Tuesday, July 3, 2012

sejauh mana kemahiran insaniah di kalangan anak2 kita?

di bawah ini ada satu artikel yang saya anggap sangat bagus untuk diteliti oleh ramai ibu bapa sekarang.

sehingga kini saya mendapati pemerhatian dalam masa 10 tahun ini, ada banyak kes pelajar yang cemerlang semasa di sekolah akan merosot pencapaiannya di universiti. berlainan pula ada pelajar2 yang tidak punya prestasi baik semasa bersekolah namun punya pencapaian yang sangat cemerlang di universiti sehingga memperoleh kelas pertama.  tapi ada juga yang ulat buku di universiti yang fokus kepada pencapaian cgpa tetapi tidak berketrampilan dalam hubungan sosial dan tidak juga punya ciri kepimpinan. ada banyak faktor yang memungkinkan perkara tersebut terjadi. 

walaupun demikian, sehingga kini saya dapati kurangnya atau hampir tiada kajian empirikal di malaysia khusus berkaitan perkara ini. mungkin juga ianya kajian yang boleh kita intai.

dalam hal yang lain, ramai ibu bapa yang inginkan anak2 maju dalam akademik sehingga kadang2 memberi stress pada anak2 dengan pelbagai pengisian tuisyen dan tutorial di rumah. 

pencapaian akademik yang cemerlang itu bagus tapi ianya mestilah seimbang. tapi agak membimbangkan apabila pencapaian kemajuan kemahiran insaniah, kendiri dan jatidiri itu agak kurang di kalangan anak2 kita.

kalau kita membaca, kebanyakan business tycoon tersohor dunia tidak punya kelayakan akademik yang cemerlang. sentiasa saja mendapat markah yang average tapi mereka menjadi tokoh disegani dunia.  apakah kelebihan mereka? rahsianya mungkin mereka punya keyakinan diri yang tinggi untuk memimpin dan mereka adalah risk taker. mereka sangat2 berani membuat keputusan2 yang drastik.  nah, di sinilah berlakunya keseimbangan antara akademik dan kemahiran insaniah. gabungan pengetahuan akademik dengan kewibawaan yang tinggi pasti menjadi sesuatu.

jikalau boleh, keseimbangan ini lah yang harus kita terapkan pada anak2 kita.

sebagai permulaan, seawal anak2 kita 2 tahun, terapkan dalam diri mereka akan erti pengorbanan, jerih payah mencapai kemerdekaan, pahit getir melawan komunis, disiplin dan sayangkan negara.

anak2 kecil kita yang sudah terlampau cerdik sekarang ini seawal tadika yang sudah pandai menggunakan tablet dan telefon pintar masing2 perlu kita bentuk jiwa dan semangat mereka dengan kemahiran insaniah yang juga selari dengan kecemerlangan akademik.

tapi yang agak runcing sekarang ialah di manakah tahap penguasaan kemahiran insaniah di kalangan pelajar universiti sekarang, sehingga ramai yang mudah hilang arah. ini satu kebimbangan jika berterusan pada anak2 kita.

******************************************************************************
Artikel:  pupuk kemahiran insani dalam diri anak, MyMetro 3 Julai 2012.

IBU bapa sanggup berkorban bagi memastikan anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. Malah, ada ibu bapa mengambil guru tuisyen khusus bagi mengajar anak di rumah.

Bagi mereka kecemerlangan akademik anak tidak ada tolak ansur, apatah lagi dewasa ini, orang tidak tanya banyak mana harta yang kita ada, tetapi jika ada anak, orang pasti tanya keputusan yang mereka peroleh dalam peperiksaan UPSR atau PMR.
 Namun, ibu bapa perlu faham cemerlang dalam peperiksaan belum tentu cemerlang dalam pekerjaan.

Baru-baru ini, anak saya yang belajar pada semester akhir pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Pengurusan Perniagaan (pengkhususan Sumber Manusia) menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat bertaraf antarabangsa.


Latihan praktikal itu perlu dihabiskan dalam tempoh lapan minggu. Baru empat minggu, anak saya ditawarkan bekerja di situ sedangkan dia belum lagi tamat belajar.


