Tuesday, November 13, 2012

mencari hikmah

di sebalik ramai orang memberi ceramah agama ataupun motivasi itu ini di mana-mana, sesungguhnya saya langsung tidak tertarik kerana topik yang sudah saya sedia maklum.  melainkan ianya suatu topik yang tidak langsung telinga ini mendengar ataupun mata ini pernah membacanya.

saya langsung tidak pernah mendengar mana2 orang memperkatakan tentang perkara penerokaan dan ekspedisi mencari hikmah. dimanakah ianya berada? ianya terjadi di setiap saat kehidupan kita. adakah kita menyedarinya?

setiap saat pergerakan kita ini samada perbuatan, percakapan, gerak laku, tatacara, perlakuan, gerak hati, ke arah mana kita pergi dan apa2 sahajalah yang kita buat setiap saat itu semuanya telah ditentukan oleh allah swt. kita berjalan ke mana2, kita terlihat sesuatu, kita terjumpa sesuatu, terserempak dengan seseorang, dikecewakan, dimarahi, dipuji, terlihat sesuatu yang sedih, berhadapan dengan situasi gembira, terpesona dengan sesuatu, terpukau, dipukau, gagal, berjaya, jatuh sakit, rasa mengidam, menerima sesuatu berita/mesej/maklumat membuatkan kita bertindak dan segala2nya...semuanya telah ditentukan illahi. hatta di saat saya menulis ini pun semuanya telah ditentukan kerana tuhanlah yang menggerakkan hati saya untuk menulis tentang ini sambil tiba2 pula membuka audio bacaan yassin oleh sheikh mishari rashid. sesuatu yang tidak pernah langsung saya lakukan semasa menulis. jadi, melakukannya pula yang bukan kebiasaan adalah suatu keseronokan.

kita sebenarnya telah lama mengetahui tentang perkara ini iaitu ada orang tujuan hidupnya adalah mencari keredhaan illahi dalam setiap saat, oleh itu dia sehabis baik mungkin menjadi seorang yang paling baik. bagi saya perkara ini mustahil walaupun boleh dilakukan. tapi saya melihat kehidupan ini dari perspektif yang mudah.

terus sahaja kita mencari apakah dia hikmah atau perkara ajaib yang akan berlaku pada kita pada hari ini? jika rencana anda tiba2 sahaja berubah, ianya tentu ada hikmah di sebalik itu. kita cuma tunggu apakah dia hikmah yang datang itu. ianya adalah suatu penantian yang cukup mengujakan sebenarnya. hikmah itu sebenarnya the surprise gift from the almighty.  ianya cukup menyeronokkan kalau kita memahami konsep itu.

kita merancang, tuhan yang menentukan. ini betul. kita biasa mendengar perkataan ilham.  kadang2 tuhan menurunkan ilham dalam sekelip mata dan sesungguhnya ianya tidak akan langsung datang walau berat manapun kita memikirkannya. tidakkah ini keajaiban?

percaturan kita sebagai manusia setidak2nya beberapa peratus sentiasa sahaja lari dari perancangan asal kerana tuhan mengatakan ianya tidak elok untuk kita ataupun apa yang ditentukan terjadi itu samada baik atau buruk adalah untuk membentuk jiwa kita.  orang kata ianya ujian. tidak kurang pula katanya rezeki. bergantung kepada situasi yang manusia itu alami.  ianya terjadi sekelip mata.

kehidupan kita esok hari adalah suatu misteri. kita sepatutnya perlu rasa teruja dan seronok dengan apa yang kita akan hadapi/berjumpa/terserempak dengan perkara2 esok pagi.  kita sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi pada keesokan hari pada diri kita ini. oleh itu, carilah hikmah ataupun keajaiban yang akan berlaku.

orang yang memahami konsep kuasa doa, maka dia akan sentiasa sahaja berdoa dengan penuh pengharapan dan bergantung sepenuhnya pada kuasa illahi tanpa jemu. walaupun begitu, di sebalik doa yang konsisten ini, berdoa sahajalah banyak manapun. hanya dua sahaja. iaitu dimakbulkan dan tidak makbul. tidak makbul bukan kerana banyak dosa, malah banyak kebaikan yang telah kita buat. ianya tidak makbul kerana tuhan menetapkan perkara yang diminta itu tidak boleh kita miliki kerana memilikinya mendatangkan mudarat yang mana akal kita tidak akan sampai memikirkannya. mudarat yang bagaimana? hanya tuhan saja yang tahu.

