Because..i'm worth it

Kadang2 sesuatu yang mahal2 itu dirasakan seperti boleh saja memilikinya apabila kita rasa bahawa kita yakin.

Laju adalah ke depan, bila reverse ibarat ulat bulu tak mati

Etika racer: Jangan jadi orang biul bawak kereta, tak tentu arah dan macam pelesit, mesti ada etika.

You can trust your car to the men who wear the star

Efisien keta, maka tuannya juga efisien.

Kalau takde disiplin, sure rutin harian serba tak terurus

Self discipline is truly and essentially raises one man above another.

Rumah ini rumah kita

Memang benar dek oi, duduklah di kerusi, jangan duduk di lantai saja

Monday, December 19, 2016

Ceramah geran FRGS

Saya diberi peluang untuk memberi ceramah kepada warga Fakulti Tourism, Uitm Melaka seramai 20 orang berkenaan permohonan geran FRGS.  Ada dua sesi.  Saya diberi slot pagi selama 2 jam.  Ceramah tersebut akan diadakan esok 20 Disember 2016.  Kemudian, peserta akan berbengkel sehingga ke petang menyelesaikan proposal projek masing-masing.

Pada 25 November 2016 yang lepas, saya telah menerima anugerah sebagai Ketua bagi penyelidikan berimpak tinggi FRGS daripada pengurusan UiTM Melaka.  Terima kasih kepada KPT kerana beri peluang pada saya untuk menjalankan kajian dalam bidang yang saya minat.  Geran yang diterima tidaklah begitu banyak namun saya tetap gembira.  Alhamdulillah.

Sekian, buat masa ini.  Nak sambung kerja2 yang lain.

Wednesday, September 28, 2016

Ceramah Islamic Tourism & Entrepreneurship Program

28 September 2016.

Sekian lama tak menulis dalam blog ini kerana tidak berkesempatan.  

Pada 17 Oktober 2016 nanti saya dijemput untuk memberi ceramah pembukaan selama 2 jam tentang Islamic Tourism & Entrepreneurship Program kepada delegasi dari Institut Agama Islam Mataram, Indonesia di UiTM Kampus Bandaraya Melaka.

ok.. lari topik..

Sekarang ni, agak sibuk sedikit dengan beberapa penyelidikan berkaitan topik ethnic & heritage, tourism & technology dan visitor typology at nature park.  Penyelidikan dengan geran FRGS juga berjalan serentak bagi topik multiethnic & unity. Dalam masa yang sama juga menjalankan kerja2 hakiki mengajar termasuk bukan hakiki seperti memegang jawatan dalam beberapa jawatankuasa.  

Bagi kursus Philosophy of Tourism yang pada semester lepas peratusan gagal pelajar adalah 67% maka rentetan daripada itu ada pertambahan kelas bagi repeaters. Menjadikan 4 kelas dari asalnya 2 kelas.  Kebanyakan pelajar masih kurang mengerti konsep asas ontologi dan epistemologi. Tapi alhamdulillah sekarang mereka sudah faham.  Cuma konsep post disciplinary saja yang mereka belum faham. 

Bagi kursus Heritage Tourism juga, peratusan gagal semester lepas menjangkau 33%.  Analisis saya adalah pelajar kurang belajar dengan tekun.  Tapi saya percaya pada semester ini bagi yang mengulang kursus, mereka akan mendapat keputusan yang baik.

Dalam masa yang sama masih lagi berbaki 1 artikel yang dijemput oleh Journal of Islamic Marketing untuk saya ulas (review).


InsyaAllah ada kesempatan saya menulis lagi dengan entri yang best2.  

Thank you for visiting and reading my blog!! Harap pembaca semua di dalam keadaan sihat walafiat dan gembira selalu. hy

Wednesday, June 15, 2016

KEBULURAN DI ETHIOPIA

15 Jun 2016

Sejak bulan Ramadhan ini, saya melihat ada beberapa foto di facebook tentang kebuluran warga Ethiopia yang menyayat hati, terutamanya di kalangan kanak-kanak.  Ianya memang menyedihkan. Lantas saya terfikir kenapa Ethiopia jadi begitu.

Sejak krisis kebuluran di serata Ethiopia 1983-1985, seluruh dunia mengenali Ethiopia dan ramai negara yang membantu. (sebenarnya apabila saya klik google, kisah masalah Ethiopia sudah sedia wujud semenjak kurun ke 9 lagi yang mana ketika itu kawasan tersebut dilanda wabak.  Wabak apa tak tahu la pula saya, mungkin kena buat kajian sedikit).

Saya terus mencari punca kebuluran di Ethiopia.  Akhirnya saya terjumpa satu laman web yang menerangkan perihal masalah di Ethiopia di pautan http://www.africaw.com/major-problems-facing-ethiopia-today

Saya telah terjemahkan teks asal kepada Bahasa Melayu agar kita sama-sama dapat manfaat.  Walaupun begitu, ada beberapa isi kandungan teks tersebut tidak dapat saya memberi kesahihan berkenaan dengan beberapa fakta yang dinyatakan.  Kena buat sedikit usaha mencari sumber bagi menyokong beberapa perkara yang dinyatakan di dalam teks.

Walaupun demikian, sekurang-kurangnya penulisan ini memberi gambaran awal dan kefahaman yang jelas berkenaan apa yang sebenarnya yang terjadi di Ethiopia sehingga ramai rakyatnya kebuluran.