Apabila dia meminta pandangan saya, saya kata rebut sahaja peluang itu sebab bukan mudah mendapat pekerjaan. Itu satu rekod yang cemerlang dan pihak universiti pasti bangga.

Kejayaannya itu membuat-kan saya seronok kerana sejak dulu lagi saya percaya kemahiran insani adalah elemen penting berbanding kecemerlangan akademik semata-mata.

Bagi pelajar, keputusan peperiksaan itu penting, tetapi apa yang lebih penting ialah kemahiran insani atau ‘softskill’.

Tidak ada maknanya kita cemerlang dengan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, tetapi tidak pandai bergaul.

Kita tidak mampu bekerja dalam satu pasukan dan sukar menerima arahan dan tidak tahu memberikan arahan. Tidak tahu berunding dengan baik agar sesuatu keputusan yang diambil memenangkan semua pihak.

Apabila disuruh bercakap di hadapan, mulalah memberikan seribu satu alasan agar tidak tampil kerana tiada keyakinan diri, gugup, gemuruh dan rasa diri tidak cukup bagus.

Mereka tidak mampu berkomunikasi dengan baik dan setiap kali bercakap gagal mempengaruhi dengan kata-kata serta tiada aura suara yang mengesankan.

Ramai juga tidak mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris yang membuatkan mereka takut bersaing dan bekerja

di syarikat korporat yang besar. Mereka juga tidak pandai menyesuaikan diri dengan bangsa lain yang berbeza warna kulit, agama dan kepercayaan.

Mereka juga tidak memiliki kemahiran bagi memimpin, mendorong dan tidak mampu belajar tanpa pengawasan langsung.

Semua ini membuatkan anak terlepas banyak peluang dan akhirnya menganggur meskipun memiliki segulung ijazah atau diploma yang bagus keputusan CGPAnya.

Jadi, apa maknanya jika cemerlang dalam bidang akademik, tetapi gagal dalam kemahiran insani?
Sebab itulah sejak kecil lagi ibu bapa mesti berusaha menanam aspek kemahiran insani ini. Biarkan anak bergaul sesama mereka dan usah cepat campur tangan.

Jika mereka bergaduh dan bertekak sekali pun, biarkan saja selagi tidak sampai ke tahap mencederakan. Kalau setakat bising itu perkara biasa. Anggap sahaja bising itu irama yang merdu yang satu hari apabila mereka dewasa kita pasti terkenang dan rindu.

Rumah adalah dunia kecil tempat mereka belajar banyak kemahiran insani sebelum mereka berdepan dengan dunia besar di luar yang lebih mencabar diri.

Anak yang dididik dengan kemahiran insani akan mempunyai jati diri dan berintegriti.

Mereka tahu akan tanggung jawabnya. Apakah itu tang-gungjawab?

Tanggungjawab bermakna, apa saja tugas dan amanah yang diberikan akan ditang-gung hingga selesai dan apa juga hasil atau keputusannya perlu mereka jawab. Bukan menyalahkan orang lain atau mencari alasan.

Dengan adanya integriti maka wujudlah nilai murni dalam diri anak. Sikap amanah, jujur, boleh dipercayai, bersungguh-sungguh dan seumpamanya akan tercetus dengan sendiri tanpa perlu dipaksa.

Oleh itu, jika ibu bapa sanggup berhabis-habisan bagi memastikan kecemerlangan anak dalam akademik, maka kenapa pula tidak sanggup berhabis-habisan bagi memastikan anak memiliki kemahiran insani yang tinggi?

Kecemerlangan akademik memberikan anak kita pekerjaan, tetapi kemahiran insani memastikan mereka menjadi ketua eksekutif atau pengarah satu hari nanti.

Sebab itulah dalam program motivasi yang saya jalankan, aspek agama dan kemahiran insani seperti pembentukan sikap, kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta kemampuan bercakap dan berucap di khalayak ramai sangat dititikberatkan.

0 comments:

Post a Comment