Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Thursday, January 31, 2013

kita lihat orang dan orang lihat kita

sebenarnya sudah lama saya ingin menulis perkara ini, namun asyik melengah2kan sahaja.

kadang-kadang apabila kita melihat kerjaya orang lain, ianya sesuatu yang cukup menyeronokkan. tambahan pula kerjaya tersebut adalah minat dan cita-cita asal kita tetapi tidak kesampaian.

tuhan itu maha bijaksana dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita, maka sebab itulah kita kekal dengan arus kerjaya kita pada saat ini.

seperti saya yang melihat kerja saya sekarang ini sebagai pensyarah bidang pelancongan dan penyelidik tidaklah seronok mana jika dibandingkan dengan keinginan hati ini untuk menjadi doktor pakar bedah autopsi (iaitu bedah siasat mayat).  saya seorang yang tidak takut melihat darah dan melihat mayat mati bergelimpangan dalam keadaan teruk samada putus, terburai atau apa sahaja, kerana saya berasa sangat seronok untuk mengesan sebab musabab kematiannya dengan cara saintifik. tapi cita-cita ini saya tidak kesampaian.


pada 1999 semasa membuat kajian lapangan di muzium di kuala lumpur, maka timbul minat untuk menjadi seorang ahli arkeologi.  sehingga sekarang saya masih minat untuk membuat kerja mencari gali artifak2 purba. saya juga mengagumi beberapa nama tokoh tempatan dalam bidang arkeologi ini. hebatlah.  saya sudah berkecimpung dalam bidang warisan ini semenjak 2002 lagi. namun, sehingga kini terlampau banyak yang perlu dipelajari.

saya pasti akan melibatkan diri dalam bidang arkeologi ini selepas tamat belajar. hanya ini sahaja yang boleh saya capai dan ianya ada peluang dan lebih realistik berbanding ingin berpeluang membedah sekujur mayat di dewan bedah. 

kalau diberi peluang suatu masa nanti menggalas tugas pesuruhjaya tinggi warisan di jabatan warisan negara maka ianya satu rezeki yang sukar ditolak kerana saya memang teramat minat.  jawatan tersebut kini digalas oleh prof emeritus dato' siti zuraina abd. majid. saya suka melihat beliau dan sudah berpeluang meet her in person sewaktu konvensyen warisan melaka pada 2011 dahulu.

tapi saya juga pasti pakar bedah autopsi atau ahli arkeologi itu sendiri mungkin berasa bosan dengan rutinnya setiap hari dan ingin mencari kelainan sedikit dan mungkin menganggap kerjaya orang lain itu menyeronokkan? tapi ironinya, bagi saya kerjaya mereka itu sangat menyeronokkan.

jangan laju bro, kampung tak ke mana

31 januari 2013.

saya amat tertarik hati dengan slogan 'jangan laju bro, kampung tak ke mana' yang dipromosi oleh syarikat konsesi lebuhraya malaysia sempena cuti chinese new year tak lama lagi.  edaran poster dan stiker pada 2 februari nanti.

pastinya ramai orang akan balik kampung time tu tak kira cina, melayu, india atau mana2 bangsa.

memang betul, kampung tu tak kan ke mana, laju2 pun tak guna sebab pastinya hiway akan sesak di beberapa tempat.

justeru, bagi memastikan perjalanan yang agak 'perlahan' ini selesa, maka pastikan kereta anda siap dengan sistem hiburan dvd dengan touchscreen monitor, speaker dan woofer yang power, sudah cek semua tayar, sudah pastikan enjin semua ok. sistem brek dan absorber pun dalam keadaan terbaik.

sememangnya perjalanan jauh yang perlahan, ratusan kilometer membuatkan anda cepat mengantuk. sebab itu perlu ada sistem audio yang cukup power. anda juga boleh memilih sistem audio yang ada bluetooth yang menghubungkan telefon bimbit ke sistem audio, maknanya kalau bercakap di telefon tidak perlu lagi guna handsfree, hanya bercakap macam biasa dan perbualan akan kedengaran jelas di dalam kereta. maka, mata boleh fokus memandang ke hadapan. 

ini semua tiada masalah kalau anda memandu kereta yang ada ciri2 tersebut. namun, bagi pengguna kereta2 yang tiada ciri tersebut, apa boleh buat. cuma pastikan anda rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

fokus itu amat penting. mata jangan meliar tak tentu hala, hanya tengok hadapan saja. jangan terlalu seronok nak balik kampung sampai hilang fokus. kawal stereng dengan baik dan sorotkan fikiran ke hadapan sambil mengenang kisah2 hidup. enjoy the journey.

sepanjang perjalanan, tentunya akan ada kereta yang provoke. biarkan saja lah.

kalau nak laju pun, saya nasihat tak usahlah. terkecuali jika kenderaan anda mempunyai enjin prestasi tinggi kerana biasanya kereta jenis ini datang dengan spesifikasi keselamatan yang cukup canggih.  kalau setakat model kereta yang biasa, cuma makeup body, tak usah lah kerana kereta tersebut ibarat tong kosong. laju saja boleh harap tapi kekukuhan body tiada, apatah lagi kurang ciri keselamatan.

saranan saya, jika hendak membeli kereta, timbang tara dahulu keadaan saiz badan anda dengan kenderaan tersebut. tidak sesuai jika bersaiz besar dan tinggi memandu kenderaan kecil kerana pastinya tidak selesa. faktor keselesaan itu sangat penting bagi mengelakkan rasa lenguh pinggang, rasa kebas kaki, rasa lenguh lutut, rasa ngantuk yang amat sangat dan pastinya mengurangkan rasa meradang jika berlaku kesesakan. 

seharusnya badan sentiasa mahu sihat dan segar semasa pemanduan jauh.  jikalau anda demam kuat sekalipun semasa memandu, maka percayalah semasa memandu kenderaan yang selesa dan sesuai dengan anda, maka anda tidak akan menyangka bahawa ciri-ciri kereta tersebut membantu anda meneruskan perjalanan, malah mendorong anda supaya dapat bertahan sehingga sampai ke destinasi. contoh, bagi kereta yang punya auto leveling headlight, rain sensor, drowsiness detection system, automatic braking, automatic turning, automatic parking, auto reading sms, auto redial, follow me light, paling tidak pun dengan lampu headlight yang cukup terang dan segala macam sistem elektronik akan menyebabkan anda kurang menggunakan tenaga.

