Tuesday, August 20, 2013

Minat

minat aku dari kecil sampai sekarang ialah astronomi dan bedah siasat (post mortem) atau autopsi. minat itu semakin membara sejak darjah 5.

tapi sayang ianya cuma sekadar minat dan tidak diperkasakan sehingga menjadi kerjaya. bila masuk ke peringkat menengah minat aku bercambah pula kepada kejuruteraan perisian (software engineering).

jadi, ketiga-tiga minat ini langsung tidak menjadi kenyataan.

realitinya, aku melakukan sesuatu yang jauh sangat menyimpang dari minat aku. namun aku lakukannya juga dengan sehabis baik.

setelah spm aku yang tidak berapa bagus, aku belajar sains kesetiausahaan dengan mendalami ilmu shorthand pitman sehingga ke peringkat advance dan lulus cemerlang. setelah tamat, aku bekerja di beberapa tempat sebelum menceburkan diri mendalami ilmu pelancongan pada peringkat sarjana muda. kemudian ke tahap sarjana, sehinggalah sekarang belajar ilmu pelancongan sampai peringkat doktor falsafah.

namun, jauh di sudut hati aku ini, minat pada astronomi dan autopsi itu tetap ada.

jadi, tidak hairanlah seandainya tabiat aku yang memang suka kepada suasana hospital dan suka melawat hospital.  dalam masa yang sama suka juga pada ilmu kaji bintang.

kadang-kadang aku melihat kehidupan ini daripada sudut kedua-dua bidang itu. aku juga melihat kehidupan ragam dunia ini daripada angkasa. ianya nyata lebih meluaskan pandangan aku daripada membicarakan isu yang tidak relevan dan berbincang perkara remeh. aku juga melihat banyak peluang sesuatu permasalahan itu diselesaikan dengan cara yang mudah tapi hakikatnya ramai yang membuatkan ianya menjadi rumit dan kompleks. aku juga melihat beberapa individu yang punya pemikiran jumud dan tidak matang. kenapakah?

aku masih ingat lagi kata-kata sheikh muszaphar sewaktu dialognya secara langsung sempena jelajah motivasi seluruh negara iaitu apabila sahaja beliau berada di angkasa, maka dia lebih suka membicarakan isu2 besar dunia daripada fokus kepada hal2 remeh. aku pada masa tu benar2 memahami maksud dia. hal ini juga bersamaan dengan pandangan pendaki yang menawan puncak everest yang menyatakan perkara yang sama. malah, pendaki ini dapat menyaksikan siang dan malam dalam waktu yang sama! pernah sekali aku menyuarakan kepada seseorang 'di manakah siang tatkala malam berada?' 

sebenarnya pertanyaan itu tak perlu dijawab. ianya perlu dibuktikan. sehingga sekarang aku gagal mendapatkan visual tersebut, melainkan hanya dengan imej bumi yang aku ada yang menunjukkan malam dan siang tetapi, di manakah sempadannya yang tepat? 

ada juga orang terfikir di manakah bermula dan berakhirnya pelangi? ada yang mencari kakinya. tetapi ianya sia2 kerana juruterbang yang berada lebih tinggi dari paras pelangi, melihat pelangi itu berbentuk bulatan.

itu serba sedikit aku melihat dunia ini dari imej bayangan dalam minda aku dari paras angkasa. teringin juga aku berada di pinggiran angkasa atau berada di angkasa lepas lantas boleh melihat bumi dan bulan.

jika aku melihat sudut kehidupan dunia ini daripada pandangan orang bedah mayat, maka aku melihat manusia ini ibarat daging mentah. sebelum ini hidup, sekarang dah mati, jadi mayat. aku melihat manusia itu kuat macam badang pun dia tetap juga daging yang boleh dipotong dan dilapah. justeru, aku langsung tak takut melihat darah ataupun mayat berkecai bergelimpangan kerana kemalangan, peperangan atau apa sahaja. 

ironinya aku berasa teruja pula melihat organ dalaman manusia. aku juga teruja ingin meneroka keajaiban ciptaan manusia oleh Allah swt, justeru melakukan penerokaan terhadap badan manusia adalah suatu perkara yang cukup seronok.

aku melihat manusia ini semuanya sama. jika diberi peluang ingin rasanya aku membedah dan meneroka organ dalaman mereka. 

maka, tidak perlu takut pada manusia. sejauh dan semahal manapun seseorang itu mencantikkan dirinya, maka pengakhirannya pakar bedah siasat itu pasti menyiat2 dan mengopek badannya bagi menentu punca kematian. atau paling tidak pun, ulat2 pula meneroka badannya semasa di alam kubur. maka point aku di sini ialah jasad manusia itu tidak kekal. makanan roh itu yang perlu. roh itu yang kekal.

cantik, hodoh, putih, hitam manusia itu bagi aku menceriakan kehidupan dunia. ada yang hitam tapi cantik. orang lain nampak hodoh tapi setengah golongan lain berkata cantik. orang mengatakan seseorang itu adalah cantik, tapi orang lain pula nampak hodoh. unik betul. manusia itu, sisi pandangannya tidak sama. cara berfikir juga pelbagai. tapi bagi aku, manusia itu ibarat bahan ujikaji. manusia itu sentiasa diuji. jika dia berjaya dalam ujian, gembiralah dia.  

seperti pembunuh bersiri, kehausannya terhadap manusia yang lain begitu luar biasa kerana mempunya nafsu merobek dan mengopak badan orang itu. setiap hari dia teruja melihat manusia yang lain demi untuk meneroka setiap inci organ tubuh orang itu. namun itu pembunuh.

pembunuh itu tidak sama dengan bedah siasat. bedah siasat itu lebih murni kerana dia mengetahui rahsia keajaiban tuhan jadikan manusia. tetapi dia hanya boleh tahu punca orang itu mati. bagaimana untuk menghidupkan orang yang telah mati itu adalah rahsia ilmu Allah swt.

di atas tonggak dua perkara ini, aku mengamati kehidupan. di sebalik besar manapun masalah yang ditanggung seseorang manusia itu, maka hendaklah setiap manusia itu tahu dan benar-benar mengamati, memahami dan merasai bahawa masih hidup di saat ini adalah indah sebenarnya. hidup itu adalah satu kenikmatan. ianya benar2 nikmat. maka, cukuplah apa yang ada. jadilah orang yang merendah diri, tidak bangga diri dan sentiasa bersyukur. bersedekahlah kerana sedekah itu menambahkan rezeki.


0 comments:

Post a Comment