kalau kita berjalan ke mana2, itulah dia gerakan yang telah allah rencanakan. maka, lihatlah sekeliling, berasalah teruja, apakah dia hikmah yang allah akan berikan pada kita kerana kita sudah berada di tempat itu.  terjadi sesuatu kesedihan kepada kita, itulah dia yang telah allah putuskan, kemudian berasalah teruja selepas itu akan bagaimanakah corak hikmah yang akan tuhan anugerahkan.  pendek kata, kehidupan kita setiap saat yang mendatang, ataupun 5 minit selepas ini adalah misteri, sentiasalah berasa teruja dengan kehidupan kita ini. atau paling ditakuti, nyawa kita telah tiada beberapa minit selepas ini. pernahkah ia berlaku? banyak sekali kes2 sebegini iaitu klasifikasi sudden death. adakah kita mengetahui akan alamat itu?  jika itulah berlaku, bagaimakah pula corak pengisian kehidupan kita ini? saya mengatakan orang yang sudah mati itu pasti akan kesal dan kecewa dengan kehidupan dia kerana ada beberapa siri dalam kehidupannya yang tidak pernah dia hargai. tetapi membincangkan perkara ini adalah di bab yang lain pula. salah satu menghargai kehidupan adalah mencari di manakah hikmah itu berada. saya sungguh berasa teruja membincangkan perkara ini.

semua ini vice versa, hujan tiba2 panas, gembira tiba2 sedih, sihat tiba2 sakit, susah tiba2 senang, jauh tiba2 sekejapan terasa dekat, berat tiba2 terasa ringan, kesempitan tiba2 kesenangan melanda. hikmah itu pasti ada. ianya suatu penerokaan yang cukup misteri. malah perkataan hikmah itu juga sangat unik yang membawa erti kebijaksanaan dari allah swt; ianya juga rahsia; kelebihan atau tujuan sebenar di se­balik sesuatu perkara (kejadian, hal dsb).  maka memahami konsep ini seharusnya membuatkan kita berasa teruja dengan kehidupan ini.

sukar bagi saya menjelaskan perkara ini. setidaknya catitan ini boleh memberi gambaran serba ringkas.  jarang penceramah secara terperinci dan khusus membincangkan penerokaan mencari hikmah ini. ianya suatu ekspedisi. sebagai permulaan, anda boleh mencatitkan perkara2 rahsia kebijaksanaan illahi iaitu hikmah ini yang telah terjadi pada diri anda sendiri. tidakkah ianya suatu keajaiban?

banyak perkara hikmah yang berlaku pada diri saya yang telah saya catitkan. sebagai salah satu contoh:  sekitar tahun 2009 semasa memandu pergi kerja yang jarak dari rumah ke tempat kerja sejauh 58km, mengambil masa dalam 1 jam. pada pagi itu, semasa memandu, hati ini tergerak untuk berlatih azan. maka saya pun menyuarakan azan itu tidak putus2 sepanjang perjalanan dengan nada suara yang cukup kuat sambil mencari2 nada dan lenggok irama yang merdu dan sesuai. sesampai di persimpangan lampu isyarat 4 simpang di mitc ayer keroh, tidak semena2 saya telah tersalah masuk lorong paling kanan untuk ke arah lebuhraya sedangkan saya ingin jalan terus. sungguh fikiran saya mahu ikut lorong yang terus tapi tangan saya belok memasuki lorong kanan. namun, azan masih saya kumandangkan. deretan kenderaan di waktu pagi di persimpangan lampu isyarat semasa orang ingin ke tempat kerja sudah semestinya cukup panjang.  sambil saya leka melaungkan azan di dalam kereta kerana berlatih, tidak semena2, ada satu lori treler 24 tayar dengan lajunya melibas segala2 kereta di tiga lorong.  lori itu pula memang laju sambil terdengar bunyi brek dan lalu betul2 di sebelah kereta saya!! masyaallah.  ianya menyebabkan berlakunya teori domino, hentaman kuat dari belakang dan gelungsur treler yang panjang menyebabkan banyak kereta yang berhenti saling melanggar dan menghimpit kereta2 yang lain.  hatta orang2 yang membawa motor pun semuanya terhimpit.  ianya ibarat gelungsur bola boling yang melanggar pin. setelah puas melanggar berdozen kereta, treler itu bergerak beberapa meter lagi ke hadapan sebelum dapat berhenti.

allah maha besar. ianya kemalangan yang sangat ngeri yang pernah terjadi betul2 di hadapan mata saya.  sejak peristiwa itu, saya menyimpulkan kehidupan kita setiap saat adalah suatu misteri. misteri itu adalah apakah dia yang akan berlaku pada kita. tentunya kita seronok mencari di manakah hikmah itu? pasti ianya milik kita.

0 comments:

Post a Comment