Monday, February 4, 2013

sabar bro.. sabar

sepanjang pengalaman sudah 17 tahun memegang lesen motor dan kereta, saya rasa entah berapa kali kena maki hamun dengan pengguna jalanraya lain (yang saya ingatlah)

segmen: maki hamun

insiden pertama: tahun 1996 masa tu baru beli motor, maklumlah motor baru, model rg sport, terkial2 lagi. bawa pulak di tengah2 kuala lumpur yang memang terkenal sesak. apa lagi, kena maki dengan moto belakang.

insiden kedua:  tahun yang sama dalam kesesakan jalan tu terkena pulak side mirror kiri kereta orang (tapi tak lah patah). konon, nak jadi baik ler tolong betul2 kan, pastu orang tu turunkan cermin dia maki pulak, terus saja saya jalan meluru ke depan sebab terkejut.

insiden ketiga: tahun 1998 pandu kereta dekat area kl juga. ada mamat moto maki dengan tunjuk 'fuck'. saya pun terpinga2 kenapa. lantak lah.

insiden keempat:  tahun 2002, lori askar tunjuk fuck sebab saya potong kenderaan lain (lagi pun dia still jauh sangat). apa ke hal?

insiden kelima: tahun 2003, entah kenapa tiba2 ada sorang pemandu kereta tunjuk fuck lagi sebab saya potong lori. jarak adalah selamat sebab dia still jauh. saya rasa dia tengah leka memandu, sedar2 dia perasan saya tengah potong kenderaan. agaknya dia terkejut.

insiden keenam:  tahun 2004, mentang2 ler masa tu saya drive kancil, 850 ex (nak juga beritau cc), dalam keadaan jalan yang sesak, saya sudah beri signal kanan untuk masuk lorong kanan, sudah lama betul, akhirnya dapat juga masuk. tapi orang belakang macam bengang tak beri laluan (sedangkan luas lagi jarak). dihon nye saya dan kemudian dia jadi samseng masuk lane tengah. saya tengok proton saga lama dengan tinted gelap tak ingat, dia turunkan tingkap mamat tu tunjuk penumbuk dan maki hamun sambil tuding jari. saya pula senyum dan beri tabik. pastu dia speed tinggalkan saya sambil cilok depan dengan jarak kelegaan yang hampir langsung tiada. perhhh.

insiden ketujuh:  tahun 2004 masih lagi memandu kancil, mamat moto samseng pula tuduh saya himpit dia jalan. siap tunggu saya kat depan tu!! tapi saya buat donno teruskan perjalanan dengan mamat tu bengang sambil kata dengan kuat perkataan fuck dan lancau.

insiden kelapan: tahun 2013. masih dalam kesesakan lalulintas. saya nak masuk kanan tapi kereta hadapan terlampau banyak. kereta-kereta belakang saya pun banyak. kereta yang dibelakang saya ialah peugeot 508 standard siap hon saya dua, tiga kali suruh saya masuk simpang. gila ke apa dia? saya buat donno saja.

insiden kesembilan: tahun 2013, still dalam kesesakan jalan, tapi jalan yang sempit. saya ikut jalan saya. masa selisih dengan kereta sebelah, terlihat juga orang tu tunjuk fuck pada saya. maka jadi hairan lah saya.

segmen ala-ala samseng:

ini lah dia pengalaman saya yang tak terkira banyaknya yang terjadi di jalanraya iaitu ramai orang suka tunjuk lagak semasa memandu kereta yang tiada langsung atau kena mengena dengan saya (sebab saya bukannya ada hutang duit dengan sesiapa pun).

