Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Friday, August 30, 2013

kongsi gelap

kementerian dalam negeri sudahpun mendedahkan 49 pertubuhan kongsi gelap.  Kongsi gelap ini juga cenderung bersifat etnik. Kongsi gelap India adalah paling ramai peserta iaitu mencecah 28,926 ahli.  Ini diikuti oleh 8,214 orang yang menganggotai kongsi gelap Cina dan kongsi gelap Melayu mempunyai 1,923 ahli. Manakala kongsi gelap di Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 329 dan 921 keanggotaan.

Hmm.. data yang unik juga, selari dengan sifat berbilang kaum di Malaysia ini.  Walaupun demikian,  aku suka ingin melihat realiti. Walaupun secara amnya dilihat bahawa kaum India itu kurang mendapat bantuan daripada kerajaan, tetapi bilangan mereka lah yang paling ramai mengundi BN.  Berbeza dengan pendekatan kerajaan yang sentiasa berusaha memenangi hati pengundi Cina tapi ternyata mereka tidak begitu menyebelahi kerajaan bn semasa pru 13 tempohari.  Namun, ironinya seandainya kaum india ini ramai menyokong kerajaan, betapa ramai pula antara mereka yang menduduki carta di dalam keanggotaan kongsi gelap. Tetapi, jumlah pertubuhan kongsi gelap cina (berdasarkan nama pertubuhan) itu adalah yang terbanyak, mewakili 45%, iaitu hampir setengah daripada pertubuhan kongsi gelap yang ada adalah dimonopoli oleh kaum cina.

sekali lagi aku melihat ini sebagai satu saingan hebat pada mana2 pertubuhan kongsi gelap india dan melayu yang ingin memastikan kelangsungan survival pertubuhan mereka.  masing-masing bersaing. sudah tentu mereka ini bermusuhan.

ada kongsi gelap.. mengapa perlu ada?  jadi ahli kongsi gelap, kenapa perlu jadi anggota?

kongsi gelap ini sudah wujud lama di malaysia. dahulu, semasa zaman penjajah, sudah ada gerakan2 yang disusun untuk melawan kerajaan penjajah. daripada portugis, belanda, british, jepun semuanya sudah ada. namun, gerakan2 bawah tanah itu mempunyai niat murni untuk memerdekakan tanah air. kemudian, lewat sedikit daripada itu, menyusup pula dakyah komunis. asal mula komunis ini untuk menentang jepun, namun setelah jepun menyerah kalah, timbul pula di fikiran komunis ini untuk memerintah negara. walaupun setelah merdeka, komunis tetap juga menyusun pelbagai strategi supaya keamanan negara tergugat. perkara ini dinyatakan dengan terang oleh tunku abdul rahman dalam laporan peristiwa 13 mei itu.  pada masa itu sudah berapa banyak kongsi gelap ditubuhkan.

maka fahaman kongsi gelap itu sudah berakar umbi.

satu tumpas, maka akan ada pula pertubuhan lain yang timbul. inilah cabaran polis yang tidak akan ada penghujungnya.

demi memastikan jangkahayat kongsi gelap ini berpanjangan, maka mereka memerlukan dana untuk menstabilkan pertubuhan dan dalam masa sama meluaskan empayar.  justeru, mereka akan terlibat dalam apa jua dagangan yang boleh memberi keuntungan.  kongsi gelap yang paling kukuh kewangannya adalah yang paling kuat pengaruhnya. bagi mereka duit adalah raja.

saya cuma khuatir seandainya pertubuhan kongsi gelap berleluasa dan tidak dibendung, maka akan ada pihak2 asing dari negara luar yang punya agenda tertentu mengumpan pertubuhan kongsi gelap ini dengan dana yang mewah bagi merealisasikan niat yang terselindung. ini bahana.

saya berasa pelik. negara sudah merdeka. rakyat kata sudah aman. tapi benarkah? ianya belum aman lagi. indeks jenayah semakin meningkat. setiap hari ada laporan pembunuhan dan jenayah di sana sini.

mungkin juga kongsi gelap itu mendambakan kemasyhuran dan pengaruh.  sampai sekarang saya tertanya-tanya apakah objektif dan matlamat mereka sebenarnya.

sebenarnya tiada kajian penyelidikan bersifat empirikal yang dibuat tentang peranan dan hala tuju kongsi gelap di malaysia.  sememangnya sudah terang dan nyata metodologi nya terpaksa menggunapakai kaedah pemerhatian peserta (participant observation). ianya adalah cabaran.  adakah anda di sana ingin menjadi perintis? 

kabus

pagi ni cuaca sangat berkabus. sangat sejuk. rasa macam di pusat peranginan tanah tinggi pula. sudah 2, 3 pagi cuaca berkabus macam ni, almaklumlah tinggal di kampung.





Monday, August 26, 2013

so what? car

ada banyak impian dalam hidup aku ni. macam2. tapi bak kata kori kepada ryosuke dalam initial d battle stage 5, impian itu ada dua iaitu, satu reachable iaitu boleh capai dan satu lagi tinggi menggunung yang sukar dicapai.

dalam banyak impian aku nih, salah satunya ialah memiliki the so what? car. cirinya amatlah mudah iaitu ianya mempunyai teknologi terkini, punya tork yang tinggi pada rpm yang rendah dan top speed yang melebihi 220kmj. itu saja yang aku hendak.

aku memang minat pada c63 amg. tapi kalau tidakpun c180 coupe atau paling tidakpun hanyalah pada c180 avantgarde. aku memang minat mercedes berbanding bmw.  tetapi dalam masa yang sama aku punya dilema kerana 508 mempunyai segala2 ciri teknologi yang c180 coupe tidak tawarkan. pada harga sekitar 150-170 ribu untuk kereta baru plus prestasi turbo 508 ternyata memberi saingan sengit pada mana2 c dan e class. begitu juga ianya contender yang berbisa untuk sekadar 320 dan 520.  kemungkinan 508 menyaiyingi 325 adalah terletak pada kemahiran dan imbangan kereta.  walaupun begitu bagi 508 untuk menakluki rx7/8 atau paling biasa kita lihat 350z/370 ianya satu pertandingan yang memberi tekanan. begitu juga dengan mana2 lan evo.  tetapi 508 adalah hanya sebuah kereta sedan dengan tork berbisa 240nm pada 1400rpm, ianya nyata cukup menggerunkan. jika diambil kira kecenderungan aku hanyalah pada sedan kerana faktor ketinggian 180cm dengan berat 78kg, maka aku dengan gembira menolak segala rekabentuk coupe yang nyata menawarkan legroom yang sempit. agak memeranjatkan aku ialah faktor sempit inilah yang menyebabkan aku mengeluarkan segala model bmw hatta 7 series sekalipun. semua series sudah aku cuba.

walaupun kategori recond dengan harga dibawah 170ribu itu menawarkan pelbagai jenis buatan dan model kereta tapi aku mengambil kira faktor waranti sebagai prioriti. ada recond yang datang dengan 1 bulan waranti. paling lama pun 12 bulan. tapi waranti hanya tertakluk kepada beberapa syarat pula. namun, kereta baru menawarkan peace of mind dengan jaminan 5 tahun waranti.

tapi di sebalik semua ini, bila terlihatkan kelibat avantgarde w204, maka hati aku terpesona tetapi ianya jauh melangkaui tetapan had harga. tetapi, walaupun aku benar2 dapat memilikinya, aku dapat merasakan bahawa nanti aku rasa menyesal kerana ada beberapa features dalam c/e class avantgarde itu tiada tetapi ada ditawarkan pada kereta yang lebih murah seperti pada keupayaan teknologi yang boleh parking sendiri, tolong membaca sms, follow me home lite dan segala macam gajet dan aksesori yang mercedes tidak tawarkan. jika aku membuat perbandingan sebegini nyata aku dalam dilema. mercedes itu nampak mempesonakan dan rasa bahagia memilikinya tetapi setelah memilikinya dirasakan seperti bosan pula. adakah benar? tetapi ianya mempunyai prestij? 

tapi setelah aku fikir bahawa prestij itu hanya tanggapan orang. kita berasa syok sendiri walhal tak seseronok manapun memandunya.  aku berani berkata begini kerana telah pelbagai jenis model kereta aku test drive. daripada yang mewah hinggalah kepada yang paling murah. tidak susah untuk membuat temujanji. hanya klik online pada laman web pengeluar kereta untuk urusan temujanji pandu uji. pandu uji kereta adalah hobi aku.

berlainan pula dengan impian mempunyai moto. aku hanya fokus pada zx6r sahaja. yang lain memang aku tak pandang pun. bagi aku 6r itu punya apa saja. design yang cantik dan top speed yang mengkagumkan.

di sebalik semua sedan/coupe yang dinyatakan aku juga berkeinginan memiliki sebuah jentera sport. nah, ini juga satu dilemma. yang pasti bukan kerana harganya kerana ianya mampu milik tapi jentera ini memerlukan biaya penyelenggaraan yang tinggi. perghh dilemma lagi.

oleh itu aku masih lagi dalam pencarian. suatu hari nanti pasti tuhan akan menemukan aku dengan kereta yang serasi dengan jiwa aku.

sementara itu, pada masa sekarang pandu sahajalah kereta yanga ada.  lagipun, aku cukup seronok memandunya!!