tetapi, walau apa pun kereta yang dipandu, anda mesti cukup rehat dan ada tenaga untuk pemanduan balik kampung yang jauh.

pakailah cermin mata hitam dengan ciri polarized untuk mengurangkan rasa silau sewaktu panas siang hari. juga semasa perjalanan malam, boleh guna cermin mata khas untuk night driving yang berwarna kuning. cermin mata night driving ini membuatkan pemandangan waktu malam lebih cerah dan potong silau cahaya kenderaan lain sehingga anda boleh lihat mentol di dalam kereta itu (hebat bukan?).

ingat lah malang itu sangat tidak berbau. peluang kemalangan itu sentiasa ada jika kita alpa.  kematian itu memang di luar dijangka, tidak disangka-sangka sama sekali.

bagi muslim, baca ayat kursi sebelum mulakan perjalanan. bagi yang lain2, kristian, buddha, hindu, sembahyang dulu minta restu daripada lord masing2. 

yang penting adalah fokus. berhenti sekejap dan tidur jika ngantuk dan letih.

benarlah, kampung itu tak ke mana!!

Monday, January 28, 2013

gas nitrogen

28 januari 2013.

hari ini saya cukup terkejut dengan berita kemalangan baby yang di atas pangkuan ibu mati tercampak keluar kerana honda crv bapanya terbabas kerana tayar kanan belakang meletup.

honda crv biasanya dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan. tapi apabila faktor tayar menjadi taruhan maka, saya tidak boleh kata apa2.

walaupun demikian, saya pasti penyelenggaraan tayar sesebuah kenderaan itu amat penting dan saya percaya honda crv tersebut tidak diisi dengan gas nitrogen.

saya telah mengguna gas nitrogen ini sudah 5 tahun selepas tergerak hati bertanya kepada mekanik tayar.  kebaikan gas nitrogen di dalam tayar adalah geseran tayar dengan permukaan jalanraya adalah kurang, tayar menjadi lebih ringan, ruang udara di dalam tayar adalah sejuk walaupun tayar tersebut sudah berpusing ratusan kilometer, justeru dia tidak mengalami kepanasan ketara dan yang paling penting adalah apabila berlaku kebocoran tayar, tayar tersebut tidak akan terus meletup, kerana udaranya (iaitu gas) di dalamnya akan keluar sedikit demi sedikit, justeru kenderaan tidak akan terbabas.

tetapi di sebalik semua ini, tayar kenderaan haruslah masih ada bunga iaitu ianya tidak licin dan haus.  tayar yang botak tidak dapat mencengkam dengan baik.

bagi kenderaan crv yang agak tinggi, maka graviti juga adalah tinggi, sudah pasti apabila tayar meletup, maka susah untuk mengawal pergerakan kenderaan, tidak seperti kereta yang gravitinya lebih rendah dan senang dikawal jikalau berlaku pergerakan luarbiasa seperti hilang daya kawalan kerana terbabas.

sebab itu, kita lihat ramai anak muda merendahkan kereta mereka dengan memasang spring dan absorber sport kerana kenderaan lebih stabil, selain nampak cantik. {anda juga harus memberi penekanan kepada sistem absorber dan spring kereta, kerana jikalau kedua2 ini rosak, maka peratusan anda terbabas juga amat tinggi walaupun tayar masih baru}

my verdict:  kenderaan crv tersebut dibawa laju. kalau perlahan dalam 80kmj, kemungkinan jika berlaku kebocoran tayar, maka kenderaan masih boleh dikawal, kalau terlampau laju, natijahnya adalah amat buruk sekali.

jikalau anda membawa penumpang dengan anak2 kecil, terutamanya ada baby di dalamnya dan tingkap pula dibuka, maka harus berhati-hati dan berwaspada.

bagi sesiapa yang ingin mengisi gas nitrogen ke dalam tayar, kena cari mana2 kedai tayar yang ada menyediakan kemudahan ini kerana tidak semua kedai tayar ada mesin itu.  satu tayar isi hanya rm5 sahaja. empat tayar rm20. saya syorkan sekali isi gas nitrogen dalam tayar spare.

setiap kali anda refill di kedai tersebut tiada charge langsung.  jika anda sudah isi gas nitrogen, maka tekanan tayar anda akan dapat bertahan selama 6 bulan. tidak seperti mengisi angin biasa di mana2 pam minyak atau mana2 kedai tayar yang mana anda kerap mengisi angin dalam tempoh masa sebulan itu.

biasanya hanya mereka yang biasa berlumba kereta saja yang guna gas nitrogen.

gas nitrogen ini banyak mendatangkan kebaikan. ianya selamat untuk anda gunakan pada kenderaan yang anda guna setiap hari ke tempat kerja.

amacam bro? cepat sekarang, tukar angin tayar tu ke gas nitrogen! ingat orang tersayang.

mati depan mata

melainkan hanya tugas jururawat di wad kecemasan dan para doktor, orang2 dalam lain2 bidang kurang menyaksikan kematian di depan mata (terkecuali rakyat palestin, afghanistan dan mana-mana rakyat yang ditindas dengan zalim di dunia ini).  alhamdulillah kita boleh bersyukur kerana hidup di malaysia, negara yang aman damai di sebalik pertikaman lidah antara orang2 politik menjelang pru 13 nanti denga pengutaraan pelbagai jenis isu.

semalam adik saya yang bongsu balik kampung, kemudian dengan mak ayah datang ke rumah berjalan2.  sambil adik saya pegi swimming, mak pula cerita tentang adik saya yang baru 2, 3 hari lepas mengajar orang mengucap.

orang kemalangan motosikal, perempuan. berlumuran darah satu badan. setelah kakitangan wad kecemasan bertungkus lumus menyelamatkan nyawa beliau, namun akhirnya tuhan lebih sayangkan dia. maka di saat itu, doktor hanya menyuruh adik saya mengajar orang itu mengucap kalimah syahadah. akhirnya meninggal dunia. 

