Tuesday, February 19, 2013

meteorit menghentam russia

jumaat lepas satu meteorit atau tahi bintang jatuh ke bumi russia. ada orang kisah dan juga orang yang tak kisah tentang berita tu.

tapi saya kisah.

kenapa ye kebanyakan tahi bintang ni asyik jatuh kat sebelah kawasan amerika, russia dan mana2 tempat. jarang betul yang jatuh dekat kawasan asia tenggara. maka saya pun lihat kepada world map yang terbentang luas di hadapan dinding sekarang.

saya nampak ada tiga zon yang luas iaitu, zon benua afrika, zon asia tengah [russia yang paling luas, diikuti, china, kazakhstan dan mongolia yang menjadi central zone dan zon amerika [usa, amerika latin] & kanada. terdapat juga kawasan greenland yang bersebelahan kanada itu, tapi saya berpandangan tahi bintang ni tak 'tertarik' nak ke situ.

makna kata 3 zon ini tersangat lah luas dan menadah sebarang kehadiran hentaman mana2 ancaman angkasa lepas.

berbalik kepada kawasan kita di asia tenggara, terutamanya di semenanjung malaysia, saya berpandangan ada sedikit kepayahan pada tahi bintang ini untuk jatuh di kawasan ini memandangkan sifat bentuk semenanjung itu ibarat kawasan yang terselindung yang diapit oleh sumatera di kiri, borneo di kanan, tanah jawa di selatan dan kombinasi dataran thailand, kemboja, vietnam dan myanmar di utara.

so, terdapat juga betapa luasnya lautan pasifik yang diapit oleh keseluruhan asia tengah, benua australia dan amerika. tidak kurang juga lautan hindi yang begitu luas. kedua2 lautan ini terbentang sangat luas dan memberi peluang besar kepada meteorit untuk menghentam laut. begitu juga lautan artik di utara dan antartik di selatan.

saya juga terfikir seandainya kekuatan ledakan tahi bintang tempoh hari yang menyerupai 30 kekuatan bom atom yang dijatuhkan di hiroshima itu meledak di semenanjung malaysia, maka tempias malapetaka itu tentunya merebak ke seluruh indonesia dan bahagian thailand, kemboja, vietnam, myanmar. ianya satu tragedi. sudah tentu asia tenggara menjadi padang jarak, padang tekukur. saya juga terfikir seandainya tahi bintang yang punya kekuatan sebegitu meledak di lautan pasifik ataupun lautan hindi, sudah tentu akan berlaku tsunami yang cukup dahsyat yang akan menenggelamkan daratan.

saya juga terfikir pada hari kiamat nanti cukup hanya 2 atau 3 tahi bintang bersaiz gergasi menghentam lautan dan daratan, maka pastinya sekelip mata daratan akan lenyap dan semua manusia mati. walaupun tidak dinyatakan dengan jelas bagaimana mekanisme kiamat itu tetapi telah diterangkan dengan teliti di dalam quran akan bagaimana perihal kiamat itu.

pada masa ini, kesemua saintis sedang sibuk mencari serpihan tahi bintang itu. saya juga teruja dengan berita penemuan serpihan ini kerana teringatkan cerita bersiri smallville (cerita superman tu). ada juga ramai individu di luar sana menawarkan hadiah berpuluh ribu ringgit untuk serpihan tersebut.

apabila saya melihat dunia ini [dengan melihat peta dunia], saya dapat rasakan bahawa wujudnya betapa banyak kehidupan manusia yang tidak terkira di muka bumi dengan urusan masing2 dalam kehidupan.

tidakkah berita jatuhnya tahi bintang itu merupakan satu petanda untuk manusia berfikir? adakah ramai orang yang kisahkan tentang di sebalik fenomena itu?

saya seolah2 melihat kehidupan bumi secara zoom out dari ruang angkasa. dirasakan bumi ini begitu kerdil yang berputar mengelilingi matahari. ada juga planet2 yang lebih besar berada di sebelahnya. jika saya zoom in, betapa kompleksnya kehidupan di bumi ini. bumi ini begitu fragile kerana ianya tidak dikelilingi sebarang jenis perisai.

cuma perisai yang ada sekarang ialah laungan azan selama 24 jam [ini adalah teori yang lemah, tapi benarkah?]. andai sudah berhenti azan di muka bumi ini, maka kiamat pasti berlaku. makna kata tiadanya laungan azan, bermakna sudah tiada lagi umat islam di bumi.
hanya sudah tiada umat islam, maka baru lah kiamat itu terjadi. pernyataan ini tidak disebutkan di dalam quran. saya tidak pasti dalil hadis daripada mana sumber setelah mendengar kuliah maghrib di masjid terapung melaka sekitar 2 tahun yang lepas. 




0 comments:

Post a Comment