Tuesday, March 26, 2013

elaun sara hidup (cost of living allowance- cola)


bulan ini cola saya telah dipotong daripada 250 menjadi 150 sahaja. ianya mengejutkan, memeranjatkan dan buat saya menjadi bingung.  bukan itu saja, gaji saya ditolak setiap bulan bermula bulan ini  sehingga februari 2014.  kesemuanya sebanyak 12 kali kerana dikatakan terlebih bayar sebanyak rm2600.

kenapalah saya tidak diberitahu awal sejak mula belajar. apa boleh buat. nasib badan.

syor saya jika tidak mahu cola ditolak, silalah belajar di universiti yang punya lokasi sama seperti cola anda.

berdasarkan pekeliling perkhidmatan jpa bilangan 3 tahun 2012, 


Pegawai yang layak Bantuan Sara Hidup adalah seperti berikut: 

a. Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana; 
b. lantikan tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) dan guru sandaran; 
c. diluluskan sebarang jenis cuti bergaji penuh; 
d. diluluskan sebarang jenis cuti separuh gaji dibayar atas kadar separuh; 
e. diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh di dalam negara dibayar mengikut lokasi institusi pengajian; atau
f. diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji di dalam negara dibayar atas kadar separuh mengikut lokasi institusi pengajian.


Kelayakan seperti berikut:

Jadual: Kadar Baru Bantuan Sara Hidup 
Kawasan                 Kadar Baru Sebulan (RM)
Kawasan A                          300 
Kawasan B                          250 
Kawasan Lain                     150 


Pihak Berkuasa Tempatan - Kawasan A 
                      
Wilayah Persekutuan  
Kuala Lumpur dan Putrajaya 
Pulau Pinang
Pulau Pinang dan Seberang Perai 
Selangor                    
Ampang Jaya, Kajang, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Sepang, Shah Alam, Subang Jaya 
Johor 
Johor Bahru


Pihak Berkuasa Tempatan - Kawasan B

Johor 
Batu Pahat, Johor Bahru Tengah, Kluang, Kulai dan Muar 
Kedah 
Alor Star, Kulim, Langkawi dan Sungai Petani 
Kelantan 
Kota Bharu 
Melaka 
Alor Gajah, Bandar Melaka dan Jasin 
Negeri Sembilan 
Nilai, Port Dickson dan Seremban 
Perak 
Ipoh, Kuala Kangsar, Manjung, Taiping dan Teluk Intan 
Pahang 
Bentong, Kuantan dan Temerloh 
Perlis 
Kangar 
Terengganu 
Kemaman dan Kuala Terengganu


Pegawai yang tidak layak Bantuan Sara Hidup adalah seperti berikut

a. Kumpulan Pengurusan Tertinggi; 
b. memangku atau dipinjamkan untuk menyandang jawatan Kumpulan Pengurusan Tertinggi; 
c. pegawai Contract for Service; 
d. dibayar Bayaran Insentif Wilayah; 
e. berada dalam skim saraan agensi yang diasingkan pengurusan saraannya; 
f. dipinjamkan ke badan antarabangsa atau syarikat swasta; 
g. dibayar Elaun Perbezaan Sara Hidup; 
h. diluluskan cuti belajar di luar negara melebihi satu (1) tahun; atau
i. bercuti tanpa gaji. 



0 comments:

Post a Comment