maka adik saya dengan beberapa nurse lain menguruskan jenazah itu sebaiknya, seperti membungkus jenazah, memasukkan kapas di hidung dan telinga, sebelum dihantar ke rumah mayat untuk mandi. ibunya yang sampai di hospital meraung, sambil2 itu dia ditenangkan oleh jururawat yang ada di situ.

betapa banyak kematian di depan mata yang disaksikan oleh adik. pengalamannya hidupnya cukup unik.

justeru, saya amat gembira dengan progress beliau yang maju dalam karier nurse [kerana saya yang bersungguh2 ingin beliau ambil pengajian nurse selepas spm]. mujur dia dengar kata.

di sebalik orangnya yang nampak biasa2, macam budak2, saya percaya pengalamannya di wad kecemasan yang 24 jam sibuk di hospital sungai buloh banyak meningkatkan semangat keberanian. selepas ini beliau akan bertugas di wad bedah pula, sebelum ini beliau di wad bersalin membantu ibu2 bersalin, seperti menyambut baby, mandikan baby baru lahir, menguruskan kematian baby tak cukup bulan, membersihkan uri dsb.

semoga dia akan lebih maju lagi dan sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Saturday, January 26, 2013

nasihat

hari ini dalam facebook saya, buat pertama kali saya terjumpa satu nasihat yang betul2 bagus dan sememangnya kita semua sudah maklum:

pertama, daripada post seorang kawan yang saya kenal sejak 22 tahun yang lalu iaitu:

1. nasihat:  kalau nak rezeki murah, berkat dan hidup senang, jangan lupa mak ayah

kedua, salah seorang daripada idola saya dr. hamid arshat, pakar o & g yang tengah memikirkan cara bagaimana nak merawat pesakitnya.  berikut adalah post beliau:

Sedang memikirkan tentang rawatan seorang pesakit berumor 50an tahun yang didapati mengidap kanser pangkal rahim yang telah merebak. Pesakit ini dari awal hidupnya mempunyai kecacatan pada faraj dan pangkal rahim, akibatnya. Darah haidnya tidak bolih keluar dengan lancar dan tumpah kebelakang rahim menimbulkan penyakit endometriotic cyst. Saya bedah lebih 20 tahun lepas untuk buang cyst sambil betulkan kecacatan faraj dan pangkal rahim, tapi masih gagal hamil, dia ambil seorang anak angkat.
Penyakitnya tak berkesudahan, dia senggugut teruk sehingga saya bedah buang rahim sebab tumbuh adenomyosis hampir 8 tahun lepas.
Dia ok sehingga beberapa bulan lepas.ia mengadu perdarahan dan kesakitan. Saya lakukan D&C dan terkejut keputusannya kanser pangkal rahim. Saya lakukan pembedahan untuk buang tumbuhan, tapi malangnya tumbuhan telah merebak ke pundi kencing, usus, sekitar kelenjar dan organ lain.
Dia tak mahu radiotherapy atau chemotherapy. Saya sedang rancang untuk mulakan B 17, Vitamin D dan C dan lain2 supplement. Saya buka ruangan untuk pandangan rakan2

post tersebut mengundang 144 komen (tapi tiada satu pun yang menawarkan pandangan untuk rawatan - kerana kesemuanya bukan doktor...).  kebanyakan respon adalah terdiri daripada mereka yang ada penyakit serius dan sangat berat.  tentunya mereka ini berada dalam keadaan kesusahan yang sukar digambarkan. di kala ini hanya tuhan saja boleh membantu di samping rawatan doktor.

saya juga lihat ramai orang berada di dalam keadaan yang susah. corak kesusahan tersebut adalah pelbagai bentuk.

salah satu minat saya juga adalah keluar masuk wad. saya sangat suka melawat wad di hospital. ramai orang sakit. tentu saja adik saya seorang nurse sudah lali tengok orang sakit. banyak iktibar dia dapat.

seterusnya, saya membuat kesimpulan bahawa:

2. tak kisah la apa jenis susah pun yang melanda, asalkan kita sihat.

kalau kita sudah sakit, apa kerja pun tak boleh buat. kesihatan itu sangat penting maka kita harus bersyukur kepada allah swt kerana dikurniakan kesihatan yang baik. kalau susah dan rasa gundah gulana, jangan dihiraukan sangat, jangat difikirkan sangat kerana kita masih lagi sihat.

tapi bagi mereka yang berasa susah kerana mengalami penyakit, selain berusaha dengan rawatan di hospital, banyak2 lah bersabar dan berdoa.

entahlah, bagi saya kematian disebabkan penyakit itu lebih elok kerana itu adalah tanda organ dalaman kita sudah tidak berfungsi.  ada juga orang yang sihat tubuh badan tetapi mati pula tiba-tiba.

sehubungan dengan itu, selagi kita hidup ini, kita harus menghargai orang-orang di sekeliling kita kerana kita tidak akan menyangka bahawa orang itu nanti akan meninggal dunia.

dalam 3 tahun ini, begitu ramai orang2 di sekeliling saya yang sudah meninggal dunia. kesemuanya adalah satu kejutan kerana ianya langsung tidak disangka. ada yang meninggal kerana sakit, ada juga yang meninggal dunia secara tiba-tiba.

Tuesday, January 22, 2013

isu terikut-ikut

saya lihat ramai orang sekarang suka terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan trend semasa. seperti yang saya jelaskan dahulu tentang kesan contagion.

satu hal yang membuatkan saya menulis hari ini adalah disebabkan berasa pelik kerana semua orang rata-ratanya memberi erti mohon penjelasan atau mohon diberi penjelasan atau mohon dijelaskan itu kepada 'mohon pencerahan?'

saya tidak tahu sejak bila perkara ini berlaku. mungkin dalam 2, 3 tahun ini saya lihat begitu ramai orang melayu yang mengguna pakai perkataan tersebut. adakah ianya berbunyi intelektual, unik, lain dari yang lain?

mujur saya langsung tidak pernah mengguna lenggok bahasa itu.

justeru, oleh sebab tidak tertahan lagi dengan ramai orang melayu yang suka mengikut2, jadi saya rujuk perkataan 'pencerahan' itu di kamus:


[Kamus Pelajar Edisi Kedua]

pencerahan
perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit; pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. 

kata asal:  cerah

1. tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~.
2. dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~.
3. tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~.
4. berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu.
5. senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. ke­cerahan keadaan cerah; kejernihan.

