Thursday, August 22, 2013

khusyuk

apabila aku melakukan sesuatu yang aku suka, maka pastinya aku menjadi khusyuk dan rasa cukup seronok.

pada saat ini aku berasa cukup seronok menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran aku tentang etnik, keharmonian nasional, prasangka, kepuasan, jurang ekonomi, syncretism (aku x tau dalam bahasa malaysia apa dia), the Other.. aku menulis apa sahaja sehingga ianya menjadi esei yang cukup berjela. bila kita bercakap tentang sesuatu yang kita faham, maka ianya seronok. tambah seronok apabila ianya selari dengan disiplin kita. walaupun begitu, kita seringkali mendengar ramai individu yang suka memetik daripada mana-mana sumber lantas langsung mahu membicarakan sesuatu perkara itu seperti pakar walhal dia sebenarnya tidak begitu faham.  kita tidak begitu gentar dengan gempita yang dilaungkan melainkan kita berasa cukup berhati-hati dengan golongan yang memilih untuk senyap. pada aku ianya intelligent silence, yang menunggu masa sesuai untuk mengeluarkan hujah yang tepat.

maka, secara tiba2 aku teringat akan cerita zaman nabi tentang perihal orang yang tidur di dalam masjid dengan orang yang bersembahyang. para sahabat membuat rumusan orang yang tidur itu bakal mendapat azab. cukup memeranjatkan mereka bahawa Rasulullah saw menyatakan orang yang tidur itu adalah ahli syurga berbanding orang yang kelihatan solat itu sebenarnya tidak khusyuk dan niat bukan kerana Allah. orang yang tidur itu seorang yang alim, segala tatalakunya ikhlas kerana Allah taala. aku melihat cerita itu dari sisi berbeza antara orang yang berdiam diri (diam2 ubi berisi) dengan orang yang lantang berbicara tetapi jalan cerita yang berbalik-balik dan berulang-ulang yang tiada elemen kesarjanaan. ianya ibarat tong kosong yang punya ritma sumbang.

selain itu, dalam masa yang sama aku juga teruja untuk melihat hasil keputusan pertandingan dalam pemilihan umno nanti tentang siapa yang menang menduduki kerusi naib presiden dan ketua wanita yang semakin hangat dibincangkan setiap hari. bukan itu saja, setiap kerusi dipertandingkan menjadi bualan riuh orang ramai yang berminat mengambil tahu.

aku juga melihat kepada isu mutakhir kalimah allah dalam bible, penghinaan bulan ramadhan dan aidilfitri, salah guna surau semuanya menjurus kepada serangan terhadap muslim di negara ini. hari ini aku cukup rasa lega dengan keputusan mahkamah rayuan putrajaya hari ini yang memutuskan untuk menolak permohonan gereja roman katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan herald. ianya berita gembira.

walaupun kebanyakan orang duitnya tidak turun mencurah, tetapi di lain aspek tetap juga mencurah seperti idea, tenaga, kepakaran sehingga kita menjadi kepenatan. walaupun begitu, kepenatan itu menjadi kelegaan apabila bahan kumuhan itu keluar mencurah. ianya suatu perasaan yang begitu nikmat bukan? maka, setidak-tidaknya fungsi biologi badan kita memastikan kepenatan yang dirasai itu berbaloi. 


namun, kepenatan mental itu menjadi segar tatkala kita mendapat tahu keputusan gembira memihak kepada kita. pastinya kita melompat gembira dan tersenyum selalu. kepenatan mental itu juga menjadi suatu kelegaan apabila kita berhadapan dengan kegembiraan semasa balik ke rumah (siapa yang tidak mahu balik rumah cepat?) atau paling tidak pun kita menyaksikan sesuatu yang boleh dibanggakan dengan impian kita yang sudah tercapai.



0 comments:

Post a Comment