Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Saturday, September 21, 2013

sekiranya baby berhingus dan batuk kahak

sila tuan2 pergi membaca link ini juga baby berhingus dan ini juga: baby ada hingus lah bang!!

seringkali ibu bapa merasa tidak senang duduk, tidak nyenyak tidur kalau baby mengalami batuk yang kerap ketika tidur kerana banyak kahak dan lendir di tekaknya.

baby akan hanya menangis dan merengek sebab tidurnya terganggu kerana asyik batuk.

apabila dibawa ke klinik, diberi ubat, tapi masih lagi batuk baby tidak kurang.

batuk yang dialami baby adalah disebabkan hidungnya mengalami alergi. lantas mengeluarkan rembesan cecair, iaitu hingus.  oleh kerana baby tidak pandai menghembuskan hingusnya sendiri, maka hingus ini mengalir masuk ke tekak. seringkali kita melihat hidung baby sentiasa berair. hingus itu biasanya akan lebih banyak berkumpul di tekak kerana baby itu sentiasa diletakkan terlentang. jika tidurnya terlentang, maka hingus yang dihasilkan itu berterusan masuk ke anak tekak.

rembesan cecair ini menyebabkan tekak baby mengalami kemerahan akibat radang oleh kuman. justeru, baby akan asyik batuk.  pemberian ubat batuk kepada baby bukanlah satu penyelesaian. seringkali juga ada ibu bapa menjalankan prosedur menyedut kahak baby dengan tiub di hospital.  sesungguhnya ianya adalah prosedur yang menyakitkan bayi anda! dan prosedur itu sebenarnya tidak langsung membantu meredakan batuk yang dialami bayi. setelah disedut, sehari selepas itu, hidung baby tetap juga merembeskan cecair hingus itu lantas cecair itu berkumpul di anak tekak dan menjadi kahak.

apa yang boleh dibuat adalah yang paling mustahak ialah merawat hidung itu terlebih dahulu. disarankan gunapakai ketiga-tiga kaedah di sini:

1.  baby diberi ubat allergy nose, 1.5 ml 3 kali sehari, selepas itu
2.  spray hidung baby dengan cecair sea water - bagi tujuan membersihkan ruang hidung baby, mencairkan hingus pekat dan juga bertindak menghentikan hingus.  selepas itu,
3.  setelah setengah jam menggunapakn spray sea water itu, spray lagi hidung baby dengan spray khas seperti Iliadin yang membantu kurangkan hidung tersumbat. kedua2 spray ini boleh dibeli di farmasi. di klinik pakar kanak2 juga ada dijual. boleh juga bertanya pada doktor anda sekiranya perlu gunakan. tapi spray ini cukup berkesan.

di samping itu:

1.  baby perlu diberi ubat antibiotik bagi mengatasi masalah radang kemerahan di tekak. (sekiranya ada tanda radang). batuk yang berlanjutan ini disebabkan tekak baby sudah merah kerana telah ada radang.
2.  sekiranya perlu, baby juga perlu diberi ubat singulair setiap hari, satu hari sekali bagi menguatkan paru-paru. ini untuk mengurangkan risiko baby anda mendapat asma. saya cukup mengerti dengan hingus yang banyak dan nafas baby yang kedengaran bunyi kahak boleh menyebabkan baby resah dan ibu bapa pula gelisah.
3.  di waktu ini baby juga mengalami kesesakan nafas, maka setiap 3 jam diberi inhaler dengan menggunakan aero chamber.  aero chamber boleh dibeli di farmasi. inhaler (biru) melegakan pernafasan baby. disedut setiap 3 jam sekali. sekali sedut 2 puff. ianya melegakan batuk. 
4. baby juga perlu diberi menyedut inhaler seretide sehari 2 kali, iaitu pagi/malam sebanyak 1 puff sekali sedut.

bagaimanapun bagi item 3 dan 4, pemberian inhaler ini diberikan seandainya baby jelas mengalami kesesakan nafas.  tetapi, walaupun keluarga dan baby itu sendiri tiada sejarah lelah, pemberian inhaler ini tidak semestinya ada kaitan dengan lelah kerana menyedut inhaler itu tidak mendatangkan kesan sampingan. malah ianya bertindak melegakan pernafasan bayi. ada banyak jenis inhaler di pasaran. pakar kanak2 tuan2 boleh syor mana yang sesuai untuk baby tuan2.

malah, seandainya baby mencungap dan nafasnya agak laju, doktor yang peka akan memberinya nebulizer (sedut gas).  cecair nebulizer ini juga bermacam2 jenis. nebulizer itu bertindak 2 perkara sekaligus iaitu 1)  membuka ruang pernafasan baby yang sempit, justeru baby boleh bernafas dengan lebih segar dan 2)  membantu mengurangkan/menghilangkan kahak yang berada di tekak baby.