[Kamus Dewan Edisi Empat]

pencerahan
perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu; pencerahan perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu; pencerah bahan yg mencerahkan (kulit dsb): krim atau losen ~ kulit. 

kata asal: cerah

1. terang (bkn hari, bulan, lampu,langit, dll): hari sudah ~;
2. jernih (bkn kaca dll);
3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~;
4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul;
5. baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~;
6. berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);


[nah, berdasarkan definisi di atas, adakah logik apabila disebut 'mohon pencerahan' dalam ayat sebagai merujuk kepada menuntut kepastian atau penerangan atau penjelasan tuntas?]

tidak masuk akal!  sudah kemarau kah perbendaharaan kata/kosa kata bahasa melayu itu sampai orang ramai yang terdiri daripada kalangan melayu itu terdesak untuk mencipta satu perkataan baru? perkataan diguna pada tempat yang salah!!


i'll surrender my case if somebody confront me with this issue but with concrete evident and proof.

seperkara lagi, berleluasanya perkataan pinjaman daripada bahasa inggeris atau 'loan words'. contoh yang paling menjengkelkan saya adalah ramai orang guna perkataan durasi. adalah lebih elok jika guna pakai tempoh atau jangkamasa.

yang paling popular di kalangan remaja adalah perkataan gaban.  Contoh selalu diguna ialah penat tahap gaban, sesak macam gaban, gila babas teruk jem tahap gaban. apa ni? sekali lagi saya tidak pasti bila fenomena ini terjadi.

Setahu saya, Gaban ialah seorang polis angkasa daripada cerita asal Space Cop Gaban, cerita kartun jepun alih suara yang amat popular di kalangan kanak2 lelaki pada tahun 1987 yang ditayang oleh RTM pada pukul 5:30pm.  hari saya tak ingat.  hebatnya Gaban itu ialah dia cuma mengambil masa untuk bertukar menjadi polis angkasa dalam masa 0.05 saat. dia sentiasa menang dalam setiap perlawanan dan menjadi hero di kalangan kanak2 pada masa itu selain ultraman.

Gaban juga adalah nama orang/nama pena seseorang. contoh dalam artikel majalah Remaja pada 1 Ogos 1996 penulis artikel Luka & Rindu adalah ditulis oleh Gaban D' Chipmunk.  Sementara di Utusan Malaysia, pada 26 Mei 1997 penulis Farid Gaban menulis artikel tentang Kebangkitan Asia daripada pandangan Anwar.

jadi jelas sekali ramai orang suka terikut2 dengan rentak orang lain walhal dia sendiri tidak mengerti apa yang dia cakap? ibarat burung tiung?

orang empunya nama gaban akan rasa tertekan kerana selalu disama erti oleh ramai orang dengan keadaan negatif seperti penat, sesak dsb.

saya namakan fenomena ini sebagai 'jangkitan salah guna bahasa' - misuse of language infections.  it is contagious.  jangkitan itu pula disangka stilistik di kalangan orang yang sudah terkena jangkitan sedangkan dia tidak tahu bahawa dirinya terdedah kepada penyakit iaitu penyakit rangsangan stilistik atau dalam bahasa inggerisnya stylistic stimulus. orang yang menggunapakai bahasa ini menyangka dirinya selari dengan peredaran semasa. sedangkan banyak perkara dalam peredaran zaman yang terkini ini dengan kepesatan teknologi dan kehidupan kontemporari moden agak tersasar daripada nilai-nilai budaya dan sosial.  maka, kita perlu sedar dan kembali kepada trek asal. kalau tidak, selamanya kita akan tergelincir.

jika anda merasakan bahawa anda seorang cendiakawan atau intelek atau seorang sarjana, maka selidik dahulu apa2 promosi penggunaan bahasa yang kedengaran agak pelik.  anda mungkin tidak mahu ditertawakan secara sinis oleh orang lain semasa berucap atau semasa menulis kerana anda kendengaran sangat pelik!

Saturday, January 19, 2013

sekolah-sekolah ku

19 januari 2013.

saya ni orang kampung. so, sekolah pun semua dekat kampung.

hari ini teringat lagu sekolah tapi tak begitu banyak kenangan kat sini, maklumlah hanya 2 tahun saja sebab ingatkan masuk aliran sains boleh la capai cita-cita nak jadi doktor medik, tapi tak kesampaian, mungkin sebab malas belajar masa spm.

sekolah saya yang terakhir form 4-5 tahun 1991-1992 di sekolah iskandar shah, jasin. sekolah ni memang di atas bukit. sekarang dah banyak bangunan baru. ini lah lirik lagu sekolahnyer.

Di atas puncak bukit yang indah
Dikelilingi pohon menghijau
Berdiri megah sekolah tercinta
Sekolah Iskandar Shah
Kami berjuang di segenap lapangan
Pelajaran sukan dan persatuan
Agar harum nama sekolah kami
Terkenal di seluruh negeri
Nasihat guru tetap tersemai di hati
Jasa ibu ayah disanjungi
Hingga kami di suatu masa nanti
Menjadi rakyat yang sejati
Kami berusaha dan terus berbakti
Demi agama bangsa pertiwi
Usaha Tangga Kejayaan kami
Berjanji tetap kami berjanji 2x

manakala tahun 1988-1990 masa form 1-3 saya bersekolah dekat dengan rumah, jalan kaki je. namun, masa tu sekolah ni takde lagu sekolah. sekolah menengah simpang bekoh. sekarang ni pun sekolah ni dah berubah wajah.

