Sunday, December 23, 2012

mati di sana sini

setiap hari saya akan membaca sekurang2nya berita2 di lima akhbar iaitu kosmo, metro, utusan, mstar, the star dan satu lagi laporan2 berita yang dikumpul oleh bernama. kalau tidak baca, saya rasa seperti tidak selesa dengan hidup ini.

selaras dengan pandangan saya sebelum ini berkenaan kita tidak tahu bila kita mati (sebagai menyangkal pandangan sesetengah pihak yang tahu akan tanda-tanda kematian itu), saya berpendapat bahawa kesemua tragedi kemalangan jalanraya yang hampir setiap hari keluar di akhbar merupakan satu perkara mustahak yang perlu difahami oleh semua orang.  pada saat ini kita bahagia, ketawa dan gembira, sesaat kemudian kita sudah tiada di dunia ini. sudah tiada nyawa. tambah menyedihkan, kita masih sedar ketika berasa sakit kerana terlibat dalam kemalangan dan pada masa itulah segala ribuan kenangan pada orang2 yang kita sayang akan menjelma, kita sedih meninggalkan mereka dan akhirnya kita mati. orang yang mati itu sedih. waris juga sedih.

kematiannya mungkin disebabkan kelalaian pemandu lain atau dia sendiri yang lalai memandu atau kenderaannya tidak berada di dalam selenggaraan yang baik. kun fa ya kun, begitulah ketetapan allah swt. tidak boleh kita elakkan. sebagai umat islam, orang mengatakan ianya adalah suratan illahi. walaupun demikian, adakah benar? bersetuju atau tidak jika saya katakan kadar kematian disebabkan kemalangan itu boleh dikurangkan seandainya semua orang menjaga tatasusila dan berhemah semasa memandu. dalam masa yang sama, kenderaan diselenggara dengan baik.

ingatlah, kebanyakan kenderaan pengguna rakyat malaysia tidak berada di dalam spesifikasi keselamatan yang mencukupi untuk melindungi pemandu dan penumpang dari bencana kemalangan.  tidak seperti kereta2 berjenama mewah yang mencecah suku juta hingga hampir sejuta yang mana ciri2 keselamatan pada kereta itu sangat canggih.

maka, dengan itu, beringatlah semasa memandu. ingatlah orang tersayang. jangan diturutkan hati membawa laju sehingga terbabas dan menyebabkan kecelakaan pada orang lain. pastikan kereta diselenggara mengikut jadual.

anda harus ingat, bahawa anda sebenarnya bukan seorang jaguh jika membawa laju. setakat hanya tekan pedal minyak, maka laju lah kereta itu, ianya tidak memadai.  anda sebenarnya tiada kemahiran membawa laju kerana tidak pandai mengawal kenderaan yang terhoyong-hayang apabila kereta berpusing. anda juga panik dalam keadaan demikian.  kereta anda tidak ditala khas untuk pemanduan laju. anda mengambil risiko ke atas diri sendiri se akan2 ingin mencabut nyawa sendiri. anda seharusnya belajar teknik2 memandu laju dengan kenderaan yang ditala khas.

bagi semua pemandu kenderaan berat seperti bas dan lori. jangan suka hati membawa laju di lorong kanan. sudah banyak kali saya mengekori kenderaan berat seperti ini yang suka berada di lorong kanan dengan kelajuan 140kmj di lebuhraya. ianya sangat bahaya!! mereka juga besar kepala. hanya apabila mendaki bukit barulah perlahan. inilah kenyataan pemandu kenderaan berat yang tidak mengendahkan keselamatan orang lain.

saya juga ingin menyorot kesemua kisah penderaan bayi dan kanak2 sehingga mereka mati dalam keadaan yang sangat menyayat hati dan meruntun jiwa seperti dibakar, dibuang, didera teruk.  apa kejadahnya yang terjadi dalam masyarakat pada zaman sekarang ini?

bagi mereka yang mendera, tidakkah ada secebis perasaan sayang pada kanak2 itu? kanak2 wajib disayangi. jiwa mereka suci bersih. jangan memberi kekerasan melampau pada mereka.

bagi mereka yang membuang dan membakar bayi, mengapakah bertindak melakukan seks tanpa nikah? kemudian membuat perkara terkutuk dengan membunuh kejam?  kalau tidak mahu menanggung beban mengandung dan bertanggungjawab, kenapa perlu pancut di dalam? ianya boleh dielakkan dengan cara hubungan seks yang selamat.  kenapa perlu rasa malu? sebenarnya anda malu dengan keluarga dan kawan2.  sedangkan masyarakat tidak rasa anda selamanya bersalah. ianya hanya tanggapan sementara. anda hanya perlu lahirkan anak itu dan membesarkannya dengan kasih sayang. anda juga boleh berkahwin dan anak itu dinasabkan dengan nama bapa sekiranya kelahiran anak adalah dalam tempoh minimum 6 bulan {sila baca entry yang seterusnya bagi hal ini:  anak tah sah taraf}

menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Dr Mohamad Farouk Abdullah, kira-kira 12,000 anak luar nikah dilahirkan di hospital tersebut (mStar Online 22/9/2012).  Ada antara anak2 itu diberi oleh ibunya kepada pusat jagaan tertentu dan jabatan kebajikan.

kepada remaja dan mana2 pasangan yang sudah terlanjur sehingga hamil dan melahirkan anak, maka saya tegaskan supaya jagalah anak itu. biarlah keluarga anda memulau anda asal saja anda menjaga anak tersebut. saya percaya suatu hari nanti, keluarga anda akan menerima anda juga kerana ikatan pertalian darah antara anda dengan ibu bapa tidak akan putus. 

adalah bagus, mana2 lelaki yang sudah merasakan kepuasan dan kenikmatan itu perlulah bertanggungjawab menikahi pasangannya yang sudah hamil.  tebuslah kesalahan itu. jangan biarkan ianya bersarang di fikiran anda sehingga anda menjadi resah. cuma akad nikah dan membayar mas kahwin rm80. maka selesai lah sudah. mulakan hidup baru. sekarang anda hanya berdua. nanti tidak lama lagi bertiga. ianya sesuatu anugerah yang indah daripada allah swt. jangan fikir secara singkat dengan mengambil jalan pintas yang dicemari pemikiran syaitan.

andai lelaki itu tidak mahu menikah dengan anda, maka anda teruskan kehamilan itu dan lahirkan anak itu. anak itu suci tidak bersalah. nasabkan anak itu dengan nama abdullah.  itu adalah anak anda. sekarang ada beberapa institusi yang boleh menjaga anda dan anak itu. bela lah anak itu dengan kasih sayang dan beri pendidikan agama secukupnya kerana suatu hari nanti anak itu akan menjaga dan melindungi anda pula.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment