Sunday, December 30, 2012

adakah kita hendak menangkan syaitan?

saya sedar bahawa manusia itu cukup tidak sempurna.  walau sejauh mana pun kesabaran dan ingatannya pada tuhan, tetapi kadang-kadang kewarasan akalnya tetap akan sampai ke tahap maksimum.  memang kita tidak boleh elak kalau sudah naik hantu, iaitu bila syaitan sudah bisik-bisik membuat sesuatu yang mengarut.

kadang-kadang orang yang memberi kursus motivasi dan ceramah mengawal stress juga akan mengalami kepenatan dan kecelaruan fikiran. ya, kita hanya manusia biasa yang sememangnya lemah. tapi perlu diingat jangan kita terpedaya dengan hasutan syaitan.

bagaimana?

kita sebenarnya sudah penat dan sudah lali mendengar nasihat-nasihat dan tips pakar-pakar sakit jiwa atau pakar psikiatri ataupun mana-mana ustaz ataupun mana-mana pakar motivasi menghuraikan cara-cara menenangkan fikiran dan teknik kawalan minda yang bermacam-macam.  sememangnya kita tahu perkara itu semua. kita kata apa aku peduli? atau apa diherankan sangat... bosan dan karut kerana anggap ianya nasihat2 yang skema.


tapi saya percaya ramai antara kita semestinya sudah hilang kewarasan dan pertimbangan bila fikiran sudah meracau.  bila fikiran kusut, tingkah laku kita menjadi tidak tentu arah.  di kala itu jiwa kita dikatakan menjadi lemah. aura di sekeliling tubuh kita bertukar warna menjadi merah keseluruhannya. pada masa itu, syaitan akan berbisik mengsyorkan beberapa perkara untuk kita laksanakan. 

pada waktu itu, segala ilmu yang dipelajari tentang kawalan stress atau kawalan minda ini akan lupus sementara waktu. 

tidak kurang juga ada cara mudah mengatakan jika di dalam keadaan itu, ambil lah wudhu? ini bukan jalan penyelesaian. adakah anda boleh mengambil wudhu serta merta di kala anda mengalami kemarahan semasa memandu di lebuh raya atau berada dalam keadaan tempat yang anda sendiri bingung mana nak ambil wudhu?

atau jika anda bukan beragama islam, adakah mengambil wudhu ini menjadi valid yang boleh merangkumi non-muslim? adakah mengambil wudhu itu boleh meredakan pancaran kemarahan anda? saya ingin sekali membuat ujikaji menyuruh semua orang mengambil air sembahyang ini di kala tengah marah, adakah boleh mengurangkan kadar stress itu? sekali lagi, adakah valid bagi cina, india atau mana2 non-muslim?  atau adakah menyapu air pada bahagian tubuh itu sebenarnya mempengaruhi tenaga aura di tubuh manusia? siapakah sudah membuat kajian saintifik berkenaan hubungan langsung wudhu ini dengan ketenangan jiwa hasil daripada perubahan pola aura di tubuh manusia? kita tinggalkan perkara ini untuk renungan bagi kajian ilmiah.

berbalik semula, jadi, di sini.. salah siapa? adakah angkara syaitan fikiran kita menjadi tidak tentu hala dek kerana marah atau adakah ianya salah diri sendiri?

wah, banyak pula research question di sini.


jika hasil daripada kemarahan itu mengorbankan nyawa manusia, maka saya anggap ianya salah diri sendiri dan syaitan sudah menang.

ramai orang suka kahwin tapi fikiran masih lagi belum matang.  kahwin itu bukan setakat seronok mendapat nikmat seks, ianya lebih jauh dari itu. contoh, apabila anda dalam keadaan yang sangat penat, anak-anak di rumah pula menuntut itu dan ini, tidak kurang juga yang meragam, anak-anak kecil ini fitrahnya tidak reti bahasa dan sememangnya nakal. itulah dinamakan kanak-kanak. namanya pun budak. apa yang mereka buat itu walaupun salah tetapi mereka tidak berdosa. yang berdosa ialah ibu bapanya yang mendera anak tidak bersalah di kala dilanda kebiulan otak.

keadaan yang lain kita selalu melihat orang-orang bersikap samseng di jalanraya. kasihan. stress ya tuan-tuan? suka pula membunyikan hon dan menekan minyak dengan kuat kerana ingin mengeluarkan bunyi ekzos yang kuat kononnya nak bagi orang lain takut. tidak kurang pula yang mengajak berlumba. kalau tidak pun, kita lihat ramai yang memandu kereta dengan sangat laju dan membuta tuli.  bagus lah tu.

kita juga melihat betapa ramai manusia membuat percaturan yang salah di dalam membuat keputusan apabila stress. malah, lapar juga boleh menjadi stress.

tidak kisahlah apa jua punca stress anda. yang penting ialah ke arah mana kita perlu hala tujukan gelodak perasaan tidak menentu ini.  mana kita nak tujukan? ke mana hendak kita lepaskan?

ianya senang sahaja.

lepaskanlah ke mana-mana sahaja atau kepada apa-apa saja asalkan natijah pelepasan kekusutan emosi ini tidak mengorbankan mana-mana jiwa.

contoh, jika fikiran bengang mendengar anak kecil menangis tanpa henti, setelah puas memujuk tidak henti tangisan, anda stress, maka terajang sajalah perabot rumah anda dan musnahkan apa yang patut, hantukkan kepada ke dinding pun boleh juga atau paling tidak mengambil apa-apa objek mengentak kepala sendiri. anda juga boleh menjerit sekuat hati biar satu taman perumahan dengar. boleh juga koyak-koyakkan baju anda sendiri. atau jalan terbaik keluar dari rumah itu sekejap.

sama juga jika anak2 buat bising dan sudah berbuih mulut tapi mereka tak faham-faham, dan jika terlalu marahkan anak sangat2 sampai tangan dan kaki sudah menggeletar (syaitan dah duduk atas kepala masa ni), maka oleh kerana terlampau geram, ambil mana-mana mainan mereka dan musnahkan, hempaskan apa saja perabot yang ada, musnahkan benda-benda di sekeliling anda. di kala itu, anda mempunyai kekuatan yang luar biasa, maka angkatlah sofa 3 seater itu dan terbalik-balikkan dia ataupun angkatlah sofa itu seperti gaya badang mengangkat kapal.  atau anda mengambil gergaji dan memotong dua beg sekolah anak serta kasut2 sekolah mereka. anda memusnahkan segala kelengkapan alatulis mereka jika terlampau marah.

manakala stress dalam perkahwinan itu, anda bergaduh mulut sepuas hati mungkin, kemudian keluar rumah dan lari. pandu kereta laju-laju dan kalau terlibat dalam kemalangan, itulah yang anda suka.  anda juga mungkin suka nak memaki hamun dengan kata-kata kesat.

tidak kurang juga apabila kita mendengar ada orang yang bunuh ibu bapa sendiri.

adakah kesemua kelakuan di atas mencerminkan orang yang tidak waras dan membodohkan diri sendiri?

mana yang lebih tidak waras antara merosakkan harta benda peribadi anda ataupun mendera anak ataupun menyiksa isteri sampai mati?

jika rosakkan kesemua alatan dalam rumah dengan gaya samseng along yang sungguh menakutkan orang ramai, maka apabila fikiran anda reda, anda boleh membeli yang baru.  dalam hal ini, syaitan sudah kalah, walaupun begitu, next time dia akan berusaha lagi.

jika anda terlalu stress dan marah hingga menyebabkan kematian jiwa, maka apabila anda sedar nyawa orang tersayang sudah tiada, anda akan diheret ke penjara, kemudian dihukum mati.  dalam hal ini syaitan sudah menang.

jika dalam keadaan stress dan marah dan terdetik hati ingin menyakitkan manusia lain, terlebih dahulu rasai lah dahulu sakit yang tidak terperi itu pada diri sendiri. caranya mudah, jika nak hentak anak-anak dengan sudip, senduk ataupun kayu maka terlebih dahulu hentak alatan tersebut ke kepala anda sendiri dengan kuat. kemudian nilaikan balik samada ianya sesuai atau tidak untuk melakukan penderaan itu.  minta orang lain terajang dan belasah anda. hasilnya sakit. itulah yang dialami oleh anak2 kecil yang comel tidak berdosa itu.

wanita itu tubuhnya lembut. tulang-tulangnya tidak sekeras tulang lelaki. kudratnya juga tidak menyamai tenaga lelaki. fikir dua kali sebelum menyakitkan isteri sendiri.

sebelum anda sakiti orang lain, maka terlebih dahulu belasah lah diri anda sendiri atau minta orang lain tumbuk, terajang, sepak dan rodok tubuh anda dahulu kerana tindakan ini adalah lebih afdal dan mulia, bukankah begitu? cuma fikirkan saja tindakan anda menghentam dan memberi kesakitan pada diri sendiri ini sekadar latihan fizikal bagi menguatkan badan.


ayuh, walau apa jua keadaan amarah yang anda tanggung sekalipun, pastikan aura merah tidak terpancar seluruhnya di seluruh tubuh yang akan menyebabkan anda akan hilang seri wajah dan akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar. rahsia awet muda itu terpancar dari seri wajah yang bercahaya yang mana aura biru yang positif itu bergemerlapan di seluruh tubuhnya.

cubalah anda dalami ilmu apakah dia aura di sekeliling tubuh manusia itu dengan harapan ianya boleh membentuk anda sebagai seorang manusia yang lebih waras dan tahan serta kental menghadapi tekanan dan sentiasa berfikiran waras walaupun di dalam keadaan marah. marah tapi senyum? so cute, right?





0 comments:

Post a Comment