1987 - sekolah kebangsaan chabau, jasin
1985-1986 - sekolah kebangsaan sungai pelong, sungai buloh
1984 - sekolah kebangsaan sungai petani, kedah
1982-1983 - sekolah kebangsaan sungai pelong, sungai buloh
1981- tadika {entah tak ingat apa nama, tapi tadika inggeris}

2 tahun lepas saya ada cita-cita bila habis buat phd nak sambung buat post doctorate kat united kingdom seperti yang dijanji oleh pegawai dari kementerian pengajian tinggi pada mana2 pelajar yang buat phd di malaysia {mungkin juga ianya kata2 retorik untuk naikkan semangat} tapi kenyataan itu membuatkan saya teruja.  tapi sekarang sudah malas nak sambung.

sebenarnya banyak nak saya lakukan dalam hidup ni. pertama, contoh macam semalam saya sudah cetak naskah cara bagaimana hafal quran tulisan dr. abdul muhsin al qasim, imam & khatib masjid nabawi. so, saya nak tumpu pada satu hal ini saja. tak mau fikir benda2 lain. 

kedua, dalam pada masa yang sama, cita-cita tentang senarai kajian yang telah saya buat dulu tetap akan dilaksanakan.  contoh, saya dengan seorang kawan sudah berazam selepas tamat phd akan buat satu produk inovasi interaktif (semuanya sudah lengkap dalam kepala saya sekarang).  sebenarnya terlampau banyak senarai kajian yang telah saya tulis (to do list) dan semuanya menuntut untuk dilaksanakan. dan yang terbaru, saya terfikir tentang kajian gelombang azan yang suka saya nak kaitkan dengan corak iramanya yang boleh buat orang tertawan serta kaitan dengan pelancongan islam. terdahulu, telah ada kajian saintifik tentang solat oleh penyelidik um.

ketiga, kalau saya nak sambung belajar pun, mungkin hanya buat sijil ukur tanah separuh masa di politeknik sebab sekarang datang minat tentang hal2 ukur tanah.

tapi, biasalah, kadang2 kita cuma boleh berangan2 saja tapi hanya tuhan saja yang tau.

tapi, kalau tak sambung belajar selepas tamat phd pun tak apalah. elok juga saya belajar sendiri-sendiri. kira belajar juga.  dapat ilmu juga. yang penting kita praktik kan dan sumbang pada masyarakat, tolong anak-anak bangsa.

Tuesday, January 15, 2013

antara pencetus dan pengikut

15/1/2013

sewaktu bersarapan, saya membaca metro. di kala itu tiba-tiba teringat tentang ini:

1) semua jenis mee segera tak kira apa brand pun = dipanggil maggi
2) semua jenis diapers tak kira apa brand pun = orang tetap panggil pampers
3) tak kira apa jenis susu coklat, serbuk coklat = biasa orang panggil milo

dalam sesaat selepas itu, saya tahu bahawa kesemuanya adalah brand yang pertama yang diperkenalkan. justeru mereka adalah pencetus. biasanya pencetus ini akan membuatkan semua orang ingat.  ketiga2 jenama sangat hebat sehingga boleh bertahan sudah berpuluh2 tahun. saya andaikan jenama tersebut akan terus sentiasa evolve. sebab barangan jenama tersebut diguna setiap hari. mana2 barangan harian yang baik mutunya dan berpatutan harga menyebabkan ramai orang suka.  dengan reputasi yang baik, mereka adalah pencetus yang sangat berjaya dan berwibawa.

maka, jenama2 lain yang muncul di pasaran adalah pengikut kepada pencetus ini.  dalam bahasa inggeris pencetus ini boleh disama ertikan dengan spark, trigger, instigate.  orang yang boleh mencetus idea dan diguna masyarakat, diikuti, diingat masyarakat sampai bila-bila telah membuat sumbangan yang besar.  manakala pengikut pula tetap wujud tetapi di sebalik bayangan pencetus. contoh, walaupun mee segera yang dimakan adalah jenama xyz tetapi orang tetap juga katakan maggi.

saya teringat akan suatu perkataan 'contagion', dalam kamus dewan, salah satu maknanya ialah spreading (of emotion, ideas) iaitu penularan emosi, idea.  antara lain makna contagion ini ialah communication of disease, penjangkitan; 2. disease so communicated, penyakit berjangkit; 3. contagious influence, pengaruh yg berjangkit: fear is a ~, perasaan takut adalah pengaruh yg berjangkit.

justeru, status dan wibawa pencetus ini telah menyebabkan fenomena contagion yang mana semua orang pukul rata seolah-olah bersepakat menganggap barangan lain sama dengan jenama pencetus.

pencetus juga boleh memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat.  cetusan itu juga sama ada boleh negatif atau positif.  sudah tentu ramai yang ingat tentang ini:  wawasan 2020 cetusan mahatir; islam hadhari cetusan pak lah; segala jenama 1Malaysia cetusan najib. mereka adalah ikon besar yang menjadi pencetus. semua orang mengingatinya. tetapi mereka adalah pencetus yang unik iaitu berlaku ketidaksamaan dan jenama mereka adalah eksklusif.

kita lihat lagi beberapa pencetus yang telah meledak di 'pasaran'. pencetus gejala sosial rempit dan kes buang, dera anak sudah barangkali kita lihat banyak berita tersiar terdiri daripada golongan melayu. ianya sentiasa berulang-ulang sejak 5 tahun kebelakangan ini.

selain itu, gangnam style telah mencetus fenomena luar biasa sehingga pada masa artikel ini ditulis, penonton di youtube hampir kepada 1.2 bilion. mengapakah tiada orang melayu yang boleh mencipta muzik dan tarian yang boleh menjadi pencetus seperti itu? saya percaya ramai yang tidak faham lirik lagu gangnam. tarian gangnam itu juga bukan tarian tradisional korea.  tapi semua orang suka.

biasanya dalam hiburan, contagion ini sangat ketara. bila seorang sudah suka kepada seseorang artis, maka ramai pula yang jadi ikutan turut suka.

dalam dakwah juga sama. iaitu ramai orang suka beberapa pendakwah popular dan pandai berhujah juga mudah mesra dengan rakyat jelata. sekali orang sudah suka kepada satu-satu nama pendakwah, maka yang lain pula turut sama suka. kita boleh lihat puluhan ribu orang mengikuti perkembangan pendakwah ini di facebook dan twitter.  itu cuma jadi peminat dan tekan 'like' sahaja. bukan kerana mereka telah berjaya diberi keinsafan sepenuhnya melalui dakwah tetapi ianya adalah kesan contagion iaitu orang lain suka, maka aku pun suka.  ianya adalah kesan perpindahan emosi yang sukar dijelaskan.

