2 kita yang saban hari nakal dan malas belajar sewaktu alam persekolahan, tapi sekarang sudah berjaya. kita tanamkan juga pada anak2 kita akan apakah itu konsep keberkatan. ianya penting dalam kehidupan mereka.

tidak dilupa juga dengan didikan agama yang sempurna, anak2 kita akan menjiwai syurga itu dibawah tapak kaki ibu.  keredhaan ayah juga sama pentingnya.  tinggi mana pun kejayaan mereka, ibu dan ayah tak kan dilupa.