Friday, March 14, 2014

baby berhingus dan batuk kahak

saya lihat dalam carta top 5 ramai yang ingin mengetahui bagaimana mengurangkan hingus baby. kahak yang berkumpul di rongga kerongkong baby adalah disebabkan hingus.

oleh kerana baby tidak pandai menghembuskan hingus, maka banyak alatan bagi menyedut hingus baby yang dijual di pasaran.

namun tidak semua yang berkesan. saya mengesyorkan bagi ibu bapa untuk membeli 'nasal aspirator' yang dijual di farmasi. harga lebih kurang dalam rm15-17.



jika tuan2 ingin menyedut hingus baby pastikan beli alat seperti yang di atas sebab ianya sangat berkesan dan langsung tidak menyakitkan baby.

cara guna amat senang.

1. baringkan baby dan minta orang lain pegang kepala baby. mungkin kedua2 tangan baby juga perlu dipegang sebab baby akan berasa takut dan ingin meronta. jangan dipegang terlalu kuat.

2. hujung berbentuk tirus dimasukkan ke dalam hidung baby yang berhingus.

3.  setelah itu tuan2 sedut hingus baby menggunakan hujung yang satu lagi berbentuk leper itu.

4.  hasil daripada sedutan akan mengeluarkan hingus dengan AMAT MUDAH dan hingus akan berkumpul di dalam kantung.

5.  selesai. tuan2 boleh keluarkan hingus daripada kantung dan boleh dicuci alat ini dengan air bersih.

setelah hingus baby dikeluarkan nescaya si kecil comel akan boleh bernafas dengan lancar.

tiada hingus, tiada kahak. 

0 comments:

Post a Comment