Tuesday, January 15, 2013

antara pencetus dan pengikut

15/1/2013

sewaktu bersarapan, saya membaca metro. di kala itu tiba-tiba teringat tentang ini:

1) semua jenis mee segera tak kira apa brand pun = dipanggil maggi
2) semua jenis diapers tak kira apa brand pun = orang tetap panggil pampers
3) tak kira apa jenis susu coklat, serbuk coklat = biasa orang panggil milo

dalam sesaat selepas itu, saya tahu bahawa kesemuanya adalah brand yang pertama yang diperkenalkan. justeru mereka adalah pencetus. biasanya pencetus ini akan membuatkan semua orang ingat.  ketiga2 jenama sangat hebat sehingga boleh bertahan sudah berpuluh2 tahun. saya andaikan jenama tersebut akan terus sentiasa evolve. sebab barangan jenama tersebut diguna setiap hari. mana2 barangan harian yang baik mutunya dan berpatutan harga menyebabkan ramai orang suka.  dengan reputasi yang baik, mereka adalah pencetus yang sangat berjaya dan berwibawa.

maka, jenama2 lain yang muncul di pasaran adalah pengikut kepada pencetus ini.  dalam bahasa inggeris pencetus ini boleh disama ertikan dengan spark, trigger, instigate.  orang yang boleh mencetus idea dan diguna masyarakat, diikuti, diingat masyarakat sampai bila-bila telah membuat sumbangan yang besar.  manakala pengikut pula tetap wujud tetapi di sebalik bayangan pencetus. contoh, walaupun mee segera yang dimakan adalah jenama xyz tetapi orang tetap juga katakan maggi.

saya teringat akan suatu perkataan 'contagion', dalam kamus dewan, salah satu maknanya ialah spreading (of emotion, ideas) iaitu penularan emosi, idea.  antara lain makna contagion ini ialah communication of disease, penjangkitan; 2. disease so communicated, penyakit berjangkit; 3. contagious influence, pengaruh yg berjangkit: fear is a ~, perasaan takut adalah pengaruh yg berjangkit.

justeru, status dan wibawa pencetus ini telah menyebabkan fenomena contagion yang mana semua orang pukul rata seolah-olah bersepakat menganggap barangan lain sama dengan jenama pencetus.

pencetus juga boleh memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan masyarakat.  cetusan itu juga sama ada boleh negatif atau positif.  sudah tentu ramai yang ingat tentang ini:  wawasan 2020 cetusan mahatir; islam hadhari cetusan pak lah; segala jenama 1Malaysia cetusan najib. mereka adalah ikon besar yang menjadi pencetus. semua orang mengingatinya. tetapi mereka adalah pencetus yang unik iaitu berlaku ketidaksamaan dan jenama mereka adalah eksklusif.

kita lihat lagi beberapa pencetus yang telah meledak di 'pasaran'. pencetus gejala sosial rempit dan kes buang, dera anak sudah barangkali kita lihat banyak berita tersiar terdiri daripada golongan melayu. ianya sentiasa berulang-ulang sejak 5 tahun kebelakangan ini.

selain itu, gangnam style telah mencetus fenomena luar biasa sehingga pada masa artikel ini ditulis, penonton di youtube hampir kepada 1.2 bilion. mengapakah tiada orang melayu yang boleh mencipta muzik dan tarian yang boleh menjadi pencetus seperti itu? saya percaya ramai yang tidak faham lirik lagu gangnam. tarian gangnam itu juga bukan tarian tradisional korea.  tapi semua orang suka.

biasanya dalam hiburan, contagion ini sangat ketara. bila seorang sudah suka kepada seseorang artis, maka ramai pula yang jadi ikutan turut suka.

dalam dakwah juga sama. iaitu ramai orang suka beberapa pendakwah popular dan pandai berhujah juga mudah mesra dengan rakyat jelata. sekali orang sudah suka kepada satu-satu nama pendakwah, maka yang lain pula turut sama suka. kita boleh lihat puluhan ribu orang mengikuti perkembangan pendakwah ini di facebook dan twitter.  itu cuma jadi peminat dan tekan 'like' sahaja. bukan kerana mereka telah berjaya diberi keinsafan sepenuhnya melalui dakwah tetapi ianya adalah kesan contagion iaitu orang lain suka, maka aku pun suka.  ianya adalah kesan perpindahan emosi yang sukar dijelaskan.

dalam perniagaan, jikalau seseorang itu boleh menjadi pencetus sehingga menjadi fenomena, maka tentu saja dia akan jadi bilionair contoh macam pemilik syarikat gergasi microsoft, apple dsb. tentu saja kita pernah dengar ramly burger. sudah jadi sangat berjaya. banyak lagi usahawan di malaysia ini yang telah jadi pencetus walaupun belum sampai ke tahap menjadi 'dewata' dalam perniagaan tersebut sehingga boleh jadi fenomena.

yang paling ketara kesan contagion ini adalah dalam kes histeria. sekali seorang terkena, maka ianya berjangkit. sama pula hal ini dengan teori domino. ianya seakan-akan ikutan.

justeru, kita lihat ramai pencetus penipuan.  maka kita lihat hampir setiap hari orang-orang melayu itu ditipu.  yang ditipu ialah perasaan dan wang ringgit. hanya sekali cetusan sahaja, maka yang lain pula akan mengikut. berapa banyak penipuan berlaku sekarang? or pada saat ini?

yang ditipu perasaan akan menjadi sangat kecewa, hancur luluh hatinya. emosinya menjadi begitu tidak stabil dan membawa diri.  begitu juga yang ditipu wang ringgit. saya bersimpati.

saya tiada kajian khusus mengenai pernyataan ini.  malah tiada satu kajian pun saya jumpa tentang perkara perilaku melayu yang menjadi ikutan atau mudah ditipu itu.  justeru hipotesis saya adalah bersandarkan kepada laporan2 berita dan akhbar yang keluar setiap hari. boleh dikumpul fakta-fakta itu dianalisa:

terbukanya satu peluang iaitu orang melayu itu mudah mengikuti apa sahaja. mereka juga mudah percaya pada sesuatu atau pada seseorang.  orang melayu itu mempunyai kelebihan menyesuaikan diri di mana-mana tempat dalam apa jua keadaan dalam sekelip mata.  kelebihan ini tidak ada pada mana-mana bangsa. kedengaran seperti ethnocentrism tapi ianya benar. contoh mudah orang melayu boleh bertutur dalam pelbagai lenggok dan secara amnya melayu itu lembut hatinya.
tetapi apa akan jadi pada kajian ini sekiranya ianya dibuktikan melalui kajian empirikal bahawa pernyataan di atas itu adalah benar? sudah tentu menjadi hasil kajian yang cukup kontroversi.  walaupun demikian, ianya mungkin menjadi suatu penemuan yang baru.

sebagai permulaan, mana-mana pencetus boleh menghasilkan apa2 buah fikiran yang mana boleh mengambil hati ramai orang sehingga menjadi fenomena.

di sebalik simpati kita pada semua rakyat yang ditindas oleh kekejaman yahudi israel secara nyata, kita juga tidak sedar bahawa kita juga sudah ditakluk secara tidak nyata.  walaupun ramai antara kita yang sungguh sibuk memboikot produk yahudi (yang hanya ikut musim), kita juga boleh belajar sesuatu tentang bangsa yahudi itu.

adakah yahudi itu pencetus yang hebat? apa sebenarnya yang mereka ada tetapi melayu langsung tidak ada? apakah pegangan dan prinsip hidup mereka? kita jangan bersangka buruk sangat, cuba teladani tentang sifat-sifat positif yang mereka ada?

kita tanyakan adakah melayu itu sekarang sudah hebat sebagai pencetus? atau orang melayu itu hebat sebagai pengikut? atau golongan yang sering dimanipulasi oleh pencetus yang telah melihat banyak lompong peluang pada individu melayu itu?





0 comments:

Post a Comment