Wednesday, February 6, 2013

derita cinta - jamal abdillah

best pula dengar lagu ni. melodi dia best [tanpa beri perhatian pada lirik]. sambil menulis blog ini, saya berulang2 kali dengar lagu itu.

hari ini, harian metro highlight salah satu beritanya tentang seorang nenek, 74 tahun terbabas masuk longkang di hiway. dia jadi terpinga-pinga sambil hairan macam mana kereta kancil dia boleh masuk longkang. 

saya terus saja teringat kejadian yang serupa terjadi pada diri sendiri pada 2007. cuma bezanya saya terbabas di selekoh tajam, masuk parit yang sangat besar dan luas yang menenggelamkan kereta dalam keadaan hujan. ianya berlaku dalam sekelip mata.

yang boleh saya ingat kereta berpusing dua kali sebelum terheret menjunam ke dalam parit besar itu.  mujur pada masa tu tiada sesiapa.  semasa saya terjatuh terperosok dalam parit tu, jantung saya berdegup amat kencang dan saya dalam kebingungan.  saya cuma ingat cinta hati saya -- my car, instead my safety.  kerana 2 minggu sebelum itu saya telah belanja rm600 untuk repair fender, cermin hadapan dan lampu signal yang pecah kerana terlanggar sekawan lembu. jauh di dalam hati saya, saya berasa derita.

saya tersekat di dalam kereta, langsung tidak boleh keluar kerana pintu stuck. saya cuma terajang pintu sekuat hati selama berdozen kali [dalam fikiran cuma nak pecahkan cermin kereta sahaja -- tapi tak sampai hati]. akhirnya terbuka juga. saya cuma mau bergegas keluar [kerana khuatir minyak akan bocor yang akan menyebabkan letupan].  selepas berjaya dibuka pintu, saya memanjat tebing parit yang berlumpur. oleh kerana licin, maka beberapa kali juga saya tergelincir. akhirnya saya dapat keluar.

orang yang pertama yang perasan saya ialah seorang india [dia ternampak kepala saya terjulur keluar].  dia bantu saya untuk pergi ke klinik kesihatan berdekatan, tapi saya kata tak apa, cuma bawa saya jumpa dengan kawan di politeknik merlimau. terima kasih pada kawan saya shahril dan isterinya linda yang perihatin membantu saya.

walaupun tidak seteruk mana, tapi inilah rupanya keadaan kereta saya tu.


keempat-empat tayar abis bengkok.  sebelah kanan itu habis terperosok ke dalam. adalah dalam sebulan lebih kereta itu dibaiki.  saya juga rasa derita kerana beberapa bulan sebelum itu saya sudah berhabis untuk bodykit. namun, itu semua sudah tiada.

setelah dibaiki dengan kos berbelas ribu, maka inilah hasilnya:



cantik sudah kereta.  selepas kemalangan itu, saya tetap lagi drive kereta ni selama 3 tahun. dalam masa yang sama, saya telah belanja beribu ringgit untuk naik taraf sistem brek, tayar, enjin, suspensi dan lain-lain.

dalam masa itu juga, saya cuba atasi fobia memandu. agak lama. mengambil masa 6 bulan untuk benar2 pulih dan yakin semasa memandu. dalam masa yang sama saya banyak belajar tentang teknik2 kemahiran memandu laju dan teknik drift.

namun, selepas 3 tahun guna kereta ini mula sentiasa meragam sehingga saya penat berhabis duit membaikinya. lalu saya hadiahkan kereta itu pada ayah saya.  manakala, saya pula membeli kereta baru.

now, kereta itu sudah berusia 11 tahun dengan perjalanan mencecah 400 ribu kilometer. sekarang ianya masih dalam keadaan elok lagi kerana dijaga oleh ayah saya [yang ada kemahiran kejuruteraan mekanikal kelas satu semasa dalam askar]. cuma sekarang, cat pada kereta ini nampaknya sudah luntur, pudar dan ada beberapa bahagian yang mengelupas. perlu disembur cat semula.  saya juga ada impian, kalau ada bajet - kumpul sikit2 hendak naik taraf kereta ini lagi.

kereta itu lah cinta hati pertama saya.  walaupun pernah hidup menderita dengan dia, namun ironinya ianya adalah kenangan terindah... perghh ayat sedih jer..

sebab itu lah dalam tulisan blog saya ini, saya selalu ingatkan semua orang jangan memandu laju dengan semberono tanpa ada belajar apa-apa kemahiran dan kereta tersebut ibarat tong kosong tanpa ada apa-apa sistem keselamatan.

saya sudah mengalaminya. cukup lah. ramai orang yang cukup hairan saya boleh terselamat kerana kalau diikutkan daripada siasatan polis dan kesan brek, nyatanya kereta saya bergerak dalam keadaan yang terlampau laju.  tuhan masih sayangkan saya. alhamdulillah. pada masa itu, dirasakan masih lagi boleh bernafas adalah nikmat yang paling tinggi allah pernah kurniakan.

0 comments:

Post a Comment