Thursday, August 1, 2013

kisah aku di bulan ramadhan

lagi seminggu nak raya.  berat aku sebelum start puasa ialah 78kg. now aku timbang jadi 75kg.

bukan tu saja, sebelum ramadhan tekanan darah aku naik mendadak, tak menentu sampai 146/95, tak turun2 berbulan2 lamanya sampai badan aku jadi tak tentu arah, asyik pitam2 dan pening2. aku nak minum air akar kayu, kawan aku, doktor zana tak syorkan. memang biasanya doktor tak syor sebab dia kata takut ada kesan pada masa tua nanti sebab pembuatan ubatan akar kayu tak melepasi kementerian kesihatan malaysia.

tapi, bila aku dah makan ubat doktor, aku asyik jugak rasa pitam2, pening2, asyik tergolek.  masuk je bulan ramadhan, maka aku dah tak kira, aku makan jugak ubat rempah akar kayu. malam aku minum, esoknye lak terus aku rasa badan aku ringan dan kepala tak rasa pitam. aku pun pegi farmasi, mintak tokey lim tu amik blood pressure aku. perghhh normal beb 120/80. aku pun balik dengan gembira lalalalala..

sampai sekarang, tiap2 malam aku minum air rempah. cuma satu sudu jer bancuh ngan air panas. memang pahit dan rasa rempah akar kayu. obat la katakan.

badan kena sihat, tidur mesti cukup. barulah boleh buat kerja.

biasa 10 hari terakhir bulan ramadhan, ramai orang lipat gandakan ibadat nak dapatkan malam lailatul qadar yang dirahsiakan itu. aku rasa tahun lepas, ada satu malam tu, aku terjaga tidur jam 2 pagi. time tu aku rasakan malam tu cukup berlainan sekali. sebab apa? aku tengok dari tingkat atas, di gigi langit cahaya putih terangg betul.  pastu suasana hening sangat, tak satu bunyi cengkerik pun aku dengar. memang sunyi betul. bunyi angin pun xde macam biasa. semua pokok dalam keadaan still, tak bergerak. malam tu aku rasa cukup bertenaga.  serius.  adakah malam itu malam lailatul qadar?

tapi itu tahun lepas. tahun ni tak tahu jumpa atau tidak.

pandangan aku, ramai juga orang yang berkesempatan berjumpa dengan lailatul qadar, tapi soalnya adakah orang itu mengambil peluang beribadat di atas keberkatan malam seribu bulan itu yang bersamaan dengan 83.33333333333333 tahun.

lagi satu, pada pikiran aku, pada malamnya jatuh lailatul qadar itu, tak kiralah macam mana disiplin pun kita beribadat seawal malam pertama ramadhan ataupun seboleh mungkin beribadat tiap2 malam, maka pada malam jatuhnya lailatulqadar itu semua manusia akan diuji dengan kepenatan dan kemengantukan yang tak terperi lagi.  hanya orang2 yang gigih saja melepasi ujian tu untuk senantiasa beribadat. [sorry, hujah aku ni langsung tak berlandas dari mana-mana sumber, ianya cuma pengamatan aku sahaja]. 








0 comments:

Post a Comment