Juri professional

hari ini aku telah dirisik-risik sikit dan dipelawa untuk menjadi juri professional bagi pertandingan 'travel package challenge' untuk politeknik seluruh malaysia pada september ini.  

sememangnya selama ni telah banyak pelawaaan macam2 jemputan kepakaran dari macam2 institusi/kolej/universiti yang aku terima namun terpaksa aku tolak.

tapi kali ini aku terima.  kawan aku saiyidi yang sekarang kat perth juga pernah cakap, jangan selalu sangat tolak jemputan orang, sebab orang minta tolong. insyaAllah akan ada 3 juri professional termasuk aku. dua lagi juri yang berjawatan pengarah di satu agensi pelancongan dan tourism malaysia.

Thursday, August 22, 2013

khusyuk

apabila aku melakukan sesuatu yang aku suka, maka pastinya aku menjadi khusyuk dan rasa cukup seronok.

pada saat ini aku berasa cukup seronok menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran aku tentang etnik, keharmonian nasional, prasangka, kepuasan, jurang ekonomi, syncretism (aku x tau dalam bahasa malaysia apa dia), the Other.. aku menulis apa sahaja sehingga ianya menjadi esei yang cukup berjela. bila kita bercakap tentang sesuatu yang kita faham, maka ianya seronok. tambah seronok apabila ianya selari dengan disiplin kita. walaupun begitu, kita seringkali mendengar ramai individu yang suka memetik daripada mana-mana sumber lantas langsung mahu membicarakan sesuatu perkara itu seperti pakar walhal dia sebenarnya tidak begitu faham.  kita tidak begitu gentar dengan gempita yang dilaungkan melainkan kita berasa cukup berhati-hati dengan golongan yang memilih untuk senyap. pada aku ianya intelligent silence, yang menunggu masa sesuai untuk mengeluarkan hujah yang tepat.

maka, secara tiba2 aku teringat akan cerita zaman nabi tentang perihal orang yang tidur di dalam masjid dengan orang yang bersembahyang. para sahabat membuat rumusan orang yang tidur itu bakal mendapat azab. cukup memeranjatkan mereka bahawa Rasulullah saw menyatakan orang yang tidur itu adalah ahli syurga berbanding orang yang kelihatan solat itu sebenarnya tidak khusyuk dan niat bukan kerana Allah. orang yang tidur itu seorang yang alim, segala tatalakunya ikhlas kerana Allah taala. aku melihat cerita itu dari sisi berbeza antara orang yang berdiam diri (diam2 ubi berisi) dengan orang yang lantang berbicara tetapi jalan cerita yang berbalik-balik dan berulang-ulang yang tiada elemen kesarjanaan. ianya ibarat tong kosong yang punya ritma sumbang.

selain itu, dalam masa yang sama aku juga teruja untuk melihat hasil keputusan pertandingan dalam pemilihan umno nanti tentang siapa yang menang menduduki kerusi naib presiden dan ketua wanita yang semakin hangat dibincangkan setiap hari. bukan itu saja, setiap kerusi dipertandingkan menjadi bualan riuh orang ramai yang berminat mengambil tahu.

aku juga melihat kepada isu mutakhir kalimah allah dalam bible, penghinaan bulan ramadhan dan aidilfitri, salah guna surau semuanya menjurus kepada serangan terhadap muslim di negara ini. hari ini aku cukup rasa lega dengan keputusan mahkamah rayuan putrajaya hari ini yang memutuskan untuk menolak permohonan gereja roman katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan herald. ianya berita gembira.

walaupun kebanyakan orang duitnya tidak turun mencurah, tetapi di lain aspek tetap juga mencurah seperti idea, tenaga, kepakaran sehingga kita menjadi kepenatan. walaupun begitu, kepenatan itu menjadi kelegaan apabila bahan kumuhan itu keluar mencurah. ianya suatu perasaan yang begitu nikmat bukan? maka, setidak-tidaknya fungsi biologi badan kita memastikan kepenatan yang dirasai itu berbaloi. 

namun, kepenatan mental itu menjadi segar tatkala kita mendapat tahu keputusan gembira memihak kepada kita. pastinya kita melompat gembira dan tersenyum selalu. kepenatan mental itu juga menjadi suatu kelegaan apabila kita berhadapan dengan kegembiraan semasa balik ke rumah (siapa yang tidak mahu balik rumah cepat?) atau paling tidak pun kita menyaksikan sesuatu yang boleh dibanggakan dengan impian kita yang sudah tercapai.



