Thursday, January 31, 2013

kita lihat orang dan orang lihat kita

sebenarnya sudah lama saya ingin menulis perkara ini, namun asyik melengah2kan sahaja.

kadang-kadang apabila kita melihat kerjaya orang lain, ianya sesuatu yang cukup menyeronokkan. tambahan pula kerjaya tersebut adalah minat dan cita-cita asal kita tetapi tidak kesampaian.

tuhan itu maha bijaksana dan mengetahui apa yang terbaik untuk kita, maka sebab itulah kita kekal dengan arus kerjaya kita pada saat ini.

seperti saya yang melihat kerja saya sekarang ini sebagai pensyarah bidang pelancongan dan penyelidik tidaklah seronok mana jika dibandingkan dengan keinginan hati ini untuk menjadi doktor pakar bedah autopsi (iaitu bedah siasat mayat).  saya seorang yang tidak takut melihat darah dan melihat mayat mati bergelimpangan dalam keadaan teruk samada putus, terburai atau apa sahaja, kerana saya berasa sangat seronok untuk mengesan sebab musabab kematiannya dengan cara saintifik. tapi cita-cita ini saya tidak kesampaian.


pada 1999 semasa membuat kajian lapangan di muzium di kuala lumpur, maka timbul minat untuk menjadi seorang ahli arkeologi.  sehingga sekarang saya masih minat untuk membuat kerja mencari gali artifak2 purba. saya juga mengagumi beberapa nama tokoh tempatan dalam bidang arkeologi ini. hebatlah.  saya sudah berkecimpung dalam bidang warisan ini semenjak 2002 lagi. namun, sehingga kini terlampau banyak yang perlu dipelajari.

saya pasti akan melibatkan diri dalam bidang arkeologi ini selepas tamat belajar. hanya ini sahaja yang boleh saya capai dan ianya ada peluang dan lebih realistik berbanding ingin berpeluang membedah sekujur mayat di dewan bedah. 

kalau diberi peluang suatu masa nanti menggalas tugas pesuruhjaya tinggi warisan di jabatan warisan negara maka ianya satu rezeki yang sukar ditolak kerana saya memang teramat minat.  jawatan tersebut kini digalas oleh prof emeritus dato' siti zuraina abd. majid. saya suka melihat beliau dan sudah berpeluang meet her in person sewaktu konvensyen warisan melaka pada 2011 dahulu.

tapi saya juga pasti pakar bedah autopsi atau ahli arkeologi itu sendiri mungkin berasa bosan dengan rutinnya setiap hari dan ingin mencari kelainan sedikit dan mungkin menganggap kerjaya orang lain itu menyeronokkan? tapi ironinya, bagi saya kerjaya mereka itu sangat menyeronokkan.

0 comments:

Post a Comment