dalam perniagaan, jikalau seseorang itu boleh menjadi pencetus sehingga menjadi fenomena, maka tentu saja dia akan jadi bilionair contoh macam pemilik syarikat gergasi microsoft, apple dsb. tentu saja kita pernah dengar ramly burger. sudah jadi sangat berjaya. banyak lagi usahawan di malaysia ini yang telah jadi pencetus walaupun belum sampai ke tahap menjadi 'dewata' dalam perniagaan tersebut sehingga boleh jadi fenomena.

yang paling ketara kesan contagion ini adalah dalam kes histeria. sekali seorang terkena, maka ianya berjangkit. sama pula hal ini dengan teori domino. ianya seakan-akan ikutan.

justeru, kita lihat ramai pencetus penipuan.  maka kita lihat hampir setiap hari orang-orang melayu itu ditipu.  yang ditipu ialah perasaan dan wang ringgit. hanya sekali cetusan sahaja, maka yang lain pula akan mengikut. berapa banyak penipuan berlaku sekarang? or pada saat ini?

yang ditipu perasaan akan menjadi sangat kecewa, hancur luluh hatinya. emosinya menjadi begitu tidak stabil dan membawa diri.  begitu juga yang ditipu wang ringgit. saya bersimpati.

saya tiada kajian khusus mengenai pernyataan ini.  malah tiada satu kajian pun saya jumpa tentang perkara perilaku melayu yang menjadi ikutan atau mudah ditipu itu.  justeru hipotesis saya adalah bersandarkan kepada laporan2 berita dan akhbar yang keluar setiap hari. boleh dikumpul fakta-fakta itu dianalisa:
terbukanya satu peluang iaitu orang melayu itu mudah mengikuti apa sahaja. mereka juga mudah percaya pada sesuatu atau pada seseorang.  orang melayu itu mempunyai kelebihan menyesuaikan diri di mana-mana tempat dalam apa jua keadaan dalam sekelip mata.  kelebihan ini tidak ada pada mana-mana bangsa. kedengaran seperti ethnocentrism tapi ianya benar. contoh mudah orang melayu boleh bertutur dalam pelbagai lenggok dan secara amnya melayu itu lembut hatinya.
tetapi apa akan jadi pada kajian ini sekiranya ianya dibuktikan melalui kajian empirikal bahawa pernyataan di atas itu adalah benar? sudah tentu menjadi hasil kajian yang cukup kontroversi.  walaupun demikian, ianya mungkin menjadi suatu penemuan yang baru.

sebagai permulaan, mana-mana pencetus boleh menghasilkan apa2 buah fikiran yang mana boleh mengambil hati ramai orang sehingga menjadi fenomena.

di sebalik simpati kita pada semua rakyat yang ditindas oleh kekejaman yahudi israel secara nyata, kita juga tidak sedar bahawa kita juga sudah ditakluk secara tidak nyata.  walaupun ramai antara kita yang sungguh sibuk memboikot produk yahudi (yang hanya ikut musim), kita juga boleh belajar sesuatu tentang bangsa yahudi itu.

adakah yahudi itu pencetus yang hebat? apa sebenarnya yang mereka ada tetapi melayu langsung tidak ada? apakah pegangan dan prinsip hidup mereka? kita jangan bersangka buruk sangat, cuba teladani tentang sifat-sifat positif yang mereka ada?

kita tanyakan adakah melayu itu sekarang sudah hebat sebagai pencetus? atau orang melayu itu hebat sebagai pengikut? atau golongan yang sering dimanipulasi oleh pencetus yang telah melihat banyak lompong peluang pada individu melayu itu?





Wednesday, January 9, 2013

di sebalik penggunaan kalimah Allah pada bible

9/1/2013; 5:53pm.

perkara ini semakin hangat dibincangkan semenjak 25 disember 2012 lagi. sehingga sekarang masih lagi tiada penyelesaian. mesyuarat sana mesyuarat sini. sehingga artikel ini ditulis, masih lagi terdapat di dada akhbar ada melayu menyokong, ada yang tidak. pemimpin melayu sendiri ada yang berbeza pendapat.  apa la nak jadi.

tidak seperti orang cina yang punya elemen sino centric, filial piety yang sanggup mempertahankan apa sahaja agama dan budaya kecinaan.  pada mereka, over my dead my body. mereka secara bersama utuh dengan pendirian daripada rakyat jelata sehingga kepada ratusan pemimpin persatuan dan para pemimpin politik. semuanya satu hati.

tapi orang melayu tidak. uniknya orang melayu itu. ini sentuh bab agama islam. tidak satu pandangan. masing-masing berbeza. apa nak jadi?

ok, flashback. laporan roket mengatakan guan eng hanya minta kabinet mempertimbangkan ejaan nama Allah digunapakai dalam bible versi bahasa melayu khas untuk penduduk sabah dan sarawak yang beragama kristian sahaja. guan eng mengatakan bukan guna kalimah Allah itu (alif lam lam ha).  beliau hanya beri syor supaya ejaan 'allah' itu dipakai dalam kitab injil kristian itu.  laporan rasmi media perdana mengatakan sebaliknya iaitu guan eng menggesa kerajaan pusat guna pakai kalimah Allah itu.

mana satu betul, saya tak tau.

ok. dalam hal ini, ada orang melayu yang menyelar syor itu dengan pelbagai bentuk bantahan. ada yang benarkan kerana faham hanya guna ejaan rumi itu.

pandangan saya:  harus kerajaan pusat beri kata putus. sama ada benarkan atau tidak.

secara peribadi, saya cuma khuatir jikalau dibenar agama lain guna pakai kalimah allah dalam ejaan jawi/arab itu, takut nanti mereka tidak memberi kedudukan secara terpelihara kerana tiada didikan islam iaitu menulis kalimah Allah di tempat-tempat tidak sepatutnya seperti di tandas, kelab-kelab malam, rumah-rumah urut, pusat pelacuran dan apa sahaja. juga dikhuatiri masyarakat islam menjadi keliru kalimah allah terpampang besar-besaran di rumah, pejabat, kedai makan bukan islam dan sebagainya. kita anggap rumah itu rumah islam, tetapi rumah orang penganut kristian. kita anggap kedai makan itu halal kerana ada kalimah Allah tetapi ianya tidak halal.

