Thursday, March 14, 2013

hari ini tak sama dengan semalam

semalam saya kata hari esok belum pasti bagi mengakhiri ayat.

so, inilah dia apakah yang terjadi pada saya hari ini [yang semalam saya pun tak tau apa akan jadi esoknya]

tanpa ada apa-apa langsung perancangan, maka beberapa perkara biasa dalam hidup pun terjadi seperti yang telah ditentukan illahi.

1) saya sarapan pada 7.30am, selepas itu di radio pula terdengar cerita tentang perihal mata di radio sinar fm, tetamu undangan ialah prof. dr. muhaya. saya seronok dengar prof. muhaya berbual.
2) selepas itu, saya tergerak hati untuk ke kedai buku popular dan mph membeli buku2 berkaitan bangsa dan etnik. kesemuanya 5 buah.
3) niat nak minum bersama kawan tidak dapat ditunaikan sebab kawan saya, zul ada kelas
4) saya berdebat dan menasihati kontraktor supaya memohon bekalan air sendiri dan guna generator untuk buat rumah, jangan guna air dan elektrik rumah orang.
5) saya kecewa dengan perkhidmatan di kedai aksesori kereta.
6) bila bergerak kedai yang lain, saya baru tahu kedai aksesori kereta yang saya kunjungi 10 tahun lepas sudahpun tiada.
7) saya membaca hampir 10 artikel berkaitan heritage dan ethnicity daripada 25 artikel yang dikirim emel oleh setiausaha sanisah.
8) saya baru sedar yang saya sudahpun disahkan mendapat sakit gout kerana bacaan yang diambil bulan lepas di pusat kesihatan uum adalah melebihi paras 5!! saya sangka ianya cuma olok-olok. maka, bulatlah mata saya bila doktor di klinik yang saya biasa pergi sejak 11 tahun lepas mengesahkan perkara itu. now, ianya bukan lagi olok-olok.  doktor kata saya kena minum air masak banyak-banyak dan elakkan makan daging binatang berkaki empat. ayam boleh makan sikit.

kesemua item 1-8 yang terjadi itu, sesungguhnya saya tak tau bahawa ianya akan terjadi.

maka, esok pula saya tak kan tau apa yang terjadi pula.



0 comments:

Post a Comment