Wednesday, August 21, 2013

Petrol percuma

aku sudah beberapa kali hilang kad mesra petronas. jadi, bila hilang aku buat tak tahu saja dan mohon kad baru.  kad yang digunakan selama beberapa tahun langsung tidak diendahkan berapa banyak mata ganjaran yang ada. aku tak kisah.

jadi, sikap tidak kisah itu mengakibatkan kad mesra hilang banyak kali, mungkin salah letak di mana-mana, langsung tak ingat, mohon kad baru. jadi lebur lah point yang ada.  adakalanya bila telah hilang kad, aku juga buat tak tau isi petrol tanpa kad. rugi betul. tapi masa tu aku tak kisah.

dalam 5 bulan lepas aku hilang lagi kad mesra buat kesekian kalinya. tapi macam biasa aku buat donno. sampailah satu hari tu aku tergerak hati ke laman web petronas mesra loyalty programme dan buat laporan online kad hilang. tak sampai 5 minit, customer service call aku dan beritahu aku point terkumpul mencecah 3 ribu lebih. perghhh terperanjat aku beb. aku dinasihatkan mohon kad baru dan selepas sebulan guna kad tersebut, barulah point dari kad yang hilang dapat dipindahkan ke kad baru.

jadi, untuk tidak merasa ralat, aku hari ni terus redeem point kat stesen petronas untuk petrol. yang aku pelik sebelum redeem point ada 3 ribu lebih. tapi bila swipe kat pam minyak, point aku cuma ada 2887. ahh tak kisahlah janji aku redeem.

meter minyak aku memang dah kuar signal kurang minyak, dah lebih 3 hari aku bawak keta. so, aku pun redeem point dapat isi RM28.87 = 15.195 liter minyak ron95. jadik la. jarum meter minyak pun ada naik apa? kik..


Tuesday, August 20, 2013

Minat

minat aku dari kecil sampai sekarang ialah astronomi dan bedah siasat (post mortem) atau autopsi. minat itu semakin membara sejak darjah 5.

tapi sayang ianya cuma sekadar minat dan tidak diperkasakan sehingga menjadi kerjaya. bila masuk ke peringkat menengah minat aku bercambah pula kepada kejuruteraan perisian (software engineering).

jadi, ketiga-tiga minat ini langsung tidak menjadi kenyataan.

realitinya, aku melakukan sesuatu yang jauh sangat menyimpang dari minat aku. namun aku lakukannya juga dengan sehabis baik.

setelah spm aku yang tidak berapa bagus, aku belajar sains kesetiausahaan dengan mendalami ilmu shorthand pitman sehingga ke peringkat advance dan lulus cemerlang. setelah tamat, aku bekerja di beberapa tempat sebelum menceburkan diri mendalami ilmu pelancongan pada peringkat sarjana muda. kemudian ke tahap sarjana, sehinggalah sekarang belajar ilmu pelancongan sampai peringkat doktor falsafah.

namun, jauh di sudut hati aku ini, minat pada astronomi dan autopsi itu tetap ada.

jadi, tidak hairanlah seandainya tabiat aku yang memang suka kepada suasana hospital dan suka melawat hospital.  dalam masa yang sama suka juga pada ilmu kaji bintang.

kadang-kadang aku melihat kehidupan ini daripada sudut kedua-dua bidang itu. aku juga melihat kehidupan ragam dunia ini daripada angkasa. ianya nyata lebih meluaskan pandangan aku daripada membicarakan isu yang tidak relevan dan berbincang perkara remeh. aku juga melihat banyak peluang sesuatu permasalahan itu diselesaikan dengan cara yang mudah tapi hakikatnya ramai yang membuatkan ianya menjadi rumit dan kompleks. aku juga melihat beberapa individu yang punya pemikiran jumud dan tidak matang. kenapakah?