jika sekali sudah dibenarkan maka susah hendak ditarik balik.

pada masa ini tuntutan kalimah Allah. kebiasaannya di sebelah kalimah itu ialah kalimah Muhammad saw. adakah tuntutan kalimah junjungan besar nabi pula selepas ini?

majlis fatwa sudah membuat keputusan lama dahulu pada 2008 secara panjang lebar.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

dengan tegas majlis fatwa kebangsaan tidak membenarkan sama sekali.

oleh kerana saya bukan aliran agama, maka saya tidak pasti bagaimanakah pula keputusan mana2 majlis fatwa negeri.

saya juga tidak pasti adakah keputusan fatwa boleh ditarik balik.

kepada pihak kerajaan yang diterajui oleh pemimpin islam, harap dapat memberi perhatian serius.  pandangan saya kerajaan sudahpun buat keputusan.

saya berkata tidak patut diberi kebenaran memandangkan nanti takut kalimah tersebut tidak mendapat tempat yang wajar di kalangan orang bukan islam. tiada jaminan bahawa kalimah tersebut dijaga dan dianggap suci oleh mereka.

sekali lagi saya lihat orang-orang melayu islam sudah goyah bergoyang-goyang. come on la. secara tegas, just say no.

man's best friend: bertukang itu seronok

9 Januari 2013.

saya percaya semua orang lelaki, by nature suka bertukang. termasuk lah saya. tak nak cerita panjang. minat punya pasal. boleh bikin sendiri. sebab terlampau banyak alat-alat bertukang, so saya hanya letakkan beberapa keping gambar saja.

let's check it out.


mari kita 'unbox' semua 4 kotak ni.


yang ni adalah alat pertama dibeli tahun 2002


ni kotak dia jenama humboldt lengkap satu set

alat gerudi ni ngan lain2 set dibeli tahun entah tak ingat..ekeke


mata skru dan pisau ni memang penting, selalu guna dan juga yang saya panggil bracket screw plastik tu (betul ke nama ni? tak kisah ler)

skru bermacam saiz ni baru beli bulan lepas

skru lagi dan lain2



yang dua gerudi ni sangat penting. best gerudi ni. time gerudi tu rasa lembut je dan cukup berkuasa. terbaik!!


mata gerudi ni kalau takde memang tak boleh la buat keje. from left:  mata gerudi untuk dinding batu, tengah:  untuk besi, kanan:  untuk semua jenis kayu 









saya selalu guna mata nombor 6. ada juga pakai nombor 3..pendek kata semua jenis nombor saya dah pakai lah..



sebenarnya, ada banyak lagi dalam setor. contoh, gergaji besi, gergaji kayu, penyodok simen, dua kampit simen, spade simen, silicone gun, silicone gum, simen putih, spatula simen putih, segala jenis spanar bermacam saiz, alat perkebunan (cangkul, tajak, tong racun dsb).

terbaru, 4 hari lepas saya ada beli spanar besar jenis heavy duty. memang besar dan sangat berat, next time saya ambil gambar.

artikel tipu: renung payudara boleh panjangkan usia lelaki [ogling women's breasts increase men's lifespan]

oleh kerana saya berfikir sebagai seorang saintis (cewahh), maka setiap hari fikiran dan perbuatan saya adalah seorang yang berdisiplin dan menentu sahih setiap apa yang saya baca dan dengar itu adalah bersandarkan kepada sumber yang tepat.

saya terjumpa dan speed reading hampir puluhan artikel dari mana-mana blog, majalah hiburan, facebook menyatakan bahawa merenung payudara wanita selama 10 minit boleh bantu panjangkan usia lelaki hasil daripada kajian dr. karen weatherby yang diterbitkan dalam the new england journal of medicine.

puluhan bloggers lelaki menyatakan suka kepada berita ini. ada yang juga sarankan supaya amalan merenung payudara wanita lain tidak sesuai di negara asia. nak lihat hanya pada payudara isteri.

puluhan bloggers perempuan menyatakan mereka berasa tidak senang hati kenapa ada penyelidikan sebegitu rupa.  mereka takut diapa2kan oleh lelaki. mereka kata mereka insan yang lemah. namun ada juga yang cenderung untuk suka kepada berita itu.

saya pasti ada juga ramai golongan professional juga terjebak mempercayai cerita ini.

saya tidak pasti majalah mana menempelkan artikel itu tanpa menyelidik. tak perlu rasanya nak cari majalah apa sebab tak penting.

walaupun demikian artikel tersebut adalah artikel palsu.

tiada satu langsung penyelidikan sebegitu dibuat. hasil siasatan saya di jurnal tersebut tiada nama penyelidik karen weatherby. juga di dalam senarai kepakaran di jurnal tersebut tidak langsung tercatat kepakaran dalam bidang gerontology seperti didakwa dalam artikel tersebut.  gerontology adalah pengajian tentang usia dan penyakit-penyakit yang dialami oleh warga emas (geriatric problem).

sekali lagi rakyat malaysia suka membaca, melihat dan terus percaya. lebih-lebih lagi bila diperkuatkan konon artikel itu diterbit di jurnal perubatan.

saya hanya kata ini semua adalah urban legend.

so, janganlah percaya perkara ini. macam saya selalu hari-hari kata kalau mendengar benda tak masuk akal/pelik/tiada timbang rasa/tiada pertimbangan maka saya pasti akan kata, 'karut...!!'

ramai penulis barat yang suka nak pesongkan pemikiran orang-orang lain. melayu pula mudah percaya.  masih lagi majoriti melayu bersikap begini. dalam situasi di malaysia, melayu kena main ngan mat salleh sebab percaya artikel tipu. hahaha... but im not.

sebagai penyelidik, hanya dari membaca tajuk sahaja saya boleh tahu sama ada kajian itu adalah wajar diselidik atau tidak (whether the research itu researchable or not).

