Friday, July 5, 2013

Apa itu Jonker Walk

boleh juga baca: Keliru Jonker Walk

baru-baru ini ketua menteri melaka, datuk idris harun menyatakan dengan tegas untuk menutup jonker walk.

kenyataan beliau adalah paling bagus dan keputusan yang paling bijak.  sekali dengar sahaja, terus saya bersetuju.  walau bagaimanapun, kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi dari ramai orang.


saya pasti ramai yang tidak faham apakah itu jonker walk sebenarnya. sebelum tahun 2000, perkataan 'jonker walk' ini tidak pernah wujud di dalam kamus negeri melaka. yang ada hanyalah chinatown.  


kalau ditolak tepi oleh orang yang tinggal di negeri lain, saya berani kata bahawa orang melaka sendiri tidak mengerti apa itu jonker walk. tambah-tambah lagi mereka itu juga keliru dengan jonker street.


jonker walk itu adalah sebenarnya dikatakan pasar budaya ala-ala pasar malam yang dibuat di kawasan chinatown, terutamanya di sepanjang Jonker Street.  ianya adalah barisan majoriti peniaga cina yang bertumpu berniaga di sepanjang jalan hang jebat atau dikenali sebagai jalan jonker.  selain jalan hang jebat, jalan-jalan lain juga terjebak di dalam aktiviti peniaga-peniaga pasar malam yang mendirikan meja berniaga, ibarat susunannya seperti pasar malam yang biasa kita lihat di mana-mana tempat.  cuma beza ialah di situ tiada barangan mentah dijual seperti daging, ayam, bawang dan sebagainya. boleh disaksikan ramai peniaga cina yang menjual kain baju, barangan aksesori tiruan, makanan, cd dan macam-macam.


dikatakan semasa penubuhan cadangan the 'so called' pasar budaya ini adalah bagi menarik lebih ramai pelancong berbilang etnik ke lanskap chinatown bagi memahami budaya masyarakat setempat di situ. juga dikatakan bahawa dengan adanya pasar budaya yang dikenali sebagai jonker walk itu, maka etnik lain boleh mempelajari sedikit sebanyak budaya cina.  walaupun demikian, secara realitinya dalam kehidupan seharian, tiada apa yang boleh dipelajari melainkan hanyalah melawat gerai-gerai hiasan itu sahaja. bagi etnik lain seperti melayu mempunyai masalah mencuba makanan yang dijual oleh orang cina.


kenapa dikatakan jonker walk? makna kata semasa datuk serti ali rustam, bekas ketua menteri, iaitu pada tahun 2000 mempunyai niat murni untuk menceriakan lanskap chinatown di waktu malam kerana kawasan itu nampak kusam di sebelah malam kerana tiadanya aktiviti.  tambahan pula kawasan itu gelap dan sunyi serta tidak ceria.  keadaan sebegitu adalah sudah begitu lama.  asakan menaikkan imej melaka sebagai bandar bersejarah dengan kehidupan malamnya yang ceria menjadi faktor yang kuat mengapa jonker walk itu diwujudkan.


perkataan 'walk' itu pula timbul  kerana adalah menjadi satu kemestian kerana beberapa jalan di kawasan chinatown itu perlu ditutup kepada lalulintas demi menjamin keselamatan pengunjung ke situ.  justeru, setiap sabtu dan ahad, kawasan chinatown ditutup kepada sebarang lalulintas bermula jam 6pm. walaupun begitu, seawal jam 4.30pm sudah nampak kon-kon sekatan telah diletak di mana-mana laluan masuk ke chinatown.


melihat kepada hal ini, parti dap ketika itu membidas cadangan seumpama itu diteruskan kerana bahana yang timbul adalah kesesakan lalulintas.


perkara tersebut tetap diteruskan selama 13 tahun.  maka sepanjang tempoh itu, kesesakan lalulintas yang sedia ada di bandar melaka menjadi bertambah parah apabila sampai hujung minggu.  inilah rungutan rakyat sebenarnya.


