Wednesday, June 13, 2012

anak memberontak, nak buat macam mana?

kalau zaman2 mak ayah kita dulu, kalau kita ni memberontak dan mengamuk, hasilnya dapat hadiah batang penyapu, rotan ataupun penampar. paling minimum pun kena cubit, pial telinga. ayah dan mak kita masing2 garang. saya penah menyaksi sendiri tahun 1983 seorang ayah kejar anak dia kat jalanraya dengan tali pinggang.
zaman sekarang dah berubah. ibu bapa sekarang lebih bersikap mesra anak2. namun begitu, melihat kepada fenomena mesra ini, anak2 zaman sekarang pula sudah pandai demand itu ini dan macam2 kerana dia tahu ibu bapanya akan menunaikan permintaan dia.

barangkali kerana anak2 kita majoritinya yang tidak memahami akan erti kesusahan membuat jangkaan yang tinggi terhadap semua permintaannya. lumrahnya, permintaan mereka pasti kita sebagai ibu bapa lunaskan kerana seronok melihat anak2 kita gembira.

tapi, seandainya apa2 permintaan tidak dipenuhi, anak2 akan memberontak, mengamuk, menangis. kadang2 bingit telinga kita mendengar mereka menangis dan menjerit2. tak kurang pula ada yang menolak2 kerusi, pelbagai peralatan perabot dan mengejek2 pula kita ini.

justeru anak tidak takut, langsung terus tiada disiplin. terus-terusan kalau sikap begini, mereka harus diajar!!

tapi bagaimana ya caranya? saya suka melihat kepada satu cerita di tv dahulu, sekarang tidak lagi disiarkan. cerita berkenaan dengan sorang nanny yang diupah oleh satu keluarga untuk mendisiplinkan anak2. nanny adalah seorang yang sangat bersikap tegas dan tidak mudah tunduk pada rayuan dan tangisan anak2. kita juga boleh jadi seperti nanny itu.

dalam satu episod, anak2 tidak langsung mahu berenggang tido malam ngan mak ayah.  mereka takut tido keseorangan sendiri dalam bilik. malam pertama diasingkan, huru hara suasana sebab anak2 asyik menangis, tak mau tido bersendirian kerana takut.  nanny hanya membiarkan. selepas 4 malam, baru anak2 tak takut dan boleh tido dalam bilik masing2.

bagi episod anak2 yang tiada disiplin suka membuat selerak dan tak mau dengar cakap ibu bapa, nannya memberi hukuman, jika tidak membuat apa yang ibu bapa suruh, maka nanny akan memberitahu akan membuang mainan kesayangan mereka dalam kiraan sepuluh. kali pertama, anak2 akan menyangka kita main2 sahaja, namun bila kita membuatnya betul2 iaitu menghumban mainan itu, anak2 akan terperanjat dan terkesima, lalu dia akan terus saja membuat apa yang ibu suruh contoh seperti mengemas bilik mainan mereka atau membuat apa yang papa mama suruh. lama kelamaan anak2 akan ikut cakap kita dan lebih berdisiplin kerana dia tahu kalau tidak buat maka menerima hukuman hilang barang2 kesayangan.

anak2 kita sangat sayang dan sangat rapat dengan barang2 kesayangan mereka. mereka akan berbuat apa sahaja mempertahankan barang milik mereka. satu perkara lumrah dalam dunia ni. kita ibu bapa pun sayang barang2 kita kan?

ada juga ibu bapa yang membawa watak berbeza iaitu menjadi askar - untuk memberi ketegasan dan meningkat tahap disiplin anak2 yang tinggi, watak tok janggut yang alim dan tegas - untuk mendisiplin anak2 sembahyang dan mengaji, watak kak ayu yang penyayang dan suka memujuk - untuk mententeramkan jiwa anak2, watak kak nora, tukang masak yang garang - untuk mendisiplin anak2 supaya makan makanan berzat, watak kak leha yang mengambil alih menjaga anak2 dan macam2 lagi.

kelakuan anak2 menjadi lain kalau ada watak2 ini, seolah2 mereka bercakap dengan orang lain (walaupun hakikatnya itu adalah anda sendiri!!). ianya seperti lakonan. anda akan lihat anak2 berbicara dengan lebih lancar dan santai seperti senang berbual2 dengan kawan2 mereka sendiri.  lantas, akhirnya anda pasti dapat mencungkil apakah sebenarnya isi hati mereka, perasaan dan jiwa mereka yang menyebabkan mereka memberontak.

anak2 takut dengan ibu bapa yang garang dan suka memukul. anak2 menjadi takut. tetapi, dalam hal ini ibu bapa boleh juga memberi provokasi memukul anak2 tapi jangan sampai berlebihan. ibarat pukul di hujung kaki dengan dua jari. jangan sampai memberi kesakitan pada anak2. ingatlah bahawa badan anak2 kita masih lembut. tidak enak diperlakukan secara keras. memukul anak2 dengan kuat sehingga membuatkan mereka terasa sakit tidak langsung memberi kesan dalam mendisiplinkan anak-anak.

kalau anda ibu bapa melibas dan memukul anak2 dengan sekuat hati sampai berbirat2 kemerahan ataupun sehingga lebam, ianya tidak langsung mengajar anak, jauh sekali dapat mendisiplinkan mereka. cuma dalam hati mereka rasa bertambah dendam dan benci.

berlemah lembut lah dengan anak2 kita. namun, anda juga perlu bersikap tegas dan tidak memberi muka melayan sebarang karenah basi anak2. kita tidak mahu anak2 kita menjadi terlampau manja. asuhan dan didikan yang sewajarnya juga patut disemai dalam jiwa anak2 supaya mereka menjadi orang yang berdisiplin, menghormati orang2 lain terutama yang lebih tua, menjaga tutur kata dan berdikari.

kita sebagai ibu bapa harus ingat yang sebenarnya anak2 kecil kita selagi mereka masih belum baligh, maka mereka belum matang. malah mereka sendiri tidak memahami dan mengerti mengapa mereka layak dipukul. mereka berkelakuan memberontak, merengek, menangis dan menjerit-jerit adalah lumrah yang tuhan telah wujudkan pada semua kanak-kanak. inilah cabaran kita sebagai ibu bapa dalam membesarkan anak2.

anak2 kita adalah permata kita. mereka juga permata negara. sayangilah mereka dan berilah didikan sewajarnya.  doa anak2 kita ini pasti mengiringi kita setelah kita menutup mata suatu hari nanti.

0 comments:

Post a Comment