Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Monday, October 30, 2017

Hyee apa khabar?

Sudah lama tidak menjejaki blog ini.  Maklumlah sekarang ni ada twitter, instagram, facebook.  Trend penulisan blog pula menjadi semakin lama semakin jauh.  Tambahan pula lagi kesibukan yang melanda.  Walau bagaimanapun, sibuk itu memang sentiasa saja ada.  Tiada satu hari pun yang tidak sibuk.  Semua orang sibuk.  Yang sebenarnya ialah sekarang banyak saluran sosial media yang lebih cepat untuk perkongsian maklumat terutamanya twitter.  Sebenarnya blog ini bagi mereka yang suka membaca.  Orang yang tidak minat membaca panjang2 confirm lah mereka tak berapa nak baca.  Tapikan, kalau saya yang suka membaca ni bila dengar orang kata dia tak suka membaca, saya akan rasa macam meluat pulak.  Bukan lah semua benda saya baca tapi saya baca banyak benda hari-hari.  Itupun masih lagi banyak yang saya tak tau.  

Sekarang saya baru sedar banyak jurnal antarabangsa arus perdana (scopus listed) yang mengemaskini maklumat mereka di twitter.  Minggu lepas editor-in-chief Journal of Tourism Research & Hospitality sendiri ada emel saya berkenaan kesediaan saya menyumbang artikel di jurnal tersebut.  Terperanjat juga sebab big boss journal sendiri yang emel.  Malam tu pula koordinator jurnal tersebut mesej saya di twitter tentang perkara yang sama.  So, saya tanyalah mana mereka dapat tau pasal saya.  Mereka kata melalui twitter serta profile ORCID ID.  Tengok tak betapa cepatnya kaedah sosial media. Saya rasa mungkin juga recommendation dari editor-in-chief Journal of Islamic Marketing.  Sebab melalui dia juga saya jadi reviewer untuk Journal of Islamic and Middle Eastern Finance & Management.  


Tahun 2017 ini saya ada menghasilkan 14 paper yang telah dan akan dihantar ke beberapa jurnal.  Ada jurnal yang memproses selama 2 tahun untuk publication. Maka kenalah tunggu.  Saya rasa saya lebih banyak review artikel orang dari menulis paper sendiri.. haha.  Tahun ini juga ada beberapa artikel dari emerald journal yang telah saya reviu.  Ada yang saya reject, ada yang saya terima dengan pembetulan minor dan major.  Memang sesiapa yang dapat anugerah 'Outstanding Reviewer Award' from a Scopus journal memang akan rasa happy.  Entah bila lah saya nak merasa.


Bulan lepas saya telah masuk pertandingan inovasi menghasilkan komik digital untuk paparan maklumat di tapak warisan.  Tapi cuma dapat bronze award saja sebab ianya cuma konsep saja belum dipatenkan.  Sebelum ini saya telah menjalankan kajian berkenaan interpretation board di tapak warisan Melaka dari aspek engagement power, attraction power dan holding time.  Kajian tersebut telah diterbitkan di dalam chapter in book. Publishernya ialah Taylor & Francis, London.  Dalam kajian tersebut 56.7% pelawat mengatakan mereka tidak membaca papan maklumat berkemungkinan kerana 60.7% menyatakan interpetation board itu langsung tidak menarik.  43.2% mengatakan maklumat penuh serabut dengan penggunaan huruf yang terlalu kecil.  Mereka berasa tidak seronok semasa membaca kerana papan maklumat yang terlampau padat dengan saiz tulisan yang kecil.  Lantas papan tafsiran tersebut nampak tidak bermaya.  Justeru, timbul idea untuk saya dan pasukan penyelidik menterjemah maklumat tersebut dalam bentuk komik digital yang boleh diakses melalui scan kod QR di papan tafsiran tersebut.  Jadi, pelawat boleh membaca komik di smartphone masing2.  Menarik kan?  Nanti saya akan berbincang dengan Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas bagi mendapatkan pandangan beliau dan merealisasikan usaha ini.  Mana lah tahu kot2 kerajaan negeri bersedia beri sikit dana. Hehe.  Dalam masa yang sama saya dan beberapa orang rakan akan merangka kursus perkhidmatan pelanggan kepada polis pelancong.  Idea ini saya dapat semasa temubual polis pelancong beberapa tahun lepas.


Esok pula saya akan hadiri Anugerah Bestari 2017.  Nama saya tersenarai sebagai penerima Anugerah Penilai Dalaman geran FRGS.  Tapi esok pagi saya ada kelas dari 8am-12pm.  Mungkin jenguk sekejap kot event tu nanti.

Setiap Ahad saya akan ke UIA, Pagoh, Muar untuk part time lecturing di Kuliyyah Languages & Management.  Kelas saya ada 40 orang semuanya termasuk beberapa pelajar antarabangsa.  Seronok mengajar di UIA kerana persekitaran yang berbeza dengan tempat kerja saya di UiTM.  Saya mengajar mereka Tourism Planning.  3 jam straight waktunya.  Pelajar2 UIA pula sangat participative di dalam kelas.  Enjoy teaching them.


Satu lagi, saya baru saja menubuhkan pasukan RIG bagi tourism program yang dianggotai 6 orang.  Saya sebagai ketua.  Syaratnya agak ketat iaitu ahli2 yang menjadi anggota mesti juga menjadi ketua mana2 geran KPT dan bagi gugusan sosial sains melepasi had RM50,000 kot alaa.. tak ingat la.  Tak kisah la janji saya dan ahli kumpulan saya dah melepasi syarat2 yang mereka nyatakan.  Selepas penubuhan team RIG ini diluluskan senat universiti, automatik team TOURAG (Tourim Research Advancement Group) ini akan berada di tier 5.  Kemudian akan diberi suntikan geran REITS sebanyak RM30 ribu sebagai modal menjalankan beberapa siri penyelidikan.  Dari 30 ribu mesti menghasilkan penjanaan pendapatan dari projek2 yang dihasilkan.  Saya sasarkan dalam masa 2 tahun setelah penubuhan team RIG ini, TOURAG berupaya mencapai tier 4 supaya dapat dia bertukar status kepada Centre of Tourism.  Wow, besarnya cita-cita.  Dalam masa yang sama progres geran FRGS saya sudah cecah kepada 85%.  Bulan Julai 2018 baru habis.  Akan datang ni nanti kalau geran FRGS keluar iklan lagi, saya akan minta lagi.  


Baru sebentar tadi selesai fire drill di UiTM Kampus Bandaraya.  Lenguh juga kaki turun tangga dari level 14 ke bawah dan lintas jalan berkumpul di Apartmen Yayasan Melaka.


Panjang pula entri kali ni.  Sekian, terima kasih sebab sudi membaca.