Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Wednesday, February 12, 2014

Cerita Gout lagi

Ini adalah sambungan dari cerita gout, klik di sini Paras Asid Urik

Kita bertemu kembali,

Sememangnya saya amat berhati-hati di dalam pengambilan makanan.  Orang yang telah terkena sakit gout sememangnya boleh sembuh balik. Biasa 2 minggu, paling lama sebulan, dua bulan jalan seret. 


Tapi kesian juga pada rakan2 kita yang sakit gout kronik macam dalam group FB Gout Malaysia.  Mereka tahap otai, maulana level gout diorang.  So, boleh belek2, scroll info dalam tu lau tengah sakit, menyeret.  Kita akan rasa lega. Believe me, U are not alone.

Setelah kali pertama kita disahkan oleh doktor mendapat gout berdasarkan keputusan asid urik yang tinggi. Maka sejurus selepas itu kalau kita berpantang dengan disiplin yang ketat selama 6 bulan, maka kita buat sekali ujian asid urik. Gerenti akan kembali ke paras normal. Maknanya? kita sudah sihat lah. Tapi bebas dari gout tu belum tentu.


Pantang gout ni sebenarnya ikut jenis darah. Lain orang, lain pantangnya.  Macam saya pantang udang kering, kopi starbuck dan cuka.  Lau elemen tu ada dalam makanan kompom cepat saja kena. 

Saya ada juga test makan seafood, daging lembu, kambing, hati, hempedal dan segala waktu dengannya yang memang pantang untuk gout tapi so far, tak langsung kena attack gout. Alhamdulillah.  Namun begitu, makanan tersebut saya kurangkan pengambilannya.  Makan tu biar berpada brader...


***Walaupun ada di antara pantang yang dinyatakan di bawah ini tidak dibuktikan melalui kajian santifik dengan hasil keputusan empirikal, namun panduan sebegini elok juga diikuti kerana kemungkinan besar ianya adalah hasil penemuan berdasarkan pengumpulan pengalaman dari ramai orang.  Kalau hanya nak bersandarkan kepada kajian saintifik memang tidak terbuat oleh para penyelidik kerana penyelidikan tersebut juga mempunyai pelbagai batasan****


Penulis blog berasal dari Indonesia tersebut menyenaraikan 50 makanan untuk dielakkan.  


50 pantang makan untuk gout --- UNTUK PANDUAN & MAKLUMAN SAJER

1.Jangan minum jus buah dan vitaminC dalam jumlah yang besar karena kombinasi alopurinol dan vitamin c dosis besar dapat membuat urin lebih asam dan menyebabkan batu gnjal
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mi segera seperti mi maggi
6. Elakkan memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb-
7. Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)
8. Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa..
10. Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan dengan horlick.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13. Kurangkan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16. Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning.. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat atau aktiviti lasak (gantikan dengan berjalan)
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga,
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dsb
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
33.. Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39. elakkan pulut, keledek, kentang dan ubi.
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
43. Kurangkan makanan bersantan
44. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto
45. Wajib dihindari:Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
46. Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) -- (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
47. Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL),hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasikonsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
48. Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
49. Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
50. elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing