Saturday, January 26, 2013

nasihat

hari ini dalam facebook saya, buat pertama kali saya terjumpa satu nasihat yang betul2 bagus dan sememangnya kita semua sudah maklum:

pertama, daripada post seorang kawan yang saya kenal sejak 22 tahun yang lalu iaitu:

1. nasihat:  kalau nak rezeki murah, berkat dan hidup senang, jangan lupa mak ayah

kedua, salah seorang daripada idola saya dr. hamid arshat, pakar o & g yang tengah memikirkan cara bagaimana nak merawat pesakitnya.  berikut adalah post beliau:

Sedang memikirkan tentang rawatan seorang pesakit berumor 50an tahun yang didapati mengidap kanser pangkal rahim yang telah merebak. Pesakit ini dari awal hidupnya mempunyai kecacatan pada faraj dan pangkal rahim, akibatnya. Darah haidnya tidak bolih keluar dengan lancar dan tumpah kebelakang rahim menimbulkan penyakit endometriotic cyst. Saya bedah lebih 20 tahun lepas untuk buang cyst sambil betulkan kecacatan faraj dan pangkal rahim, tapi masih gagal hamil, dia ambil seorang anak angkat.
Penyakitnya tak berkesudahan, dia senggugut teruk sehingga saya bedah buang rahim sebab tumbuh adenomyosis hampir 8 tahun lepas.
Dia ok sehingga beberapa bulan lepas.ia mengadu perdarahan dan kesakitan. Saya lakukan D&C dan terkejut keputusannya kanser pangkal rahim. Saya lakukan pembedahan untuk buang tumbuhan, tapi malangnya tumbuhan telah merebak ke pundi kencing, usus, sekitar kelenjar dan organ lain.
Dia tak mahu radiotherapy atau chemotherapy. Saya sedang rancang untuk mulakan B 17, Vitamin D dan C dan lain2 supplement. Saya buka ruangan untuk pandangan rakan2

post tersebut mengundang 144 komen (tapi tiada satu pun yang menawarkan pandangan untuk rawatan - kerana kesemuanya bukan doktor...).  kebanyakan respon adalah terdiri daripada mereka yang ada penyakit serius dan sangat berat.  tentunya mereka ini berada dalam keadaan kesusahan yang sukar digambarkan. di kala ini hanya tuhan saja boleh membantu di samping rawatan doktor.

saya juga lihat ramai orang berada di dalam keadaan yang susah. corak kesusahan tersebut adalah pelbagai bentuk.

salah satu minat saya juga adalah keluar masuk wad. saya sangat suka melawat wad di hospital. ramai orang sakit. tentu saja adik saya seorang nurse sudah lali tengok orang sakit. banyak iktibar dia dapat.

seterusnya, saya membuat kesimpulan bahawa:

2. tak kisah la apa jenis susah pun yang melanda, asalkan kita sihat.

kalau kita sudah sakit, apa kerja pun tak boleh buat. kesihatan itu sangat penting maka kita harus bersyukur kepada allah swt kerana dikurniakan kesihatan yang baik. kalau susah dan rasa gundah gulana, jangan dihiraukan sangat, jangat difikirkan sangat kerana kita masih lagi sihat.

tapi bagi mereka yang berasa susah kerana mengalami penyakit, selain berusaha dengan rawatan di hospital, banyak2 lah bersabar dan berdoa.

entahlah, bagi saya kematian disebabkan penyakit itu lebih elok kerana itu adalah tanda organ dalaman kita sudah tidak berfungsi.  ada juga orang yang sihat tubuh badan tetapi mati pula tiba-tiba.

sehubungan dengan itu, selagi kita hidup ini, kita harus menghargai orang-orang di sekeliling kita kerana kita tidak akan menyangka bahawa orang itu nanti akan meninggal dunia.

dalam 3 tahun ini, begitu ramai orang2 di sekeliling saya yang sudah meninggal dunia. kesemuanya adalah satu kejutan kerana ianya langsung tidak disangka. ada yang meninggal kerana sakit, ada juga yang meninggal dunia secara tiba-tiba.

0 comments:

Post a Comment