Monday, March 25, 2013

anak-anak bosan?

checklist:

kemungkinan di rumah anda mempunyai perkara berikut:

1.  ipad seorang satu - ada
2.  papan gelongsor - ada
3.  buaian - ada
4.  swimming pool - ada
5.  notebook seorang satu - ada
6.  bilik mainan {ada mcm2 mainan} - ada
7.  skateboard - ada
8.  roller blade - ada
9.  basikal - ada
10.  bola - ada
11.  buku-buku cerita untuk bacaan anak2 - ada.

tapi masih lagi anak-anak bosan.  penyudahnya, mereka akan ke tv juga.

sewaktu petang, kita akan lihat permainan tradisional sudah tidak lagi mendapat tempat di kalangan kanak-kanak.  mengapa? sebab tiada orang dewasa yang menurunkan ilmu permainan tradisi tersebut.

trend begitu terjadi apabila kepesatan teknologi seperti playstation dan permainan video sedikit2 mencuri masa lapang kanak2.  ianya adalah benda baru, lantas menarik perhatian ramai kanak-kanak.  dahulunya alat2 permainan video tersebut begitu mahal. sekarang ianya semakin mampu dimiliki.  anak-anak sekarang biasanya arif dengan gajet2 terkini dalam pasaran.  bagi ibu bapa yang mampu, alatan tersebut mudah saja diberi.  paling tidak pun, kebanyakan perpustakaan desa sekarang sudah dilengkapi wifi.  tablet murah buatan china juga melambak di pasaran yang mampu dibeli.

tak kisah lah apa yang ibu bapa buat untuk anak2 mereka supaya tidak rasa bosan, buat lah apa pun termasuk memiliki kesemua item 1-11 itu kerana akhirnya pasti anak-anak itu bosan juga.

kanak-kanak itu memang cepat bosan.  rutin kanak2, pegi sekolah, balik, main. even di sekolah pun memang bermain. lepas makan kat kantin -- main. balik sekolah, masa nak tunggu bas atau ibu bapa ambil -- main lagi. kat sekolah agama pun -- main. balik sekolah agama, tukar baju, main lagi. malam dah penat -- tidur. esok start sekolah main lagi.

bermain itu sukar dipisahkan daripada kanak2.  bermain itu merangsang minda dan menguatkan fizikal anak2.

jadi, biarlah anak2 bermain. kalau mereka bosan, suruh saja bermain ting-ting ataupun sepit udang. kita yang dewasa ni boleh saja ajarkan. tak gitu?

0 comments:

Post a Comment