Friday, January 4, 2013

kompleksnya melayu itu

sejak kebelakangan ini saya semakin seronok membaca berita-berita politik samada daripada laporan barisan nasional, harakah, roket dan keadilan.  walaupun saya bukan belajar bidang sains politik, namun perbincangan seperti yang dilaporkan oleh parti masing-masing sangat menarik sehingga sukar untuk memberi pertimbangan mana satu yang betul, mana satu yang salah.  tiada lain ianya berkisar kepada pertembungan pandangan dan fahaman berbeza dengan hala tuju masing-masing antara komponen bn dan pakatan rakyat.  boleh juga dianggap retorik politik.
rakyat cuma mahukan kesejahteraan hidup dalam banyak perkara dan sejauh mana boleh dilaksanakan oleh pemerintah.  banyak orang melayu yang miskin, papa kedana, dari itu perlulah mengenalpasti mana satukah dia parti yang boleh membantu ramai orang-orang miskin.  orang-orang melayu juga paling ramai menghadapi masalah tidak memiliki rumah.  kadang-kadang tak masuk akal, di tengah-tengah lambakan masjid yang cantik dan mewah, mahu lagi dibina masjid bernilai ratusan juta.  molek sangat kalau duit itu dimanfaat untuk membantu orang miskin yang kebanyakannya melayu itu.  kadang-kadang bina pula monumen atau entah apa struktur yang mencecah jutaan ringgit sebagai lanskap menarik di kawasan bandar hanya untuk tontotan.  adakah ianya perlu? kita boleh salurkan dana itu untuk perkara kebajikan dan membantu rakyat yang lebih memerlukan.
pokoknya sejauh mana rakyat berpuas hati dengan tadbir urus pemerintah di negeri masing-masing.  ada yang langsung terus menjadi kaya.  ada yang masih lagi tiada perubahan dalam hidupnya walaupun telah mengundi. jadi, apakah ini yang berlaku.
saya lihat begitu ramai pendakwah yang wujud entah dari mana dalam lima tahun kebelakangan ini. ramai yang ingin jadi pendakwah. ramai pula yang dari golongan professional yang bukan dari aliran agama.  kalau dahulu kita lihat pendakwah di kalangan para lulusan agama.   sekarang, ianya sudah dari lain-lain aliran lulusan.  masing-masing sudah mula tunjuk minat. ianya bagus. cuma kena menepati persoalan antara pendakwah idealistik vs realistik atau pendakwah yang perlu guna pakai kedua-dua elemen tersebut.
perbicaraan dakwah di malaysia ini adalah di dalam ruang lingkup yang terbatas. kalau boleh diberi peluang kepada pendakwah berbicara tentang ketelusan dan kejujuran pemerintah dalam mentadbir negara:  bagaimana membuat rakyat sayang? itu lebih afdhal di tengah-tengah arus perdana yang mana rakyat dalam keadaan “ada aku kisah?” di sebalik lambakan bantuan untuk rakyat.  rakyat akan berkata begitu kerana itu sebenarnya hak mereka.  tentu saja mereka bersyukur. bukan kepada parti tersebut tetapi mereka bersyukur pada tuhan. 
di sebalik melayu tolong melayu dan ketuanan melayu dan hak istimewa orang melayu, entahlah, ada juga melayu yang menjadi kaya di atas kelemahan melayu yang lain.  ini namanya melayu kena main.  melayu tipu melayu pun ramai.  melayu juga memperbodohkan melayu yang lain.  ramai juga melayu yang berlagak pandai.  melayu itu berperangai sombong juga dengan kelebihan yang ada di kala orang melayu itu yang dipromosi sebagai lemah lembut berbudi bahasa. ramai juga melayu yang lupa asal usul. remaja melayu juga sudah hilang jati diri.  maka, apa sudah jadi pada orang melayu sekarang. 

saya suka meminjam kata-kata popular ridhuan tee, seorang pemerhati yang bukan bangsa melayu yang suka menganalisis percaturan kehidupan melayu iaitu lontaran renungan ‘nasib melayu di bumi melayu’.  mungkin saya berbeza sedikit pandangan tetapi tidak menidakkan pandangan beliau, bahawa saya tidak menyalahkan samada tuntutan masyarakat cina atau india di negara ini.  bagi saya, ianya hanyalah sekadar sisipan kelangsungan kehidupan negara malaysia yang berdaulat.

cuma orang-orang melayu yang menjadi tuan tanah di negara sendiri yang sudah boleh kita tanyakan arah hala tuju mana selepas ini ingin dipacu negara ini.  di sebalik mengutamakan etnik yang lain, masyarakat melayu yang progresif, berpendidikan tinggi dan tiada yang miskin adalah agenda berterusan yang perlu diperkasakan. 
pendakwah moden sekarang mesti menekankan perkara ini di sebalik dakwah dengan tajuk-tajuk rutin yang berulang-ulang yang sudah biasa didengari.  kadang kala kita juga membaca status mana-mana pendakwah ataupun mana-mana orang yang berminat nak berdakwah mengemaskini di facebook masing-masing.  kemudian ramai pula orang melayu yang tekan ‘like’ menyatakan suka dan sokong kepada pernyataan itu, walhal ianya tiada satu pun yang mencambahkan fikiran melayu itu. 
kerana apa? kerana kenyataan itu hanya bersifat umum dan sudah diketahui, didengari di mana-mana selama bertahun-tahun kehidupan sejak dari pendidikan sekolah rendah.  adakah perkara yang selalu kita ingat dan sudah kita faham maksudnya boleh memberi kecerdikan kepada pemikiran melayu? di sebalik menjadi pendakwah popular, semua peringkat daripada akar umbi tidak kira ibu bapa, guru-guru dan orang ramai seharusnya berterusan menyampaikan dakwah memperkasa dan memartabatkan orang melayu dengan meminggirkan semua kecelaruan yang boleh menjahanamkan bangsa melayu itu sendiri. 
walaupun kedengaran agak chauvinist dan ethnocentrism, saya bersetuju ke atas dua perkara itu. malah, etnik yang lain juga berperanan sedemikian. perbincangan kedua-dua elemen itu tidak penting, yang penting adalah melahirkan lebih ramai cerdik pandai ilmuwan melayu islam yang jujur dan ikhlas yang berperanan membantu memperkasakan bangsa melayu itu sendiri dengan memastikan kerukunan hidup dengan kaum yang lain.