Tuesday, October 9, 2012

di sebalik pemasangan kamera perangkap hadlaju

sekarang ini sedang giat pemasangan secara berperingkat 831 aes di seluruh negara, ianya adalah tambahan kepada kamera sedia ada di seluruh negara, menjadikan malaysia punya ribuan kamera merata2 di jalanraya.

ini sememangnya memberi tekanan mental yang hebat kepada semua pemandu kereta berprestasi tinggi. hadlaju 110kmj bagi perjalanan yang jauh sepanjang lebuhraya nyata memberi kebosanan. walaupun pihak berkuasa memberi kelonggaran sebanyak 10kmj iaitu maksimum 120kmj tapi ia ternyata tidak membawa sebarang perbezaan ketara.

satu tekanan kepada kebanyakan pemandu kereta.

pada masa sekarang ini, kebanyakan penggemar kereta mengejar kepada kuasa dan prestasi bhp dan tork yang tinggi.  namun, semua ini nyata tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana kamera aes ini berkebolehan mengesan pergerakan kenderaan selaju 300kmj.

ia, tiada faedah membawa laju. rata2 paling laju pun kebanyakan rakyat malaysia pandu hanyalah sehingga 220-230kmj, itupun tengok2 gak jenis kereta. jalanraya di malaysia jika di hiway pun tidak guna membawa laju sehingga 200kmj kerana ia tidak boleh konsisten dengan kelajuan itu kerana pastinya pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan sebab ada kereta  yang bergerak dalam kelajuan sekitar 160-180kmj. paling banyak kenderaan bergerak sekitar 140-160kmj. maka, tiada guna menekan minyak sehingga jarum speedometer mencecah 200-250kmj.  inikan pula hendak mencapai 300kmj.. banyak mana je jenis kereta yang mampu dipakai oleh rakyat malaysia dengan spesifikasi kelajuan maksimum itu, kerana ianya tentulah jenis supercar dan itupun tidak terlepas daripada kamera aes resolusi tinggi itu!!

Oh my god!

pemasangan kamera ini sedikit sebanyak boleh mendisiplinkan semua pemandu dan sekaligus memastikan keselamatan mereka di dalam perjalanan.

saya teringat kepada kamera sebagai salah satu pencegahan pemanduan terlalu laju ini sebagai 'panapticon idea'.  ianya adalah 'monitorial principle'.. konsep panopticism.

di sebalik perkara ini, apakah cadangan bagi mengekang tahap kebosanan dan tekanan mental yang dihadapi dek kerana tidak dapat rev enjin ke rpm yang lebih tinggi?

pada masa ini, sudah tiada gunanya membeli kenderaan yang semata2 hanya boleh dipandu laju. kenderaan yang patut dibeli perlu melangkaui lebih daripada sekadar tork dan bhp yang tinggi. kereta tersebut seharusnya mempunyai ciri2 pintar, penuh selesa dengan bermacam2 aksesori yang mempesonakan.

sekitar 10 tahun lepas, aksesori pemakaian beg udara keselamatan, 4 speaker, pemain cd dan dvd menjadi aksesori yang dikatakan selesa. namun, pada hari ini seiring dengan perkembangan teknologi kereta sekarang sudah dilengkapi dengan 10 speaker, touchscreen monitor dengan pelbagai fungsi seperti gps, dvd, mp3, mp4, bluetooth, ipod, memory card, usb dan macam2, heated seat, lumbar support seat, 8-way electronic seat, push start button, paddle shift, sistem keselamatan canggih (abs, vsc, ebd, eba, asr, dsc, esp), electric parking brake, intelligent keyless entry, automatic quad zone aircon, bi-xenon headlamps with auto washer and smart beam, front and rear sensor.

malah, ada kereta seperti keluaran ford yang sedikit terkehadapan di saat penulisan blog ini, sangat intelligent mampu brek sendiri, parking sendiri dan membaca teks sms! seperti kereta ini hidup bernyawa.

nyatalah kereta dengan ciri2 sebegini amat selesa dan boleh menetapkan pemandunya mematuhi hadlaju 110kmj sepanjang berjam2 perjalanan lantaran 'dibelai' oleh spesifikasi kereta tersebut. selain, berprestasi tinggi, dengan ciri2 yang dinyatakan, perjalanan yang mematuhi hadlaju ini akan menyebabkan para pemandu hilang bosan dan tidak akan terasa penat. ada juga kereta yang mempunyai fungsi mengurut pemandu. alangkah bagusnya teknologi masakini. malah, ada juga kereta yang boleh memberitahu pemandu sekiranya pemandu itu mengantuk! ia adalah sistem drowsines detection.

oleh itu, disarankan belilah kereta yang boleh mempesonakan anda kerana faktor itu menyebabkan anda berbangga memiliki kereta tersebut dan tidak akan bosan menyusuri jalanraya di bawah hadlaju yang telah ditetapkan.

PANDU CERMAT, WANG SELAMAT!!

0 comments:

Post a Comment