jika baby dipantau dengan preskripsi rawatan yang dicadangkan, bayi akan tidur dengan nyenyak sekali. dalam masa sehari selepas diberi ubatan tersebut di atas, batuk baby akan berkurangan dengan ketara sekali. selepas itu, kesihatan bayi akan menjadi bertambah baik dalam masa 2, 3 hari dan  terus baik tanpa hingus dan kahak.  ketika ini, ibu bapa boleh tersenyum gembira kerana baby telah sihat.

sesungguhnya batuk kahak bayi ini jika tidak dirawat dengan sewajarnya, maka ianya boleh berlanjutan sehingga sebulan.  adalah dikhuatiri keadaan yang sebegini lama boleh menyebabkan bayi anda diserang jangkitan kuman di paru-paru. pada masa itu paru-paru bayi akan di x ray bagi menentu sahih jangkitan kuman.  kebiasaanya dalam keadaan begini, bayi akan dimasukkan ke wad. 

tetapi ibu bapa masih lagi boleh merawat di rumah asalkan bayi diberi rawatan antibiotik zithromax selama 3 hari. namun, ubat-ubatan seperti yang disyorkan di atas perlu juga diteruskan.

sekiranya ibu bapa ada lebih wang, maka usahakan supaya bayi anda mendapat imunisasi pneumococal. satu dos kosnya adalah rm280 sahaja. di klinik dan hospital kerajaan tidak ditawarkan imunisasi ini.  ianya adalah imunisasi tambahan bagi mengelakkan jangkitan kuman di paru-paru baby.

namun, imunisasi ini tidak menghalang baby anda daripada mengalami batuk kahak dan berhingus. cuma imunisasi ini setidak-tidaknya boleh menghalang jangkitan yang lebih serius. justeru, jika terdapat simptom berhingus tersebut, ianya tidaklah berlarutan dan boleh cepat baik dengan preskripsi ubat yang rendah dos.

walau bagaimanapun, syor saya supaya segera bawa bayi anda berjumpa doktor dengan segera jikalau mengalami masalah kesihatan.  

tetapi permasalah timbul apabila doktor di klinik2 biasa memberi preskripsi ubat yang tidak serasi dengan baby. justeru, keadaan kesihatan baby masih tidak menunjukkan sebarang kemajuan.

kalau masih lagi tidak menunjukkan sebarang tanda penyakitnya berkurangan, terus sahaja berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak (child specialist).  bagi ubatan yang dinyatakan seperti di atas, cuma sediakan rm200-300 (ubat dan konsultansi). walaupun mahal, tapi ianya berbaloi kerana bayi anda akan sihat dengan cepat di samping mendapat nasihat penjagaan yang lebih khusus daripada doktor pakar.  selain berdoa, ini adalah usaha kita sebagai ibu bapa demi memastikan anak-anak sentiasa sihat.

di samping ubat doktor, anda juga boleh beri madu sebanyak 1.5ml 3 kali sehari kepada baby dan disulam air suam.  madu juga boleh membantu mengurangkan kahak baby.

pencegahan:

1.  hidung baby sangat sensitif dan mudah alergik terhadap habuk dan bau-bauan wangi. justeru, pastikan keadaan dalam rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum dan sentiasa bersih. elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh  menyebabkan alergi pada hidung baby. berhati-hati apabila menyapu bedak kerana habuk bedak boleh juga menjadi punca alergi.  kadang-kadang menyapu krim yang mempunyai bau wangi juga tidak serasi dengan pernafasan baby. disyorkan memakai krim atau losyen yang tiada bau yang kuat.

anda sebagai ibu bapa perlu lebih arif dengan keadaan baby.

2.  pastikan baby sentiasa dalam keadaan suhu bilik, iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. kurangkan penggunaan aircon di dalam rumah. jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada baby dan menyebabkannya sukar bernafas. jika cuaca sejuk, pakaikan baby dengan baju yang lebih tebal.

3.  baby memerlukan udara yang bersih dan segar. maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda.   biasanya di kawasan kampung yang mempunyai pokok2 di keliling rumah, memberikan suasana udara yang lebih bersih.  jika tiada, maka memakai alat ionizer di dalam rumah adalah bagus.  amaran!! elakkan bayi daripada bau asap rokok dan segala macam asap.

4.  elakkan baby daripada makan makanan berunsur sejuk. sentiasa beri makanan panas yang dimasak sendiri. elakkan juga makanan berproses.

Monday, September 9, 2013

cara atasi masalah kelemumur pt. 2

hai

nampaknya carta cara atasi masalah kelemumur (klik untuk ke link) di blog ni mendapat rating tertinggi dan berada di senarai teratas topik paling popular dibaca.

aku memang mengerti masalah yang dialami oleh ramai orang sekarang iaitu yang pertamanya adalah menangani kegatalan kulit kepala tu.

hari ini aku telah berkesempatan upload ubat cloderm yang telah aku cakap pada entri yang lepas.



ubat ini macam cecair jernih yang sejuk bila disapu kat kepala. memang mujarab sangat.  sapu dan tenyeh sikit kat tempat yang gatal. ianya ubat antiinflammatory (antiradang) antipruritic (agen yang mencegah atau melegakan gatal).  bergantung kepada tahap keterukan kelemumur, tapi kebiasaannya tenyeh sekali dua je confirm hilang gatal. cara guna ialah, sapu bila gatal.  tak gatal tak payah la pakai lagi iyer.  sebotol dalam rm22-25 camtu. boleh beli kat farmasi.  kat klinik pakar kulit pun ada jual.

oh iyer, dulu2 masa aku kena kelemumur yang teruk berkuping2 tu (apalah nasib), aku terus pegi jumpa doktor pakar kulit atau dermatologist. kos tak mahal pun. hanya rm80 termasuk konsultansi, ubat cloderm tu dan syampu kelemumur.

now, aku dah setahun tak kena kelemumur. alhamdulillah. even sekarang ni dah dekat sebulan rambut aku tak bersyampu, tapi langsung tak gatal. 

dulu2, lau sehari aku tak syampu, dia punya gatal, merenyam sekali

bila gatal, tu maknanya ada aktiviti bakteria/kulat kat kulit kepala. so, bila tak gatal, maknanya sume kulat tu dah mati lah. seiring dengan itu, kuping2 di kepala tu akan tanggal dengan sendiri. tapi dalam masa sama, teruskan penggunaan syampu khas kelemumur tu sampai 2 bulan. kemudian lepas tu, gerenti tiada lagi kelemumur bak salji tu.

nasihat aku ialah, jaga pemakanan dan diet seharian. silalah baca lagi saranan aku kat entri yang lepas tu.

seperkara lagi, di farmasi pun ada jual syampu khas kelemumur. tapi yang terbaik ialah pergi lah jumpa doktor pakar kulit. biar dia tengok dan analisa kulit kepala tuan/puan terlebih dahulu.

Thursday, September 5, 2013

Hero Gaban

bila aku dengar radio sinar, ada satu petikan lagu iklan tu penghujungnya ada melodi lagu gavan atau orang sini sebut gaban.

tahun 1987 dulu masa tu aku darjah 6, memang nak balik sekolah agama cepat2 sebab rtm masa tu tengah hot tayangkan cerita space cop gaban. lau kat sekolah jer, budak2 laki takde cerita topik lain, selain cerita pasal gaban tu. 

muzik tema cerita gaban ni memang menaikkan semangat.  budak2 laki time tu termasuklah aku kalau main je, mesti nak jadik gaban. memang seronok.

taju lagu temanya ialah uuchu keiji gavan.  penyanyi asalnya ialah akira kushida, now 63 tahun masih hebat menyanyi.  dengar khabar kat jepun, tahun lepas 2012, cerita gaban ni difilemkan. tajuknya gokaiger vs. gavan.

hanya budak2 lahir 70an dan seawal 1981 jer yang kenal gaban ni. sebab time disiarkan cerita gaban ni, diorang dah besar.  seingat aku lah, cerita gaban ni kat rtm last 1987 jer. pastu takde dah.

sesiapa nak tengok penyanyi asalnya, sini ada video youtube. lagu gaban ni start pada minit 4:08. nanti dalam tu akan keluar gaban.  dalam tu suara akira still mantap. video ni tahun 2012.



ok, kat sini ada lirik lagu gaban [kredit to http://gabanblog.blogspot.com]. sampai sekarang aku tengah cari maksud lagu jepun ni. mungkin aku nak kena tanya member aku yang belajar kat jepun translate dalam bahasa melayu.

Otoko na n’ darou?
Guzuguzu suru na yo
Mune no enjin ni hi wo tsukero
Ore wa koko da ze Hito-ashi o-saki
Hikari no hayasa de
ashita e dasshu sa

[hey, hey, hey, hey]
Wakasa, Wakasa tte nan da
Furimukanai koto sa
Ai tte nan da
Tamerawanai koto sa

Gavan! Abayo namida
Gavan! Yoroshiku yuuki
Uchuu Keiji Gavan!

Warui yatsu-ra wa tenshi no kao shite
Kokoro de tsume wo toide ‘ru mono sa
Ore mo omae mo na mo nai hana wo
Fumitsukerarenai otoko ni naru no sa

[hey, hey, hey, hey]
Wakasa, Wakasa tte nan da
Akiramenai koto sa
Ai tte nan da
Kuyamanai koto sa

Gavan! Abayo kinou
Gavan! Yoroshiku mirai
Uchuu Keiji Gavan

Wakasa, Wakasa tte nan da
Furimukanai koto sa
Ai tte nan da
Tamerawanai koto sa


Gavan! Abayo namida
Gavan! Yoroshiku yuuki
Uchuu Keiji Gavan!


tapi kan, aku rasa semua orang perasan yang kebanyakan orang sekarang suka cakap bosan tahap gaban, sesak tahap gaban dan macam2 benda negatif dikaitkan dengan gaban. it just doesn't make sense. kalau kuat macam gaban ke, pantas macam gaban ker, berani tahap gaban ke, ok lah. ni semua benda negatif dijolok kat gaban tu. alahai gaban, nasib kau lah. orang kat malaysia ni salah interpret kau.. sebab diorang tak kenal watak kau yang sebenarnya.