Tuesday, July 30, 2013

zx6r terbaik dan macam2


jom layan,

tempoh hari selesai saja hadiri bengkel pemantapan spss kat kampus bandaraya [kawan aku, dr. azam yang conduct], aku terus saja singgah sekejap kedai moto zhong heng kat bukit baru.  lagi pun kedai tu pun letaknya on the way balik rumah. sangat berbesar hati dapat berjumpa dengan rafi, presiden melaka bikers. 

rafi begitu professional dan cara dia menerangkan tentang moto yang aku suka memang terbaik. indeed dia memang banyak ilmu pasal moto.

cut the story short. aku suruh dia kira monthly moto zx-6r 636cc nih yang topspeednya boleh cecah 270kmj.

syarat loan bank: interest 4.75%, dp 30%, monthly rm1010 for 5 years.
syarat aeon credit:  interest 5.25%, dp 10%, montly rm1058 for 7 years.

rafi juga cadangkan untuk buat personal loan dan bayar cash.

harga moto ni on the road (plus road tax + insurans) lebih kurang rm73 ribu.


ini lah dia ninja ijau idaman aku lepas abis phd nanti. cayalah.


3 bulan lepas masa kat hospital, aku terlanggar divider kat parking yang aku sendiri tak sangka2 yang aku akan jalan ke depan, instead of reverse kalau nak keluar parking. hahaha. akibatnya, zasss


akupun terus ke kedai spray kete. bila dia tengok, dia kata kena rm90. tapi mau antar pagi2, petang baru amik. leceh [dan mahal juga].

terus saja aku pegi kedai hardware, beli spray brilliant white.


dan beli berus lukisan yg besar ni [tapi aku beli satu set berus. murah jer]


lepas tu spray kat berus dan cat kawasan calar tuh. maka itu lah hasilnya. kos sume sekali rm12. siap dalam masa 15 minit sahaja. setel. jimat duit aku. lagi pun kat bumper pun, bukan nampak ketara sangat. amacam? ok x keje amatur? boleh la...



dalam gambar tu, adalah barang2 terpakai.  3 beg itam ialah plastik. beg purple lak penuh ngan tin. aku juga jual kertas, kotak2 yang aku kumpul. dah jual. tak banyak dapat. adalah dalam rm14.20 sume. lepas jugakla beli makanan.

0 comments:

Post a Comment