Sunday, July 15, 2012

anak kecil anda cirit birit?

biasanya ibu bapa akan menjadi sangat2 risau jikalau baby mendapat sakit ini dan selalunya mereka sentiasa menangis sebab sakit perut. perutnya meragam dan memulas2. begitu juga kita akan kesian sangat2 dan mungkin kita sendiri tak dapat tidur malam sebab anak2 kita 2, 3 tahun tu tak boleh tidur dan asyik berak2 sehinggakan dubur mereka melecet dan merah2. lantas ianya akan pedih kalau terkena air.

sekiranya anak2 kena cirit birit, segeralah bawa mereka ke klinik.  ianya jangan diambil ringan sebab jika berlarutan akan menyebabkan keadaan yang lebih bahaya untuk nyawa anak2 itu.

biasanya dalam keadaan peringkat awal, doktor akan membuat pemeriksaan ke atas anak2 dengan menentukan keadaan pesakit.

jika klinik biasa, doktor akan memberi preskripsi ubat-ubatan lazim jenis air seperti 1) colimix - untuk redakan sakit perut, buang angin; 2) kaolin & pectin - untuk hentikan cirit; dan 3) dehydration salt - untuk ganti semula air yang telah banyak hilang dek kerana cirit birit itu.

ada anak2 yang serasi dengan ubat-ubat tersebut. 

tapi, ada juga ada antara anak2 kita yang langsung tidak boleh tolerate dengan ubatan tersebut, lantas mereka masih lagi menderita kerana sakit perut tidak juga baik, maka pergi sahajalah ke klinik pakar kanak2.

setelah doktor pakar buat pemeriksaan, anak2 biasanya akan diberi ubat:

1)   smecta (dalam peket, berupa serbuk dicampur dalam susu baby) - ianya untuk hentikan cirit;
2)   ubat hexbio (ianya sedap, serbuk putih perisa oren. mengandungi kultur hidup yang baik untuk menguatkan perut) dicampur dalam 5 ml air, terus diberi pada anak, boleh juga makan begitu saja;
3)   ubat colimix - untuk redakan sakit perut dan
4)   disyor anak2 yang masih minum susu lembu supaya tukar kepada susu free laktosa buat sementara waktu.  biasanya susu soya rumusan khas adalah alternatif. banyak jenama di luar sana contoh, isomil, similac lf dan macam2. tapi, antara semua tu rasa similac yang paling sedap dan anak2 boleh terima; 5)   dehydration salt (biasa anak2 x suka minum sebab rasa masin, x sedap).. tak mengapa, galakkan anak2 minum banyak air masak ketika ini. 

lagi satu, elakkan anak2 makan makanan yang manis2. gula2 dan coklat adalah pantang utama ketika mereka sakit cirit birit ini sebab perut masih lemah.

lepas 24 jam makan ubat2 tersebut, anak anda gerenti akan riang gembira semula. lepas 2-3 hari, mereka akan aktif semula dan bolehlah makan semula gula2 dan aiskrim. namun, harus diingat ibu bapa haruslah memantau pemakanan anak2.

cirit birit adalah satu penyakit yang serius di kalangan anak2 kecil. jika lewat dirawat, komplikasinya amat teruk. justeru anak akan terpaksa di hantar ke hospital bagi mendapat rawatan sewajarnya.
rotavirus adalah satu penyakit yang paling ditakuti. ianya boleh membawa maut.  penyakit ini adalah sinonim dengan simpton cirit birit.  seboleh mungkin rawat anak dengan segera. ianya tidak boleh dilengahkan.
jika anda ada wang lebih, berilah vaksin rotavirus pada anak (walaupun ini tidak menghalang mereka daripada terkena cirit birit) tapi sekurang2nya dapat mengurangkan mereka daripada terdedah kepada jangkitan virus yang berbahaya itu. walau bagaimanapun, vaksin ini adalah satu dos tambahan. ianya bukan vaksin wajib yang perlu diambil. kosnya juga agak tinggi dan ratusan nilainya dengan hanya satu suntikan. bagi yang berkemampuan, ianya berbaloi.

0 comments:

Post a Comment