Friday, August 30, 2013

kongsi gelap

kementerian dalam negeri sudahpun mendedahkan 49 pertubuhan kongsi gelap.  Kongsi gelap ini juga cenderung bersifat etnik. Kongsi gelap India adalah paling ramai peserta iaitu mencecah 28,926 ahli.  Ini diikuti oleh 8,214 orang yang menganggotai kongsi gelap Cina dan kongsi gelap Melayu mempunyai 1,923 ahli. Manakala kongsi gelap di Sabah dan Sarawak masing-masing mempunyai 329 dan 921 keanggotaan.

Hmm.. data yang unik juga, selari dengan sifat berbilang kaum di Malaysia ini.  Walaupun demikian,  aku suka ingin melihat realiti. Walaupun secara amnya dilihat bahawa kaum India itu kurang mendapat bantuan daripada kerajaan, tetapi bilangan mereka lah yang paling ramai mengundi BN.  Berbeza dengan pendekatan kerajaan yang sentiasa berusaha memenangi hati pengundi Cina tapi ternyata mereka tidak begitu menyebelahi kerajaan bn semasa pru 13 tempohari.  Namun, ironinya seandainya kaum india ini ramai menyokong kerajaan, betapa ramai pula antara mereka yang menduduki carta di dalam keanggotaan kongsi gelap. Tetapi, jumlah pertubuhan kongsi gelap cina (berdasarkan nama pertubuhan) itu adalah yang terbanyak, mewakili 45%, iaitu hampir setengah daripada pertubuhan kongsi gelap yang ada adalah dimonopoli oleh kaum cina.


sekali lagi aku melihat ini sebagai satu saingan hebat pada mana2 pertubuhan kongsi gelap india dan melayu yang ingin memastikan kelangsungan survival pertubuhan mereka.  masing-masing bersaing. sudah tentu mereka ini bermusuhan.

ada kongsi gelap.. mengapa perlu ada?  jadi ahli kongsi gelap, kenapa perlu jadi anggota?

kongsi gelap ini sudah wujud lama di malaysia. dahulu, semasa zaman penjajah, sudah ada gerakan2 yang disusun untuk melawan kerajaan penjajah. daripada portugis, belanda, british, jepun semuanya sudah ada. namun, gerakan2 bawah tanah itu mempunyai niat murni untuk memerdekakan tanah air. kemudian, lewat sedikit daripada itu, menyusup pula dakyah komunis. asal mula komunis ini untuk menentang jepun, namun setelah jepun menyerah kalah, timbul pula di fikiran komunis ini untuk memerintah negara. walaupun setelah merdeka, komunis tetap juga menyusun pelbagai strategi supaya keamanan negara tergugat. perkara ini dinyatakan dengan terang oleh tunku abdul rahman dalam laporan peristiwa 13 mei itu.  pada masa itu sudah berapa banyak kongsi gelap ditubuhkan.

maka fahaman kongsi gelap itu sudah berakar umbi.

satu tumpas, maka akan ada pula pertubuhan lain yang timbul. inilah cabaran polis yang tidak akan ada penghujungnya.

demi memastikan jangkahayat kongsi gelap ini berpanjangan, maka mereka memerlukan dana untuk menstabilkan pertubuhan dan dalam masa sama meluaskan empayar.  justeru, mereka akan terlibat dalam apa jua dagangan yang boleh memberi keuntungan.  kongsi gelap yang paling kukuh kewangannya adalah yang paling kuat pengaruhnya. bagi mereka duit adalah raja.

saya cuma khuatir seandainya pertubuhan kongsi gelap berleluasa dan tidak dibendung, maka akan ada pihak2 asing dari negara luar yang punya agenda tertentu mengumpan pertubuhan kongsi gelap ini dengan dana yang mewah bagi merealisasikan niat yang terselindung. ini bahana.

saya berasa pelik. negara sudah merdeka. rakyat kata sudah aman. tapi benarkah? ianya belum aman lagi. indeks jenayah semakin meningkat. setiap hari ada laporan pembunuhan dan jenayah di sana sini.

mungkin juga kongsi gelap itu mendambakan kemasyhuran dan pengaruh.  sampai sekarang saya tertanya-tanya apakah objektif dan matlamat mereka sebenarnya.

sebenarnya tiada kajian penyelidikan bersifat empirikal yang dibuat tentang peranan dan hala tuju kongsi gelap di malaysia.  sememangnya sudah terang dan nyata metodologi nya terpaksa menggunapakai kaedah pemerhatian peserta (participant observation). ianya adalah cabaran.  adakah anda di sana ingin menjadi perintis? 

0 comments:

Post a Comment