Tuesday, February 7, 2017

Berhati2 dengan scammers

Saya mengucapkan tahniah kepada beberapa pertubuhan ataupun media sosial yang bermanfaat di bawah label medical mythbuster, pseudoscience watch, root of science, antara beberapa nama dari banyak lagi sukarelawan yang bertindak memberi pendidikan dan membongkar mitos, syak wasangka, prasangka, kecelaruan, merungkai kekeliruan serta penipuan yang sudah banyak terjadi di dalam masyarakat.  Bukan setakat satu atau dua kes, malah pembohongan yang dilakukan oleh pihak berkepentingan adalah tidak putus-putus.  Kumpulan ini licik dengan hujah berpaksikan sains dan penemuan data empirikal dari jurnal.  Kepada golongan yang terpengaruh dek kerana kedangkalan ilmu atau juga sangat mudah terkesima akan terus terpedaya.

Mujurlah ada page di facebook seperti Medical Mythbuster yang dianggotai oleh kebanyakan pengamal perubatan bertauliah, Root of Science dan Pseudoscience Watch yang sentiasa memerhati gerak geri 'scammers' ataupun penipu-penipu ini.  Jika anda ikuti page2 mereka tersebut, sudah banyak pembongkaran yang telah dilakukan mereka.  Syabas saya ucapkan.

Sebagai seorang ahli akademik saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berhempas pulas mencari bukti sahih bagi mematahkan hujah2 penipu-penipu ni.  Sesetengah golongan kaki auta ini meyakinkan orang ramai dengan dapatan2 kajian yang sangat2 menyeleweng.  Malah, dapatan kajian itu tidak wujud, sangat lemah, terbit di jurnal yang disenarai hitam dan sampel yang sangat kecil dan tidak signifikan.  Kesemua ini digarap dengan sempurna, dipakej dan dijual bagi meyakinkan orang ramai.

Saya bersimpati kepada nasib yang menimpa Pseudoscience Watch (PW) tempohari yang disekat page mereka oleh Facebook gara-gara bersatunya hati golongan scammers yang menjatuhkan PW. Namun, sekarang PW sudah bangkit semula, ditunjangi oleh ramai pertubuhan terutamanya Medical Mythbuster.  Di belakang mereka, ada penasihat undang-undang.  Jadi, mereka tidak takut dengan suara yang sungguh menggegarkan.  Berani kerana benar.  Sangat mudah mematahkan hujah mereka iaitu dengan mencari dan menyelongkar kebenaran.

Saya masih lagi teringat seketika dahulu pada 2013, saya pernah menyelongkar pembohongan artikel yang tidak masuk akal iaitu merenung payudara boleh memanjangkan usia lelaki. Anda boleh baca tulisan saya itu di sini.  Tetapi selepas itu, saya mendapati hampir setiap hari ramai orang yang suka menipu. Tambah kasihan adalah saya dapati yang menipu itu juga orang Melayu.  Melayu tipu Melayu.  Mengapa? kerana duit. Ianya tidak berkesudahan sehingga saya tidak larat hendak menulis bagi pembongkaran penipuan.  

Setidak2nya page seperti yang saya sebutkan di atas telah secara automatik menyedarkan ribuan ramai rakyat Malaysia. Tahniah dari saya.  Teruskan perjuangan kalian.

Saya menyeru kepada penduduk Malaysia supaya janganlah anda sangat mudah terpedaya dengan apa sahaja gerak gempur yang dibuat oleh 'scammers'.  Siasat dengan sedalam2nya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.  Jadilah warga yang bijak!


0 comments:

Post a Comment