Wednesday, March 13, 2013

rilek bro, bukan mati pun

saya sedang membaca buku berkenaan dengan pembentukan bangsa. dalam masa yang sama, saya juga membaca beberapa artikel berkenaan etnik yang diemel oleh setiausaha saya, sanisah. 

sekonyong-konyong itulah, saya teringat kepada mesej kawan saya pagi tadi, zul atau nama panjangnya zulhilmi mengatakan kawan saya zurina, 51 dari fakulti teknologi maklumat dan sains komputer meninggal dunia. semoga rohnya dicucuri rahmat. tapi bukan ini yang ingin saya cerita.

ceritanya adalah saya teringat akan kata-kata salah seorang kawan rapat, zul.  serba ringkas tentang zul. beliau adalah pensyarah public policy. gemar berbicara tentang governance dan politik asia tenggara kerana itulah kepakaran beliau. ayahnya seorang polis yang sekarang sudah bersara.  walaupun bidang kami berbeza tapi minat kami sama iaitu kereta.

salah satu pepatah yang amat saya ingat sampai sekarang yang disampaikan zul ialah: rilek bro, bukan mati pun.  asal ceritanya adalah berkenaan dengan kepayahan dan kesusahan yang dihadapi oleh kebanyakan manusia sehingga mereka menjadi putus asa dan lemah tulang belulang tiada daya untuk meneruskan kelangsungan hidup.  beliau berkongsi cerita tentang satu ungkapan yang diucap ayahnya apabila mereka sekeluarga membincangkan masalah hal ehwal keluarga yang menemui jalan buntu sedangkan penyelesaiannya cukup mudah. kadang-kadang manusia itu selalu merumitkan perkara yang mudah. maka, terungkaplah kata-kata dari ayah beliau, 'alah, bukannya mati pun'.

jadi, tambahannya diucapkan zul iaitu, 'rilekla bro, bukannya mati pun'.

makna kata di sini ialah, kita terus saja hadapi dengan tabah segala apa juga yang terjadi, pandang ke hadapan tidak toleh lagi, bangkit dengan penuh iltizam dan sedaya upaya mungkin menggunakan kudrat yang ada untuk menggapai kecemerlangan. kuatkan semangat kerana menghadapi saat-saat kesulitan itu bukannya buat kita mati pun.

maka, selagi kita tau bahawa tiada risiko yang membuatkan kita mati, maka berusahalah.

selanjutnya, bagi adiwira ataupun perwira aka perajurit yang terkorban di lahad datu, kita semua amat menghargai pengorbanan mereka menyabung nyawa. mereka tahu perginya mereka kemungkinan besar tak mungkin akan kembali. syahid akhirat menunggu mereka. moga mereka mendapat limpahan rahmat dari Allah swt.  

berbeza dengan konotasi 'rilek la bro, bukan mati pun', perajurit kita sebaliknya begini 'rilek la bro, mati memang akan datang'.  bagi para perajurit, mati di medan pertempuran adalah satu impian. mereka bangga kerana gugur mempertahankan kedaulatan tanah air. kita anggap mereka sebagai pahlawan negara.

saya ada berkata lemah tulang belulang untuk meneruskan kelangsungan hidup. hanya itulah yang dirasai oleh waris bagi setiap perajurit yang gugur. ataupun waris bagi kawan saya yang baru meninggal pagi tadi.  hanya orang yang menanggungya terasa begitu berat beban emosi yang dihadapi. saya amat memahaminya.  saya berharap agar waris sentiasa kuatkan semangat. saya bersimpati.

kita juga sentiasa terngiang-ngiang frasa 'buatlah yang terbaik hari ini seolah-olah esok kita akan mati'. hari ini dan hari esok adalah berbeza. ada orang kata hari esok belum pasti.

0 comments:

Post a Comment