1)  memotong saya dengan kelajuan yang laju dalam jarak yang sangat rapat.
2)  memotong kereta lain dan tiba-tiba mencilok di hadapan, kemudia dia membrek serta bergerak perlahan.
3)  mengekori di belakang dengan jarak ibarat bumper to bumper.
4)  mengekori di belakang dengan memberi hi-beam beberapa kali dengan tiada sebab di jalan yang kosong.
5)  menahan kereta saya, bila tidak dipeduli, mereka start enjin dan mula mengejar.
6)  memotong saya dengan perlahan, sambil main2 bunyi ekzos.
7)  ada kenderaan yang tengah memotong ni, sambil tu pula dia berjalan beriringan dengan saya sambil turun tingkap dan tengok2 siapa saya.

itu saja yang saya ingat. mungkin ada banyak lagi.

ok, bagi segmen maki hamun dan ala2 samseng itu yang terlibat di dalam pengalaman saya itu adalah rata2nya terdiri daripada etnik melayu.

saya cukup hairan dengan tingkah laku mereka ini. bila di luar sangat sopan dan santun, namun apabila menunggang moto (ala2 rempit?) dan memandu kereta (berlagak?).  gelagat kedua2nya seperti samseng pula.

saya berpendapat haruslah ada ceramah agama ataupun mana2 pendakwah kupas tajuk ini:  sopan di luar, samseng di dalam. tajuk bagi catchy sikit. lepas tu, digesa supaya pihak media selalu bagi sikit pedoman pada setiap lapisan rakyat supaya mereka berhemah di jalanraya.

setakat yang saya bengang sehingga saat ini adalah pemandu peugeot 508 standard itu.  ianya sering nampak dan pemiliknya melayu.  sudahlah, jangan lah nak berlagak dengan hon orang tak tentu pasal. i know the car worths at least rm154,000. ingat anda seorang yang mampu pakai? saya sudah pandu uji 508 sebanyak dua kali tapi model premium (worth 170k). saya tahu kereta tersebut punya enjin yang sangat berprestasi kerana ianya adalah enjin turbo.

tapi saya juga punya pengalaman sendiri terdapat model ferrari, porsche, lexus, skyline gtr dan jaguar pernah berada di belakang saya di kesesakan lalulintas. tapi mereka sangat sopan. tidak pula dihon nya saya yang pakai kereta yang dimiliki oleh orang kebanyakan. apabila mereka memotong, saya lihat mereka bukan melayu.

pengalaman saya sendiri ada sebuah nissan teana, pemandunya adalah seorang cina siap angkat tangan pada saya suruh saya jalan dulu kerana dia ingin jalan perlahan-lahan di hiway.

berlainan pula dengan melayu di brunei yang memandu kereta2 mewah...sangat2 mewah. mereka ini penyantun orangnya dan tidak berlagak di jalanraya.

tapi kenapa orang2 melayu malaysia ni sangat berbeza?

pdrm dan miros kata orang malaysia ada masalah sikap negatif semasa memandu dan menunggang. 

jalanraya itu 'panas', jadi kita janganlah pula panas hati dengan orang lain. kita sama-sama guna jalanraya itu. kita kena berlembut hati. kena bertolak ansur. kena sopan santun.  kena berbaik-baik dengan pengguna lain.  kena cermat dan hati-hati. kita semua masing-masing ingin sampai destinasi dengan selamat.

walaupun jalanraya itu diselenggara baik dan permukaannya yang rata sangat sesuai untuk berlumba, maka ingat lah, apabila anda kemalangan anda akan berasa sakit kerana 1) cedera ringan; 2) cedera parah dan hasil yang berikutnya adalah keberangkalian 3) mati.

kemalangan itu pula terjadi atas tiga perkara iaitu 1) faktor diri sendiri; 2) faktor kenderaan dan 3) faktor ancaman luar (iaitu kelalaian orang lain).  dalam rekod polis, item 1 dan 2 yang banyak menyumbang.
satu lagi, kereta anda itu sangatlah cantik dan berkilat. hargailah kereta anda. please jangan libatkannya dalam kemalangan [reverse psychology].

kemungkinan besar tulisan ini menyebabkan ramai melayu marah kerana saya menulis dengan tiada bukti (dengan menuduh melayu). mungkin mereka juga menuduh cina dan india juga samseng di jalanraya. tapi, kenapa mesti marah?

saya pasti tiada kajian empirikal tentang corak perilaku memandu antara cina, melayu dan india di malaysia. tentunya ada perbezaan. sila lah buat kajian.










0 comments:

Post a Comment