Monday, April 30, 2012

Perjuangan belum selesai

selama kita hidup ni memang perjuangan tetap tidak akan selesai.  macam2 jenis urusan perjuangan. ada yang baik, ada yang memanfaatkan ramai orang, ada juga yang menyusahkan orang lain.  para pemimpin yang berjiwa rakyat setiap harinya menyelesaikan masalah rakyat, membangunkan ekonomi rakyat di wilayahnya, mesyuarat sana sini demi kesejahteraan rakyat.  para guru dan pensyarah yang ikhlas menyampaikan ilmu bermanfaat. para saintis sosial dan perubatan yang meneroka ruang lingkup penemuan baru untuk kesejahteraan orang ramai. askar laut/udara/darat dan polis/polis marin/polis hutan yang menjaga perbatasan dan keamanan negara. mereka itu ibarat nukleus.  di dalamnya pula ada nuklei iaitu kehidupan rakyat yang mewarnai sesuatu wilayah dengan pelbagai aktiviti.

jika boleh mahu saja saya melukiskan satu model peaceful sustainability di sini. tapi tidak pandai macam mana nak mencoretkan model itu di sini.

saya suka melihat pada masa sekarang ramai orang suka pergi melawat pameran buku dan membeli buku2.  biasalah perkara ni.  tapi yang saya suka adalah sekarang ini telah ramai lahir penulis2 dari kalangan melayu.  tapi penulis2 ini hadir di kalangan penulis2 buku2 bacaan ringan seperti komik, novel dan buku2 motivasi.  sangat kurang penulis melayu yang menulis buku2 ilmiah.

saya adalah salah seorang yang bertanggungjawab memenuhkan buku2 ilmiah di perpustakaan dengan membuat pemilihan dan memberi syor buku2 yang patut ada di rak buku.  berjalan dan berpusing2 di pesta buku boleh menjadi pitam kerana kurangnya penulis melayu yang menulis buku ilmiah.  ini satu cabaran besar kepada semua warga pensyarah universiti di malaysia.  penulis cina dan india juga masih lagi kurang jumlah penghasilan buku2 ilmiah.  kenapa perlu? sebab kita di malaysia.

sebelum mengorak langkah jauh, hanya buku2 tulisan mat salleh sahaja kita sandarkan.  tapi bagi pensyarah yang sudah 5-10 tahun mengajar kursus yang sama, saya kira beliau amat pakar dalam situasi malaysia dan berupaya menulis buku.  tidak usah lagi fokus kepada modul. terus saja menulis buku! kena pergi bengkel menulis buku.  tapi tiada makna sekadar pergi tapi selepas itu tidak menulis. tiada masa? carilah sikit mana2 masa yang ada. jangan fikir royalti dan naik pangkat kalau tulis buku. tulis lah dengan penuh minat dan keazaman tinggi kerana anda ada perjuangan yang belum selesai.

0 comments:

Post a Comment