Semoga bermanfaat. hy

Terjemahan:

Ethiopia adalah negara kedua paling ramai penduduk di seluruh benua Afrika dengan jumlah penduduk kira-kira 92 juta orang dengan kadar pertumbuhan sekitar 3.6%.  Ethiopia berkongsi sempadan dengan negara Kenya di selatan, Eritrea di utara, Sudan di Barat dan Djibouti dan Somalia di Timur.  Corak sempadan sebegini menjadikan Ethiopia seolah-oleh terkepung dengan negara-negara tersebut.  Ethiopia mempunyai jumlah keluasan tanah kira-kira 1,100,000 kilometer persegi.

Ethiopia mempunyai sumber kekayaan semula jadi seperti emas, potash (bahan mineral yang mengandungi potassium – saya sebenarnya tidak faham apa fungsinya, kemudian saya akan kaji), gas semula jadi seperti metana, tembaga, platinum dan lain-lain.

Pada masa ini, beberapa sektor ekonomi di Ethiopia semakin rancak membangun terutamanya dalam bidang infrastruktur hasil daripada pelaburan China yang besar di bahagian Afrika dan juga berkait rapat dengan projek-projek kerajaan yang bertujuan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Millenium bagi mencapai status negara berpendapatan sederhana pada tahun 2025.  Antara 2013 dan 2014, pertumbuhan KDNK Ethiopia adalah sekitar 10.6%.  Jika dibandingkan dengan negara jiran, Kenya meningkat hanya 4.8% dalam tempoh yang sama manakala Rwanda hanya 7.9%. Ini adalah berita baik kepada pelabur dan menunjukkan Ethiopia mempunyai potensi untuk pelaburan. Menurut penilaian terkini berkenaan tahap kemiskinan oleh Kumpulan Bank Dunia, kemiskinan di Ethiopia jatuh dari 44% pada tahun 2000 kepada 30% pada tahun 2011.

Walaupun kadar itu jatuh, masih lagi terdapat 37 juta penduduk di Ethiopia bergelumang dalam kemiskinan dan mengikut statistik Bank Dunia, yang paling miskin di Ethiopia telah menjadi lebih miskin dalam erti kata bahawa, harga makanan yang tinggi yang meningkatkan pendapatan bagi ramai petani, memberi cabaran bagi golongan miskin di luar bandar untuk membeli makanan.

Ekonomi Ethiopia banyak bergantung kepada pertanian (kira-kira 45% hingga 50% daripada KDNK).  Oleh kerana itu, sektor tersebut terdedah kepada masalah kemarau berpanjangan dan bencana banjir.  Kedua-dua keadan ini merupakan fenomena alam yang sering berlaku di Ethiopia lantas melumpuhkan keseluruhan ekonomi dan kesannya menyebabkan kebuluran.

Buta huruf adalah satu lagi sebab utama mengapa Ethiopia dihimpit kemiskinan.  Pemimpin Ethiopia pada hari ini tidak banyak memberikan perhatian kepada pendidikan.  Ethiopia mempunyai kadar buta huruf setinggi 49% dengan kadar celik huruf wanita berlegar sekitar 41%.  Ini menunjukkan hanya kira-kira 41% daripada penduduk wanita berusia lebih 15 tahun boleh membaca dan menulis.

Disebabkan oleh kemiskinan dan kelaparan, kebanyakan kanak-kanak terpaksa berhenti sekolah.  Ada juga kanak-kanak dipaksa kahwin, terlibat sebagai buruh kanak-kanak, penyeludupan kanak-kanak dan terkini, pelacuran di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kanak-kanak di Ethiopia juga terlibat di dalam perniagaan kecil-kecilan terutamanya di sepanjang jalan-jalan utama bandar-bandar besar seperti Addis Ababa (ibu negara Ethiopia yang mempunyai penduduk kira-kira 5 juta orang), Dire Dawa, Adama atau Nazret, Gondar, Dese atau Dessie, Mek 'ele, Jimma dan Bahir Dar.

Ethiopia juga mengeluarkan hasil kopi dengan nilai eksport sekitar 400 juta dollar setahun.  Namun, nilai tersebut adalah sangat rendah berikutan harga pasaran antarabangsa yang merudum (saya mencelah:  di sini saya tidak pasti adakah kerana kopi dijual dengan harga yang murah di peringkat antarabangsa ataupun ada pihak yang mengambil kesempatan membeli kopi dari Ethiopia dengan harga yang murah).  Justeru, keadaan ini juga menyumbang kepada kegoyahan ekonomi Ethiopia.

Isu alam sekitar seperti pencemaran air (akibat daripada sektor pertanian dan perindustrian), kemusnahan tanah yang sering membawa kepada desertifikasi (proses merosotkan alam sekitar, iaitu tanah subur menjadi tidak produktif seperti gurun) dan kemarau teruk semakin mengancam banyak nyawa di Ethiopia hari ini.


Tadbir urus yang kurang cekap dan rasuah adalah masalah utama di kebanyakan negara di Afrika. Kebanyakan ahli politik di Ethiopia pada hari ini terlibat dengan rasuah.  Antara mereka juga ada yang tiada pengalaman mentadbir negara.  Tadbir urus yang lemah, rasuah dan ketidakstabilan politik menyebabkan ramai pelabur lari meninggalkan Ethiopia. 

Tamat.