kesesakan lalulintas di bandar hilir yang parah di hujung minggu ini bertitik tolak daripada ruang-ruang jalan raya utama di kawasan chinatown telah ditutup.  maka menimbulkan keresahan di kalangan pengguna jalanraya yang  mengambil masa 3 - 4 jam kalau ingin ke tol ayer keroh.  agaknya rakyat melaka sendiri sudah lali dengan kesesakan lalulintas pada setiap hujung minggu.  walaupun begitu, suasana kesesakan teruk ini perlu ditamatkan segera.


datuk idris harun membuat satu keputusan yang betul dengan menutup jonker walk. kenyataan itu sepatutnya jangan disalah tafsir kerana bukannya chinatown itu ditutup sehingga tiada aktiviti di kawasan itu tetapi yang ditutup adalah pasar malam itu sendiri atau ada yang memanggilnya sebagai pasar budaya. fokus utama adalah aktiviti gerai di sepanjang jalan di jalan jonker atau jalan hang jebat itu perlu dihapuskan kerana ianya adalah tidak perlu lagi dan tidak lagi seiring dengan suasana bandar hilir sekarang yang lebih terang benderang dengan lampu neon berwarna-warni berbanding sebelum tahun 2000 yang nampak kusam di malam hari.  keadaan sudah berubah sekarang lebih-lebih lagi Melaka telah dinobatkan sebagai tapak warisan dunia.  maka, apabila tiadanya aktiviti gerai sebegini, jalan tidak akan lagi ditutup dan lalulintas kembali lancar.


tetapi ironinya dap yang pada masa dahulu menyanggah tetapi kini beralih pandangan dengan kononnya ingin membela peniaga cina yang membuka gerai di pasar budaya.  saya pasti pemahaman mereka (menutup jonker walk) tidak begitu jitu kerana menganggap kerajaan negeri ingin menutup terus aktiviti di kawasan chinatown.  sesungguhnya ia tidak begitu.


namun, dalam masa yang sama, menteri pelancongan, datuk seri nazri juga tersalah tafsir kerana mengeluarkan kenyataan kurang tepat alasan jonker walk itu ditutup.  beliau memahaminya di sudut berbeza kerana jonker walk itu untuk pejalan kaki menelusuri lorong-lorong bersejarah di chinatown.  beliau juga dengan sinis mengatakan jonker walk itu bukan 'jonker drive' (bagi membuka jalan kepada lalulintas).


sudah barang tentulah chinatown itu memang khusus untuk pejalan kaki merasai pengalaman dengan menghargai bangunan-bangunan usang dan lama dengan berjalan kaki.  adalah sia-sia kerajaan negeri yang telah memperuntukkan sejumlah rm1.8 juta bagi menaik taraf kawasan chinatown (termasuk kawasan jonker) yang meliputi mengadakan jalan pesiaran kaki dan lanskap kejur. maka, selama-lamanya lah keseluruhan kawasan chinatown itu dikhususkan untuk pejalan kaki.  tetapi, apa yang menyusahkan ialah apabila jalan yang menelusuri kawasan chinatown untuk ke kawasan lain itu ditutup pada hujung minggu.  keadaan ini pastinya menyesakkan lalulintas.  


Walk atau berjalan kaki di sekitar chinatown yang kaya dengan senibina bangunan lama akan terus dikekalkan sepanjang zaman.  Manakala terma Jonker Walk yang seerti dengan pasar budaya di hujung minggu bagi menceriakan suasana malam itu bolehlah dihapuskan bagi memudahkan rakyat membuat urusan kerana ianya pasti meredakan kesesakan lalulintas kerana jalan di kawasan itu tidak lagi ditutup pada hujung minggu.

seandainya kerajaan negeri melaka bertegas dengan keputusan yang telah mereka buat di dalam mesyuarat, saya pasti masalah kesesakan lalulintas di banda hilir akan menjadi kurang kerana lalulintas pastinya menjadi lancar.


0 comments:

Post a Comment