aku masih ingat lagi kata-kata sheikh muszaphar sewaktu dialognya secara langsung sempena jelajah motivasi seluruh negara iaitu apabila sahaja beliau berada di angkasa, maka dia lebih suka membicarakan isu2 besar dunia daripada fokus kepada hal2 remeh. aku pada masa tu benar2 memahami maksud dia. hal ini juga bersamaan dengan pandangan pendaki yang menawan puncak everest yang menyatakan perkara yang sama. malah, pendaki ini dapat menyaksikan siang dan malam dalam waktu yang sama! pernah sekali aku menyuarakan kepada seseorang 'di manakah siang tatkala malam berada?' 

sebenarnya pertanyaan itu tak perlu dijawab. ianya perlu dibuktikan. sehingga sekarang aku gagal mendapatkan visual tersebut, melainkan hanya dengan imej bumi yang aku ada yang menunjukkan malam dan siang tetapi, di manakah sempadannya yang tepat? 

ada juga orang terfikir di manakah bermula dan berakhirnya pelangi? ada yang mencari kakinya. tetapi ianya sia2 kerana juruterbang yang berada lebih tinggi dari paras pelangi, melihat pelangi itu berbentuk bulatan.

itu serba sedikit aku melihat dunia ini dari imej bayangan dalam minda aku dari paras angkasa. teringin juga aku berada di pinggiran angkasa atau berada di angkasa lepas lantas boleh melihat bumi dan bulan.

jika aku melihat sudut kehidupan dunia ini daripada pandangan orang bedah mayat, maka aku melihat manusia ini ibarat daging mentah. sebelum ini hidup, sekarang dah mati, jadi mayat. aku melihat manusia itu kuat macam badang pun dia tetap juga daging yang boleh dipotong dan dilapah. justeru, aku langsung tak takut melihat darah ataupun mayat berkecai bergelimpangan kerana kemalangan, peperangan atau apa sahaja. 

ironinya aku berasa teruja pula melihat organ dalaman manusia. aku juga teruja ingin meneroka keajaiban ciptaan manusia oleh Allah swt, justeru melakukan penerokaan terhadap badan manusia adalah suatu perkara yang cukup seronok.

aku melihat manusia ini semuanya sama. jika diberi peluang ingin rasanya aku membedah dan meneroka organ dalaman mereka. 

maka, tidak perlu takut pada manusia. sejauh dan semahal manapun seseorang itu mencantikkan dirinya, maka pengakhirannya pakar bedah siasat itu pasti menyiat2 dan mengopek badannya bagi menentu punca kematian. atau paling tidak pun, ulat2 pula meneroka badannya semasa di alam kubur. maka point aku di sini ialah jasad manusia itu tidak kekal. makanan roh itu yang perlu. roh itu yang kekal.

cantik, hodoh, putih, hitam manusia itu bagi aku menceriakan kehidupan dunia. ada yang hitam tapi cantik. orang lain nampak hodoh tapi setengah golongan lain berkata cantik. orang mengatakan seseorang itu adalah cantik, tapi orang lain pula nampak hodoh. unik betul. manusia itu, sisi pandangannya tidak sama. cara berfikir juga pelbagai. tapi bagi aku, manusia itu ibarat bahan ujikaji. manusia itu sentiasa diuji. jika dia berjaya dalam ujian, gembiralah dia.  

seperti pembunuh bersiri, kehausannya terhadap manusia yang lain begitu luar biasa kerana mempunya nafsu merobek dan mengopak badan orang itu. setiap hari dia teruja melihat manusia yang lain demi untuk meneroka setiap inci organ tubuh orang itu. namun itu pembunuh.

pembunuh itu tidak sama dengan bedah siasat. bedah siasat itu lebih murni kerana dia mengetahui rahsia keajaiban tuhan jadikan manusia. tetapi dia hanya boleh tahu punca orang itu mati. bagaimana untuk menghidupkan orang yang telah mati itu adalah rahsia ilmu Allah swt.

di atas tonggak dua perkara ini, aku mengamati kehidupan. di sebalik besar manapun masalah yang ditanggung seseorang manusia itu, maka hendaklah setiap manusia itu tahu dan benar-benar mengamati, memahami dan merasai bahawa masih hidup di saat ini adalah indah sebenarnya. hidup itu adalah satu kenikmatan. ianya benar2 nikmat. maka, cukuplah apa yang ada. jadilah orang yang merendah diri, tidak bangga diri dan sentiasa bersyukur. bersedekahlah kerana sedekah itu menambahkan rezeki.